REMAJA AKHIR ZAMAN

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.




Entry kali ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan.


Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti negative seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk dan hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka dan lalai dengan mainan dan nikmat dunia. Sesungguhnya iblis dan syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam AS.


Sesungguhya iblis pernah bersumpah, Iblis menjawa,


"Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." 
(Asy Shaad : 82-83)



Iblis menjawab, 


"Kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)." 
(Al-A'raaf : 16-17)



MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang. Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah.


SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi, apabila seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan mahram, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa. Astaghfirullah.




BERSOLEK dan BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan. Ramai yang akan memuji wajah, rambut dan susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah.


HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda. Astaghfirullah.




DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy. Lagi pun mereka kata, bukannya buat apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.


HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian dan kesepian. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah.





JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU,

Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu,

Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu,

Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu,

Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.



Kita kena ingat,



CINTA bukan pada ‘Couple’

CINTA juga bukan pada ‘I love you'

CINTA tak terletak pada ‘I miss you’

Dan CINTA bukan pada ‘Can I touch you..?

Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan

Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH




Allah Taala berfirman,


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." 
(Al-Israa' : 32)


JOM MENGISLAHKAN DIRI
The Beauty of Islam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...