Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
- Ambil wudu' sebelum tidur.
- Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
- Elakkan diri daripada tekanan.
- Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
- Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
- Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
- Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
- Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
- Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
- Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
- Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
- Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.
No comments: