Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.. Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri. Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam. Sebenarnya kenapakah anda berpurdah..? Cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan di bawah :-
- Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah.
- Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman.
- Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah dikaitkan dengan seorang yang berwajah cantik.
- Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah.
- Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol..
Andai kata salah satu jawapan di atas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah..!! Kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman..
Solehah Bukan Di Mata
Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.. Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya (lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).. Untuk apa..? Untuk menunjuk-nunjuk..? Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.. Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.
Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.. Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.. Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya..
Ikhlas Menutup Pintu Fitnah
- Suka mengupload gambar berpurdah / berpenampilan solehah di Facebook..
- Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki mahram yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya.
- Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu.
- Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki mahram.
Andai kata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.. Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk dizahirkan.. Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.. Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran..?
Maksiat Di Sebalik Tudung
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"(Al-Baqarah : 222)
No comments: