Sempurnakah aku..?
Bagaimana solatku..?
Ibadahku..?
Akhlakku..?
SOLAT
Isu yang jarang kita bangkitkan, sedar atau tidak, solatlah ibadah yang pertama akan ditanya oleh Allah kepada hambanya di akhirat kelak. Tapi kita memandang rendah, yang mana, solat dilewatkan, solat ditinggalkan bahkan ada yang tidak solat langsung. Mengikut kajian 80% umat di negara kita tidak melaksanakn solat dengan sempurna, dan hanya 20% yang sempurna solatnya. Ya ALLAH kau ampunilah dosa-dosa kami. Tahukah sahabat-sahabat. Dalam hadis riwayat Tabrani ada menyebut,"Barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka ianya kafir secara terang-terangan"
Nau'zubillahimindzalik.
Sedangkan ALLAH telah berfirman kitabnya,
إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًاSesungguhnya solat itu adalah keWAJIBan yg ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.(An-Nisa' : 103)
Sedarlah sahabat-sahabat perjalanan kita masih jauh, "andai rumah kata pergi, kubur kata mari", adakah sempat untuk kita bertaubat..? Cuba kita singkap balik masa-masa lalu kita berapa banyak solat yang tidak kita lakukan dengan sempurna..? Sedarlah bnyak kelebihan dan manfaat solat dan tidaklah ingin saya jelaskan lebih lanjut di sini dan saya rasa sahabat-sahabat juga tahu dan lebih jelas akan manfaatnya.. Yang saya ingin katakan di ruangan ini adalah di mana kepekaan kita..? Rasa tanggungjawab kita..? Di mana rasa cinta, sayang kita padaNya..? Andai solat kita tidak mampu untuk menjaga dengan sempurna, bagaimana pula amalan ibadat yang lain.. Ya Allah..!
Bagaimana pula akhlak kita..?
Allah berfirman dalam kitabnya,
Solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar. Betapa cantiknya susunan Allah. Kalau lah solat kita sempurna nescaya tiadalah kemungkaran di dunia ini.
Cuba sahabat-sahabat bayangkan azab datang, perit, pedih buat hambnya yang lalai akan solatnya, sedangkan nikmat syurga buat mereka yang berjaya melalui perjalanan hidup dengn sempurna iaitu dengan sempurnanya solat maka sempurnalah ibadat lain.
Fungsi solat bukan sekadar untuk memenuhi kewajipan yang utama bahkan banyak lagi fungsi-fungsi yang lain yang mana dengan solat dapat merangkumi segenap aspek kehidupan serta melatih diri kita dan juga menjadi salah satu penghubung antara makhluk Allah yang lain. SubhanAllah Maha Suci Allah.
Tidak berniat nak "conteng" banyak-banyak dekat sini just saya nak ingatkan sekali lagi bahawa pentingnya solat dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Saya ingin berpesan pada diri saya khususnya serta sahabat-sahabat amnya, tunaikanlah solat 5 kali sehari semalam. Jangan sesekali kita tinggalkan. Saya mohon sangat-sangat. Bukan untuk diri saya tapi ikhlas kerana Allah. Serta tunaikanlah dalam keadaan berjemaah kerna itu lebih afdal serta banyak manfaatnya.
Sama-samalah kita koreksi diri balik, di mana silap kita, mungkin ada yang terkurang. Moga-moga di bulan yang mulia ini kita dapat manfaatkannya dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik serta mendisiplinkn diri dan menjagasolat 5 waktu sebaik mungkin. InsyaaAllah.
Bukan lah didunia ini semata-mata nak kejar "Piala Dunia" tetapi lahirnya kita untuk menjulang "Piaala akhirat, piala kemenangan" moga-moga ole-ole yang kita bawa ini diterima oleh Yang Maha Esa. Aamiin.
Akhir kata, saya memohon maaf andai tersalah kata, niat bukan ingin menyibuk tapi laksanakan tanggungjwab sesama muslim. Moga-moga dapat memberi manfaat walaupun sikit dan sebagai ingatan bersama. InsyaaAllah.
No comments: