TEKA-TEKI RASULULLAH

Suatu hari, Rasulullah telah berteka teki dengan para sahabat.Baginda bersabda yang bermaksud,


"Daripada pelbagai jenis pokok,ada pokok yang dauinya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim,apakah pokok tersebut..?"


Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata, 


"Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (Kerana beliau masih di usia kanak-kanak)"


Para sahabat bertanya,


"Apakah jawapannya wahai Rasulullah..?"


Baginda bersabda lagi,


"Kurma"
(Riwayat Muslim No 5 027 dan At Tirmizi No 2 793)


Demikianlah Baginda sentiasa memperlbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...