KEGAGALAN ADALAH SATU PROSES KEHIDUPAN

Allah itu Maha Kaya. Ia menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah terfikir seperti itu..?


Saya sering melalui detik-detik dan hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup. Saya yakin kita semua juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Namun, selagi mana kita mampu untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak, saya percaya, rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.


Hari ni saya mahu berikan 3 petua berguna untuk kita menjana lebih kekuatan dalaman agar kita menjadi manusia yang lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran kehidupan.





1. Kaji semula matlamat utama kehidupan kita

Pernahkah kita mengkaji, membuat penelitian semula akan apa matlamat sebenarnya kita hidup di muka bumi ini..? Ya, setiap daripada kita pasti mempunyai matlamat tersendiri di dalam hidup. Mungkin ada di antara kita yang pernah memasang impian untuk bergelar manusia berjaya ketika zaman belajar di persekolahan.


Ada juga yang sering mamahat angan untuk menjadi seorang juruterbang, peguam atau doctor hebat tatkata kecil-kecil dahulu. Tidak kurang, ada juga yang mungkin sering bermimpi-mimpi untuk menjadi seorang isteri dan suri rumah yang terbaik buat suaminya kelak. Betul..?



Justeru, bila kita kian lemah dan merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba ingat semula matlamat ada sewaktu kecil-kecil dahulu. Saya percaya setiap daripada kita pasti pernah memasang apa-apa angan-angan suatu masa dahulu kan..? Realisasikanlah ianya sekarang. Kita berhak untuk mencapai kesemua matlamat itu.


Hidup hanya sekali saja, dik. Gunakanlah ia sebaiknya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya. Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.





2. Kegagalan adalah suatu proses kehidupan

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang kita pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan..? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada kita, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya..!


Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.



Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.




3. Kita adalah makhluk terbaik ciptaan Allah

Kita tidak boleh merasakan yang kita telah gagal atau adalah manusia yang tidak berguna di atas muka bumi ini setelah kita mengalami apa-apa juga bentuk kegagalan di dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita jugalah yang mesti dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada Allah.


Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab kita sememangnya makhluk terpilih. Dia menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Kita perlu tahu bahawa kita adalah makhluk yang Dia pilih kerana kitalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.


Allah tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya. Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa kita merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...