YAKIN

"Apabila kamu meminta dari Allah SWT, mintalah dengan hati yang yakin bahawa ia akan dimakbulkan"
(Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman)



Abdullah bin Abi Sulaiman berkata,


"Setiap kali Ali Zainal Abidin berdiri untuk solat, seluruh tubuhnya bergetar. Seseorang bertanya kepadanya sebab perkara itu"


Beliau menjawab,

"Sedarkah kalian, di hadapan siapakah aku akan berdiri dalam solat..? Siapakah pihak yang sedang aku ajak berbicara ini..?"


Abu Nuh Al-Ansari bercerita,


"Suatu hari terjadi kebakaran di rumah Ali Zainal Abidin. Pada waktu itu beliau sedang sujud di dalam solatnya. Orang ramai berteriak. “Wahai cucu Nabi, api, api..!"


Namun beliau tidak mengangkat kepalanya. Beliau terus sujud sehingga api tersebut berjaya dipadamkan. Apabila selesai solat, orang bertanya kepadanya. Beliau berkata,


"Aku tidak sedar telah berlaku kebakaran. Api yang lebih besar telah menyibukkan diriku"


Maksudnya beliau sedang membayangkan api neraka di dalam solatnya.

(Dinukilkan daripada : Siyar A'lam al-Nubala')


Kadang kadang kita banyak menulis bukan sebab kita banyak tahu tapi kita tengah paksa diri buat apa yang kita dah tahu. Moga yang ringkas dan pendek ini dapat memberikan perubahan yang besar dalam diri kita.


Hamdun bin Ahmad berkata,


"Sikap panik ketika tertimpa musibah hanya dilakukan oleh orang yang menyimpan buruk sangka terhadap TuhanNya"



May God keep you in tranquility forever after.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...