SAHABAT

Ya Allah, tika Engkau hadiahkan diriku SAHABAT, jadikanlah hatiku ini BERSYUKUR atas kurniaanMu.. Jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Ya Allah, tika Engkau hadiahkan diriku sahabat, jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup SEMANGAT juangku.. yang saling membantu memikul AMANAH DAKWAH agamaMu.. Ya Allah, tika Engkau hadiahkan diriku sahabat, jadikanlah hubungan ini disemai atas KEREDHAANMU.. Teguhnya atas cinta padaMu.. Dilindungi dari segala MAKSIAT dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah BAHAGIAKANLAH hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu.


Penghargaan buat INSAN yang bergelar sahabat.. Cinta sahabat demi redhaNya.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

DUHAI MUSLIMAH

Wahai sahabat.. Sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap.. Pandanglah di CERMIN ke seluruh tubuhmu yang memikat.. Andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat.. Tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat.. Seluarmu begitu sendat.. Betis dan lenganmu dapat DILIHAT..



FIKIRKAN sejenak..



"Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi.. DISAKSIKAN mata-mata yang memerhati.. Malaikat Izrail menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku.. MATI..? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni.. Merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi.. Mampukah aku menahan diri..? Dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri..? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri.."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERUNTUNGNYA SI CACAT FIZIKAL


  • Orang buta, walaupun Allah tak beri penglihatan,akan tetapi mereka beruntung, kerana tiada langsung dosa zina mata. Melihat aurat dan benda tak elok.

  • Orang bisu,walaupun Allah tak beri bercakap,mereka beruntung, kerana tak ada dosa bercakap bukan-bukan, fitnah dan sakitkan hati orang.

  • Orang pekak, walaupun Allah tak beri pendengaran, mereka beruntung, kerana tiada dosa mendengar yang bukan-bukan, fitnah dan pekara zina.

  • Akan tetapi kita yang sempurna ni sangat suka dosa-dosa yang mereka tak merasanya. Beruntung dan bertuah mereka. Janganlah menghina dan memanggil mereka cacat. Kerana sebenarnya mereka lebih sempurna disisi Allah SWT.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SUAMI YANG BAIK, SUAMI PILIHAN

Apa yang sebaiknya dipertimbangkan ketika memilih suami..?





KUAT AGAMANYA

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah laki-laki yang taat pada agamanya. Rasulullah menerima pinangan Sayyidina Ali buat puterinya Sayyidatina Fatimah. disebabkan ketaqwaannya yang tinggi biar pun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman.



BAIK AKHLAKNYA

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada orang tua. Mudah diajak bicara. Tidak terlalu berahsia.




TEGAS MEMPERTAHANKAN HARGA DIRI

Pernahkah dia mendatangi tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan harga dirinya sebagai seorang Muslim..? Amanahkah ia dalam menjaga kehormatan seorang wanita..?



AMANAH

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan menyalahgunakan kepercayaan, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja.



PEMURAH

Dermawan tetapi tidak boros. Dia bukanlah seorang yang kedekut tapi cermat dan tahu bagaimana menggunakan wang dan hartanya secara bijaksana. Dia memilih secara tulus dengan yang berhak.




TIDAK MELIARKAN MATANYA

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai, kerana sebaik-baiknya laki-laki adalah yang mampu menjaga pandangannya.



TERBATAS PERGAULAN

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas. 





TEMAN PERGAULANNYA

Teman-teman pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.



BERTANGGUNGJAWAB DAN SETIA

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengarungi bahtera hidup bersama walau susah ataupun senang.



PANCARAN WAJAHNYA TENANG

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Subhanallah.. 

Berbahagialah seorang isteri yang mndapatkan suami seperti itu..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ALLAH SWT ITU DEKAT

Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu,


Memandang serong kepadamu,


Meletakkan dirimu bagai tidak berharga,


Seolah-olah dunia ini gelap dan gelita,


Tiada empat untuk meluah,


Pintu dunia seakan terkunci untuk menceritakan segala resah dan kekecewaan yang bersarang di jiwa.


Maka saat itu, tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurnian wudhu' dan airmata keinsafan. Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendengar segala isi hatimu yang luka pedih.

~Allah itu dekat ~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MENCIPTA SUASANA ISLAMIK DI RUMAH

Suasana ISLAMIK ini boleh dibentuk melalui pelbagai cara / kaedah.. Antaranya, SOLAT BERJEMAAH bersama keluarga dan pasangan, MENGAJI AL-QURAN bersama, BERSEDEKAH, menghadiri MAJLIS ILMU bersama dan membuat aktiviti yang Islamik dalam rumah. Setiap ahli di dalam keluarga mengamalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada LANDASAN ISLAM dan yang paling PENTING, sentiasalah BERDOA kepada Allah dan BERSABAR dalam apa jua situasi yang berlaku.


InsyaAllah.
Suasana ISLAMIK, SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH dapat dibentuk.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WAHAI LELAKI

Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :


•• Bawalah dia ke jalan Allah

•• Nasihatilah dia

•• Perbetulkan kesilapannya

•• Jagalah dia dengan baik

•• Kasihanilah dia

•• Lindungilah dia

•• Berilah kasih sayang padanya

•• Hargailah dia

•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya

•• Bersabar dengannya

•• Terimalah dan cintailah kekurangannya

•• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WAHAI WANITA

Jika benar kau kasih dan cintakan lelaki itu :


•• Setialah kepadanya

•• Hormati kepadanya

•• Mencintainya sepenuh hati

•• Berlaku jujur kepadanya

•• Sentiasa di sisinya

•• Hargailah dia

•• Jagalah maruahnya

•• Bersabar dengannya

•• Terimalah dan cintailah kekurangannya

•• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak-anaknya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

UBAT HATI

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati. Nasihatnya berbunyi :


" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

AIR MATA ITU

Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali. Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya..? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS..? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu..? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak..? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA..? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA..?


Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI, lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu. BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti. YAKIN dengan JANJI Allah. orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WANITA

Wanita solehah, apabila kamu MELIHATNYA, kamu merasa BAHAGIA dan apabila kamu menyuruhnya berbuat KEBAIKAN pasti dia akan TAAT dan apabila kamu TINGGALKANNYA dia pasti akan menjaga KEHORMATANNYA dan KEHORMATANMU..


Wanita solehah itu tidak perlu MURAH, tidak perlu juga MAHAL.. Tiada harga untuk memperdagangkannya.. Dia DINILAI di mata PENCIPTANYA dengan sebaik-baik PENILAIAN yang tidak pernah silap..mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu, dan hiasilah dengan AKHLAK seperti yang ditunjukan para isteri nabi agar menjadi IMPIAN lelaki yang soleh dan dambaan SYURGA Ilahi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SANG BIDADARI

Andai mahu SANG BIDADARI cantik, solehah, rajin, lemah lembut, penyayang, atau mungkin RAJA kuat pegangan agama, akhlak, budi pekerti juga kepimpinannya. Jangan hanya dicari dan dicari tanpa MEMPERBAIKI DIRI kerana mereka hanya LAYAK pada insan yang SEBAIK mereka. Itu JANJI Ilahi.


Untuk mendapat yang TERBAIK, fikirkan dan ingatlah, BERSEDIAKAH kita untuk menjadi yang terbaik buat yang DIHARAPKAN..? Bukannya merendahkan diri sendiri, tetapi INISIATIF bagaimana untuk menjadi terbaik..? Jadikanlah diri yang terbaik terlebih dahulu, insyaAllah yang terbaik pasti kita akan DAPAT kerana itu janji dariNya.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PERMATA YANG INDAH

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata.


"Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya..? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka."


Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.


"Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda..?"



Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.


"Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan di atas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya..?" 


Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.


"Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib." 


Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau di kampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang mak cik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.


Sesampainya di tempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.


"Ada apa urusan nak jumpa saya ini..?" 


Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.


"Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya..?" 


Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab,


"Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.." 


Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar di benak kepalanya.


Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawwuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma'rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..


"Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu."


Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.


Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.


Tiba di halaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu di rumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..


"Benarkah anda menjawab 'Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini..?" Sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda. 


Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab,


"Ya" 


Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.


"Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat..?"


Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..


"Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim..?"


"Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram..!"


"Oh begitu.. Beginilah tuan hakim. Pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim di negeri ini."


Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya, sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada di halaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.


Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda berasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. Kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar, tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..


"Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo."


Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang ke arah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh ke arah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau di antara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat di bawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan di pihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.


Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada Surah Al-Isra' seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu..?


"Wahai muridku, marilah duduk di hadapanku ini."


Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.


"Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini."


Lembut sahaja bicaranya.

"Ada pun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui 'bahasa' ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui 'bahasa' ilmu hakikat. Jawapan sang ulama syariat adalah benar menurut 'bahasa' ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut 'bahasa' ilmu hakikat."


"Bagaimana begitu wahai tuan guru..?" Tanya si pemuda.


"Begini, adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan 'Allah' itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah Dzat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan 'Allah' itu pada hakikatnya adalah gelar bagi Dzat tuhan kita. Ada pun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham..?"


Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.


"Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram."


"Bagaimana begitu wahai tuan guru..?" Tanya si pemuda.


"Begini, sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam. Namun yang ada cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam Surah Al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud,

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku"


Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka, upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, 

"Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya.."


Si pemuda semakin tertunduk.

"Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram..?"


"Ya tuan guru, sekarang barulah jelas."


"Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum, maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum. Sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma'rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah."


Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku di mana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.


"Ada pun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu..!"


Bentak sang guru tasawwuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

"Bagaimana begitu wahai tuan guru..?" Tanya si pemuda.


"Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau di hadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas."


"Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama..! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu."


"Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda..! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun di situ. Ada pun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah."


"Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu..?"


Tanya si pemuda hairan.


"Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu ke pangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat."


Si pemuda itu terkejut lantas berkata,

"Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. Terimalah aku kembali wahai guruku..!"


"Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu."


"Aku tidak faham akan maksud tuan guru..?"


"Pergi sahajalah kembali ke pangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat di sana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini."



Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenal pasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.


Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu.. Di dalam hati si pemuda merintih..


"Ya Allah.. Berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang luas..? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

LUAHAN RASA HATI

Maaf lah kawan-kawan. Kali ini posting bukan tentang dakwah saya. Kali ini tentang luahan hati saya. Fikiran saya serabut. Tak tahu macam mana nak luahkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu keadaan saya sekarang ni. Perasaan saya sekarang ni, berbaur-baur. Gembira, sedih, takut semua ada. Entahlah.


Hati saya dah kena curi. Tak tahulah macam mana. Saya tak pernah minta semua ni berlaku. Yang paling saya takut, kalau kecewa. Kehilangan orang yang saya sayang. Tak sanggup. Tak pernah rasa perasaan yang rupa ini. . Dulu, saya seorang yang anti lelaki. Fobia sangat dengan lelaki, sampaikan saya pernah nekad nak jadi anak dara tua. Sampai macam tu sekali perspektif saya pada kaum-kaum Adam ni. Perasaan sayang semakin kuat.



Tak tahulah macam mana nak cakap. Cuma blog ini je lah, tempat saya luahkan perasaan saya, selain kepada Allah SWT. Saya harap, saya tidak akan dikecewakan. Saya tak pernah minta perasaan ni datang. Mungkin ini ujian dari Allah SWT. Kadang-kadang, bila difikir-fikir balik, menyesal pulak mengaku tempoh hari. Bukannya apa, cuma takut, kalau-kalau perasaan ni pudar. Lebih baik, banyakkan berdoa. Sangat-sangat takut, especially kalau-kalau, perasaan dan hati ni, beralih pada orang lain. .



Teringat pulak pada satu kata-kata ni :-


Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.."
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi, jika kelemahan masih nyata di pelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.


"Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu. Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.


Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Cukup cintai dengan kesederhanaan. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan. Cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Sayyidatina Fatimah dan Sayyidina Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. Tetapi, sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?


"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti. Kelak ada insan yang bakal dilukai. Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab RA)


If you really love her,
You won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years then you can do it the halal way.


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR Al-Hakim)


Ok lah, cukuplah setakat ini sahaja. Yang lain-lain, saya berserah je pada Ilahi.
DIA yang Maha Tahu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TIPS KECANTIKAN KULIT WAJAH

Oklah, ramai yang tanya saya, produk apa yang saya gunakan pada kulit saya. Tetapi, jika saya bagi tahu sekalipun, tak semestinya kulit anda semua sesuai dengan produk itu. Sebenarnya, saya menggunakan produk NIVEA VISSAGE WHITE SPARKLING WHITE. Saya telah pun gunakan produk Nivea Vissage ni, sejak dari Tingkatan 2. Alhamdulillah, setakat ni, kulit saya tak ada masalah.


Untuk pengetahuan semua, kulit saya ni, jenis sensitif. Kene panas, kulit menggelupas. Jadi, produk Nivea Vissage ni, bagi saya merupakan satu produk yang lembut. Struktur dia halus. Sesuai sangat dengan struktur dan kondisi kulit saya.


Walau bagaimanapun, susunan penjagaan muka ni, ada susunannya. Contohnya seperti berikut :-

  1. Pencuci Muka

  2. Scrub Muka

  3. Toner

  4. Pelembap

  5. Krim Muka - Siang dan Malam (Cari yang UVA & UVB Protection)

  6. Losyen Kulit - Cell Repair & UVA & UVB Protection (Lampu pun UV ok)



Langkah yang pertama


Mencuci Muka
  • Cari produk pencuci muka yang sesuai dengan struktur kulit anda.

  • Picitkan pencuci muka sebesar duit 1 sen di tapak tangan (Basuh Tangan bersih-bersih dulu-Dikhuatiri kuman)

  • Lepas tu, gosokkan pada tangan hingga berbuih

  • Sapukan pada muka dengan menggunakan 3 jari sahaja, iaitu, telunjuk, hantu dan manis

  • Sapu memutar iaitu berbentuk bulatan dari bawah ke atas

  • Gosokkan dengan lembut

  • Belai kulit itu

  • Fokuskan pada tepi bibir, celah hidung, dan di hujung mata



Scrub Muka 
  • 2 kali seminggu sahaja

  • Berfungsi sebagai menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kulit

  • Cara-cara penggunaannya, sama seperti mencuci muka 




Toner atau Penyegar 
  • Fungsinya ialah, menanggalkan kekotoran yang terdapat pada kulit

  • Ingat..! Tak semestinya, selepas mencuci muka, kulit kita tu dah bersih

  • Cara menggunakan toner macam ni :-

    • Letakkan sedikit toner di atas cotton pad, selepas itu, sapu pada wajah

    • Juga dimulakan dari dagu ke atas. Jangan terbalik

    • Fokuskan pada, celah hidung, kawasan T (Dahi ke hidung), hujung mata, dan hujung bibir



Pelembap or Moisturiser 
  • Digunakan sejurus selepas pemakaian toner

  • Berfungsi sebagai pelembap kulit

  • Mengelakkan kulit daripada kering

  • Gunakan sedikit sahaja

  • Sapukan rata pada keseluruhan wajah

  • Juga dimulakan dari bawah ke atas 



Krim Muka (Siang dan Malam - Cari yang ada UVA & UVB Protection)
  • Selepas gunakan pelembap, gunakan pula krim muka

  • Jika waktu siang, gunakan krim muka yang khas untuk siang dan juga sebaliknya

  • Juga perlu diratakan pada keseluruhan kulit wajah

  • Gunakan sedikit sahaja

  • Dimulakan dari dagu ke atas

  • Disapukan juga pada leher


Krim malam wajib pakai, untuk membaiki sel-sel kulit kita. Malam pun ada UV tau. Contohnya macam lampu, lampu dari Monitor Komputer



Losyen Tangan dan Badan
  • Sapukan pada tangan (Terutama yang memandu dan yang terdedah pada cahaya matahari secara terus)

  • Sapukan juga pada leher

  • Sapukan jua pada badan 


Ada dua jenis. Satu untuk Cell Renewal, dan lagi satu untuk Skin Protection. Kalau saya, Cell Renewal saya gunakan sebelum tidur, dan Skin Protection Cream, saya pakai, jika saya keluar rumah. 


Make-up kecantikan utk Muslimah, untuk kecantikan kita make-uplah ke salon IMAN, Hiasi mata dengan menundukkan pandangan , nescaya mata semakin bening dan jernih . Warnai bibir dengan lipstick KEJUJURAN nescaya bibir semakin manis saja. Merahkan pipi dgn rasa malu, nescaya semakin menawan. Cucilah rambut dari segala pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat, nescaya akan aman. Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun ISTIGHFAR, nescaya semakin putih jiwa kita. Ikhlas dan hulurkan kasih sayang, nescaya semkin lembut hati kita. Dari Abdullah bin Amru bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

''Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah''
(HR Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

IMPIANKU

  1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah SAW

  2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

  3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah SWT

  5. Ikhlas dalam beramal

  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

  7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

  11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah SWT.

  12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

  14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

  16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah SWT.

  17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MUSLIMAH

✔- Nak jadi muslimah itu susah,
✔- Nak jadi mukminah jua susah,
✔- Nak jadi mujahidah lagilah susah,
✔- Nak terus istiqamah super-susah,



Namun biar susah, 
Biar rebah,
Takkan ku endah, 
Takkan ku kisah,



✔- Kan ku tabah..!
✔- Kan ku gagah..!


Demi Allah, 
Demi Solehah, 
Kerana akhirnya ku tahu indah,
Iaitu MENANG atau JANNAH..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BUATMU MUJAHIDAH SOLEHAH

Dengan kecantikanmu,
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu,
Dipancari nur iman yang Hakiki.



Dengan akhlakmu,
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah.



Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi dari rembulan,
Walaupun hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung,
Setinggi bintang berkelipan,
Indah nian menghiasi malam,



Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,



Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabat Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi,



Engkaulah Mujahidah Sejati..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,


Jangan beritahu si dia.


Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya


Tapi luahkan pada Allah,


Beritahulah Allah.


Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.


Cintai dia dalam diam,


Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan,


Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" 
(Az Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.

"Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." 
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.



Cukup cintai dalam diam


Bukan kerana membenci hadirnya


Tetapi menjaga kesuciannya


Bukan kerana menghindari dunia


Tetapi meraih syurgaNYA


Bukan kerana lemah untuk menghadapinya


Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan


Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian


Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan


Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan


Memupuknya hanya akan menambah penderitaan


Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan


Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati


Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?


"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,


Kelak ada insan yang bakal dilukai,


Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,


Nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,


Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,


Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,


Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dgn caraNya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan


Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan


Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan


Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya


Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga"
(Umar Bin Khattab RA)


If you really love her, 


You won’t touch her.


Not even the slightest bit.


You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.


Just hold her in your heart for a few more years.


Then you can do it the halal way


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR Al-Hakim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JIHAD SEORANG IBU

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya..?" 


Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimana pun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu..


Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. 


"Mereka kata saya cacat" Katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. 


"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma" Kata pakar bedah. 


Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. 


Setahun berlalu..


"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan" Kata si ayah. 


Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," Kata si anak berkali-kali.


"Tak mungkin" Balas si ayah. 


"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba"


"Bila..?" Tanya si anak.


"Akan tiba masanya anakku" Balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. 


Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.


"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," Si ayah berbisik ke telinga anaknya. 


"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya, tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love you mom'

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TIPS MENGENALI JODOH MENGIKUT ISLAM

Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20an, yang kahwin lewat selewat 40an / 50an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. 


Apa masalah mereka..? 


Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai di sisi lelaki / wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam. Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin..?" , "Takkan takde calon lagi" , "Ke awak yang memilih sangat..?" dan sebagainya.


Apa yang sebenarnya berlaku..? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam Islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah "3M". Apa itu "3M"..? Siapa di antara lelaki mahu pun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut :-



Memahami
Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. 



Memaafkan
Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. 



Memotivasikan
Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stress, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah. Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen atau pun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu :-



JODOH DARI SYAITAN
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.




JODOH DARI JIN
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.




JODOH DARI ALLAH
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.


Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" di atas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PENGUBAT HATI SEDIH

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.. Dalam hadis qudsi Allah berfirman,


"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." 
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,


"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya."
(HR Bukhari dan Muslim)


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak mau memahami orang lain.


Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita..
Tapi sedihlah kerana kita belum buat persiapan.


Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak bisa menghargai orang lain.


Jangan sedih bila orang lain menghina kita..
Tapi sedihlah kerana kita membuat hina diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain memaki kita..
Tapi sedihlah kerana kita bermulut jahat pada orang lain.


Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah mau perbaiki diri.


Jangan sedih kerana kita selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana kita tak mau bangkit kembali.


Jangan sedih kerana perjalanan hidup kita pahit getir..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah belajar dari pengalaman.



INGATLAH..! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar. Orang kata,


"Semakin banyak kita beriman, kita akan diuji terus bertubi-tubi.."


Sepertimana Allah berfirman,


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman" , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)..?"
(Al Ankabuut : 2)

"Dan demi sesungguhnya..! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Al Ankabuut : 3)


Orang kata, 


"Semakin banyak kau berbuat baik, kita akan terus berdepan dengan masalah.."


Ini semua benar.. Menjadi orang yang baik bukan senang.. Sebab itulah ia terus diuji supaya menjadi baik..


"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..!"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TIPS MENGGEMBIRAKAN HATI

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.


Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan :-


  1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

    Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak..? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis..! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


  2. Buang Sikap Risau

    Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


  3. Belajar Rajin Bersyukur


    Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja..! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di alam kedua), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.


  4. Belajar Menjadi Pemaaf

    Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati) Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau pun anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, atau pun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.


  5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

    Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa..? Come on..


  6. Ubah Fikiran

    Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik..? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


  7. Hati Mesti 'Keras' 

    Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PERASAAN SEDIH

Memang minggu ni ada sedikit beremosi.. Ada perasaan sedih yang tertanam dalam diri ini. Untuk entri kali ini saya ingin berbincang mengenai perasaan yang terdapat dalam hati manusia ini. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya. Walaubagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih.


Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-

  1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih.

  2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.

  3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.

  4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.

  5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..

  6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.

  7. Menonton drama / filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga. Ni asyik-asyik pasal cinta tak direstui. Alahai..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

HUKUM BERCINTA

Soalan

Ustaz nak tanya sikit ni..saya ada dengar ustaz-ustaz yang mengajar kat masjid katanya becinta itu haram hukumnya. soalan saya, betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas-batasnya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing-masing jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sebelum kahwin.



Jawapan

Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini iaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama. 


Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga batas-batasnya..?


 Batas apa yang dijaga..?


Kalau yang dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. Itu hanya disebut sebagai saling mengenali. Dalam Islam, tidak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan untuk dijadikan isteri. Tetapi, tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yang disukai oleh nafsu.



Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yang diharamkan. Bagi yang terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi SAW.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...