MAKHLUK ITU MATI, ALLAH JUALAH YANG WUJUD

FirmanNya,

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat" 
(Al - Insaan : 2)

Lihatlah jadual Allah SWT terhadap manusia. Makhluk ciptaanNya seumpama bayang-bayang untuk meNYATAkan keKUASAanNya mengatur setiap percaturan hidup mengikut kehendakNya jua.



Maksudnya :-

Makhluk itu, bersifat Mati (tiada),
Allah jualah, Yang Hidup (wujud).


Makhluk itu, tidak ada kehendak,
Allah jua, Yang Berkehendak.


  1. "Kami jadikan Dia, berkeadaan Mendengar dan Melihat"
  2. "Dan TIADA kamu berkeMAHUan"
  3. "Dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita"
  4. "Tuhan menunjukkan mereka kejalan yang lurus"


Dari kalamullah di atas, apakah yang dapat kita fahami maksud yang tersirat di sebalik kalam yang tersurat itu..?


Oleh itu, apabila membaca Al - Quran, selamilah sekali perbendaharaan kata-kata Allah SWT itu sehingga faham dan yang memberi faham itu adalah Allah jua lah di atas keikhlasan kita menghayati bacaan tersebut.


Dan lihatlah sayang serta kasihaniNya terhadap setiap ciptaanNya yang diberi "akal fikiran" untuk memahami akan petunjukNya "mengenal" Pencipta melalui kalamNya menuju jalan yang lurus (tidak terpesong) agar jauh dari syirik yang membawa kepada kekufuran (ingkar) dan seterusnya membawa kepada kekafiran (derhaka) yang menjadi seteru terhadap keESAanNya.

"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah ; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)"
(Al - Insaan : 30)


"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya ; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus"
(Al - Maaidah : 16)


Yang paling utama dalam hidup ini, adalah "keikhlasan hati" dalam menyempurnakan setiap ibadah di jalan Allah SWT dengan melakukan secara tersembunyi dan sebenar-benarnya di atas mahuNya / kehendak Pencipta itu sendiri.


Wahai Allah yang menghatikan sebuah hati, tetapkan hatiku terhadap Deenmu. Aamiin.


Allah sentiasa memerhatikan hati kita. Sedangkan, kita selalu melupakan dia. Allah tak pernah melupakan kita kerana Dia mengasihi kita. Tapi kita selalu membelakangkan Dia kerana tidak sukakan Dia. Dia teramat melayani kita tapi selalunya kita mengabaikan ayat-ayatNya. Akan sampai satu ketika di mana kita akan lupakan Allah. Kata Allah,

"Orang-orang kafir itu ialah orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami"
(Al A'raaf : 51)


Allah menghatikan sebuah hati. Allah yang menguasai hati kita.. Dia bolak balikkan ikut kehendak Dia dan juga ikut niat dan usaha kita. Apa yang Dia buat sesuai dengan sangkaan kita. Hadis qudsi Allah SWT mengatakan,

"Aku seperti sangkaan hambaKu"


Jika fikir baik maka baik jadinya. Jika fikir buruk maka buruklah jadinya. Jika kita fikir baik maka di sebalik buruk itu kita nampak yang baik-baik sahaja. Contohnya pencuri. Buruk di mata orang tapi kita pandang di sebalik perbuatan mencuri tu mungkin pencuri tu jahil mungkin terdesak lalu kita dekati dia dan cuba bantu dia. Itulah nilai hati. Kita dan orang lain ibarat kita bercermin. Itulah cermin hati. Kita pandang orang, itulah nilaian hati kita. Hati yang baik hanya nampak kebaikan di sebalik keburukan. Hati yang baik tidak pernah nampak keburukan kerna hati itu tahu di sebalik keburukan itu adalah jua berlaku dengan izin Allah Yang Maha Baik juga. 


Jadi, tiadalah layak hati itu menilai buruk pada kun fa yakun Allah. Pada Dia, setiap ketentuan Allah itu hikmah nilainya. Lalu, hati itu sentiasa bahagia. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Itulah nilai hati untuk ketenangan dan kebahagiaan abadi. Tiada duka hanya ada bahagia. Sentiasa redha dan syukur. Itulah hati yang di dalamnya mahabbah pada Rabbnya. Hati itu telah hidup di sisi Allah telah bernilai. Itulah namanya Allah yang menghatikan sebuah hati. Hati yang hidup itu sentiasa di dalam jagaan Allah SWT agar sentiasa tertumpu pada agama suci ini.


Ada manusia menangis kerana tidak mampu buat dosa atau gembira berjaya buat dosa.

Ada manusia menangis kerana terlepas hasrat memiliki dunia atau berjaya memiliki dunia. 

Ada manusia menangis kerana gagal mentaati Allah dan ada yang menangis kerana berjaya mentaati Allah. Ini amat sikit. 

Ada orang yang menangis kerana merasa tidak berjaya menyintai Allah. 

Ada yang menangis kerana merasa yakin Allah telah menyintai dirinya. Yang begini juga amatlah sikit. 


Ya semua saudaraku, 


Semua kita pernah menangis dan semua kita tahu kenapa kita menangis. Nilailah semula tangisan kita sama ada untuk Allah atau untuk dunia atau untuk nafsu..? Jika tangisan kita itu untuk Allah, syukurlah. Tapi, andainya tangisan kita itu kerana dunia atau kerana munkar maka ketahuilah bahawa tangisan itu juga adalah munkar dan dosa. 


Orang bertaqwa adalah mereka akan menangis kerana pernah menangis selain untuk Allah. Subhanallah. Jika kita tebal kejahilan kita akan berbangga dengan hati kita yang penuh dengan mazmumah kerana kita yakin hita ini amat bersih dan amat baik berbanding hati orang lain. Tebalnya kejahilan akan menyebabkan kita tak tahu dan tidak mahu menilai kesolehan orang lain sebagai kesolehan. Bahkan kita akan menilai mereka yang soleh dengan nilai munkar dan kufur. Inilah bahayanya kejahilan. 


Janganlah kita jadi gini. Allah. Berikanlah kami ilmu dan pimpinanMu agar kami memahami penyakit-penyakit hati kami. Jangan kita rasa susah hati kerana ada orang yang masih kuat, yakin kita ini buruk kerana ulama-ulama yang terang-terang baik dan soleh itu pun ramai manusia yakin mereka jahat dan buruk. 


Bahkan Nabi Muhammad kita yang begitu baik dan tertinggi jujurnya dan penyayangnnya itu pun hingga hari ni baginda masih lagi ramai yang yakin Rasulullah jahat dan buruk. Bahkan bukan sekadar itu, Allah Taalaa yang Maha Pengasih, Maha Penyayang itu pun jutaan manusia menafikan Dia sebagai tuhan. Bukan sekadar menafi Allah sebagai tuhan bahkan yakin Allah itu palsu dan buruk. 


Jadilah kita orang yang tidak rimas dan kesal dengan sangka buruk orang ke atas kita. Yang perlu kita bimbang dan risau adalah kemurkaan Allah ke atas kita. Yang penting kita berlumba-lumba mengasihi Allah bukan mengenepikan Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CARA MENUJUNYA SEDANGKAN ALLAH TIDAK BERTEMPAT

Bagaimanakah ada jalan menujuNya sedang Dia tidak bertempat..? Iaitu atas amal kepadaNya dan tujuan kekal padaNya tidak pada yang lain.. Manusia dan keliling itu adalah hijab yang mengambil tempatNya, jika kita terlupa padaNya dengan dalil,

"Sesaat kamu lupa aku, sesaat aku lupa kamu"

JalanNya atas amal dan ingat (zikir) padaNya setiap saat.. Bila bicara adab padaNya, kita 'jaga' Allah, Allah jaga kita.. Dimaksudkan 'jaga' itu adalah jaga adab pada Dia.. Contoh, "Minggu depan aku nak pergi KL.." Nampak tidak salah pada pernyataan itu.. Tapi tidak beradab pada Allah SWT.. Adakah dia tuhan sehingga boleh kata minggu depan nak ke KL..? Adakah dia tahu esok lusa dia sihat..? Adakah dia tahu minggu depan ada halangan atau tak..?


Cara yang lebih beradab,


"InsyaAllah, jika diizinkan Allah Taala, minggu depan aku ke KL.." 



Contoh kedua,


"Tolong pergi buat air" 


Air tu Allah dah buat.. Ayat sepatutnya, 


"Boleh bancuhkan air teh"



Atau lebih beradab pada Allah lagi, 


"Atas kudrat yang Allah berikan, boleh bancuhkan saya teh..?"


Itulah orang-orang terdahulu, bahasa mereka sungguh berseni.. Dia Dzat tidak bertempat.. Jalan kepadaNya bukan seperti jalan kita pergi ke kedai atau pergi ke masjid.. Jalan kita padaNya adalah sentiasa ingat padaNya.. Sentiasa istiqomah atas amal kita dengan niat kita untuk mencapaiNya (MengenalNya - MakrifatNya)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...