KEKASIH VS IBU

Sewaktu kecil,
Orang kata aku lahir dari perut ibu,
Bila dahaga, yang susukan aku ibu,
Bila lapar, yang suapkan aku ibu,
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, ibu.
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut, Bu..!
Bila bangun tidur, aku cari ibu,
Bila menangis, orang pertama yang datang, ibu,
Bila nak bermanja, aku dekati ibu,
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu,
Bila nakal, yang memarahi aku ibu,
Bila merajuk yang memujukku cuma ibu,



Sewaktu alam persekolahan,
Sebelum berangkat ke sekolah yang menciumku ibu,
Mengajarku mengenal A, B, C, 1,2,3, alif, ba, ta juga ibu,
Masakkan makanan kegemaranku hanya ibu,
Sanggup berjaga malam ketika aku sakit, ibu,
Menangis ketika aku di tahan di wad juga ibu,
Sujud kepadaNya memohon kesembuhanku juga ibu,
Bila exam yang paling sibuk juga ibu,
Yang paling gembira dengan kecemerlanganku juga ibu.



Setelah bekerja dan mempunyai kekasih hati,
Bila berseronok, aku cari kekasihku,
Bila sedih, aku cari ibuku,
Bila berjaya, aku ceritakan pada kekasihku,
Bila gagal, aku luahkan pada ibu,
Bila-bila, aku telefon kekasihku,
Entah bila, baru aku telefon ibuku.



Setelah berkahwin,
Bila bahagia, aku peluk erat kekasihku,
Bila berduka, aku cari ibuku,
Bila bercuti aku bawa kekasihku,
Bila sibuk aku hantar anak-anak ke rumah ibuku,
Bila sambut hari kekasih. aku hadiahkan bunga kepada kekasihku,
Bila hari ibu, hanya dapat ucapkan Selamat Hari Ibu,
Selalu, aku ingat kekasihku,
Selalu, ibu ingat dekat aku.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...