KISAH 9 NAFSU 1 AKAL


Tertarik untuk mencari wasilah kebenaran mengenai satu tajuk ni.. tapi dapat pengislahan minda bersama.

“Lelaki 9 Akal dan 1 nafsu, Perempuan 1 Akal dan 9 nafsu," benarkah termaktub dalam Al Quran? Mari kita perincikan untuk melihat kebenaran yg tersingkap disebaliknya.
Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. aku kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari..Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut?

Apakah benar bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran. Jawapannya, TIDAK BENAR. Jadi daripada mana ya datangnya ungkapan ini? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar? Jawapannya, TIDAK JUGA wahai sahabatku…

Menjunjung tulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi kita harus berhati-hati menyampaikan ilmu agar dapat diikuti dan dicontohi dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah...Jangan sampai kita tersalah mentafsirkan dengan mengadakan yang tidak ada di dalam Al Quran. Segala ayat-ayat yang ada di dalam Al Quran tidak boleh di tokok tambah walaupun satu patah perkataan pun.

Ana suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Sebenarnya asal usul ungkapan ini memang ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kelembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.

Sebenarnya cerita ni dah tanggelam lama sejak kaum lelaki dimalukan oleh wali Allah Rabiatul Adawiyah.

Rasullulah pernah bersabda:"Lelaki ada 9 bahagian akal dan 1 bahagian nafsu dan perempuan ada 9 bahagian nafsu & 1 bahagian akal". 
Selama 200 tahun kaum lelaki menggunakan kenyataan ini untuk bermegah2 dan memperlekehkan kaum wanita dan kaum wanita hanya berdiam diri tidak mampu membalas. Sehinggalah satu hari Rabiatul mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan kaum lelaki sepanjang zaman sehingga cerita ini tidak lagi diungkit-ungkit.

Ingin ana nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri dan bukannya dari Al Quran ya.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiah Al Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.


Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Ana bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian.

Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ataupun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hematana, tidak perlu diperbesarkan...Cuma yang penting ingin menyampaikan dan memperbetulkan bahawa Ungkapan Lelaki 9 akal dan 1 nafsu, Perempuan 1 akal dan 9 nafsu bukanlah berasal dari Al Quran.

Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawiyyah dan Imam Hasan Al-Basri. Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma’sum seperti baginda Rasulullah. Justeru kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Ana menasihatkan sahabat-sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu ulum Quran dan Mustalah hadith memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadith sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.

Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadith, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan berbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya’ di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.

Kesimpulannya Ungkapan itu bukanlah berasal daripada Al Quran namun begitu hadith baginda Rasulullah perlu juga di ambil kira. Dan juga ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan hadith dan menghukum ulama sebelum kita.

Pilihlah sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

2 comments:

Anonymous said...

tulisan tak sesuai langsung...

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous Janji dapat baca.. Tulisan Arial je pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...