FITNAH DI FACEBOOK

Sahabat-sahabat,


Sedikit perkongsian serta pengalaman dan teguran ingin dikongsikan, sepanjang beberapa tahun menggunakan facebook. Ya, sungguh tak mustahil jika kita lihat, banyak sangat perkara yang mudah mendatangkan fitnah dari facebook.


Contoh, wanita-wanita muslimah yang berpurdah, bertudung labuh, bergurau senda di facebook dengan bukan mahram boleh jadi fitnah pada mereka dan Islam itu sendiri. Kena berhati-hati apa jua tindakan kita di mana juga kita berada. Tak kira di realiti atau alam maya. Allah tetap lihat kita, pergaulan kita. Malu mesti kita jadikan perisai di mana-mana juga. Jangan mudah melayan serta 'ramah' dengan mereka tanpa hal sepatutnya.


Selain tu juga, status relationship, kecoh sekejap baru-baru ni tentang seorang sahabat buat status 'Married' dan pasangannya tu guna nama lelaki, even dia perempuan. Benda ni jadi kecoh dan semua terkejut. Bahaya sahabat, apa jua kita buat, mudah tersebar walaupun kita tak berniat nak lakukan, hanya niat main-main. Walaupun kita selalu diganggu lelaki-lelaki di facebook, tak perlu kita buat status relationship with si folan-si folan. Jangan layan dia. Tak buat apa-apa status lagi bagus.


Kes terbaru, bila mana seorang sahabat perempuan ni, gambar profile yang dia gunakan diguna oleh orang lain. Lelaki. Ya, betul orang yang ambil gambar tu nak tegur sahabat yang berpakaian agak tak kena syariat, tapi, cara dia tegur itu salah. Mencuri gambar orang lain. Dan alhamdulillah, selepas kejadian tu, tuan punya gamba, dah guna gambar lain. Itu jadi pengajaran yang baik buat dia dan yang lain.


Nasihat peribadi saya, kepada sahabat-sahabat muslimah, janganlah letak gambar sendiri dalam facebook atau mana-mana juga di internet ni. Bahaya. Macam-macam orang boleh buat pada gambar kita tu. Ramai yang beralasan untuk orang mengenali kita, untuk cari kawan lama, bersyukur dengan kurniaan Allah, jadi tunjuk pada orang wajah sebenar kita.


Ya sahabat, semua alasan tu adakah lebih penting dari maruah kita sebagai seorang perempuan..? Tahukah kita, lelaki-lelaki ajnabi menjamu selera melihat gambar kita..? Orang yang tak layak melihat kita secara dekat, dapat melihat kita beberapa lama pun dia nak tengok. Relakah kita..?


Paling ketara pergaulan. Sangat tak terjaga. Islam bukan agama yang menghalang, tapi agama yang menjaga. Berhati-hatilah kita sahabat-sahabat, cuba bayangkan jika suami kita lihat kita bergurau senda dengan bukan mahram macam tu, jeles tak dia..? Kalau nak yang terbaik, jadilah yang terbaik.


Kita kena menJADI, bukan hanya menCARI yang soleh dan solehah.


InsyaAllah, belum terlambat, sama-samalah kita cuba berubah ke arah yang lebih baik. Nasihat ini untuk saya juga. InsyaaAllah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

1 comment:

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...