"Kalau ada jodoh, tak ke mana.."
Mesti you all dah biasa sangat dengar ayat ni kan, lebih-lebih lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalau jodoh mereka kuat,
"Asam di darat, ikan di dalam kuali pun boleh bertemu..!"
So, it's safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kahwin-kahwin ialah kerana mereka 'belum bertemu jodoh'.
2. Terlalu memilih
Dulu lain, sekarang lain. Dulu, anak-anak gadis belasan tahun dah dijodohkan awal-awal oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden ni. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun. Asalkan tak TERLALU memilih. Ni tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si 'Average Joe' (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya :) Cuba lihat sekeliling anda.. Jika ada jejaka 'nerd' atau 'geek' yang ala-ala Clark Kent gitu, trylah tackle mereka ye.. Tak mustahil jika merekalah 'Super Hero' yang anda cari-cari selama ni.. :)
3. Takut dapat suami yang tak baik
Ni mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita. Takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalau nak cari yang betul-betul 100% perfect tu memang la susah, kan..? Dalam sejuta mungkin tak de lagi. Sekarang ni pun kalau baca paper, tiap-tiap hari ada je kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ade.. Hishhh.. Cemane wanita tak takut..? Memang logik jugak la kan kalau ada wanita tak mau kawin..
4. Pernah putus cinta
Bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau cemane seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan..? Kengkadang, perasaan ni la yang akan menghalang seseorang tu daripada fall in love again. Pada mereka, kalau tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua..
5. Tak mau dikongkong
Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rasa jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak keje sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dan sebagainya lagi lah.
6. Pentingkan kerjaya / karier
Kadang-kadang, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa-apa kerja. Cayalah..! Justeru ada yang lebih mengejar karier / kerjaya daripada lelaki. Mungkin jugak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong family dulu, and then baru fikir nak settle down. Tapi biasa la kan, masa tak tunggu kite. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30an atau 40an dah.. So, wanita bekerjaya (yang belum kawin), renung-renungkanlah ye..
7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
Apabila hal ni berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.
8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la ni. Nak tau sikap ape..?Apa lagi kalu bukan sikap mereka yang suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yang mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii.. Boleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia.. But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin jugak wanita yang berasa kecewa ni dah jadi malas dah nak fikir pasal kawin. Kalau kahwin pun, takut laki akan cari yang lain pulak yang ada 'rupa'. So, baik toksah kawin langsung..
16 comments:
sbnrnya yg no.9 ialah wanita takut sikap negatifnya akan menjadi ikutan anak2 dan pengaruh kepada suami.. kerana itu wanita akan mencari dan menambah kesempurnaan pada dirinya dahulu baru fikirkan soal perkahwinan kerana ingin menambah kebaikan pada suami dan zuriat.. contohnya, dia telah menetapkan akan berkahwin setelah berjaya membayar kesemua solat fardunya kerana inginkan anak2 yang tidak akan meninggalkan solat..
@~mrssyuhadah27 Ada benarnya uga ape yg saudari katakan tu.. Ibu bapa adalah cerminan buat dri anak-anak.. Bagaimamana bu bapa, begitulah juga benihnya.. Terime kasih akan perkongsian saudari.. :)
No 3 tu betul.. masa mula kenal lain.. tapi bila dah dapat mula tunjuk true colour..
Sebab yang terakhir adalah..wanita memilih tak nak kahwin sebab mempunyai masalah kewangan..
Sebab yang terakhir adalah..wanita memilih tak nak kahwin sebab mempunyai masalah kewangan..
@Mira Betul juga tu sis.. Banyak faktor juga kenapaa ramai wanita tak mau berkahwin.. Salah satunya macam yang sis beritahu, kewangan.. Sebab lain mungkin sikap, perangai dan kelakuan.. Atau mungkin juga halangan keluarga..
Ada kbnrnnya sbb nk bramal skrg ni dlm msyrkt akhr zmn ni bnyk dugaannya
Mostly sbb susah kawen ni sbb persepsi sndiri
Rasa kawen tu satu bebanan, bukan satu ibadah
Rasa duit tu kita cari, bukan tuhan bagi
Rasa kita yg berbuat, bukan tuhan yg tntukan
Rasa kita tetapkan khidupan bukan tuhan
Lastly, rasa kita bukan hamba, sbb kita x rasa tuhan wujud dlm khidupan..
No 7 tu situasi saya sekarang, saya berkenalan Dan jadi kawan rapat sejak 2013. Tersuka satu sama lain 2016. Lagipun sudah kenal perangai hati budi masing masing. Semua ahli keluarga okay cuma kakak ketiga yang sungguh tak suka pada kawan lelaki saya sampai hantar private message pada Dia mengatakan dia tidak setanding saya dan sbg. Malu sangat. Semua ni Sebab kakak compare kawan lelaki dengan ex bf saya dari paras rupa (padahal elok ja dua dua), saya dan ex putus kerana Sikap baran dan tidak mendahulukan agama. Saya dah mula dendam dan nekad, jika hubungan kami dihalang kakak, saya tak akan terima siapa pun. Kakak sangatlah mulut lantang dan seorang yang sangat kuat influence parents. ��
@Anonymous
betol tuan kata tu,... saya setuju.. kerana kita menetapkan bhw yg buat rezki tu kita!
maka itulah jadinya padahal sudah bnyk contoh org2 yg berjaya dlm perkahwinan ialah org yg meletakkan keyakinan pd Allah.. husnu dzonn.. dn doa ibubapa yg beriman..
Ada setengah yang lambat kawen aras sebab mempunyai komitmen yg tinggi terhadap family. Mungkin wanita ini terpaksa berkorban wang ringgit untuk menyara keluarga.
Tapi dalam islam larang jika wanita tidak berkahwin...masalah nya kalau kahwin then cerai islam nak tanggungjawap ke
Boleh juga tambah poin ni.
Mak bapak akan menyusahkan perkahwinan kerana terlalu berpegang kepada adat, "Biar mati anak, jangan mati adat." Sedangkan pepatah ini haram lagi berdosa besar hukumnya kerana tidak menjaga anugerah dan rezeki yang Allah dah beri, iaitu anak.
Takde pun islam larang wanita tidak bekahwin. In fact lelaki pun kalau tak mampu di suruh puasa. Sebab perkahwinan satu tggjwb sgt besar dan mulia, kalau tak mampu jgn pikul.
In fact, kalau duduk rumah mentua, suami FAIL memberi tempat perlindungan yg selamat. Mmg tggjwb anak ke ibu bapa. Tapi dr segi nafkah, isteri dulu, baru anak. Then baru ibu bapa
Sebab ke 10, saya tak yakin dgn kesihatan mental saya. Lebih baik sy tidak menyusahkan org lain. Ditambah cabaran kehidupan berpasangan dan berkeluarga sgt berat zmn skrg. Sy tak yakin sy mampu tempuhi
Saya reject awek cun yang suka saya kerana saya takut saya akan di reject mak bapanya ...