DIA DATANG LAGI

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. 
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. 
Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ya Allah Ya Ilahi, 
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak, 
Santun dalam berbicara, tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda, 
Bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab, 
Sedermawan Uthman bin Affan, 
Sepintar Ali bin Abi Thalib, 
Sesederhana Bilal dan 
Setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum. 

Amiin Ya Rabbal'alamin.


"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm : 39)


"Tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa keutuhan diri, tiada keutuhan diri tanpa keyakinan dan tiada keyakinan tanpa keimanan yang jitu pada Dia Yang Maha Berhak.."
(Farahin Adnan)


Kebanyakan pelajar dan termasuklah aku selalu anggap yang markah tinggi-tinggi, gempak, hebat, mantap dan seangkatan dengannya dinobatkan dengan suka dan girangnya sebagai pelajar yang cemerlang dan gah di seantero pra-sekolah, tadika, sekolah mahu pun di universiti. Dan kebanyakan pelajar dan termasuklah juga ana sekali lagi akan mengeluh dan kadang-kadang teriak kalau dapat paper je tengok-tengok markah rendah, cukup-cukup makan minum, atas-atas pagar sekolah, ala-ala kadar dan yang sama waktu dengannya.


Kita rabun dan kadang-kadang, silau kan..? Ujian bukan hanya terletak pada kegagalan, cubaan bukan hanya terletak pada kehampaan.. Tetapi, dugaan bukan hanya terletak pada keputusan.


Kita tak bersyukur. Dapat markah sikit je. Dapat markah corot je. Terus konyok-konyokkan kertas remuk-remukkan paper supaya kawan sebelah tak sempat nak intai. Sikit lafaz syukur pun kita tak sempat nak ucap. Cube bayang ramai lagi remaja sebaya kita ni takde peluang langsung nak timba ilmu macam kita sekarang. Kita insan yang terpilih dan mempunyai tanggungjawab. Pernahkah kita terfikir..?


Failure was essential to the creative process.


"Just look at me. I spent over a year making prototypes before I finally found the design that worked in order to design a commercially viable electric light bulb."
(Edison)


Kegagalan bukan untuk diratapi dan bukan juga untuk dikesali tetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diri agar lebih bertenaga di kemudian hari.


Senyummm =)


Kalau agak-agak penyakit stress nak datang menyinggah, cepat-cepat baca doa ni :-


Bismillahirrahmanirrahiim..

"Hasbunallah wa ni'mal wakiil.."
(Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dialah sebaik-baik pengurus)




Haa, kan comel senyum cenggini. Lepas ni, practice dan amalkan..! Lepas dapat paper je, depan lecturer / cikgu / ustaz / ustazah terus senyum sebegini rupa. Biarkan masyarakat sekeliling tertanye-tanye berape markah kita.. :D


Sebaliknya, kejayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian dan cubaan dari Yang Maha Mengetahui. Try duduk sorang-sorang cuba teka kenapa Allah tak berikan kejayaan dan kemasyuran untuk kali ini..? Kita ingat Allah tak makbulkan doa kita. Walhal sebenarnya, kalau dilihat dari mata hati dan bukan dari mata realiti Allah nak selamatkan kita dari sesuatu.


Kemungkinan besar, kalau Allah kurniakan kita kejayaan dan kemasyuran pada ketika itu kita akan bongkak, riak, pandang langit tinggi mendongak dan pandang orang yang di bawah kerek tak beragak. Kita tak mampu untuk cakap, "Tak mungkin la.. Tak kan aku macam tu kot.." Sebab Allah lagi Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.


We've limited knowledge so we've limited freedom in our life. Don't think that you're the best planner because Allah is The Most Best Planner ever. We can't assume and predict exactly what will happen in our future. So, we've to depend on Him tightly because we've limited knowledge. Just, keep on praying, never hesitate and trust on Him.


Hebat kan rahmat Allah =)


Bagi mereka yang berjaya, tak bererti Allah tak nak selamatkan anda dari penyakit yang berbahaya kat atas tadi. Tapi, Allah sebenarnya telah memilih anda untuk memegang amanah dan tanggungjawab yang besar iaitu kongsikan ilmu itu pada mereka yang lain dan amalkan ilmu itu dalam kehidupan seharian. Ilmu bukan hanya terletak pada transcript tetapi tersemat di dalam hati hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


Ingat ni. Kalau ilmu yang diajarkan kepada seseorang itu diamalkan oleh mereka malah di 'share'kan juga pada mereka-mereka yang lain pahala telah dikreditkan terus menerus ke dalam bank amalan anda selama mana ia masih di amalkan. Andai kata telah sampai waktunya kita kembali menghadap Ilahi jangan risau sebab pahala akan terus menerus juga di kreditkan.


Tak macam pelaburan saham kan..? =)


Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat dan terutamanya untuk diri sendiri yang selalu sangat lupa rentetan kurangnya makan kurma dan kismis ;D


Bersyukurlah teman-teman =)


Kalau dalam exam hall, tiba-tiba terlupa something yang dah kita study, amalkan doa ni :-


Bismillahirrahmanirrahim
اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع بيني وبين ضالتي





Dari Abu Darda', bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,


"Doa seorang muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab ; pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas di mana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka Malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan : "Semoga Allah mengabulkan dan untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Imam Muslim)


Jom sama-sama saling mendoakan..! Kebaikan bukan hanya pada zahir. Dalam kita menyorok-nyorok pun Allah boleh nampak dan dalam kita berbisik-bisik pun Allah mampu mendengar =)


Moga ilmu yang kita perolehi dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian dan mampu memberi sumbangan kepada agama Islam tidak kira course apa yang kita major. Bukan Arabic, Usuluddin, Syari'ah, Irk dan course-course agama yang lain je boleh sumbang untuk Islam. Econs, Architecture, Engin, Medic, Hs, Law, Edu, Benl, Ict, Nursing, Tourism, Banking dan banyak-banyak lagi sampai tak mampu dah nak mention, pun boleh sumbang juga untuk Islam.


Siapa kata tak boleh..? ;D





TAJDIDKAN NIAT SEMULA,
STUDY KERANA ALLAH,
BUKAN KERANA EXAM.


Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST, He just wants you to DO YOUR BEST and He will take care of THE REST. Be strong and keep on praying. ALL THE BEST and YOU'RE THE BEST..!



Dalam kita sibuk settlekan assignment dan struggle yang boleh untuk final, jangan sampai hubungan antara kita dengan Yang Maha Pengatur dan Yang Maha Pencipta terabai. Na'uzzubillahimindzalik.. Kejayaan kita bukan terletak di atas usaha kita sepenuhnya tetapi kejayaan kita teletak 100% pada keredhaan Ilahi.


Habluminannas wa Habluminallah


"Katakanlah (Muhammad), 'Dialah Tuhan Yang Maha Esa'. Allah tempat meminta segala sesuatu.."
(Al-Ikhlas : 1 - 2)


Ingatkan saya bila terlupa kerana ana sering terlupa.


The Beauty of Islam.
Jop Mengislahkan Diri Sama-Sama! =)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...