CERITA HATI SI MATA DUA

Pagi Sabtu itu aku terima sepucuk surat. Surat tentang perlantikan guru Bahasa Melayu. Ya Allah, betapa bersyukurnya aku diatas kurniaan ini kerana cita-citaku sejak sekian dulu telah menjadi kenyataan. Yang pasti bukan angan-angan Mat Jenin lagi.


Menurut isi kandungan surat tersebut aku diminta mendaftarkan diri pada hari Ahad minggu hadapan di Pejabat Pentadbiran Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan. Ini bermakna aku akan behijrah dari Negeri Persisiran Pantai ke negeri Cik Siti Wan Kembang.Tidak sabar rasanya ingin menjejakkan kaki ke sekolah yang sedang meningkat naik itu walaupun masa masih lagi berbaki seminggu.


Akhirnya dengan lafaz Bismillah dua kaki aku melangkah jua memasuki ruang pejabat pentadbiran Maahad Saniah. Aku telah diminta oleh kerani untuk menunggu di ruang menunggu kerana pengetua mempunyai seorang tetamu istimewa. Aku fikir tetamu istimewa itu mungkin si isteri ataupun orang yang berjawatan. Jadi, tidak mengapalah bagi aku untuk menunggu kerana ia dapat melatih kesabaran diri. Sementara itu berdasarkan pemerhatian awal dari kaca mata seorang guru, penghuni serta para guru sekolah ini tentulah peramah apatah lagi sebaik sahaja kereta Myvi aku memasuki perkarangan sekolah aku telah dihadiahi senyuman mesra dari seorang pegawai keselamatan yang usianya mungkin sebaya dengan ayah.


Senyum itu sedekah. Senyuman juga boleh membuatkan hidup kita ceria dan gembira. Betul bukan..?


Lima belas minit kemudian aku telah di jemput masuk ke pejabat pengetua. Aku kagum dengan susun atur perabot yang kemas dan teratur itu. Ia adalah salah satu sebab yang telah membuatkan ruang pejabat yang kecil itu kelihatan luas dan besar. Pengetua Nasir sangat baik dan peramah orangnya.


Walaupun empunya tubuh kecil tapi sangat berdedikasi dalam memajukan sekolah ini. Beliau meminta maaf kerana terpaksa membiarkan aku menunggu. Katanya lagi tetamu istimewa yang dimaksudkan kerani sebentar tadi adalah ibu kepada salah seorang pelajar. Aku mengangguk tanda faham.


Aku telah diminta menjadi guru kelas tingkatan lima Ibnu Sina kerana guru kelas yang sebelum ini telah berpindah sekolah. Aku terima tugas tersebut dengan hati yang penuh berbunga bahagia.


Hari kedua sudah tentulah lebih baik dari yang semalam lebih-lebih lagi aku bakal mempraktikan segala ilmu yang telah diajar ketika di universiti dahulu. Kini aku betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk kelas tingkatan lima Ibnu Sina Satu. Suasana yang kecoh dek pelbagai suara yang tidak ubah seperti pasar malam itu membuatkan aku memgumpul segala kekuatan kerana kelas sains ini semuanya terdiri dari golongan Adam manakala Ibnu Sina Dua untuk golongan Hawa seperti aku.


''Assalamualikum dan selamat tengah hari.'' Suara aku yang sedikit kuat itu telah membuatkan suasana kelas bertukar senyap. Terkejut barangkali.


''Waalaikumussalam, cikgu.'' Jawab semua pelajar serentak.


Semuanya berdiri tanda hormat melainkan seorang pelajar. Arghh, mungkin tidak sihat. Aku cuba bersangka baik.Kata ayah, bersangka baik penting untuk mengeratkan sillahturahim.


''Ok, kelas. Cikgu merupakan guru baru di sini. Harap kita mampu berkerjasama dengan baik kelak. Boleh..?" Mereka mengangguk tanda mengerti.


Nama cikgu Nurul Syazwina Bt Muhammad. Kamu semua boleh panggil Cikgu Syazwina. Untuk pengetahuan kamu semua saya akan mengajar subjek Bahasa Melayu merangkap guru kelas. Sekolah ini merupakan sekolah pertama saya bertugas sebagai guru. Jadi, saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama kepada saya.


"Ada soalan..?''Aku memperkenalkan diri. 


Cukuplah sekadar nama dam major tugas.


''Cikgu, umur berapa..?'' 


Pelajar yang berada di hadapan aku ini aku tenung dengan mata tajam. Kemudian, sedikit senyuman aku ukirkan. Memang persoalan umur ini menjadi soalan wajib tidak mengira masa dan tempat.


''Cikgu masih muda lagi. Mungkin sebaya dengan abang atau kakak kamu semua. Umur cikgu 24 tahun. Single and available.'' 


Selepas itu kelas yang tadi senyap terus berubah menjadi gamat dek ketawa. Mungkin juga disebabkan perkataan single dan available itu.


"Haisyy, ada encik yang handsome ke..?" 


Pelbagai soalan dilontarkan antaranya tinggal di mana, sebelum ini menuntut di universiti mana dan yang paling tidak dilupakan bila hendak kahwin. Haisyy, soalan cepu mas betul..! Sebelum masa berakhir sempat aku titipkan pesan supaya mengulang kaji terlebih dahulu topik yang akan aku ajarkan pada keesokkan harinya dan seterusnya. Aku tidak ingin semua pelajar aku menunjukkan muka blurr tanda tidak faham ketika proses pembelajaran berlangsung.


Aku yakin mereka mampu melakukannya kerana mereka adalah pelajar yang terpilih dan bijak. Sebelum melangkah keluar mata aku tepat merenung pelajar yang tidak berdiri ketika aku masuk tadi. Mukanya blurr semacam serta tidak bermaya lagak seperti tidak tidur dua malam.


Empat bulan kemudian..


''Masa rehat nanti saya nak kamu datang pejabat saya. Wajib..!'' 


Tinggi intonasi suaraku menunjukkan betapa panasnya hati aku. Sudah banyak kali aku terima aduan daripada beberapa orang cikgu mengenai pencapaian akademiknya. Sebelum ini aku hanya mampu besabar dan sekadar memberi sedikit nasihat sahaja tetapi kali ini ia betul-betul menguji tahap kesabaranku.


Dia gagal semua subjek kecuali Bahasa Melayu. Itu pun hanya cukup-cukup makan. Sebagai guru kelas sudah tentulah aku bertanggungjawab sepenuhnya. Kemarahan aku pula kini berada ditahap yang kritikal. Bila-bila masa sahaja gunung berapi akan meletus. Mukanya aku tatap dengan renungan tajam seakan-akan kecil sahaja untuk di telan. Ini adalah kali pertama aku menunjukkan muka marah dalam kelas.


Tiada lagi senyuman, tiada lagi muka ceria sebaliknya muka yang penuh dengan kemarahan. Aku tahu marah itu api syaitan tetapi aku manusia. Aku lemah. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini.


''Yang lain saya nak kamu semua buat karangan tentang harapan dan cita-cita kamu. Esok pagi hantar dekat meja saya.''


Aku terus sahaja keluar dari kelas tanpa salam mahupun pesan. Biarlah, hati yang panas ini perlu disejukkan dahulu.


Isi kandungan fail biru yang telah dibaca aku letakkan di atas meja. Semua itu maklumat tentang pelajar yang telah berjaya membangkitkan kemarahan Nurul Syazwina. Selepas kelas tadi aku terus menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil fail Khairul Farhan Bin Ismail.


Kata Pengetua Nasir, Farhan seorang pelajar bijak. Namun sejak kematian ayahnya, Farhan telah berubah. Dia seakan-akan mengabaikan pelajarannya sedangkan dia mampu untuk berjaya. Ya, itu aku akui berdasarkan rekod sekolah yang dipegangnya. Pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan dan antara sekolah berasrama penuh. Sungguh mengejutkan..!


Aku cikgu yang jahil tentang pelajarnya. Farhan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban. Sekolah yang mencatat ranking nombor satu antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Sekolah yang semuanya lelaki. Arwah ayahnya seorang petani kampung. Emaknya pula cuma menjual kuih-muih disekitar kawasan kampung.


Pendapatan itu mungkin sedikit sebanyak dapat mmembantu yuran sekolah dan yang seangkatan dengannya walaupun terpaksa berhempas pulas. Tetapi, itu dahulu. Kata pengetua Nasir lagi kekangan kewangan itulah yang menyebabkan Farhan terpaksa berpindah sekolah semasa tingkatan empat lebih-lebih lagi sejak kematian ayahnya. Sejak itu jugalah dia mulai hilang minat untuk belajar.K etukan pintu yang bertalu-talu menyedarkan aku dari lamunan.


''Masuk, sila duduk.'' 


Aku tahu bercakap dengan perasaan marah tidak akan membawa apa-apa penyelesaian. Justeru, aku lembutkan intonasi suaraku. Biarlah kami berbincang dari hati ke hati agar pertemuan kami kali ini dapat menyelesaikan masalah. Dan memang itulah niat aku.


''Kamu tahukan sebab kenapa kamu berada di sini..?'' 


Aku tahu dia tersangat mengerti mengapa dia berada di sini.


''Iya, saya tahu. Ini adalah kerana pencapaian akademik saya yang teruk'' Katanya. 


Matanya tunduk memandang lantai. Pasti sedang memikirkan sesuatu.


''Farhan, pandang saya. Pandang mata saya. We need to talk. Heart to heart. Saat ini kamu anggap je saya seperti kakak kamu. Boleh..?'' 


Aku cuba mencari jawapan di sebalik sirna matanya kerana dia merupakan anak sulung dari lima adik beradik. Tiga lelaki dua perempuan. Dia perlukan seorang kakak. Dia perlukan kekuatan. Dia mengangguk tanda jawapan.


''Result kamu bukan sahaja terlalu teruk, bahkan tidak melayakkan kamu untuk memohon mana-mana IPTA apatah lagi IPTS.''


''Saya tahu malah terlebih mengetahui. Tetapi, saya dah hilang minat untuk belajar. Saya nak kerja. Saya nak ubah nasib keluarga saya. Emak dah cukup banyak menanggung penderitaan. Emak dah tua, dah tak larat nak kerja. Adik-adik perlukan saya, cikgu.'' 


Bukannya aku tidak kesian dan bukannya aku tidak perihatin. Tetapi cara yang digunakannya salah.


''Saya faham keadaan keluarga kamu lebih-lebih lagi tempat untuk bergantung telah tiada. Tapi, itu tidak seharusnya kamu jadikan sebab untuk gagal dalam pelajaran. Cikgu tahu kamu ada harapan dan cita-cita sendiri. Kamu nak kerja supaya dapat membantu meringankan beban keluarga. Tapi ,sedarkah kamu cara yang digunakan tu salah. Kamu masih lagi bergelar pelajar, masih mentah untuk menahan cabaran di luar sana. Sebagai pelajar, pelajaranlah yang mampu mengubah nasib kita, nasib keluarga, bangsa dan agama kita sekali gus menjadikan kita sebagai orang yang berilmu. Saya tahu kamu pernah mnjadi pelajar cemerlang. Saya tahu kamu pernah belajar di sekolah beasrama penuh. Tidakkah kamu ingin mengulangi sejarah lalu..?''


Ayat terakhir itu membuatkan dia tersentap. Wajahnya terus berubah. Aku perasan akan itu. Aku menarik nafas, menyambung kembali bicaraku.


''Farhan, if you want to change your fate you have to learn. Learning is all about gaining knowledge by doing mistakes either it is your own mistake or others. I want to see your success in SPM. Nothing could change until you work hard for it.''


Aku memberi nasihat persis seorang kakak. Aku juga punya adik. Aku juga seperti dia ketika aku sebaya dengannya dulu. Mata lelakinya menangis. Menangislah jika itu dapat melempiaskan segalanya. Menangislah Khairul Farhan.


''Cikgu, saya nak sangat dapat straight A dalam SPM ni. Saya nak jadi peguam yang handal, tapi,''


''Tapi apa Farhan..?'' 


Aku tidak sabar ingin mendengar jawapan yang seterusnya. Jawapan yang mungkin selama ini membelungi jiwanya.


''Jika saya tak kerja siapa yang akan tanggung saya. Setakat kuih-muih yang dijual emak tidak cukup menanggung kami adik beradik. Kami semua bersekolah. Saya perlu berkorban, cikgu.'' 


Tulusnya hatimu sehingga sanggup memusnahkan cita-cita sendiri. Mesti ayahmu berbangga dan lagi bangga jika anaknya itu berjaya dalam pelajaran. Getus hatiku.


''Selama ni kamu kerja apa untuk menyara keluarga..?''


''Pencinta kebersihan alam sekitar." Jawabnya ringkas. 


Dia tersenyum penuh makna sehingga menampakan gigi putihnya yang tersusun rapi. Argghh..!


''Maksud kamu..?'' 


Aku betul-betul tidak mengerti apa yang cuba disampaikannya itu. Memang aku seorang cikgu, tetapi tidak semua soalan aku tahu jawapannya. Jawapan itu tiada dalam sukatan Bahasa Melayu..!


''Alarrr, cikgu ni. Itu pun tak nak fikir. Pengutip botol, tin dan kotak-kotak terpakai. Semua ni kan barangan kitar semula. Bila dah kutip semua ni alam sekitar pun jadi bersih.'' Dia ketawa terbahak-bahak. 


Tidak seperti tadi, sedih dan duka. Lawak sungguh budak si Farhan ni. Suka jiwa aku dibuatnya.


''Saya akan tanggung segala perbelanjaan sekolah kamu serta adik beradik kamu." 


'Dia menunjukkan muka seribu kali terkejut. Aku serius dan betul-betul nekad. Aku ingin dia jadi seorang peguam yang handal kelak.


''Kenapa, tidak percaya ke..?'' 


Aku cuba menguji jawapannya. Walaupun pelbagai jawapan yang cuba diberikannya nanti aku tetap dengan tekadku.


''Tapi, cikgu saya tak'' 


Belum sempat dia menghabiskan sisa percakapannya, aku terus menyambung bicara.


'' Tidak ada lagi tapi-tapi. Tapi-tapi kamu tu sekarang boleh campak di dalam tong sampah. Saya tekad dan serius.''


''Tapi,''


''Haisy.. No more excuses. Kamu nak dengar satu kisah tak..?'' Aku cuba menukar topik. 


Tidak ingin membangkitkan isu ini lagi. Aku meneguk air yang tersedia hidang itu. Apabila bercakap banyak memang akan terasa betapa keringnya tekak. Dahaga tambah haus. Farhan sekadar memerhati tingkah lakuku.


''Dulu ada seorang budak yang usianya tika itu sebaya dengan kamu. Sejak kecil cita-citanya nak jadi orang pandai. Bila jadi orang pandai dia akan menjadi perhatian orang. Jadi kaya raya lantaran hidup keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup dia tidak semewah dan segah orang lain. Ayah dia cuma penoreh getah yang hanya bergantung kepada cuaca. Jika baiknya cuaca, hasilnya pun boleh dibawa bekal. Jika tak, kempunanlah mereke sekeluarga untuk menjamah nasi walaupun cuma berlaukkan garam. Gaji emaknya sebagai pembasuh pinggan di kedai makan tidaklah seberapa. Cukuplah sekadar membantu meringankan beban si suami manakala adik-beradiknya yang lain semuanya memerlukan pendidikan. Perlu belajar dan sekolah.''


Aku berhenti seketika sebelum menyambung. Dia tekun mendengar. Memang boleh dilantik sebagai pendengar setia..!


''Kata ayahnya dulu suatu ketika ; Ayah dan emak tidak punya harta benda, tidak punya emas dan belian juga tidak punya rumah banglo untuk dijadikan warisan. Ayah dan emak cuma mampu membanting tulang empat kerat untuk anak-anak. Kami rela penat, rela bersusah payah asalkan anak-anak kami mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Kami ingin tengok darah yang mengalir di badan kamu semua mampu mengoncang dunia. Mampu berjaya. Tapi itulah dia. Dia gagal mendapat straight A dalam UPSR dan PMR. Dia gagal mendapat keputusan yang terbaik, gagal melanjutkan pembelajaran ke sekolah yang diidami. Dia tersangat sedih. Ibu bapa dia? Dia ingin menjadi pelajar yang cemerlang di mata sekolah, anak yang cemerlang di mata ibu bapa, adik dan kakak yang cemerlang di mata adik beradik. Tapi, dia terlalu kecewa. Dia telah berputus asa. Impian dan cita-citanya di simpan jauh di lubuk hati. Dia tidak berkeinginan lagi untuk menjadi budak yang pandai.''


''Selepas itu, apa yang telah berlaku..?"


Kelihatan Farhan bersemangat untuk mendengar bait-bait ayat yang seterusnya. Sabarlah, Farhan kisah itu tidakkan lari dikejar kereta api. Hatinya sekali lagi hancur berkecai. Result percubaan SPMnya tidak layak digelar result. Dia gagal mendapat satu A pun. Mungkinkah sejarah lalu akan berulang..?


Dia tidak ingin sejarah hitam itu terjadi. Dia tidak ingin SPM itu memerencatkan masa hadapannya. Dia perlu berusaha dengan lebih gigih, lebih kuat lagi. Jika orang lain berusaha dua kali ganda, maka dia perlu berusaha sepuluh kali ganda. SPM cuma berbaki dua bulan lagi. Selepas tamat kertas peperiksaan yang terakhir dia menangis.


Detik hatinya, biarlah aku menangis hari ini agar mata ku tidak lagi mengalir mutiara jernih pada hari keputusan SPM yang sebenar nanti. Meniti hari-hari yang penuh debaran jiwa membuatkan hidupnya tidak keruan. Dia terlalu takut! Dihembuskan kata-kata semangat oleh si ayah. Cuba memberi kekuatan.


"Setiap apa yang berlaku kelak pasti ada berjuta hikmahnya. Ayah tahu anak ayah telah cuba yang terbaik mungkin, buat sedaya yang boleh. Kami sekeluarga ingin melihat Achik berjaya. Tetapi, jika suratan takdir dari Allah SWT menetapkan sesuatu yang mungkin tidak kita sukai nanti, apakah hak kita untuk mempertikaikan Qada dan Qadar Allah SWT. Kami sentiasa ada di belakang Achik. Berserahlah kepadaNya wahai anakku''


Air mataku mengalir membasahi pipi. Mengapa engkau mengalir tika saat ini. Aku tidak perlukan kamu. Tidak..!


''Cikgu, tisu..'' 


Farhan menghulurkan tisu kepada ku. Aku mengambilnya. Tanganku pantas mengelap sisa-sisa mutiara jernih sebelum menyambung kembali cerita yang terhenti.


''Alhamdulillah, Maha Kuasa Allah. Dia sujud tanda syukur. Sejarah lalu ditutup rapat kini sejarah baru tersemat erat di sanubari. Dia telah mendapat 7A tetapi dalam masa yang sama hati dia juga menangis. Dia gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang– undang. Dia dapat D untuk subjek Bahasa Inggeris. Kata orang jangan tangisi apa yang telah berlaku. Pandanglah kehadapan kerana pasti ada hikmah yang menanti. Lantaran itu dia memilih bidang pendidikan kerana dia ingin membantu anak bangsanya berjaya dunia akhirat. Kini dia telah berjaya menjadi cikgu dan pendidik. Nasib keluarganya juga telah berubah. Inilah cerita hati gadis bermata dua yang matanya tidak lagi menoleh ke belakang.''


Kataku mengakhiri cerita hati yang ceritanya begitu dekat dengan hatiku.


''Cikgu, cerita ni. Cerita ni ada kaitan dengan cikgu kan..?" Lelaki ini terlalu bijak meneka.


''Tak kisah la cerita ini cerita siapa yang penting kejayaan sebenar dilihat pada penghujungnya sebab awalan hanyalah langkah untuk membina kejayaan.'' 


Aku meminjam kata-kata semangat dari Doktor HM Tuah Iskandar dan betulah awalan itu hanya teras kepada natijah kejayaan. Mukanya jelas tidak menunjukkan riak berpuas hati. Iya, kerana aku tidak memberi jawapan kepada persoalannya. Deringan loceng menandakan masa rehat telah tamat. Pantas sungguh masa 45 minit berjalan.


''Okaylah. Masa rehat pun telah tamat. Lagi pun lepas ni kamu ada kelas lagi. Jadi, sebagai natijah kepada perjumpaan kita nie saya nak kamu buat yang terbaik untuk SPM ni. Pulun semua A plus tau.''


''Cikgu Nurul Syazwina, terima kasih untuk segalanya. Akan saya buktikan kejayaan dalam SPM nanti.'' Katanya mengakhiri pertemuan kami sambil tersenyum. 


Aku pun turut tersenyum apatah lagi dia menyebut nama penuhku. Haisyy, budak bertuah betul..!


Beberapa bulan kemudian..


Nama Khairul Farhan Bin Ismail telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah SPM 2009. Dia juga merupakan salah seorang pelajar terbaik SPM peringkat negeri dan kebangsaan. Dia betul-betul mengotakan janjinya dulu apabila berjaya mendapat straight A+ untuk dua belas subjek.


Tajaan penuh biasiswa dan universiti pasti menanti kedatangannya. Inilah natijah dan inilah sebaik-baik kejayaan sesuai denagn maksud namanya. Sungguh aku gembira untuknya. Jauh di sudut pentas aku lihat wajah dan sinar matanya penuh dengan cahaya kegembiraan.


Cahaya kemenangan. Aku harus segera meninggalkan dewan utama ini. Dia tidak harus melihatku di sini. Inilah adalah hari terakhir aku menabur bakti di sini walaupun aku tahu hatiku berat untuk meninggalkan sekolah.


Sekolah yang meninggalkan pelbagai kenangan indah, pahit mahupun kelat. Yang pasti aku akan merindui wajah-wajah anak didikku. Rindu untuk menatap lagi wajah Khairul Farhan yang telah aku anggap seperti adik itu. Arggghh, hati. Aku harus pergi.


''Cikgu cikgu cikgu..''


Aku kenal empunya suara itu. Aku teringin untuk menoleh, tetapi pasti itu bakal menyeksakan hati. Aku tidak ingin mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Biarlah aku pergi. Kaki aku tetap melangkah sakit.


''Cikgu Nurul Syazwina''


Langkah kakiku terhenti jua. Hati aku lemah apabila nama penuhku dipanggil.


''Cikgu ni degil la. Pura-pura tak dengar ek bila orang panggil..?'' Katanya sebaik sahaja berhadapan denganku. 


Baru kini aku sedar dia lebih tinggi dariku. Biasalah, lelaki semakin membesar selagi belum mencapai 18 tahun.


''Tahniah..!'' Kataku pendek.


''Tahniah je..?'' Riak wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.


''A lot of congratulation.'' 


Aku membuka langkah menuju ke parking kereta. Iya, aku ingin pergi dari sini. Rama-rama jika engkau berada di tepi aku kini bawalah aku terbang.


''Cikgu, saya tahu segala-galanya. Cikgu telah mendapat notis untuk bertukar sekolahkan..? Cikgu akan pergi mengajar di Sabah kan..?


Aku berhenti, diam tidak terkata. Bagaimana dia mendapat tahu akan perihal yang satu ini sedangkan rahsia ini tersemat erat di hati. Pelik bin hairan pula. Dia semakin dekat. Dekat dan dekat. Matanya tepat memandang mataku. Mencari jawapan..!


''Cikgu, sebelum cikgu pergi saya nak ucapkan terima kasih di atas bimbingan cikgu. Berbilion terima kasih untuk segala-galanya. Saya paling ingin berterima kasih untuk cerita hati si mata dua itu. Dari awal cerita cikgu lagi saya tahu cerita itu merupakan coretan hati cikgu. Coretan kalbu gadis si mata dua itu telah menyedarkan si kaki dua ini untuk terus melangkah menuju ke puncak jaya. Bezanya dia punya ayah, emak, adik-beradik yang berada di belakang untuk menghembuskan nafas kekuatan bila dia rebah, jatuh."


"Si kaki dua ini juga ada emak serta adik-adik sebagai kekuatan diri. Yang paling penting dia punya seorang kakak yang memberi inspirasi untuk berdiri sehingga ke tahap ini. Dia bangga ada kakak walaupun mereka tidak sedarah. Kakak si kaki dua itu ingin dia menjadi seorang peguam handal yang mencari kebenaran dan menundukkan kebatilan. Sayang berjuta sayang masa dia untuk bersama kakak itu tidak lama. Walaupun begitu, masa itu sungguh bernilai. Terima kasih untuk Kakak Nurul Syazwina kerana sudi menyedarkan Khairul Farhan.''


Ya Tuhan, sungguh bait-bait ayat itu berjaya mengalirkan mutiara jernihku untuk sekian kalinya. Aku terharu dengan kata-katanya yang lahir dari hati yang ikhlas. Tidak sanggup aku untuk berpisah dengannya. Terasa ingin sahaja aku peluk, tapi hukum Allah SWT tetap hukum Allah SWT. Tiada siapa mampu menggubalnya.


''Cikgu sudi terima Khairul Farhan sebagai adik kan..?''


Aku hanya mampu mengangguk sebagai jawapan. Bukan hari ini, bukan hari esok sebaliknya untuk selamanya dia akanku anggap sebagai adik.


''Oleh itu, adik Khairul Farhan sayangkan kakak Nurul Syazwina seperti mana Kakak Nurul Syazwina sayangkan adik Khairul Farhan.''


"Haisyy, nakal betul mamat ni sorang. Tetapi yang nakal ni la adik segera aku. Inilah anak baru ayah emak, abang kakak inilah adik baru kita serta Ucu Muhammad Faiz bin Ismail pun telah dapat adik baru Khairul Farhan bin Muhammad walaupun bezanya tidak jauh, cuma setahun." Desis hati kecilku.


6 tahun kemudian..


Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah tujuh tahun peristiwa itu berlaku. Kadang-kadang apabila diingati kembali pasti aku tersenyum sendiri. Selang setahun kemudian aku telah bertemu jodoh dengan seorang doktor pediaterik ketika bermastuatin di Sabah dahulu.


Suamiku, Wan Ridzwan Akmal merupakan doktor hatiku. Cinta pertama dan terakhirku. Permata hati kami si kembar Wan Faris Hakim dan Wan Umi Maisarah merupakan pelengkap kebahagiaan rumah tangga kami. Kini mereka sudah pun berusia empat tahun.


Sayang kamu semua sangat-sangat. Aku juga telah berhenti berkhidmat sebagai seorang guru ketika si kembar berumur tiga tahun. Aku ingin melihat mereka membesar di mataku, ingin mendidik mereka dengan didikan dunia agama.


Sebenarnya, aku sayang untuk melepaskan pekerjaanku ini akan tetapi kata suamiku biarlah aku jadi guru kepada anak-anak kami pula. Katanya lagi aku tetap menjadi guru istimewa di hatinya.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur aku jejaki.


Hari ini Khairul Farhan pulang jua ke tanah tumpah airnya. Tidak sabar rasanya untuk menatap wajahnya. Jika sebelum ini kami hanya berhubung menerusi email dan sesekali skype. Kadang-kadang suamiku cemburu. Cemburu dengan adik. Cemburu tanda sayang..!


''Cikgu Nurul Syazwina..!!!''


Aku bagaikan ingin pengsan mendengar sebaris nama itu. Iya, aku tidak salah mendengar lagi. Itu suara Khairul Farhan. Nasib baik juga suamiku setia berada di sisi. Senang jika aku betul-betul pengsan. Kini kami saling berhadapan.


Tiada lagi email, tiada lagi skype. Dia menyalami tangan suamiku dan tunduk menghormatiku. Kemudian memeluk si kembar itu seerat yang mungkin. Rindu..! Aku lihat dirinya semakin jauh berubah. Sudah bertambah matang dan semakin kacak.


''Cikgu, sihat..?'' Tanyanya ketika kami berjalan seiringan. 


Si kembar pula dipimpin tangannya oleh aku dan suami.


''Sihat. Bertambah handsome kamu ek..'' Pujiku ikhlas. 


Dia tersenyum. Suamiku pula hanya menjeling manja.


''Abang, jika dia handsome abang pula kacak persis seorang putera.'' Kataku seraya memegang tangan suamiku.


Kereta kami bergerak meninggalkan KLIA menuju ke rumah kami. Di sana kedua-dua belah keluarga sedang menanti ketibaan Khairul Farhan. Mak Timah pasti merindui anak sulungnya itu. Tahniah untuk Khairul Farhan kerana kini telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Cikgu bangga dengan kamu. Kamu telah merealisasikan cita-cita cikgu yang terbantut dulu.


Dan ini adalah coretan, cerita hati si mata dua. Dia bangkit dari kegagalan silam. Dia tidak ingin sejarah lalu berulang. Terima kasih untuk ayah emak terutamanya dan keluarga. Terima kasih kerana meminjam semangatmu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...