WAHAI SEORANG WANITA

Wahai seorang wanita dunia,
Mengapa kau hanya menunduk sahaja,
Kau begitu menjaga pandanganmu dari segala lelaki dunia,
Dari segala pengaruhnya kenikmatan dunia,
Membuat wajahmu begitu sangat meneduhkan, 
Walau hanya bersolek sederhana, 
Ibarat bidadari turun dari langit,
Yang wajahnya memancarkan ketenangan dalam hati,
Memenuhi perasaan dan segala jiwa. 


Itulah mengapa mata ini pun tidak sanggup,
Menatap untuk kedua kalinya pada wajahmu,
Mata ini hanya boleh menunduk pasrah,
Menahan serangan asmara.


Wahai seorang wanita dunia,
Pakaianmu begitu rapi Islami,
Menutupi longgar seluruh tubuhmu,
Membuat anggunnya dirimu,
Diri ini pun tidak boleh lama mendekatimu,
Diri ini bergetar, gelisah, dan khuwatir,
Kerana diri ini pun terlalu hina untuk dekat denganmu,
Dengan kesempurnaan terjaganya dirimu.


Wahai seorang wanita dunia,
Suaramu menggambarkan bijaksananya dirimu,
Sehingga aku tidak sanggup mendengar suaramu.
Suaramu yang kau lafaz dengan mendayunya dirimu,
Pada semua orang di sekelilingmu, 
Membuat aku begitu cemburunya padamu,
Kerana bagiku suaramu,
Hanyalah untuk sesuatu yang mahal,
Iaitu sebuah kebijaksanaan dan kebermanfaatan,
Menghilangkan duka pada fikiran semua orang.


Wahai seorang wanita dunia,
Tingkahmu begitu santunnya segala kesopanan,
Memenuhi segala akhlakmu dalam kemuliaan. 
Membuat dirimu yang penuh kelembutan,
Tetapi memancarkan segala bentuk kewibawaan,
Membuat sikap ini pada dirimu begitu segan,
Malu dan begitu enggan,
Kerana tingkahku masih banyak kesalahan.


Wahai seorang wanita dunia,
Cinta di hatimu sangatlah suci,
Kerana cinta di hatimu hanyalah kerana Ilahi,
Membuat hati ini hanya bisa berharap dan berdoa,
Mampu engkau cintai keranaNya.
Dan menjadi pendamping serta imammu dalam meniti jalanNya,
Hingga SyurgaNya,


Maka akan aku jaga cinta ini hingga tiba saatnya,
Sambil selalu memperbaiki diriku dalam kemulianNya,
Kerana semua sudah termaktub dalam firmanNya.
Bahawa wanita yang baik hanya untuk seorang lelaki yang baik adanya,


Wahai seorang wanita dunia,
Aku mohon jagalah dirimu,
Itulah mengapa kau dipandang berbeza,
Kerana kau sangat berharga. 


Wahai seorang wanita dunia,
Yang membuat iri bidadari semuanya,
Walau seorang wanita dunia,
Engkaulah sang ratu bidadari Syurga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...