ALLAH ALLAH ALLAH

"Aslih nafsak, wad'u ghairak"

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri ; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal..?"

(Al-Baqarah : 44)

"Wahai orang-orang yang beriman..! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya..! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"

(As-Saf : 2-3)


Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah RA berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, dibawa seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka sehingga terburai usus-usus perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar (keldai) yang sedang berpusing di batu kisarannya. Penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya,

"Hai si fulan..! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran..?"


Lelaki itu menjawab,

"Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya"

(HR Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KADANG-KADANG

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin


Usia ini singkat. Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian dan keasyikan.. 
(Anonymous)




Pernah jumpa situasi ni,


"Ish bukannya dia nak senyum. Sombong giler ah..! Baru 2nd year kot. Nyampah gua..! Arghhh..! Tekanannn..!"



Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan..? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu dan meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah..? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk. Kalau benar kita melakukan demi redha dan cinta Ilahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah..


Let’s do it for the sake of Allah..!!



Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekali pun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.


Kadang-kadang kita suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka..? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang dan malam, bagai suami dan isteri, bagai guru dan murid, bagai pensil dan kertas, bagai nasi dan lauk.


Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling..? Pandang sebelah mata je. Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah..? Haih. 


Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna dan suci dari orang lain..? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang kita pakai, kopiah yang kita sarung, serban yang kita lilit, stokin, stongan yang kita kenakan sampai orang lain kita pandang enteng. Sesekali jangan..! Kita sebenarnya sedang diuji bila kita merasa bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.


Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang. Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu..? Guane konsep tu..? Buanglah ego. Tak ke mana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali dan kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri..? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego..? Tak ke mana. Buanglah ego tu..


Kadang-kadang, kita mahukan kegembiraan tetapi kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah kita menambahkan kesedihan dan kedukaan orang lain. Kadang-kadang, kita mahukan urusan kita dipermudah tetapi kita sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi..? Kalau Allah tarik..? Betapa sombongnya..


Dan sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentinganNya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah dan Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah dan Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepadaNya. Kalau tak diuji nanti kita lalai dan leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah dan takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillahimindzalik.


Ibu ayah marah sebab apa..? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu juga Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang, Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikit pun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan..? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kita kecapi..


Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab manusia adakalanya, kadang-kadang imannya di hulu sana kadang-kadang imannya di hilir sini. Sebab tu kita sesama kita kena dan mesti saling ingat mengingatkan.


Apa yang saya post ni, tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini. Tapi apa yang post ni adalah nasihat dan teguran buat diri saya sendiri. Supaya saya sedar, saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu..? Beghat nanang.


Saya juga manusia biasa. Nampak saya buat silap, tegur je. Saya tak kisah, saya tak marah dan malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.


Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni, jangan teruih taboh ja orang tu. Pandang dengan mata hati. Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee.. Hamdan Lillah..



"Da'wah is not about to preach hard but to reach their heart"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TERASA NAK BERTAUBAT

Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat
Alhamdulillah.. Allah masih lagi memanjang usia saya, anda dan kita semua sehingga ke hari ni.. Masih lagi Dia memberi kesempatan untuk kita menikmati rasa cinta dan kasih sayangNya…
‘Rasa takut nak bertaubat..’

Mesti atau mungkin kita pernah dengar ayat-ayat yang berbunyi macam ni..

***


‘Aku bukan tak mau berubah.. Aku nak berubah.. Aku pun tengok ramai kawan aku dah berubah tapi aku ni takut.. Takut tak dapat kekal lama.. Aku tak nak jadi hipokrit..’


‘Ramai je budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku  tak yakin nak berubah tu.. Bukan tak mau..’


‘Aku nak berubah tapi dosa aku banyak sangat.. Setinggi gunung seluas lautan.. Allah sudi kea terima aku ni..’


‘Aku nak berubah tapi aku sayang geng-geng aku.. Kalau aku berubah, nanti mereka kata apa pulak..?’

***

Disebabkan terlampau banyak sangat persoalan yang berlengar-legar di luar minda, last sekali pasti ayat ni akan muncul (bagi yang cepat putus asa / jumpa jalan buntu)
‘Argh..!!! Payah sangat nak berubah.. Baik tak payah berubah la.. Kalau masuk neraka pun sat je last-last dapat jugak rasa nikmat syurga.. Cuma cepat dengan lambat je.. Tak apa tahan la sikit seksa tu.. Nanti baik juga..’


(Nauzubillahminzalik..)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ye saya mengaku.. Pasti persoalan-persoalan yang sinonim macam di atas akan bermain-main di minda.. Tambah di kala hening malam.. Tatkala kita seorang diri berada di beranda rumah atau di atas katil ketika sedang mencuri masa untuk bermuhasabah diri..

‘Rasa’ nak bertaubat tu bukan hanya manis di bibir dan indah khabar dari rupa je.. Apabila kita dah ‘ter’ niat nak berubah tu first apa yang kita nak kena buat tu.. Kita buktikan dulu dengan perbuatan.. Yang pasti kita kena sanggup berkorban berdiri dan sujud di hadapan Allah.. Bersungguh-sungguh bertaubat dengan taubat nasuha.. Mintak keampunan kepadaNya.. Settlekan hubungan sesama manusia.. Letakkan rasa cinta dan yakin itu hanya apa Allah.. Lepas tu cuba didik diri kita dengan macam ni.. Saya bagi contoh (ingat contoh je (lain orang lain cara dia))
Pertama :-

Andai dulu apabila marah-marah akan baling barang yang ada di tangan.. Tak kisah la telefon bimbit ke atau pasu ke, pasti akan automatic akan lempaq terus.. Tapi kali ni apabila rasa marah tu menyapa.. Belajar tenangkan diri dengan zikrullah, istighfar, ambil wuduk atau solat sunat dua rakaat.. Tahan diri tu kalau boleh biar sampai keluar air mata..


Kedua :-

Dulu selalu kalau ada masalah pasti pergi cari pakwe / makwe untuk share masalah dan tenangkan fikiran.. Tapi kali ni ce usaha terus pergi ke bilik air ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.. Dan mengadu sepuas-puasnya.. Cerita dekat Allah.. Lepas tu mintak putus terus dekat pakwe / makwe (serius ni.. Tak main-main.. Putus terus) [Jangan pernah sayang kepada maksiat]
Ketiga :-

Andai terlampau banyak masalah yang menyulitkan urusan hidup, yang pasti pergi cari sahabat yang soleh-soleh.. Tidak pun cari ustaz / ustazah.. Sekiranya kita memang mahu Allah yang pegang kehidupan kita.. Istilah ‘malu ‘ bertanya tu tak patut ada dalam diri..


Keempat :-

Seandai member-member lama ajak kita melakukan maksiat.. Kita dengan tegas menyatakan kita tak hendak buat/pergi.. Kita mesti berprinsip.. Yang pasti kita jangan tinggal dia tapi ajak depa sama-sama berubah.. (Jangan putus asa)

So,

Jadi ia bermula dari kita.. Diri kita.. Jasad kita.. Segala-galanya dari kita tanpa paksaan orang lain.. Tidak perlu gaduh-gaduh..

Tapi apa-apa pun kita kena ingat dan berpesan pada diri dengan ayat ni..


Surah ankhabut ayat 2-3 :- ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’

Penutup :-
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk kembali kepadaNya.. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. Andai kita datang kepadaNya dengah segunung dosa maka Dia akan memberi kita segununug pengampunan.. Andai kita datang kepadaNya dengan dosa seluas lautan maka Dia akan memberi kita pengampunan seluas lautan.. Allah tak tengok siapa kita di masa silam Allah tidak nilai kita di masa depan tapi Allah nilai kita di saat ini.. Betapa mulia dan kasihNya Dia kepada kita.. Tiada yang mustahil bagiNya.. Andai kita mengkehendaki kebaikan, Allah akan beri kita faham agamanya..

Apa lagi..! Ayuh ke arah pintu taubatNya sebelum pintu hati kita tertutup untuk dapat HidayahNya..

Teringin nak jawab persoalan :-

‘Ramai budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin nak berubah tu.. Bukan tak mau..'

Nanti kita balik jumpa Allah, Allah tak akan tanya kita dulu di dunia kita masuk sekolah apa.. Kenapa perlu ambil contoh budak sekolah agama yang dah menjadi sampah masyarakat sedangkan ramai je lagi budak sekolah agama yang tinggi sahsiahnya dan menjadi contoh ikutan masyarakat.. Keyakinan itu tidak pada bibir tapi pada tindakan..

WallahuAlam.. Semoga Allah redha urusan kita semua.. Aamiin..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

IKHTILAT..? BEWARE

Are you aware of the dangers of interacting with non-mahrams on social networking? Important message, please read and share to let others know. This is a reminder for all brothers and sisters who are on social networking. Please take your time to read it for Allah’s sake.

I heard a very interesting lecture recently on how to maintain your modesty, wherever you are, particularly on social networking sites. It’s common to see men and women free mixing here, direct messaging and interacting in a way they obviously shouldn’t. To those who do that, stop and think for a while - Do you think you are doing something that would please Allah? Modesty is a branch of Imaan, and when you talk whether through writings or etc to non-mahrams, you are actually lifting your pardah and your modesty. Allah has told us that if our modesty if lifted, we are fit to do anything. To all of us, isn’t modesty a very priceless thing? Are you willing to sell it in the cost of interacting with non-mahrams?

Remember, when a man and a girl are alone, Shaytan is the third person there. When you are tweeting or facebooking, it’s obviously between yourselves, so what makes you think that Shaytan will not intrude and create feelings among you that would lead to haraam? We may wear the Hijab/Niqab, but if our walk, talk, voice or actions attract a man, we are accountable for it and if that happens, you are lifting your modesty. If you may not have any feeling towards the one you are tweeting/facebooking, can you absolutely guarantee that the other person feels the same way about you? If your tweets/status, even if it be a “yes”, “no”, “Hi” or even a “hmm” attracts a non-mahram, what are you going to say when you stand before Allah (SWT) on the Day of Judgement? How are you ever going to justify yourself for talking or attracting a non-mahram?

This is a humble reminder, first to myself and then to the others. Some of us may not reply to non-mahrams, but if they are following us, out tweets/status would appear on their timeline. How can you guarantee that someone will not be attracted to your tweets/status. If a person is drawn to your style of tweeting/writing, he/she might have feeling on you. This, more often than not, ends up with men interacting with girls and vice versa, so I think it's just better to be avoided. Aren’t you accountable to Allah for those feelings you created, although it may be unknowingly. What are you going to tell Allah when He questions you about it in front of the entire mankind on the Day of Judgement? Think for yourself.

I know that some of those reading this will find that it is hard to be accepted, but please remember that you are accountable for each and every action you do on the Day of Judgement. Isn’t the greater Jihaad fighting against your own desires? Do it for the sake of Allah and your sacrifice might be that one thing which may lead you to either Jannah or Jahannam. Allah has told in the Quran that Shaytan makes our deeds fair-seeming to us. Fight against Shaytan and fight against your own self. This is not only for your betterment, but also the betterment for the entire Ummah InshaAllah. And it's not impossible - I've seen a lot of sisters on Twitter and Facebook who have in right there on their bio : "Brothers, don't follow or add me". MashaAllah, I really admire the strength of those sisters and if they can, surely we can as well, right?

A sign of true Imaan is when you fear Allah, both in secret and in public. It might be hard for us to do avoid this temptation, but just think of how happy and pleased out beloved Rabb with be with us. Isn't gaining His pleasure the ultimate thing we all want? If after reading this, you still continue talking to non-mahrams on twitter or facebook, or any other form of socializing, remember that doing a sin even after knowing fully well that it's bad is an even bigger sin. That guilt will always be with you. Do this one sacrifice and see for yourself how rewarding it will be,InshaAllah. It might be tough, but as time goes on you will see that what you did was actually your duty.

Do it solely for the pleasure of Allah and if Allah is pleased with your sacrifice and effort, isn’t that an exceptional honor. Allah will be proud of our sacrifice and He will make it easy for us InshaAllah. For the sake of Allah, please share it and keep sharing it so that other might benefit from this InshaAllah. If this can bring about a change in someone, Allah will reward you for it. May Allah accept all of us.

Aameen.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERSANGKA BAIKLAH TERHADAPNYA

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin.




Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu..


"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam ; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang" 
(Taha : 130)


Usianya sudah pun menjangkau 20an. Dia dilahirkan cacat. Dia tiada kaki. Tiada tangan. Malah, dia juga cacat penglihatan. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.


Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir. Salah satu soalannya,


"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan..? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan.. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini"


"Ini bukan kekurangan atau kecacatan.. Ini satu kelebihan.. Kenapa..?"


"Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki dan sepasang mata saya.. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka"


"Tapi, apa yang Tuan ada..?"


"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Dengan mulut ini saya mampu berzikir dan dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca Al-Quran meskipun saya buta.. Hamdan Lillah"



 Pandanglah dengan mata hati.. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain.. Bersangka Baiklah Dengan Allah..






"Kenapa aku miskin, dia kaya..?"


Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri dan riya'.. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud.. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya..? Malah lebih miskin dari kita.. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah..




"Kenapa pula aku kaya, dia miskin..? Allah tak sayang aku ke..?" 


Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalanNya.. Tidak semua orang berpeluang.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya.. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya"
(Al-Kahf : 7)




"Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam..?"


Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat time UPSR, PMR, SPM, STPM.. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya time PSRA, SMA, STAM. Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA, GPA kita.. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita.. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita.. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah dan setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya.. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi dan lagi.




"Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan..? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak..?"


Itu adalah bonus.. Bersyukurlah.. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak..? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh.. Sama ada kau bersyukur atau tidak.. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka.. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu.. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat.. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan dan disampaikan.. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi..




Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya.. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CONTOHI ORANG TUA

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna..
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga..
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama..
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian..

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin..





Malu terasa tatkala lepas azan berkumandang, mereka di kalangan warga tua, berebut-rebut mencari tempat untuk menunaikan solat sunat.. Mereka berusaha bangun dengan terbongkok-bongkok.. Masih gagah semangatnya mereka bergerak terhincut-hincut sambil mengurut lutut.. Masih kuat semangatnya mereka rukuk perlahan-lahan menahan kesakitan.. 


Aku yang masih muda..? Bergerak tak perlu urut-urut lutut seperti mereka.. Rukuk dengan penuh keseimbangan.. Sujud dengan penuh kegagahan.. Berdiri dengan penuh keyakinan..


Syaitan tidak akan pernah melepaskan peluang dia suburkan baja kemalasan di dalam diri 
Di dalam Quran ada disebut :


"(Iblis menjawab), Demi kemulian-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.." (Sad, 38 : 82 - 83)


Contohi ibadah warga tua.. Umur semakin tua tetapi ibadah seperti orang muda.. Kita pula yang muda, tetapi, ibadah seperti orang tua dan memang sah tanpa keraguan..!


Mereka di Palestine, Syria, Somalia, Myanmar, Iraq diuji dengan ujian yang sangat hebat sehingga tertumpahnya darah di atas muka bumi.. Kita di Malaysia diuji dengan kemewahan, kemakmuran, nikmat dan nafsu yang membelenggu diri..




Siapa yang tidak berkira dengan Allah, maka Allah sekali-kali tidak akan berkira dengannya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SALAH FAHAM MELAYU TERHADAP ISLAM

Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, saya nak cerita sikit pengalaman semasa berada di sebuah kem. Mungkin tiada kena mengena sangat dengan topik yang dibincangkan tetapi menjadi punca kepada mengapa saya menulis artikel ini. Kem ini macam biasa sahaja, ada leadership skill, team-building, semangat kerjasama dan lain-lain. Tetapi pada hari kedua, ada satu sesi temuramah secara inidividu. Apabila tiba giliran saya, penemuramah menanyakan satu soalan yang agak pelik sikit :


"Apa pandangan anda tentang Islam pada zaman sekarang ini..?"


Masa tu, saya agak kurang bersedia jadi saya jawab sahaja apa yang terlintas. Tetapi penemuramah itu berjaya membuat saya berfikir dengan lebih mendalam tentang hal ini sehingga saya berjaya menulis artikel ini. Setelah itu, ada satu sesi perbincangan dalam kumpulan masing-masing mengenai topik yang dipilih oleh fasilitator bagi setiap kumpulan. Saya pun dah lupa apa isu yang dibincangkan dan tiba-tiba, masuk pula isu tentang Islam, lebih kurang macam tu lah. Mudah sahaja Islam dalam pandangannya.


Hujah beliau bahawa ketika dalam satu kursus, apabila peserta-peserta lain mula bergegas untuk tidur beliau ternampak ada seorang manusia sedang mengaji, solat, bertafakur dan sebagainya. Dengan mudah beliau melabel bahawa manusia inilah antara manusia hebat dan perlu disokong dan sebagainya. Padahal manusia tadi sudah dikenali akhlaknya, anak isterinya bagaimana kelakuannya dan lain-lain. Saya teringat tentang sebuah hadis riwayat Al-Tabarani daripada Anas RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, mafhumnya,

"Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah."


Setelah itu ada bincang juga mengenai hukum dalam Islam. Memang nampaklah Islamophobia dalam dirinya. Apabila hak Allah dicabar (keamanan, kesejahteraan makhluknya) kita diam sahaja tetapi apabila hak kita dicabar (menjadi mangsa rompakan, kecurian, isteri jadi mangsa rogol dan sebagainya) memang sangat marah hinggakan hendak dikerat empat kalau mengetahui siapa dalangnya. (Baca majalah Solusi isu no. 6, ruangan 'Beduk diketuk' untuk bacaan tambahan)


Saya bukan nak cakap tentang kelemahan orang lain tetapi lebih kepada meneliti soalan penemuramah tadi yang memerlukan kemahiran, pemerhatian, analisis dan sebagainya. Artikel ini tidak bermaksud saya ingin menyentuh mana-mana pihak, lebih kepada menjawab soalan penemuramah tadi dengan lebih profesional.



Antara fenomena masyarakat zaman sekarang :

Kalau kita perhatikan masyarakat kita sekarang ini, apa yang kita dapat lihat ialah suatu penyakit dalaman yang semakin kritikal. Jika kita mengkaji senario ini, apa yang kita dapat buat kesimpulan ialah keadaan masyarakat kita semakin menghampiri kepada zaman jahiliyah dahulu kala. Perkara yang membezakan masyarakat kita dengan mereka mungkin hanyalah kemajuan fizikal kita sahaja.


Sebagai contoh, masyarakat kita buang anak, masyarakat mereka tanam anak. Tidak banyak bezanya. Merompak, mencuri dan pelbagai lagi bentuk kezaliman merupakan perkara biasa pada zaman mereka dan begitu juga pada masyarakat kita sekarang ini. Tidak lupa juga kepada keruntuhan akhlak, dan nilai-nilai murni.


Sekarang apa yang kita dapat lihat adalah dua situasi yang mempunyai banyak persamaan. Jadi sudah tentunya formula untuk menyelesaikan masalah ini agak sama. Oleh itu, apakah formula tersebut..?


Jika kita belajar sirah, ternyata formula yang dibawa oleh Muhammad SAW berjaya menyelesaikan masalah ini lantas membentuk satu generasi Al-Quran yang unik. Bangsa Arab yang dulu dipandang hina oleh masyarakat Rom kerana kejahilan mereka lantas bangun dan maju dalam pelbagai aspek. Mereka sendiri mengatakan,

"Kami bangsa Arab kuat kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan hina"
(Amirul Mukminin Umar Al-Khattab)


Bagaimana pula dengan kita..? 


Dengan bertopengkan kolot, outdated, kejam, menjatuhkan ekonomi dan pelbagai lagi label termasuk daripada orang Islam sendiri, kita terus dengan cara kita sendiri. Sampai sekarang, masih lagi buntu dan teraba-raba untuk menemui jalan penyelesaian. Jika kejam dan tidak berperikemanusiaan sebagai hujah kita, adil dan berperikemanusiaankah kita kalau membela seorang peragut yang telah banyak menyusahkan kehidupan orang lain dan berkemungkinan besar telah 'meragut' juga nyawa orang lain..?




Contoh perubahan yang dilakukan oleh Islam :

Memecahkan satu perbuatan yang sudah menjadi budaya dalam masyarakat merupakan sesuatu perkara yang amat susah. Sebagai contoh, rasuah, sering kali kita dengar percakapan sebegini :


"Kalau tak rasuah, susah la nak dapat projek"


"Relevankah usaha menghapuskan rasuah ini..?"


"Eh, tu bukan rasuah, kita sama-sama untung"


"Nak untung kena ada modal sikit"


Perkara ini menunjukkan bahawa rasuah sudah menjadi satu macam budaya kepada masyarakat kita. Nama pun diubahnya menjadi 'duit kopi', bunyi macam perkara biasa sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW apabila bapa saudaranya, Abi Talib supaya berhenti membetulkan kaum mereka yang jahil.


"Wahai bapa saudaraku..! Demi Allah, sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku menghentikan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, aku tidak akan meninggalkan tugas ini"


Memang hebat seorang manusia bergelar Muhammad SAW. Siapa yang berani untuk berhadapan dengan kaum sendiri bagi memecahkan budaya yang tidak sihat seperti zina, minum arak, menanam anak perempuan hidup-hidup dan sebagainya melainkan baginda..? Lagi-lagi di zaman yang seperti tiada undang-undang. Walaupun dicaci, dihina, diugut bunuh dan sebagainya, baginda tetap meneruskan usaha murni bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.


Para ulama pun begitu juga. Kita ambil contoh mudah di negara kita sendiri. Saya ada terbaca Majalah Solusi isu 25 mengenai syirik. Sesuatu ketika dahulu, perlakuan syirik amat teruk dalam masyarakat Melayu. Frank Swettenham, seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai Residen di Tanah Melayu dalam bukunya 'Malay Sketches' ada menyatakan pendapat beliau tentang syirik dalam masyarakat Melayu. Antaranya :

  1. Orang Melayu suka mengaji Al-Quran walaupun tidak memahaminya, percaya teguh kepada Allah tapi dalam masa yang sama suka berjudi, melarikan isteri orang yang cantik, membunuh dan sebagainya.

  2. Ketika sakit nazak, orang Melayu meminta tolong daripada syaitan (bomoh, dukun dan sebagainya) tetapi apabila hendak mati, barulah mereka mengajar syahadah dan menyerahkan roh kepada Tuhan. Suatu yang sangat berlawanan.

Pada ketika itu, walaupun ulama' membenci dan mencegahnya, namun para pembesar negeri tetap berpegang kepada amalan ini. Komentar Swettenham ini menyatakan bahawa syirik dan khurafat ini berkembang kerana adanya 'kuasa politik' yang melindunginya. Jelaslah kepada kita tentang firman Allah mengenai pemimpin,

"Hai orang-orang beriman janganlah kamu menjadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin-pemimpinmu, sekiranya mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang yang zalim (merosakkan kesejahteraan negara / dunia)"
(At-Taubah : 23)

Berkat usaha ulama'-ulama' kita yang faham Islam yang sebenarnya ini, beberapa kurun kemudian, amalan syirik dan khurafat ini berkurangan sehinggalah ke hari ini. Walaupun masih ada, tetapi amalan syirik yang membuang masa ini sudah makin berkurangan hasil daripada usaha para da'ie yang tidak pernah lupa erti jemu.




Islam sebagai jalan penyelesaian

Segala hukum-hakam dan ketetapan yang Allah tetapkan dalam Islam mempunyai sebab-sebab tersendiri. Kadang kala kita mampu memikirkannya dan kadang kala hanya Allah sahaja yang tahu. Sebelum memikirkan mengikut nafsu semata-mata, adalah lebih baik kalau kita kaji dengan lebih terperinci daripada semua aspek.

"Bukankah Allah, Tuhan Yang Mencipta Sekalian Alam..?"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PERINGATAN BERSAMA BUAT PARA NIQABIS



Jangan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga 
Jaga tingkah laku para niqabis jadi perhatian sekarang.


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..
Berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu..


Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung..
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat..
Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah SWT..
Menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana Allah SWT..


Usahlah melatah bila difitnah, kerana memang kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar di luar lingkungan niqabmu..
Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah ke dalam..
Usahlah kau mendongak wajah ke langit..


Belum tentu yang berniqab itu beriman..
Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk ditaip di facebook, twitter, myspace, YM dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah SWT..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..
Jangan perlekehkan nilai niqab..
Kerana di balik tirai suara-suara itu..
Berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala 
Ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA..!


Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan 
Ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT..!


Yang berniqab akalnya disimpan 
Ku berani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN..!


Yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah Allah..
Janganlah yang memberati aurat ini mencemar niqabis itu sendiri..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH, CINTA RASUL..
Yakinkah anda..? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh..
Terlalu sarat dengan kata-kata nista..
Kau berdusta..!!


Jadi gadis berniqab..
Jagalah namamu..
Jagalah namaku..


Jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru..!
Niqab bukan pelindung maksiat..!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat..!
Niqab bukan untuk dipersendakan..
Berilmulah sebelum beramal..


Kerana yang menderita adalah mereka yang berjuang habis-habisan..
Berniqablah kerana anda sudah bersedia..
Bukan untuk menunjuk-nunjuk anda hebat..


Kerana itu belum..
Menunjukkan anda sudah bersedia..
Bahkan sebenarnya masih timbul di hati rasa cintakan dunia..
Cintakan pujian manusia..


Astaghfirullah Al'azim..
Jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas kesedaran diri sendiri..







~ ♥ "Yang tertutup itu indah" ♥ ~
Peringatan buat diri sendiri =')




Ya..! Kita dah biasa jumpa dengan kata-kata di atas.. Tapi INGAT..!! Perlu juga jaga perilaku.. Lagi-lagi di laman sosial macam fecebook, blog, twitter and etc macam ni.. Jangan sebar aib orang, jangan buka aib sendiri..! Banyak yang kita lihat.. Sesetengah niqabis memandang ringan pada aurat yang wajib ditutup seperti, lengan dan kaki.. Juga susuk tubuh.. ALLAHUAKBAR..! Pakai niqab, aurat lengan terdedah, dada terbonjol.. Upload dalam FB.. Muslimin dok komen.. "Mesti suka kan..? Ya..! Kerana, 


"Pujian adalah kegembiraan bagi orang-orang mukmin"






Tapi biarlah hanya pada yang halal.. Balik la kepada niat kita yang asal.. Berniqab kerana Allah.. Bukan tak boleh nak letak gambar.. Tapi biarlah berpada-pada.. Cukup la satu dua keping.. Biasa-biasa je.. Tak mo posing-posing maut.





Selain tu, ada yang bergurau senda dengan yang bukan mahram di wall nya.. Memberi peringatan kepada orang tetapi diri sendri..? Wallahua'lam.. Yang paling dasyat, bertukar-tukar pasangan buat status tunang.. Sebarkan.. Then, bila kecewa, post macam-macam.. Allah.. Di mana sifat malu kita..? Astaghfirullah.. 






Di situ dah nampak aib kita.. Bila orang tegur kita jangan pulak marah, sebab kita yang bukak aib sendiri.. Apakah bangga sangat letak status in a relationship, in an open relationship, engaged and ETC..? Banggakah dikau kerana menyebarkan hubungan yang HARAM..!




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan"


DAN YANG PASTINYA SEMUA INI (tak baik) BOLEH MENDATANGKAN FITNAH..!! NAUZUBILLAHIMINDZALIK..


Jaga tingkah laku para niqabis jadi perhatian sekarang.. Stiap apa yang kita buat, silap sikit terus kena hentam.. ALLAH.. ujian untuk niqabis.. Alhamdulillah.. Moga kuat hadapinya.. Perbetulkan niat kita, segalanya akan dipermudahkan.. InsyaAllah.. "Islam itu mudah"


Apa yang baik datangnya dari ilham ALLAH SWT.. Yang kurang, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

Saya tulis entri ni bukan bermakna saya baik.. Saya perfect.. Saya tak ada salah.. TIDAK..! Tapi ini untuk peringatan buat kita semua dan diri sendiri juga.. Dan apa yang saya tulis bukan tuju pada individu.. Asif jiddan.. Saya just hamba yang lemah, tapi cuba bangkit untuk berpesan-pesan kepada kebaikan.. Saling mengingati selagi hayat masih ada.. InsyaAllah.. Silap salah tegur saya secara peribadi..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

FB, RAMAINYA ANAK DARA YANG PERASAN CUTE

Dok pusing-pusing dekat wall kawan dekat pesbuk tu, tetiba terjumpa satu note ni.. Sentap jugak.. Ya lah, Maknanya terasa juga sedikit sebanyak.. Mempergunakan sesuatu dengan baik.. Walau sebenarnya dalam diri ni geli tu pun terselit juga kesukaan tu kan.. HAHA =.='


Klik.. Klik.. Klik..


Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB.. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia.. Hanya melayari FB.. Dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing)


Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :

  1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat)

  2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial..

  3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. Perasan muka macam korea.. Sambil berkata dalam hati "Oh, comelnya aku.." Uwekk.. 


Entahlah.. Mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit. Pastu, mulalah kata,


"Jangan jaga tepi kain orang" 


"Ini peribadi saya.. You apa sebokk" 


"I tahu apa yang I buat"


"Ni facebook I, kalau tak suka boleh blah"


Manis tak ayat anak dara kalau macam ni..? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. Kalau bising lagi, boleh muntah.. Ada juga yang kata,


"U tu laki.. Mana tau hati perempuan" 


Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaya diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu..


Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah.. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka.. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin..


Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. 


"Apa hobi kamu..?" 


Dia menjawab,


"Berkawan.. Cari kawan.. Kawan seramai mungkin"


 Erm.. Dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB..


Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan" Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. Hubungan agak dingin.. Apatah lagi family..


Kita agak dingin dengan keluarga kita kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin.. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita..?


Kalau kita ingin mencari kawan sekali pun, pilihlah dengan siapa kita berkawan.. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengankita, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee.. 


Kenapa dia pilih kita..?


Lalu, kita pun menjawab di dalam hati 


"Ish, ada orang nak kat saya la.. Huhuhu, bestnya"


Kemudian, kita akan meletakkan atau menukar gambar kita dengan gambar yang lebih cun, dan menarik.. Ada iras-iras Korea lah kononnya.. 


Kenapa ya..? 


Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran..! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..


Kawan oh kawan..


Sebagai anak dara, cuba kita fikirkan.. Kita sangat berminat mengumpul setem.. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata 


"Album aku la paling lawa"


Lalu kita pun pergi ke pejabat pos dan bertanya,


"Pak Cik, saya nak beli setem.. Lantak la setem apa yang ada.. saya ada RM20"


Pak Cik pun bertanya,


"Setem yang ada di sini, biasa-biasa je"


Kita menjawab,


"Lantak lah.. Saya minat kumpul setem.. Jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin.."


Kita terlupa album kita bukan besar sangat macam pejabat pos.. Erm, contoh ini agak lembut.. Saya gunakan contoh yang kedua pula.. Kita sangat meminati serangga.. Lalu kita pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..


Apa yang peliknya, kita "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Kita tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. Antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah, tebuan, semut api, semut hitam, anai-anai dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.. =.='


Apabila orang bertanya kehairanan,


"Kenapa tangkap semua serangga ni..? Lalat pun nak tangkap juga..?"


Kita menjawab,


"Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya"


Cuba fikirkan nasib kita dan FB kita pada masa depan.. Cuba jadikan FB kita bermanfaat dan boleh membuahkan hasil..









p/s : Dipetik dari Ibnu Ir Fadzil

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM

"Di Somalia nun, bersahur tak ada makanan, berbuka pun tak ada makanan. Mereka majoritinya adalah saudara-saudara seakidah kita yang bergama Islam. Tapi nasib mereka macam tu. Mana pergi negara-negara Islam yang lain..? Membutakan mata sajakah..? Tengok di Syria sana, berapa ramai yang mati syahid..? Sana tak aman sebab umat-umat Islam tak bersatu padu. Masih berpecah belah. Mementingkan dunia je. Macam di Syria sana tu, negaranya diperintah oleh puak-puak Syiah. Negaranya pulak ada dua jenis.. Sunni (Ahlu Sunnah Wal Jamaah - ASWJ) dan juga Syiah.."


Jangan nak tengok Somalia yang jauh tu. Tengok aja la jiran negara kita. Burma nun. Atau pun, nama sekarangnya adalah Myanmar. Myanmar terletak di sebelah negara Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein. Dekat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Dekat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine.


Dekat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh finatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjarakan, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat-mayat dibogelkan tidak berpakaian. Semoga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah Allah.


Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi negara Somalia, Myanmar, Syria, Palestin dan lain-lain. Cuba bandingkan diri kita dengan mereka. Ketara sangat perbezaannya. Di negara-negara mereka, majoritinya mati syahid, kita, mati gugurkan janin. Negara mereka tak ada kemudahan-kemudahan macam yang kita guna sekarang ni. TAK ADA..!!


Ya, kalau kita nak bandingkan negara kita dengan Somalia, Myanmar, Palestin, Syria, memang bagai enggang dengan pipit atau pun jauh bara dari api. Terlalu ketara perbezaannya. Sebab apa..? Sebab pemikiran penduduk Malaysia (Tak semua) ni hanya cakap,


"Tak pe, negara aku aman, damai. Hiburan ada. Rileks" 


Heh, ya benar ke aman..? SALAH..!! Saya menegaskan di sini, negara kita tak pernah aman. Dengan adanya, penjenayah dalam selimut, mereka juga adalah penjajah. Ingatlah, kita ni ditugaskan berada di atas muka bumi ini, adalah untuk menyebarkan dakwah Islam. Sebarkan Islam sebaik-baiknya. Teruskan perjuangan Rasulullah SAW. Bagaimana, orang bukan Islam mahu mencontohi, kita umat-umat Islam, selagi kita masih ada musuh dalam agama kita sendiri. Islam yang mempunyai kaum yang pelbagai. Puak-puak wahabi, sunni, syiah dan mungkin ada lagi puak-puak yang lain yang masing-masing saling mengkafirkan umat-umat Islam yang lain.


Semuanya tiada persepakatan langsung dalam menyatukan Islam. Jika Islam dengan Islam pun masih bertelagah, mementingkan diri masing-masing, gila kuasa, mementingkan dunia, bagaimana kita nak ubah kefahaman orang-orang yang bukan Islam terhadap agama kita..? Ingat, dakwah kita ini, bukan sekadar tertumpu pada umat-umat Islam sahaja. Malah menyeluruh. Dakwah Islam bertumpu pada semua golongan dan hamba-hambaNya. Hamba-hambaNya itu bukan setakat bermaksud umat-umat Islam je. Tapi, kaum-kaum lain juga. Tak kisah la, mereka menganut agama apa sekali pun. Mereka tetap hamba Allah. Islam tak akan bangkit jika masing-masing masih tidak bersatu. Bak kata ulama',

"Selagi para jemaah solat subuh tidak seramai jemaah solat jumaat, selagi itu lah, umat Islam tak akan bangkit"


Point di sini adalah BERSATU. BERSATU kita teguh, BERCERAI kita roboh. Kalian masih ingat kan peribahasa tu. Contoh lah saya bagi, ketika main bola, atau pun, apa jua permainan yang perlukan kerjasama sekalipun, jika mahu menang dan capai kejayaan dan target, mesti kene bersatu. Jika tidak kesefahaman walaupun, seorang ahli saja tak bekerjasama, peluang untuk menang tu amat tipis. Kerjasama ni penting. Dan dalam Islam sekalipun, tidak langsung diajar untuk pupuk semangat assobiyah A.K.A perkauman kan..?


Lihat sajalah negara kita ni, bumi Malaysia, pelbagai parti politik ada. Saya tak nak mention parti mana. Maksud politik menurut Islam adalah siyasah. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur / sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. 


Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (Sekarang) adalah kotor dan keji. 


"Kenapa..?"


Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur iaitu politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan barat, politik yang membelakangkan Al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.


Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (Siyasah syar'iyyah) yang bersih dan benar. 


Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap 'rela dan redha' dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. 


Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah 'membersihkan' segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (Siyasah syar'iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (Dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.


Secara lughah (Bahasa), siyasah (Politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti 'mengurus kepentingan seseorang'. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah 'pemeliharaan / pengurusan'. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan,


"Sustu ar-ra'iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra'itu syu'naha bi al-awamir wa an-nawahi"

"Aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Ada pun maksud siyasah menurut istilah / syara' adalah ri'ayah asy-syu'un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (Mengatur / Memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri"
(Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimah Ad-Dustur)


Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah SAW menggunakan lafaz 'siyasah' untuk menunjukkan maksud pengurusan / pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

"Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (Tasusuhum al-anbiya). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada khulafa' dan jumlahnya banyak. 


Para sahabat bertanya, 

"Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami..?"


Nabi bersabda,

"Penuhilah ba'iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus / pelihara."


Berdasarkan maksud politik (Siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus / memelihara (Ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa,

"Imam (Pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara rakyatnya" 
(HR Muslim)


Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. 


Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka 'diatur' (Oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah SWT telah mewajibkan adanya segolongan (Jemaah / Gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.


Firman Allah,

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (Berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma'ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang"
(Ali Imran : 104)


Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (Muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (Penghulu para syahid).


Sabda Nabi SAW,

"Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat / zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (Oleh penguasa tersebut)"
(HR Hakim)



Rasulullah adalah ahli politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah SAW hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (Kelompok / gerakan) Islam (Semasa di Makkah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (Semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam..? 


Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik..? 


Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (Agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Makkah mahupun di Madinah..?



Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (Semasa Rasulullah masih di Makkah),

"Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (Dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan"
(HR At-Thabari)


Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan 'menghentam' segala bentuk 'sistem kufur' yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah SAW inginkan ialah sebuah kekuasaan / negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, 


Apakah dakwah Rasulullah yang 'menghentam' akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik..? 


Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan / negara (Untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik..? 


Hadis ini (Dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (Apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah / politik baginda.


Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa. Namun, hal ini sama sekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat / manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.


Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah / politik (Mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (Yang merupakan sebahagian dari hukum syara') Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah / politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (Di Makkah). 


Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (Semasa di Makkah) yang membincangkan (Dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (Contohnya Surah Ar-Rum). Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut.


Firman Allah,

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (Dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (Sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi"
(Al - Muthaffifin : 1 - 3)

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama..? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin"
(Al - Ma'un : 1 - 3)


Ayat yang pertama di atas adalah 'menghentam' sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula 'menghentam' (Celaan Allah ke atas) pembesar / pemerintah Makkah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka. Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (Dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam.




Kesimpulan

Wahai kaum Muslimin..! Dalam pada kita yakin bahawa Allah itu Esa, dalam masa yang sama kita wajib menyeru (Tidak memaksa) orang kafir menyembah Allah Yang Esa ; dalam pada kita yakin al-Quran adalah Kalamullah, kita dalam masa yang sama wajib solat dan menegur saudara kita yang tidak bersolat, wajib meninggalkan riba dan menegur saudara kita yang mengambil riba ; dalam pada kita yakin Rasulullah adalah penutup para Rasul, kita dalam masa yang sama wajib memuhasabah pemerintah yang tidak mengikut perintah Rasulullah ; dalam pada kita beriman dengan qadha' dan qadar, kita juga wajib melakukan amar ma'ruf nahi mungkar ; dalam pada kita yakin adanya syaithan dan taghut, dalam masa yang sama kita diharamkan berdiam diri dengan sistem taghut yang ada; dalam pada kita yakin Daulah Khilafah akan tegak semula dengan izin Allah, kita dalam masa yang sama wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah. 


Saudaraku sekalian..! Inilah kaitan antara akidah dan siyasah. Kesempurnaan iman itu adalah apabila kita mengambil dan mengamalkan Islam itu di dalam semua aspek dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Apabila seseorang itu telah masuk Islam melalui pintu tauhid, maka wajiblah baginya untuk menyempurnakan ajaran Islam dengan memasuki pintu ibadah, pintu politik, pintu ekonomi, pintu pendidikan, pintu uqubat, pintu jihad dan semua pintu-pintu lain yang ada.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

6 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN DOSA DI FACEBOOK

Siapa yang tidak mengenali laman sosial Facebook yang kini semakin popular.. Namun tahukah kita bahawa terdapat perkara yang boleh mendatangkan dosa menerusi Facebook..


Siapa tidak kenal Facebook..? Facebook merupakan laman sosial yang merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan.. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej dalam bidang yang sama ; begitulah menurut pengasasnya..






Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.. Dan lebih teruk lagi, menurut Ustaz Zaharuddin, ia sebenarnya membiakkan dosa yang tanpa kita sedar kita sedang melakukannya.. Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin, tentang Dosa Bersarang di Facebook :-


Mendedahkan keaiban suami atau isteri

Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam.. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka..




Terlebih gambar

Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian.. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen.. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran "nafsu.." Wanita menjadi pameran lelaki umum..? Dosa jawabnya..




Penyamaran 

Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi "friend", lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja.. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepada orang yang tidak sepatutnya.. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga..




Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya.. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu.. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita.. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti..




"Tagging" tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat

Terdapat "trend" memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat.. Justeru penyebarannya adalah haram.. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain..




Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri

Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and "extra caution" dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani.. Apabila tersiar gambar-gambar "extra caution" itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata "zaman solehah", "zaman innocent", "zaman suci" dan sebagainya.. Adakah sekarang anda sudah tidak suci..? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah..? Anda yang mengutuk diri anda sendiri..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

I'M HOT, SO PLEASE DON'T TOUCH ME



"I'm Hot"

Ramai yang pelik bila seorang muslimah yang lengkap menutup aurat sempurna dan berpurdah dilabelkan sebagai 'hot'.. Sebab istilah hot sering dikaitkan dengan hot chick yang seksi-meksi tu.. Hot yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah 'kepanasan api neraka'.. Maksudnya, jangan sentuh dia kalau tak nak merasa panas api neraka..


Anonymous : Lelaki yang pakai topeng Anonymous tu pula bagi menggambarkan seseorang yang tidak dikenali. Bila dah tak dikenali, secara automatik ia akan dilabel sebagai bukan mahram.. Maka haramlah bersentuhan antara bukan mahram.. Tengoklah gayanya seperti ingin menyentuh muslimah tersebut. 


"I'm hot.. So, please don't touch me because you are anonymous.. Not my husband.." 


Kadang-kadang, kita tengok perempuan yang lengkap menutup aurat itu masih tidak menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram.. Sebab itu wujudnya persepsi negatif masyarakat yang tak bertudung terhadap wanita bertudung.. Sebab itu juga wujudnya alasan tipikal wanita yang degil tidak mahu menutup aurat yang mengatakan,


"Bertudung tak semestinya baik" 


"Harap tudung je labuh, tapi perangai..?"


Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang buat perangai..? Tegurlah si pemakai tudung, bukannya tegur tudung.. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.. Sekurang-kurangnya mereka dah terlepas dari azab siksa tidak menutup aurat.. Memang benar yang bertudung itu tak semestinya baik.. Tapi, orang yang baik pasti akan menutup aurat.. Sebab, tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan PenciptaNya..

"Memakai pakaian sexy itu HOT, memakai purdah itu BEAUTIFUL, neraka itu HOT, syurga itu BEAUTIFUL"


Stranger man, still dare to touch..?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...