Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak..?
Kalau kita lihat di kaca TV, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut,
"Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat" sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa, "Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak" untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas :
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda,
"Tiada si bujang di dalam syurga"(HR Muslim)
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan dan tak berkahwin sesudahnya
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda,
"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."
2 comments:
cantik sngat blog nie:)
tengoklah orang nye...8-)