OMBAK RINDU

Selepas mengalunkan surah Ar Rahman, Ahmad terusik dengan tinta firmanNya yang asyik diulang-ulang sebut..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..?"


Hampir 33 kali diulang terus-menerus.. Hati Ahmad mulai rasa sebak..! Sehingga 'keyboard lappy' (laptop)nya dibasahi dengan air mata yang menitis bukti betapa tipis dan sedikit kesyukurannya..


"Ya Allah..!"


Ahmad bangkit lalu sambung 'study' sambil mendengar nasyid berjudul 'Sajdah Cinta'


"DiriMu ada dalam setiap langkah manusia"


Lirik lagu ini mengingatkan Ahmad betapa 'caring'nya si Dia kepada setiap insan. Ahmad ingat lagi firmanNya surah Al Qaf ayat 16,

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"


Walaupun Ahmad bukanlah seorang Hafiz tapi semenjak kebelakangan ini, terasa Allah seakan-akan 'berbicara' dengannya supaya berjuang menjadi 'Syabab MuttaQin' yakni Pemuda Bertaqwa..


"Ya Allah..!"


Ahmad terasa bersemangat..! Apatah lagi ketika teringat isterinya umpama bidadari yang dirindui..! Ombak rindulah nampaknya, Terlintas kenangan mata bertentang mata.. Bila mata bertentang mata..! maka hati pun mula berkata..!


"Aku berkenan dengan si dia..!" 


Pandang punya pandang.


"Hamboi..! Ahmad..! Apa lama sangat pandang itu..!"


"Allah. Ustazah ini kacau daun la" Merajuk dalam hati..!


"Walau kamu di dalam mulut naga sekalipun..! Akan ku rampas jua..!"


Itulah janji Ahmad.. Akhirnya Allah perkenankan jua andai niat kita ikhlas dan bukan untuk dipermainkan..! Ahmad ingat lagi dalam satu kata mutiara para imam 

"Bila ada orang sampai tahap dia kena menikah, walau macam mana pun Allah akan bantu dia..!"


Allah sentiasa memberikan yang terbaik selagi kita bersungguh-sungguh mencari jalan yang halal, kasih berlandaskan nafsu umpama pendatang asing dalam hati, tapi kasih yang berkat adalah bila kita nyatakan Allah sebagai sempadan cinta kita..!! Ternyata 'Kupinangkan dia dengan Bismillah' amat berkesan..!


Ketika Nabi Ibrahim AS didatangi oleh Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim padanya,

"Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri..?"


Lalu Izrail beritakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah SWT, maka Allah SWT perintahkan Izrail menyampaikan jawapanNya kepada Ibrahim,

"Wahai Ibrahim, apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri..?"


Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah melalui Izrail, berkata Ibrahim,

"Wahai Izrail..! Cabutlah nyawaku di saat ini juga..!"


Semoga bingkisan nasihat yang sedikit ini bisa terbekas dihati yang membaca. InsyaAllah..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

1 comment:

Anonymous said...

bes cerite :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...