TIPS KECANTIKAN KULIT WAJAH

Oklah, ramai yang tanya saya, produk apa yang saya gunakan pada kulit saya. Tetapi, jika saya bagi tahu sekalipun, tak semestinya kulit anda semua sesuai dengan produk itu. Sebenarnya, saya menggunakan produk NIVEA VISSAGE WHITE SPARKLING WHITE. Saya telah pun gunakan produk Nivea Vissage ni, sejak dari Tingkatan 2. Alhamdulillah, setakat ni, kulit saya tak ada masalah.


Untuk pengetahuan semua, kulit saya ni, jenis sensitif. Kene panas, kulit menggelupas. Jadi, produk Nivea Vissage ni, bagi saya merupakan satu produk yang lembut. Struktur dia halus. Sesuai sangat dengan struktur dan kondisi kulit saya.


Walau bagaimanapun, susunan penjagaan muka ni, ada susunannya. Contohnya seperti berikut :-

  1. Pencuci Muka

  2. Scrub Muka

  3. Toner

  4. Pelembap

  5. Krim Muka - Siang dan Malam (Cari yang UVA & UVB Protection)

  6. Losyen Kulit - Cell Repair & UVA & UVB Protection (Lampu pun UV ok)



Langkah yang pertama


Mencuci Muka
  • Cari produk pencuci muka yang sesuai dengan struktur kulit anda.

  • Picitkan pencuci muka sebesar duit 1 sen di tapak tangan (Basuh Tangan bersih-bersih dulu-Dikhuatiri kuman)

  • Lepas tu, gosokkan pada tangan hingga berbuih

  • Sapukan pada muka dengan menggunakan 3 jari sahaja, iaitu, telunjuk, hantu dan manis

  • Sapu memutar iaitu berbentuk bulatan dari bawah ke atas

  • Gosokkan dengan lembut

  • Belai kulit itu

  • Fokuskan pada tepi bibir, celah hidung, dan di hujung mata



Scrub Muka 
  • 2 kali seminggu sahaja

  • Berfungsi sebagai menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kulit

  • Cara-cara penggunaannya, sama seperti mencuci muka 




Toner atau Penyegar 
  • Fungsinya ialah, menanggalkan kekotoran yang terdapat pada kulit

  • Ingat..! Tak semestinya, selepas mencuci muka, kulit kita tu dah bersih

  • Cara menggunakan toner macam ni :-

    • Letakkan sedikit toner di atas cotton pad, selepas itu, sapu pada wajah

    • Juga dimulakan dari dagu ke atas. Jangan terbalik

    • Fokuskan pada, celah hidung, kawasan T (Dahi ke hidung), hujung mata, dan hujung bibir



Pelembap or Moisturiser 
  • Digunakan sejurus selepas pemakaian toner

  • Berfungsi sebagai pelembap kulit

  • Mengelakkan kulit daripada kering

  • Gunakan sedikit sahaja

  • Sapukan rata pada keseluruhan wajah

  • Juga dimulakan dari bawah ke atas 



Krim Muka (Siang dan Malam - Cari yang ada UVA & UVB Protection)
  • Selepas gunakan pelembap, gunakan pula krim muka

  • Jika waktu siang, gunakan krim muka yang khas untuk siang dan juga sebaliknya

  • Juga perlu diratakan pada keseluruhan kulit wajah

  • Gunakan sedikit sahaja

  • Dimulakan dari dagu ke atas

  • Disapukan juga pada leher


Krim malam wajib pakai, untuk membaiki sel-sel kulit kita. Malam pun ada UV tau. Contohnya macam lampu, lampu dari Monitor Komputer



Losyen Tangan dan Badan
  • Sapukan pada tangan (Terutama yang memandu dan yang terdedah pada cahaya matahari secara terus)

  • Sapukan juga pada leher

  • Sapukan jua pada badan 


Ada dua jenis. Satu untuk Cell Renewal, dan lagi satu untuk Skin Protection. Kalau saya, Cell Renewal saya gunakan sebelum tidur, dan Skin Protection Cream, saya pakai, jika saya keluar rumah. 


Make-up kecantikan utk Muslimah, untuk kecantikan kita make-uplah ke salon IMAN, Hiasi mata dengan menundukkan pandangan , nescaya mata semakin bening dan jernih . Warnai bibir dengan lipstick KEJUJURAN nescaya bibir semakin manis saja. Merahkan pipi dgn rasa malu, nescaya semakin menawan. Cucilah rambut dari segala pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat, nescaya akan aman. Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun ISTIGHFAR, nescaya semakin putih jiwa kita. Ikhlas dan hulurkan kasih sayang, nescaya semkin lembut hati kita. Dari Abdullah bin Amru bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

''Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah''
(HR Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

17 comments:

Anonymous said...

Perkongsian yang menarik admin. :)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@kedaivitaminfatimah Alhamdulillah..

zalita zalita said...

As-salam.. tq for the good info. malam pun kena guna pelembap jugak ke sebelum tdo?

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@zalita Wa'alaikumussalam.. yup, perlu.. Tapi, dalam kuantiti yg sedikit.. Kerana semasa tidur, proses pembaikian kulit sedang berlaku. Jadi, dalam proses itu, hasil pembaikan tu akan menghasilkan minyak yg keluar dari kulit kite.. :)

Unknown Unknown said...

Terima kasih admin atas perkongsian. Mm saya nak tanya, lepas guna krim siang tu perlu letak bedak pelapis x? Sbb kalau x letak, muka mcm berminyak licin sikit. Boleh admin syor kan bedak pelapis apa yg sesuai.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Mazrina Sarihasan Sebaiknya letak, sebab krim siang ni untuk merawat tetapi tiada UV protection. tiada SPF.. Jadi digalakkan pakai.. Untuk foundation yg nipis, boleh pakai angelfit maybelline.. Atau pon garnier bb cream..

Saya tak pakai foundation sebab sy tak pakai makeup seperti mascara, celak dll..

cuma rutin saya :-

1-cuci muka pakai berus gigi kanak2.. yg soft tu.. 2 kali sehari. pagi dan malam :)
2-toner berasaskan air
3-Pelembab sikit je pakai. Sebab bila pakai banyak kulit akan b'minyak. Jadi takut jerawat tumbuh.
4-sunblock
5-krim safi
6-bedak tabur

Alhamdulillah jerawat tak pernah tumbuh.. Serius takde nampak bertopeng. Sangat natural.. ^_^

dulu pernah pakai bb cream maybeline, tp, kurang suka, sebab foundation ni kandungan dia mineral oil, dan glycerin.. Sangat tak bagus utk kulit..

Saya pakai bile keluar rumah aje.. sebab kulit mudah mengelupas. dlm rumah, tak pakai. :)

Syahrina Elliyana Syahrina Elliyana said...

Terima kasih sebab berkongsi tips dan step-by-step benda apa yang perlu dibuat. Selama ni main redah je cuci muka. Ingat lepas cuci muka guna cleanser dah cukup.

Terima kasih. =)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Syahrina Elliyana sama2 :)

fatimah fatimah said...

Perkongsian yang sangat menarik admin.

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Fatimah Bt Tony terime kasih. harap bermanfaat :)

Unknown Unknown said...

Kos srmua ni brpa ??

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anis Anasuhah Dalam RM100+ untuk produk muka sahaja tidak termasuk losyen badan..

Anonymous said...

beli kat mne nivea sparkling white (whitening day care - oil control)..? saya cari kat page watson xde... help plzz

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Di guardian ade..

Unknown Unknown said...

Aiyoo...mahal nyea..huhu..die u tahu x mcm mana nk bkk blog kte..anis dh lupa laa nk bkk mcm mne sbb dh setahun xbuka...hehe..mtk tolong

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anis Anasuhah Huhu.. haah agak mahal sedikit.. Tapi, untuk awal2, boleh pakai pencuci dan scrub.. Tu pun dah okay.. Saya jarang pakai day dan night cream.. Pakai 2 tu je.. Klaau keluar, pakai sunblock.. InsyaaAllah ok dah tu..

ok, gini.. Nak on blog, bukak www.blogger.com pastu login guna email yg kita daftar semasa buat blog.. pastu, masuk password.. dan login..

Unknown Unknown said...

terima kasih..mcm mne nak cari produk yg cun dgn kulit muka jenis berminyk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...