KISAH RABIATUL ADAWIYAH DENGAN SANG PENCURI

Penulis teringat ketika tadi tentang satu doa yang membuatkan penulis teringat pada seorang serikandi Islam bernama Rabiatul Adawiyah, penulis search namanya dalam google dan membaca kisahnya.. Tiba pada kisah ini, penulis agak terharu dan teringan berkongsi bersama.. Bacalah :)


Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur,seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun, setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk,itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.


Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, 


"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." 


Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuanrumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannyatuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya. Namun, lain pula yang berlaku.


"Sila ambil sesuatu." Kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.


"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." Kata si pencuri berterus-terang.


"Ambillah itu..!" Kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.


"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.


"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian,engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondokburukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.


Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan di bawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya..


Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, 


"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

2 comments:

AZIZ RAHMAN AZIZ RAHMAN said...

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” (petikan dari syair dan doa kudus Rabiatul Adawiah)

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@AZIZ RAHMAN Terima kasih atas perkongsian wahai saudara.. Bertambah sedikit pengetahuan.. Alhamdulillah..

Mengenal Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...