SIAPA PENGGANAS SEBENARNYA?

Runtuhnya menara berkembar New York pada 9 / 11 turut meranapkan kepercayaan mereka kepada masyarakat Islam secara total. Kesangsian mereka tetap tebal terhadap orang Islam dan tidak pernah pudar. Sedangkan pelaku adalah orang Norway, Eropah berkulit putih dan dari bangsa mereka sendiri serta beragama Kristian tetapi hanya melabelkan sebagai 'lelaki gila' dan tiada tindakan yang diambil apabila pelaku adalah golongan meraka. Dan kisah serangan berkembar di Oslo dan di Kem Belia pulau Utoeya, Norway 22 Julai yang lalu, sehingga melibatkan 92 orang terkorban, mengingatkan kembali peristiwa pada 19 April 1995 di Oklahama City, Amerika Syarikat. Rangkaian peristiwa hampir sama iaitu kedua-dua tragedi dilakukan oleh individu bukannya berkumpulan. Kedua-duanya berkulit putih dan bukan beragama Islam yang punyai rasa tidak puas dan anti Islam itu sendiri.


Lantas apa jua peristiwa yang melibatkan banyak nyawa orang Islam adalah menjadi sasaran utama. Kita lihat di Iraq lebih 1 juta rakyatnya mati dibunuh dengan kejam, di Afghanistan dan kini di Libya. Mereka menguasai wilayah orang lain dan perairan tertentu dengan sesuka hati. Di Libya mereka cuba menguasai minyak dan gas. Begitu juga di Terusan Suez, perairan Mesir sebagai laluan terpenting kapal-kapal dagang yang berfungsi antara Pelabuhan Said di Lautan Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan ini membenarkan air masuk dari dua hala dan menjadi kepentingan Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Namun semua itu tidak dilihat sebagai satu keganasan.


Berbeza dengan rangkaian Al Qaeda, serangan yang dilakukan adalah bentuk reaksi tidak senang wilayahnya dicerobohi serta kanak-kanak dan wanita dibunuh. Itulah reaksi mereka dan bukan dengan sengaja melakukannya. Di Palestin, harta dan nyawa mereka diambil dengan mudah tanda rasa bersalah. Lebih malang bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa turut dirampas dan disekat. Dan yang paling nyata lapan Aktivis Turki dan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) terbunuh ketika skuad komando Rejim Zionis Israel menyerbu kapal Mavi Marmara yang mengetuai flotilla bantuan ke Gaza pada awal pagi 3 mei 2010. Namun siapa peduli dengan tindakan mereka, Israel terus melakukan keganasan. Bagaikan angin lalu di pipi jauh sekali meminta maaf..!


Begitu juga yang berlaku di Libya, NATO turut campur tangan atas dasar keamanan sekalipun nyawa orang awan,cucu dan anak Muammar Gadaffi terbunuh dalam serangan yang dilakukan. Begitu juga dengan tahanan orang awam yang disyaki ditahan di Pusat Guantanamo, Cuba tanpa peluang membela diri,lebih teruk mereka diseksa dengan teruk dan dilayan lebih teruk daripada haiwan. Malah, Barack Obama pernah berjanji untuk menutup pusat tersebut tapi hingga kini pusat tiada tindakan yang dilakukan.


Bukan itu sahaja, Negara kesatuan Barat dan Eropah turut mempengaruhi dunia dengan dakyah keganasan melihat Umat Islam sebagai Pengganas. Lantas kebanyakan negara di sana cuba menyekat hak asasi manusia dengan mewujudkan undang-undang pengharaman niqab, terbaru selepas Perancis, Itali juga turut mengharamkan. Pencabulan terus dilakukan tanpa peri kemanusiaan dan terus menafikan hak asasi Umat Islam. Justeru itu, renung-renungkanlah..! Inilah double standard yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam dalam menutup kesalahan mereka.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...