Seorang sahabat yang mulia adalah yang membawa sahabatnya ke jalan Tuhan. Subhanallah, Fahim bersyukur dianugerahkan peluang mengenali Izat, hanya dengan melihat ke wajah Izat sudah mampu membuat dia rasa sejuk hati. Bagaimana agaknya pula apabila orang pandang muka dia ya..?
Izat menghulurkan tangan bersalaman lantas disambut Fahim. Izat tersenyum, dia seakan dapat merasa gejolak hati sahabatnya ini. Resah dan gelisah terpancar dari sinar matanya yang redup. Izat menepuk perlahan bahu Fahim.
Fahim tidak mengangkat muka, tidak berani menentang pandangan sahabat yang sangat disegani itu. Pada diri Izat, dia nampak acuan al-Quran yang dipegang, dia terbayang sunnah Rasulullah SAW yang dijadikan amalan oleh Izat.
"Im, okay ke tak..?" Izat mula bersuara.
"Kenapa kau tanya macam tu..? Aku tak nampak okay ke..?" Fahim tahu, Izat seorang yang mudah membaca hati orang lain.
Tidak perlu detail, dia dah summarize siap-siap dalam otak apa saja yang terjadi. Izat tergelak kecil.
"Dah macam berjalan atas angin, kadang termenung, kadang nampak macam nak menangis. Kalau tu kau kata masuk dalam kategori okay, betul la tu kau okay."
Fahim tidak beriak apa-apa. Lama dia diam, Izat pula memberi ruang.
"Hati aku sakit, Zat."
"Dunia..?" Izat melihat Fahim mengangguk perlahan.
Dilihat mata Fahim mula berkaca. Digosok perlahan belakang sahabatnya ini.
"Kalau pada sudut student macam kita ni, yang boleh jadi masalah cuma pasal kewangan, study, family, kawan dan kaum muslimat. Kalau aku tak silap, berdasarkan penelitian terhadap faktor di atas, aku teka yang buat hati kau sakit ni, hal yang menjadi fitnah terbesar bagi muslimin..?"
Fahim tersenyum, sudah aku katakan. Bionic betul si Izat ni, boleh tembus otak dan hati orang. Izat kalau dalam cakapnya, mesti tersusun dan teratur. Siap mimik muka yang menandakan dia berfikir bersungguh-sungguh tentang perkara itu. Izat.. Izat..
"Im, sebab tu Rasulullah SAW kata, fitnah terbesar bagi kaum kita adalah muslimat. Oleh kerana kita dah tau, kita kena siap untuk hadapi fitnah tu, Im. Jangan bagi kita tersungkur dalam fitnah yang kita dah tahu bahayanya." Izat menepuk bahu Fahim.
Fahim semakin tenang mendengar Izat mengalun ayat 14 Surah Ali-'Imran berserta maksudnya,
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."
"Hati kau sakit, mengikut perkiraan aku yang masih kurang ilmunya ini, sebab kau rasa perasaan yang wujud terhadap seorang muslimat itu indah dan terus tunduk kepada rasa itu. Rasa suka itu tak salah, Im. Kurniaan daripada Allah SWT, fitrah manusia. Tapi yang membuatnya salah adalah apabila kita meletakkan rasa indah terhadap ciptaan-Nya itu tersikit ke hadapan berbanding pada Pencipta itu sendiri."
Fahim menunduk. Dia malu, dia tidak sehebat Izat. Izat bukannya lepasan Maahad mahupun sekolah agama, tetapi seribu kali lebih baik daripada dia yang belajar di sekolah agama dulu. Izat seorang yang tenang, jika dia tidak senyum pun, nampak muka seperti senyum smiling face orang kata.
Izat tak macam dia yang diganggu gangguan cinta dunia. Sungguh,dia sangat-sangat segan dengan anak muda di sebelahnya ini.
"Im, aku tak sehebat macam yang kau sangka. Aku pun manusia, kadang-kadang terjatuh dalam jurang dunia. Tapi, bila kita tahu Iman kita makin merudum, kita patut cari balik paksi hati. Iaitu tak lain hanya pada Ilahi." Izat merenung kepada Fahim yang semakin hilang sinar gelisah, tidak seperti awal-awal tadi.
"Aku dah cuba tak pandang wajah dia, Zat. Aku dah cuba tak ingat, dah cuba buang. Tapi, kuliah aku banyak sama dengan dia. Nak elak, tapi terpandang jugak."
Wajah Fahim kembali tegang. FirmanNya dalam Surah An-Nur ayat ke 30,
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
"Jangan jadikan semua itu sebagai satu sebab yang buat kau tunduk pada godaan syaitan, Im. Dia dah cakap dalam surah an-Nur. InsyaAllah, kau kena mujahadah untuk betul-betul tundukkan pandangan. Allah tahu Im, usaha kita takat mana. Dia sedang uji, nak beritahu tanda Dia sayang."
Fahim hanya diam tidak berkutik. Ayat 36 Surah Muhammad,
"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu."
"Dunia, equal to a game and a joke. Angan kosong yang kau rasa pada si dia, cuma satu permainan dan gurauan dunia, Im. Sebab angan kosong tu tak letakkan Allah sebagai raja, tapi nafsu itu sebagai raja."
Fahim menitiskan air mata. Dia tahu, dia sudah jadikan nafsu dan angan kosong tiupan syaitan itu sebagai raja. Jahatnya dia, kerana itulah rasa sakit. Sakit kerana dia tidak letakkan Allah SWT pada paksi hatinya. Bibirnya beristighfar. Dia dah melebih-lebih sangat dalam soal ini. Padahal mama dan walid hantar dia ke sini untuk mencari ilmu, bukan untuk tunduk dengan perasaan.
"Kau.. Betul suka dia..?" Izat teragak-agak bertanya.
Ish, soalan sensitif ni. Kena pakai psikologi. Hehe. Fahim mengangkat muka, hendak tergelak dia dengar soalan yang keluar dari mulut Izat yang tidak pernah berbicara soal hati dan cinta manusia ini.
"What..? Apa pandang-pandang, gelak je le kalau nak gelak. Aku pun manusia, okay..? Soalan normal tu. Nak jawab, jawab. Tak nak, up to you." Izat mencebik bibir.
Terlepas gelak kecil daripada Fahim. Untungnya siapa dapat Izat. Izat yang penuh ilmu dan Iman, penuh santai dan sempoi. Dia selalu cakap dekat Izat, mesti bakal isteri Izat nanti perfect macam Izat jugak. Tetapi Izat selalu merendah diri dan selalu cakap, semua ini milik Yang Esa dan tidak ada manusia yang perfect seperti Rasulullah SAW. Betul, dia selalu disedarkan tentang khilafnya,.hanya dengan tingkah bicara Izat.
"Entahla Zat. Nak cakap suka, tak berani. Nak cakap tak suka, entah aku pun tak tahu."
"Kalau kau suka dia, kau tahu apa patut kau buat..?" Izat merenung ke hadapan masjid.
"Kau nak suruh aku pinang dia..? Aku...tak sedia lagi Zat." Bulat mata Fahim, terkejut dengan saranan yang bakal disuarakan Izat.
"Ish, ish. Itulah, kalau orang cakap, jangan menyampuk. Ada aku suruh jawab soalan..?" Izat menggeleng-geleng kepalanya.
"Dah kau tanya, aku jawab la." Fahim mencebik.
Izat tergelak kecil. "Macam ni, kalau suka dia, jaga la dia."
Fahim merenung Izat. Tanpa riak.
"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kata, jaga dia dengan menundukkan pandangan kau. Kalau kita sayang seseorang, kita mesti nak dia selamat sejahtera kan..? Jangan buat dia jadi fitnah dalam hati kita. Jangan buat dia terperasan yang kau ada hati pada dia, boleh..?"
Fahim kembali mengangguk perlahan. "Jodoh bagi hati adalah hati jugak, kan Zat?"
"Dan pemilik hati itu siapa, wahai sahabatku?" Izat menjeling Fahim yang sedang menunduk.
"Rabbul Izzati, Yang Tertinggi." Fahim menjawab perlahan.
"Good boy! Jadi, kalau nak, mohon pada Dia, cinta pada Dia saja. Insya-Allah sejahtera dunia Akhirat." Izat tersenyum.
Fahim mengangkat muka. "Jazakillah ya akhi, kau tak tau bersyukurnya aku ada sahabat macam kau."
"Alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi, Im. Sama-sama kita betulkan andai tersilap langkah." Izat bangun melipat sejadah yang digunakan Fahim tadi.
"Jom, aku banyaaaakkk sangaaaatttt amaaatttt background reading tak buat lagi. Nak stay tak..?" Izat meletak sejadah di dalam almari masjid.
"Jom! Lepas tu qiam sama eh..!"
Fahim melingkarkan tangan ke bahu Izat. Bersama-sama melangkah dengan semangat yang baru. Cinta pada Dia sahaja. Insya-Allah, yang lain bakal cinta pada mereka juga. Bahagia bukan, andai Allah SWT itu menjadi paksi hati. Bersahabat hanya kerana mencari redhaNya.
No comments: