50 TAHUN

Aku tak pernah berasa takut dan pelik bila orang yang 50 tahun melakukan maksiat akan berubah dengan sendirinya dalam tempoh Sehari. Akan tetapi, aku akan berasa terpaku dan gementar apabila orang yang 50 tahun melakukan ibadah tetapi boleh berubah dalam tempoh sehari untuk melakukan maksiat.


Justeru itu, aku mengingatkan diriku sendiri dan kepada saudaraku yang ingin memikirkan. Janganlah kita terus menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tanpa mengenali dirinya terlebih dahulu. Akan tetapi bagaimana kita nak mengenali diri orang lain, sedangkan diri kita pun kita tak kenal..?


Kita kata, kita suka berdakwah dan mengikuti sunnah Rasulullah, tetapi adakah kita mengikutinya..?


Kita rajin berkongsi kata-kata hikmah, akan tetapi adakah kita faham apa itu maksud kata hikmah..?


Kita hari -hari solat, tetapi kita tak faham mengapa kita solat..!


Kita memang hebat mengaji Al-Quran dengan bertaranum bayati, tetapi apakah kita menghayati makna di sebalik bacaan kita itu..?


Mengapa aku berkata begitu..?


Aku berkata begitu kerana aku juga sebahagian daripada kamu..


Inilah cabaran umat ISLAM.



Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin tinggi ujian yang diberikan oleh Ilahi.. Apa maknanya kita memperjuangkan agama Islam, tetapi tanpa sedar kita telah mengorbankan jiwa dan perasaan orang lain..?


Kita terlupa bahawa kita hampir memutuskan tali Allah..!! 


Akhir kata, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita agar sentiasa berdoa dan meminta supaya Allah SWT tidak mertebalikkan kita setelah hidayah yang diberikanNya..

Jika ada tersilap bicara, aku minta maaf.. Segala yang baik itu hadir dariNya, manakala segala yang buruk itu datang dari kekhilafanku sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...