APA KHABAR IMAN KALIAN?

Apakah yang kita faham berkenaan iman..? Manusia sering menterjemahkan iman sebagai percaya. Tetapi sebenarnya, iman ini adalah lebih dari sekadar percaya. Segala unsur percaya, yakin, tiada ragu, semuanya bercampur dan sebati dalam kalimah ini. Iman, apabila ia memeluk hati manusia, maka ia mampu merubah manusia menjadi manusia yang lain. Manusia-manusia yang benar dalam keimanannya, akan mampu melakukan, apa yang manusia lain tidak mampu lakukan.


Percaya..?


Baiklah, mari kita sorot kembali sirah Sayyidina Umar Al-Khattab. Dia ini asalnya merupakan penentang kuat terhadap dakwah Rasulullah SAW. Malah dia pernah bersumpah untuk memancung Rasulullah SAW. Tetapi, selepas dia beriman, dialah yang paling berani menyampaikan ISLAM, dan dialah antara karakter yang disegani kawan atau lawan. Dialah yang berkata kepada Rasulullah.. Ya Rasulullah, apakah kita ini berada di atas haq..?


Ya, wahai Umar..!


Maka apakah yang perlu kita takutkan lagi..? 


Mari kita solat di Masjidil Haram secara terbuka..!



Keislamannya menguatkan dakwah Rasulullah SAW. Nah, itulah dia iman yang sebenar. Bukan iman yang sekadar menari di mulut sahaja. Iman boleh membuatkan kita, melakukan apa yang manusia lain tidak mampu lakukan..? Bagaimana..?


Adakah anda kenal dengan Bara bin Malik..?


Di dalam satu peperangan dengan tentera Rom, dia meminta tentera muslimin melontarkannya ke dalam kubu musuh untuk dia membuka pintu kubu itu dari dalam. Kenapa Bara ini berani melakukan sedemikian..? Jawapannya mudah. Iman kepada Allah dan segala janji-janjiNya. Dia teramat yakin yang Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Allah SWT berfirman, 

"Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang yang beriman diri mereka dan harta mereka untuk memberikan mereka syurga dengan iman yang sebenar, manusia sanggup menggadai nyawa, apatah lagi mengikuti segala arahan Allah SWT dengan redha dan rela.. Maka iman itu bukanlah sekadar apa yang kita sebut-sebut dengan mulut dan bicara. Iman adalah apa yang kita buktikan dengan amal dan perbuatan kita."


Apa khabar iman kalian..?


Marilah kita bersama-sama, berusaha menterjemahkan iman dalam kehidupan. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...