Tanpa bermadu isteri akan bersikap macam orang bermadu.. Kalau suaminya selalu sahaja menggilap-gilap dan menjaga keretanya berlama-lama dia tinggal bersendiri sahaja di dalam rumahnya.. Dia harap di waktu itu suaminya duduk berlama-lama dengannya di dalam rumahnya dia akan cemburu dengan kereta pula..
Dia akan berkata,
"Abang ini asyik dengan kereta sahaja habis saya ini siapa..?!"
"Abang ni asyik lambat sahaja balik, abang buat apa di luar itu..?"
"Di luar ada mata airkah..?"
Kalau suaminya orang yang suka berkawan, selalu sahaja berada dengan kawan-kawannya di luar.. Hari minggu pun dengan kawan, dia akan cemburu dengan kawan suaminya sekali pun kawan suaminya itu laki-laki..
Dia akan berkata,
"Abang ini asyik ingat kawan sahaja, saya ini kan isteri abang, mengapa tidak pedulikan saya..? Abang lebih cinta dengan kawan dari saya sebagai isteri..! Sanggup abang selalu tinggalkan saya.. Bila ditanya abang jarang ada di rumah macam-macam abang bagi alasan.."Jumpa kawanlah, banyak kerjalah di pejabat, ada kerja di luarlah, pergi kendurilah berbagai-bagai lagi.. Kalau ada di rumah pun asyik belek-belek kereta aja.. Habis saya ini hendak buat apa..? Selalu seorang sahaja, macam saya tidak bersuami..!"
Begitulah perempuan yang tidak bermadu, macam juga orang bermadu.. Kalau tidak dengan madu, bermadu dengan perkara lain.. Pening kepala suami dibuatnya, berhadapan dengan perempuan yang cemburu dengan macam-macam perkara.
No comments: