KATA-KATA RABIA'TUL ADAWIYAH

Rabi'ah binti Ismail Al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran Kota Basrah di Iraq. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.


Di sini diceritakan sedikit kisah-kisah beliau..



Sedang Rabiatul Adawiyah memerhati alam sekeliling kerana mencari suatu jawapan terhadap masalah yang dihadapinya, Allah membuka hijab rahsianya, lalu Rabiatul Adawiyah berkata,



"Tuhanku, semua yang aku dengar, suara burung, desiran dedaunan yang dihembus bayu, gemercik air di pancuran, nyanyian burung tekukur, hembusan angin dan suara guruh serta kilat, kini ku fahami sebagai bukti bahawa semuanya menjadi saksi KeEsaan Mu dan menjelaskan bahawa tiada satu pun dapat menandingiMu"



Rabiatul Adawiah sentiasa mengerjakan solat di waktu malam hari dan beliau jarang sekali tidur, dirasakan suatu kerugian memperuntukkan masa malam itu untuk waktu tidur..



"Tuhanku, bintang-bintang masih memancarkan cahaya, seluruh mata sedang tidur lena, Raja-raja sudah menutup pintu istananya dan para suami sudah pun berasmara dengan isterinya. Sedangkan aku sedang berdiri tegak di hadapanMu"



Setelah Rabiatul Adawiyah selesai mengerjakan solat subuhnya dia berkata kepada Tuhan,



"Tuhanku, kini malam telah berakhir dan siang sudah bermula. Engkau terimakah malamku (ibadatku malam tadi). Jika Engkau menerimanya, aku sangat bahagia. Dan jika Engkau menolaknya, aku akan bersabar. Aku akan terus bersungguh-sungguh menghadapkan diriku kepadaMu selagi Engkau masih memberi hidup untukku. Aku akan mendatangiMu dan sentiasa berusaha supaya aku sampai dipintuMu. Sekiranya Engkau mengusir dan menghalau aku, aku tidak akan meninggalkanMu. Kerana aku amat mencintaiMu, Tuhahku..



Rabiatul Adawiyah adalah seorang yang sangat teguh pendiriannya, tidak seperti wanita lain kerana cintanya yang sangat jitu pada Allah, dia tidak berkahwin dan menolak lamaran Raja Basyrah dengan begitu sahaja. Namun suatu hari Hasan Al-Basri bertanya apakah yang menyebabkan dia begitu teguh melampaui nafsunya. Rabiatul Adawiyah memjawab bahawa Cintanya kepada Allah melampaui nafsunya. Dia sering berdoa kepada Allah agar dia dapat mengatasi nafsunya,



"Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala yang menyibukkanku untuk menyembahMu atau daripada segala penghalang yang meregangkan aku dariMu"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

1 comment:

AZIZ RAHMAN AZIZ RAHMAN said...

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” (petikan dari syair dan doa kudus Rabiatul Adawiah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...