MAHALKAN MAHAR MARUAHMU

Alhamdulillah, didetikkan hatiku untuk menulis artikel tentang maruah seorang muslimah. Muslimah, kita ini cantik sebenarnya. Walaupun kita tutup seluruh aurat kita, sesungguhnya yang tertutup itu lebih terjaga kualitinya daripada yang terdedah.


Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang atau pun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam.


Wahai muslimah sahabatku, mari kita faham perspektif pemikiran lelaki terhadap wanita. Sepertimana yang kita tahu, lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan madu cinta daripada seorang Hawa. Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak berpanjangan.Sepertimana lebah, dia tidak akan hinggap pada bunga yang telah diambil madunya. Dia akan pergi ke bunga lain untuk mendapatkan madu. Itu gambaranku. Saya yakin, ramai sahabat saya yang faham apa yang saya gambarkan itu.



Madu itu maruah seorang wanita. Yang sememangnya maruah wanita muslimah itu sangatlah cantik. Jangan kita berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kita berikan madu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta..? Baiklah, saya sangat faham situasi ini kerana saya sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan mama saya serta sahabat-sahabat, saya sudah nampak jalan penyelesaian.


Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kita berubah niat. Saya faham, perasaan cinta itu satu fitrah. Saya tidak dapat menafikan fitrah tersebut. Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Mengapa tidak..? Lihat di sekeliling kita, apa yang Allah Taala berikan kepada kita..? Macam-macam nikmat dan pinjamanNya kepada kita yang tidak terhitung. Lihat pula pada ujian-ujian yang ditimpakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hambaNya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja. Itu merupakan salah satu daripada tanda cinta Allah kepada hamba-Nya tetapi ramai hambaNya yang tidak menyedari akan hakikat itu.



Cinta manusia. Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Didengar dan dikongsi setiap kali kesedihan dirintih. Kita yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas..? Kita yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kita..? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya, betapa menyampah dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut.


Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kita mesti ada prinsip kita yang tersendiri dan kekalkan prinsip kita tu walaupun digoda dengan cara apa sekali pun. Misalnya, prinsip kita adalah,

"Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat ni"



Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. 



Semoga bermanfaat buat kalian. 
Wallahu'alam.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

6 comments:

farhah aqil farhah aqil said...

salam'alaik.syukran kathir diatas peringatan yg diberikan. =)

Nur Syuhada Nur Syuhada said...

Terima kasih kerana peringatan....mmg sgt menyentuh prasaan :)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Salam alaik aidhon.. Afwan ya ukhti..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

Sama-sama sayang.. :D

Anonymous said...

Alhamdulillah...sama2 kia berubah.. :)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

InsyaAllah.. Sama-samalah kite.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...