SIFAT ULAMA' SEBENAR

Mengapa ada persatuan ulama..?


Ada orang yang mengaku diri ulama,


Para ulama mereka tidak mengaku ulama


Hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu siapa sebenarnya ulama


Atau para ulama yang tahu siapa sebenarnya ulama


Orang awam hanya mengagak-agak sahaja seseorang itu ulama


Imam As Syafie, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti kalau ditanya orang, 


Mereka tidak mengaku ulama. 


Padahal mereka itu layak menjadi ulama..


Mereka memang ulama, 


Ulama tidak diukur pada ilmunya sahaja


Banyak ciri lagi untuk menjadi ulama


Di antaranya takutnya dengan Allah Taala sangat terserlah


Ilmunya banyak,


Tawadhuknya budaya dirinya,


Sangat menghormati para ulama yang lainnya


Kalau ada orang lain mengambil tugasnya lega hatinya


Kalau disuruh memberi fatwa bertolak-tolak


Dia tunjuk orang lain daripada dirinya


Kunjung-mengunjungi satu sama lain amalan mereka,


Tidak hasad dengki dengan kebolehan orang lain,


Berakhlak tinggi, 


Pemurahnya sangat ketara, 


Sangat menjaga syariat Tuhannya. 


Berani memberi nasihat atau menegur kepada siapa sahaja sekali pun raja,


Dengan rezeki sangat tawakkal kepada Tuhannya,


Zuhud dengan dunia, 


Sekali pun kaya. 


Kasih sayangnya sangat ketara,


Ramah dan mesra jadi budaya hidupnya,


Ibadahnya banyak, 


Khusyuk pula, 


Sangat berdisiplin hidupnya 


Sangat menghormati tetamunya


Mereka memberi ilmu tidak dikenakan upahnya,


Kalau orang memberi tidak pula menolak


Percakapannya bak mutiara sangat berharga


Tidak ada yang sia-sia, 


Orang-orang jahil didoakannya


Mereka adalah suri teladan manusia di zamannya


Orang ramai sangat menghormatinya kerana mulia keperibadiannya


Mereka itulah yang dikatakan ulamak pewaris Nabi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...