LIHATLAH APA YANG DITEGUR, BUKAN SIAPA YANG MENEGUR

Kita selalu menilai SIAPA YANG MENEGUR, bukannya APA YANG DITEGUR. Insan yang lemah macam kita ni, tak akan terlepas dari kesilapan. Kesilapan ni akan berterusan selagi kita tak sedar dan selagi tak ada orang yang menegur kita. Tapi, tak semua manusia boleh terima teguran dengan hati terbuka. Termasuklah diri aku juga.


Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayyidina Umar RA. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang tengok pun pelik lalu bertanya,


"Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak..?"


Sayyidina Umar RA menjawab, 


"Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi tegurannya kepada ku benar"


Biasanya manusia yang tak suka ditegur ni, adalah manusia yang dipenuhi dengan EGO. Sikit atau banyak EGO tu, bergantung pada individu.


Diriwayatkan daripada Tamim Al Dari bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 

"Agama adalah nasihat"


Kami pun bertanya,

"Untuk siapakah wahai Rasulullah SAW" 


Jawab baginda,

"Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, pemerintah umat Islam dan orang Islam.
(Riwayat Muslim)

Orang yang menegur pun ada peranan penting terhadap apa yang ditegur. Jangan sampai dilabel sebagai "cakap tak serupa bikin" atau pun "bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Jadi, orang yang menegur perlu lebih berhati-hati terhadap kata-katanya.


Bila nak tegur tu, tengoklah tempat dan masanya. Rasulullah pernah ingatkan, bahawa suatu kebenaran tu perlu dinyatakan walaupun pahit. Islam dah sedikan guideline untuk menegur.


Niat kita nak menegur tu, pastikan betul dan tulus. Tegur demi kebaikan orang tu dan tiada tujuan seperti ingin menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa yang buruk. Elakkan "memilih bulu" kalau nak menegur. Kalau benci si A tapi nampak dia buat salah, tegur juga. Jangan sebab kita tak suka dia, kita biarkan je dia dalam kegelapan..


Sebelum nak tegur, pastikan ada 3 perkara ni :

  1. Tak merendah-rendahkan orang yang ditegur

  2. Waktu yang sesuai untuk menegur

  3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Tegur dengan hikmah.. Hikmah ni dengan berilmu dan lemah lembut tanpa ada unsur-unsur MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. Firman Allah SWT,

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik"

Tak ada cara sentap-sentap. Memang setengah orang kata, elok sentap-sentap. Tapi, antara dakwah dan silaturrahim, silaturrahim lebih wajib dijaga. Antara dakwah dan adab, adab lebih utama. Matlamat tak halalkan cara kalau menegur cara kurang beradab tu. Cegah sebelum terlambat.


Cuba bayangkan, kalau kita banyak buat salah, buat dosa yang bertimbun-timbun, tapi tak ada siapa yang menegur dan betulkan kesilapan kita. Kalau kita buat salah, pastu ada orang tegur, terimalah.. Sebab diorang tak mahu kita terus hanyut. Bila ditegur dengan caranya, hasilnya nasib kita pun berubah.


Rasulullah SAW bersabda, 

"3 perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi, keadaan saling menyedarkan antara satu sama lain dan menyantuni saudaranya (yang memerlukan)"
(Riwayat Al Dailami)

"Hidup seorang mukmin sepatutnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain"
(Riwayat Bukhari) 


Jika melihat suatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran, kita wajib mencegah.


Marilah tegur menegur sesama Islam. Takut cara menegur yang lagi memalukan akan terpaling pada kita sebab ada 2 keadaan di mana Allah sendiri akan buka aib kita. Keadaannya :

  1. Apabila selalu cari salah orang lain

  2. Apabila selalu buat maksiat secara sembunyi

Kesannya bukan kita saja malu.. Malah yang tak bersalah, orang sekeliling kita pun dapat tempiasnya. Jadi, sebelum ianya berlaku, lebih baik kita ikut cakap orang yang menegur kita. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang hikmah supaya mad'u dapat terima teguran dengan hati terbuka..


Wallahualam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

QAWA'ID FIQHIYYAH

Definisi Qawa'id Fiqhiyyah

Qawa’id Fiqhiyyah merupakan satu disiplin ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap mukallaf walaupaun sekadar secara umum. Ianya adalah sangat wajar untuk dituntut dan dikuasai kerana kepentingan dalam kaedah-kaedah fiqh biarpun sekadar menguasai asas-asas penting. Sebagaimana Firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa) ; "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Al-Baqarah : 127)


Dari segi bahasa Qawa'id membawa maksud asas rumah atau dengan kata lain Qawa'id adalah kata jamak dari perkataan arab yang membawa maksud yang sama. Kalimah ini mempunyai pelbagai maksud berdasarkan bahasa arab seperti seorang perempuan yang duduk, pemalas, undang-undang dan ibu negeri.


Dari segi istilah syarak menurut Mustafa Ahmad Al-Zarqa' dalam kitabnya, kalimah qawa'id ini membawa maksud hukum yang dipraktikkan ke atas seluruh masalah juz'iyyat. Pada pendapat ulama usul fiqh maksud Qawa'id dari segi istilah ialah hukum kulli yang bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya. Ada juga terdapat dari golongan ulama Usul Fiqh yang telah menjalaskan bahawa pengertian berkenaan qawa'id dari segi istilah dengan makna hukum kulli atau lebih bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya.




Faktor Terbentuknya Qawa'id Fiqhiyyah 



Peranan Para Ulama dan Mujtahid

Faktor kewujudan kaedah fiqhiyyah adalah kerana peranan para ulama dan mujtahid kerana golongan ini sangat memainkan peranan penting dalam penggunaan akal fikiran mereka berdasarkan daripada sumber perundangan yang selari dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira masa dan tempat. Para mujtahid juga sentiasa berusaha dengan berijtihad bagi memahami nas-nas dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang berkonsep umum terhadap permasalahan yang berkait dengan furu' yang baru dan sentiasa muncul sebagai contoh konsep al-qiyas, istihsan, 'uruf dan sumber-sumber yang lain. Walaupun terdapat dalam rangka ijtihad mempunyai dalil-dalil yang lebih bersifat zanni yang telah diperselisihkan ataupun mempunyai pendapat yang berbeza di dalam kalangan ulama dan juga para mujtahid.


Walaupun begitu, mereka semua bersatu dan bersepakat dan terus berusaha ke arah yang terbaik dalam mencari keredhaan Allah SWT. Para ulama dan mujtahid mengkaji dengan lebih mendalam pada setiap ruang serta sumber perundangan Islam yang sangat luas dan seterusnya mereka berijtihad dengan ilmu-ilmu yang mereka ada. Para ulama dan mujtahid akan berijtihad bagi memahami nas-nas serta akan mengkaji prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat. Mereka menggunakan kaedah yang berbentuk umum bagi masalah khusus atau furu' yang bersifat baru yang sentiasa wujud dalam masyarakat.




Penafsiran Nas Yang Pelbagai

Faktor lain yang menyebabkan wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama dan fakta sejarah dimana kerana terdapatnya di antara nas-nas yang ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Pelbagai masalah yang kebiasaanya adalah berbentuk umum yang menyebabkan wujudnya pandangan yang berbeza-beza dan ada terdapat nas-nas yang mutlak melahirkan banyak pendapat untuk diikatkan atau untuk memuqayyadkannya.




Wujudnya Kaedah-Kaedah Umum Berasaskan Adat

Faktor yang seterusnya sehingga wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah adalah kesan dari terdapatnya kaedah-kaedah umum yang lebih berasaskan kepada adat kebiasaan yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi ke generasi yang lain bagi penyesuaian dengan permasalahan hukum furu'. Dari kerana itulah ianya memerlukan sumber-sumber akal fikiran dan amalan-amalan yang berterusan yang dijadikan sebagai adat atau 'uruf dalam pengeluaran hukum yang fleksibel di samping menangani persoalan semasa yang sentiasa wujud sehingga ke hari ini.


Permaslahan adalah disebabkan fiqh dan furu’ yang terlalu banyak dan luas maka sangat perlu kepada satu cara penetapan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah tertentu supaya ianya akan menjadi lebih mudah untuk mengembalikan semua permasalahan. Para ulama telah mengembalikan semua masalah furu' tersebut kepada lima kaedah asas yang utama dan kesan dari itu juga telah terbentuknya pelbagai lagi kaedah seperti kaedah kuliyyah dan juz'iyyah.




Kaedah Qawa'id Fiqhiyyah


1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat

Kaedah ini mambawa maksud setiap perkara adalah menurut tujuannya atau pun dengan kata yang lebih mudah ialah setiap perkara akan dikira berdasarkan kepada niat. Ianya membawa maksud setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mukallaf adalah berdasarkan kepada niatnya dan kaedah ini telah diambil dari banyak hadis dan diantaranya ialah hadis daripada Anas yang membawa maksud,

"Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat"
(HR Al-Baihaqi)


Niat adalah merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi syarat sah yang utama sama ada dikira sah atau pun batal dan seterusnya melibatkan perkara yang berpahala atau pun berdosa. Dari kerana itulah sekiranya amalan yang dilakukan tanpa niat yang baik tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.




Pecahan Kaedah

Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan adat atau tidak ada kesamaran dengan yang lain sebagai contoh seperti beriman kepada Allah SWT takut dan mengharap kepadaNya dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Bentuk amalan ini adalah berbeza dengan amalan yang lain dan adalah diwajibkan berniat pada membaca Al-Quran apabila dinazarkannya bagi membezakan antara yang fardhu dengan yang lain.


Disyariat ta'yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan tetapi tidak di syaratkan ta'yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain sebagai contoh ialah disyariatkan ta'yin seperti solat dan tidak diperlukan ta'yin seperti taharah, haji dan umrah.


Terdapat amalan-amalan yang disyaratkan ta’yin dan jika tersalah ta'yin maka ia membatalkan amalan itu dan di antara contohnya ialah tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya dan dari solat zohor kepada solat asar.




2. Perkara Yang Yakin Tidak Dihalangkan oleh Keraguan

Kaedah ini membawa maksud setiap perkara yang tidak yakin berlaku maka keraguan yang datang kemudian bagi meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Sekiranya seseorang itu telah yakin perkara yang telah ditetapkan oleh hukum terhadapnya dan selepas itu timbul syak terhadap keyakinan tadi maka keyakinan asal tidak dapat dihilangkan kecuali dengan keyakinan yang baru. Sebagaimana hadis abu Sa'id Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud,

"Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : Tiga atau empat..? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan"




Pecahan Kaedah

Asal sesuatu perkara kekal mengikut keadaan sebelumnya yang membawa maksud kaedah ini mengekalkan sesuatu hukum masa selepas atau akhir mengikut sabit hukum masa lampau. Sebagai contoh jika seseorang itu yakin bersuci dan kemudian dia syak terkeluar hadas maka dihukumkan kepadanya masih bersuci.



Asal sesuatu itu tidak ada yang bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada dan tiada yang asal dikembalikan sehingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal. Sebagai contoh, seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan diizinkan tetapi pemilik menafikannya maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.


Asal bagi sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil yang menunjukkan haram yang bermaksud kaedah ini menunjukkan yang halal dan haram itu jelas dan perkara didiamkan itu adalah dimaafkan sebagai contoh jika terdapat binatang, tumbuhan dan buah yang tidak diketahui dengan jelas kedudukan halal dan haramnya maka hukumnya adalah halal dimakan.




3. Kesusahan Membawa Kemudahan

Kaedah ini menerangkan apabila terdapat kesulitan dalam menunaikan perintah Allah SWT maka perintah itu diringankan tidak seperti yang asal sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang membawa maksud,

"Sesungguhnya kamu diutus untu memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan"




Pecahan Kaedah

Sesuatu perkara apabila tersempit ia akan menjadi luas sebagai contoh seorang wanita yang ingin menikah dan telah kehilangan walinya sedangkan tidak terdapat juga wali hakim di tempat tu maka dibolehkan melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwini dengan lelaki pilihannya dan selain dari itu juga diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk sara hidup




4. Kemudaratan Hendaklah Dihapuskan

Kaedah ini membawa maksud kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan sebagaimana dalil yang bermaksud,

"Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan"




Pecahan Kaedah

Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang membawa maksud sesuatu kemudaratan itu tidak akan dihilangkan dengan cara menimbulkan bahaya yang lain. Sebagai contoh seseorang doktor tidak boleh sama sekali mengambil darah untuk ditambahkan kepada pesakit yang memerlukan darah sehingga menyebabkan orang itu tenat dan boleh membawa maut.


Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan yang bermaksud apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan maka perlaksanaanya hendaklah diarah kepada mencegah kemudaratan. Oleh yang demikian perkara yang mencegah kerosakan akan diutamakan dan sebagai contoh hukum furu' yang lahir daripada kaedah ini seperti menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.




5. Adat Dijadikan Hukum

Kaedah ini adalah berkait rapat dengan dengan sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum dan para ulama telah menetapkan bahawa ‘uruf merupakan salah satu daripada hukum yang tiada nas syarak. Terdapat sedikit perselisihan di kalangan ulama dalam mentafsirkan pengertian adat dan ‘uruf namun ianya adalah perbezaan kecil sahaja sedangkan skop dan konsepnya adalah sama.




Pecahan Kaedah

Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan yang membawa maksud sesuatu adat kebiasaan yang berada pada kedudukan syarat yang berlaku secara berterusan dan terdapat juga adat yang berlaku secara tidak berterusan dan memerlukan nas atau dalil untuk mengharuskanya sehinggakan dikira sebagai hukum. Sebagai contoh seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Apabila berlaku akad langganan walaupun tanpa menyebut penghantaran maka majalah tersebut secara langsung akan dihantar terus dan jika tidak pelanggan boleh menuntutnya.


Berlaku pertentangan antara 'uruf umum dan 'uruf khas yang bermaksud adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan umat Islam dengan adat kebiasaan yang berlaku dalam sesetengah negara umat Islam sahaja yang sama memberi kesan kepada hukum. Sebagai contoh seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad namun menurut adat kebiasaan penggunanya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran dan pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.




Kaedah Asas dan Pecahan Qawa'id Fiqhiyyah

Pecahan bagi kaedah asas yang pertama iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan niat ialah :


  • Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan ada kesamaran dengan yang lain.

  • Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arrud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan itu, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal)

  • Melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan.

  • Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz umum.

  • Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya





Pecahan bagi kaedah asas yang kedua iaitu perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh keraguan ialah :


  • Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.

  • Apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas kedahuluannya.

  • Asal seseorang adalah bebas daripada tanggungjawab.

  • Asal segala sesuatu ialah tiada.

  • Asal pada sifat atau perkara baru mendatang ialah tiada.





Pecahan bagi kaedah asas yang ketiga iaitu kesusahan membawa kemudahan ialah :


  • Sesuatu perkara jika menjadi sempit (susah), hukumnya menjadi luas.

  • Kemudaratan membolehkan tegahan.

  • Perkara-perkara darurat ditentukan mengikut kadarnya.

  • Apa yang diharuskan kepada orang yang uzur terbatal dengan hilang keuzuran tersebut.

  • Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain





Pecahan bagi kaedah asas yang keempat iaitu kemudaratan hendaklah dihapuskan ialah :


  • Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.

  • Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan.

  • Dipilih yang paling ringan antara dua keburukan.

  • Membendung kerosakan lebih utama daripada menarik kebaikan.

  • Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat.





Pecahan bagi kaedah asas yang kelima iaitu adat dijadikan hukum ialah :


  • Apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya.

  • Sesungguhnya adat yang diterima pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara kebiasaan.

  • Pengetahuan dengan keredaan menafikan pengharaman.

  • Hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat.

  • Perkara yang dilarang adat hukumnya diterima pakai.





Aplikasi Kaedah Semasa


Berdasarkan kepada kajian membuktikan bahawa keputusan Majlis penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS) sebagai rujukan utama yang mendedahkan penggunaan kaedah fiqh yang telah digunapakai bagi mengharuskan instrumen-instrumen Pasaran Modal Islam di Malaysia.


Syarikat bercampur didefinisikan oleh MPS SS sebagai sebuah syarikat yang aktiviti utamanya terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah, namun terdapat juga aktiviti sampingan yang haram tetapi nisbahnya kecil. Dalam mengharuskan syarikat bercampur dimasukkan dalam senarai Sekuriti Yang Diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, MPS SS memutuskan beberapa kaedah fiqh sebagai sumber sokongan kepada beberapa penghujahan lain seperti 'uruf, maslahah dan berasaskan kepada pandangan fuqaha' silam dan semasa.


Kaedah Fiqh yang digunakan ialah Al-Mashaqqah Tajlib Al-Taysir, Al-Amr Idha Daqa Ittasa'a dan Ma 'Ammat Baliyyatuh Khaffat Qadiyyatuh. Kaedah-kaedah ini pada dasarnya mengandungi maksud yang hampir sama dan menyokong antara satu sama lain. Dalam kes syarikat bercampur yang aktiviti utamanya halal, MPS SS memutuskan beberapa kriteria dan ukur rujuk sebelum memasukkannya dalam senarai Lulus Syariah.


Dua kaedah fiqh iaitu La Darar Wa La Dirar dan Al-Darar Yuzal digunakan sebagai sumber ketiga selepas As-Sunnah dan Al-Qiyas dalam pengharusan ta’wid. Kedua-dua kaedah ini memfokuskan kepada prinsip darar. Kaedah pertama menerangkan Islam tidak membenarkan umatnya melakukan perkara yang boleh membawa mudarat dan memudaratkan orang lain. Kaedah kedua pula menyatakan bahawa kemudaratan mestilah dihilangkan selaras dengan matlamat syariah yang mementingkan kemaslahatan hambanya.


Kaedah ini dikemukakan bagi membuktikan bahawa hukum ijtihadi boleh berubah dengan berlalunya zaman. Dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang pendapat minoriti fuqaha’ yang tidak mengharuskan syarikat bercampur jika digunapakai akan menyebabkan pertumbuhan Pasaran Modal Islam terhalang. Ditambah pula dengan hukum tersebut terbina atas asas suasana dan realiti silam.


Daripada kaedah fiqh tersebut, kita dapati bahawa setiap sesuatu yang mempunyai nilai yang boleh dijual beli dan dikenakan bayaran ganti rugi boleh disifatkan sebagai harta. Pada dasarnya kaedah ini menjadi panduan bagi MPS SS untuk menetapkan sesuatu produk dan instrumen pasaran modal sama ada ia termasuk dalam kategori harta atau tidak. Oleh itu, ternyata Waran Panggilan mempunyai ciri-ciri yang digariskan oleh al-Suyuti dan juga memenuhi definisi yang digariskan oleh sebahagian besar fuqaha’ apabila ia boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Antara ciri Waran Panggilan yang membuktikan bahawa ia bernilai dan bermanfaat ialah waran ini memberi pemegangnya hak untuk membeli sebilangan saham tertentu dalam syarikat pendasar dengan harga yang dipersetujui.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KADANG-KADANG, KITA TAK PERASAN

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita dok sibuk hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur-tegur orang buat salah,
Tapi kita pun buat benda yang sama..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
Tapi kita tak tengok kelemahan diri kita sendiri..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yang kita perlu perbetulkan,
Tapi kita tak boleh nak terima pandangan orang lain terhadap kita..


Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita rasa kita paling hebat,
Tapi sebenarnya orang rasa kita ni berlagak pandai dan banyak memandai-mandai..


Kadang-kadang kita tak perasan, 
Kita dah buat salah,
Tapi kita tak boleh nak terima teguran..


Sejauh mana kita PERASAN..? Kita sebenarnya hamba Allah yang juga manusia biasa.. Yang sangat-sangat perlukan masa untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri untuk perkara yang telah kita lakukan..


Kadang-kadang, kita tak perasan semua tu, sebab kita manusia biasa yang hidup penuh dengan perasaan.. Sebab tu lah kita perlukan SAHABAT IMAN di dunia ni untuk menegur perkara yang kita tak perasan, untuk menegur salah dan silap kita agar tak terjatuh dalam lubang yang sama..

Muhasabah diri.. Peringatan ini untuk diri saya sendiri teruramanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BEBASKAN DIRI DARI UJUB

Al-Habib Umar bin Hafidz


- GURU MULIA MENJAWAB -



Pertanyaan :

Bagaimana membebaskan diri dari sifat ‘ujub (bangga diri) ..?



Jawab :-

Cara menghapus sifat 'ujub dari dalam diri adalah dengan mengingat hakikat kita. Hakikat kita adalah berasal dari sesuatu yang tidak ada, dan puncak kita adalah kembali kepada Tuhan untuk memperhitungkan amal perbuatan kita. Bagaimanakah makhluk yang hidupnya ada di antara awal yang tak ada dengan puncak yang dikembalikan untuk diperhitungkan amalnya, dapat merasa bangga terhadap dirinya..?


Allah berfirman, 

"Tidaklah nikmat yang ada pada dirimu kecuali berasal dari Allah." 
(An Nahl : 53)

Segala keutamaan hanyalah milik Allah dan bukan milik kita sama sekali. Hendaklah kita menyaksikan kelebihan itu hanya milik Tuhan semata, dan menyedari bahaya jika Dia memperhitungkan amal kita dengan teliti. Jika Allah membuat perhitungan atas amal yang kita perbuat maka dipastikan Dia akan mengazab kita, walaupun yang diperhitungkan itu adalah amal yang paling utama. Namun dengan keutamaanNya semata, Dia memberikan pahala, anugerah, dan melipatgandakan amal kebaikan. Merenungi hal-hal di atas akan membebaskanmu dari penyakit 'ujub.


اللّهمّ صلِّ على سيّدنا محمّدٍ وآله ÙˆØµØ­ْبه وسلِّÙ…

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SIFAT MAANI

Sifat maani adalah sifat nafsu dan syaitan.. Sifat maknawiyah adalah sifat ketuhanan.. Pulangkanlah sifat maani tu kepada Allah yang mengaku kita perbuat ibadah selama ini.. Itulah keakuan yang membentuk syirik..


Maksudnya, jangan kita rasa ibadah kita itu adalah dari usaha dan keupayaan kita sebab yang beri kita daya untuk beribadah adalah Allah.. Kita ini tiada daya.. Allah yang titipkan daya itu pada kita dengan rahmat dan kasih sayangNya pada kita sepertimana rezeki-rezeki kita yang lainnya.. 


InsyaAllah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERHALA HATI

Sifat yang dituntut Allah SWT kepada makhluk yang bernama manusia atau insan (pelupa) adalah sifat mahmudah.. Sifat mazmumah itu sifat yang tidak dituntut malah sifat itu membawa kesyirikkan khofi.. Iaitu yang halus tanpa sedar, hati telah mensyirikkan Allah. Sifat mahmudah itu membawa hati merendah diri. Sombong, riak, takbur, ego, berbangga diri, semua itu sifat mazmumah. Sifat mahmudah pula berlawanan darinya.. Contohnya merendah diri, baik hati, tawadhu' dan segala sifat baik yang lain.


Selalu Sang Salik bercerita tentang berhala hati.. Inilah antara berhala hati yang dimaksudkan iaitu sifat mazmumah.. Ada ilmu menyangka diri pandai. Ada kelebihan, merasa diri lebih dari yang lain.. Sebab tu ada nafi. Supaya ingat itu milik Allah SWT. Itulah penyakit hati. Bila ada berhala dalam hati, orang tegur dia akan melenting.. Kena palu dengan zikrullah. InsyaAllah, dia merunduk.. Tapi, si syaitan pula akan ambil alih.. Campak amarah dan sebagainya. Itulah yang dikatakan peperangan dalam diri kalau ingin menundukkan nafsu.


Penyakit hati ini selalu terjadi. Kadang-kadang, tanpa sedar.. Selalu la nafi dan memperhalusi sifat.. Sama-sama la kita berperang dengannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KATEGORI WANITA ISLAM

WANITA MUSLIMAH
  • Memikirkan hal duniawi, seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini.
  • Memuatnaik gambar walaupun menutup aurat.

  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya.




WANITA MUKMINAH
  • Memikirkan cara utk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan kepada orang lain.

  • Sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk.

  • Memikirkan cara berpakaian yg tidak tabarruj supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi.




WANITA MUTTAQIN
  • Memikirkan sepenuhnya kepada akhirat, mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.

  • Menyibukkan diri untuk bekalan di akhirat kelak dan memikirkan tentang keadaan umat Islam dan sentiasa mendoakan umat mendapat hidayah dan beroleh syurga Allah.


Sayyidatina Aisyah RA berpesan, 

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"

Muliakanlah diri kita dengan taqwa. Jagalah kehormatan kita dan perhiasilah keperibadian kita dengan cahaya daripada Allah SWT. Jangan rasa bangga dengan kecantikan kita. Sesungguhnya itu bukan KEMULIAAN bagi kita, sebaliknya KEMURAHAN diri sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KITA BERADA DI PENGHUJUNG FASA 4

Kupasan 5 Fasa Dunia menurut Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nu'aman bin Barsyir dari Hudzhalifah

  1. Fasa 1 adalah ketika nabi hidup. Zaman ini sudah berlalu.


  2. Fasa 2, Zaman Pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah 4 Khulafa’ Rashidin. Zaman ini pun sudah berlalu.


  3. Fasa ke 3, zaman pemerintahan kerajaan yang menggigit dalam hadith mengartikan bahawa mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka keturunannya. Di zaman ini, kita boleh lihat pemerintahan di zaman Kerajaan Ummayyah, Abassiyah dan Uthmaniyyah yang berkuasa menggunakan Sistem Monarki. Zaman ini juga sudah berlalu.


  4. Fasa ke 4, zaman di mana dunia diperintah oleh pemimpin yang sombong dan bermaharajalela. Zaman ini ialah zaman moden iaitu zaman sekarang.


  5. Setelah berlalu fasa ke 4 (zaman sekarang), datanglah fasa ke 5. Di zaman tersebut dunia akan kembali diperintah mengikut cara nabi mensyariatkan Syariat Islam. Ini adalah Zaman Kemunculan Imam Mahdi.



Ketika habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut tiba-tiba Rasulullah diam. Diam tersebut bermakna SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT. Kesimpulannya berdasarkan hadith Nabi, kiamat akan terjadi setelah fasa ke 5 peradaban manusia.


Lalu di manakah posisi kita..?


Kita berada di fasa ke 4, Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 ini adalah kedatangan satu fitnah Dajjal. Di dalam fasa ini terdapat kehidupan yang penuh kemaksiatan dan mulai menjauh dari Al Quran dan Hadith.


Dajjal tidak akan datang DALAM fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada pada pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul SETELAH fasa ke 5 kerana setelah itu sejarah peradaban manusia sudah berakhir.


Hanya di fasa ke 4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpulkan pengikutnya sebanyak mungkin untuk menemaninya di dalam Neraka dan fasa 4 ini adalah zaman yang kita berada sekarang. 


SEKARANG..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JEREBU HATI

Jerebu di sebut Ad-Dukhan.. Macam hati yang diselaputi jerebu.. Pandangan ke akhirat kelabu.. Suluh dengan lampu kereta pun pandangannya terhad.. Begitulah juga dengan jerebu / hijab.. Hutan terbakar akan menghasilkan asap jerebu.. Begitu juga dengan maksiat, ia menyebabkan hati berjerebu dari petunjuk akibat dari lalai dengan dunia. Nikmat dunia ni memang rasa sedap terutama bila nampak duit, wanita, makanan dan harta..


Jalan ke akhirat sukar kelihatan kerana pandangan terhijab akibat jerebu dunia.. Jerebu keduniaan sukar dicuci bila sudah melekat di hati melainkan dibedah dengan iman dan taqwa. Iman pula bukan datang sendiri.. Perlu dicari.. Bila dah dapat iman, barulah datang taqwa. Rasa manis iman dan taqwa tak terbanding dengan lazatnya nikmat dunia yang sementara ini.. Manisnya iman dapat mengenal Pencipta Dunia ini manakala manisnya dunia menjauhkan pengejarnya dari Al-Khalik iaitu tuan punya dunia ini.


Manusia sanggup korbankan hartanya, auratnya, akhlaknya, halal haramnya demi dunia (wang ringgit) seolah-olah tidak menjadi kesalahan di sisi agama. Terlupa sekejap agaknya dengan agama pabila berhadapan dengan umpanan $$$ dan £££.. Ghairah mencengkam jiwa dan nafsu.


Carilah harta dunia tapi janganlah sampai tergadai akhirat kerana dunia ni harta yang PASTI DITINGGALKAN walau banyak mana sekali pun.. Manakala, akhirat itu adalah negeri yang kekal abadi.. Jadi, nak bawa apa ke sana..?


Harta akhirat bukan berbentuk fizikal tetapi amal soleh, zikrullah, sedekah, berbuat baik, taat pada Allah dan RasulNya.. Buktinya lihat orang mati, apa yang dia bawa..? Harta dunianya hanyalah KAIN KAFAN.. Kalau ada sedekah, amal soleh, kebajikan bawalah sekali.. Inilah harta sebagai BEKALAN ke akhirat. Jangan jadi miskin dan fakir di sana nanti kalau tidak menyediakan amalan di dunia ini.


Timbanglah dengan neraca AKAL dan SYARAK.. Pernahkah kita merasa GHAIRAH untuk mencari bekalan akhirat seperti mana kita mencari wang siang dan malam, pagi dan petang, berhujan berpanas ke sana ke mari..?


Kita mengejar harta dunia sebab kita nampak dengan mata kepala sedangkan harta akhirat kita tak nampak sebab JEREBU hati. Harta akhirat hanya boleh dilihat dengan pandangan 'mata hati' ('ainul basyirah) yang terbuka oleh amal soleh dan kurnia Allah.. Kejar dunia bukan amal soleh kerana sifat dunia itu 'ghurur' yakni tipu daya. Orang soleh / solehah bukan mereka tak boleh kejar dunia macam ahli dunia, tapi mereka nampak tiap-tiap orang yang hidup itu PASTI AKAN MATI.. Jadi tak ada gunanya berhempas pulas memperhambakan diri siang malam pada dunia (benda yang tak berfaedah) yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya itu..!


Justeru, orang-orang yang soleh dan solehah beriman pada HARI AKHIRAT.. Mereka ikut Rasulullah SAW kerana setiap kalam Nabi SAW itu benar.. Macam para sahabat, para alim ulama dan para ahli akhirat, kerana mereka-mereka di atas itu adalah para "HABIBULLAH" yakni kekasih Allah. Mereka juga hidup di dunia tapi mengambil dunia bukan dengan kerakusan nafsu syahwat sebaliknya mengawal dan mengendali nafsu dan harta dengan agama (iman). Ahli dunia (sengaja) membiarkan diri mereka menjadi tunggangan nafsu dan syahwat bukan menunggangnya..!


Tanda manusia itu TEWAS dengan dunia bila akhirat itu dilihatnya seperti TIADA atau HILANG dari hatinya. Ya, mungkin ada.. Tapi, sedikit sangat seperti sedikitnya IMAN yang ada di hati berbanding dengan syahwatnya kepada dunia yang sangat kuat menggelegak seperti air mendidih atau seperti laut yang bergelora.. Zikirnya siang malam adalah dunia hinggakan solat entah ke mana, aurat dah tak terjaga lagi, apatah lagi akhlak.. Itulah KESAN dunia yang mengasyikkan kalau kita leka dan lalai..


Tutur kata hanyalah bahasa dunia kerana terasa indahnya pada nafsu yang bergelora.. Bahasa akhirat rasanya tak sesuai dituturkan di majlis (dunia) ini.. Malu..! Nanti pulang rumah kita buatlah.. Tak apa lah kalau rasa tak mati.. Sebab itu Nabi pesan ingatkan mati (sehari 27 kali) supaya tak lalai dengan akhirat walaupun sibuk dengan urusan dunia. Ambillah dunia dengan 'tangan' kesyukuran.. Jadikanlah dunia jambatan untuk akhirat.


Semoga jerebu di Malaysia dan di hati kita (pada dunia) akan segera berakhir.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

EXAM, TAWAKKAL DAN USAHA

Ada orang buat request artikel berkenaan peperiksaan. Hem. Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Yakah..? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam.


Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa. Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan. Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa. Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.


Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas. Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah,


"Antum allaziina la yakhafuunallah..!"


Atau dalam bahasa melayunya,

"Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah..!"

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu. Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan..? Ada pelajar arab marah dengan 'tuduhan' itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah..? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya. Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

"Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah..!"

Maka ada pelajar arab yang lain berkata,

"Soalan kau yang susah sangat..!"

Dr Ibrahim Jawarneh berkata,

"Soalan yang mana..? Tunjukkan pada aku..!"

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. "Bukankah jawapannya di sini..? Apa yang susahnya..? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik..?" Pelajar itu diam.


Seorang pelajar lagi berkata,

"Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah..!"

Dr Ibrahim Jawarneh berkata,

"Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham..? Tidak pernah bukan..?"

Pelajar itu diam. Ada pelajar berkata,

"Yang soalan ini kau tidak ajar pun..!"

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab,

"Benarkah..? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu..?"

Pelajar itu diam.


Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata,

"Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah..! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah..!"

Dan tiada siapa lagi yang bersuara. 


Penutup : Kalau kamu takutkan Allah, kamu study sungguh-sungguh.


Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh. Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal study sungguh-sungguh bukan..? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh..?


Fahamkah kamu maksud ayat ini,


"... kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." 
(Surah Ali Imran : 159)


Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal..? 


Di manakah 'usaha'..?


Ahah..! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini..?


Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga.


Apakah tawakkal..? 


Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata..? 


Tidak. Tidak dan tidak.


Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.


Tidakkah anda melihat..?


Tepuk dada tanya iman..


Oleh : Hilal Asyraf

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KALAU ESOK KIAMAT, ALLAHU ROBBI

Cuba bayangkan.
Saat kita sedang berseronok.
Bumi bergegar dengan dahsyat.
Kita panik cari keluarga kita.


Kita cari tak jumpa, waktu tu manusia berlari, berlanggar antara satu sama lain.
Kita nampak dunia waktu tu penuh dengan ketakutan, 
Bukan keseronokan lagi.


Bintang mulai jatuh.
Gunung, bukit terbelah.
Langit jatuh.
Haiwan dan manusia berlari untuk selamatkan diri.


Saat itu kita tidak dapat lari lagi.
Nak lari ke London..? Sepanyol..? Turkey..? Korea..?
Tidak..! Kau berhadapan dengan
'Hari Kiamat'


Pintu taubat dah tutup.
Amalan tak banyak sebab seronok dengan 'dunia'
Tibalah kita untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Allah.


Waktu dekat dunia tak sempat.
Tak sempat minta maaf dengan orang yang kita buat salah.
Tak sempat tutup aurat.
Tak sempat baca Al Quran.
Tak sempat nak qada' sembahyang.
Tak sempat nak berdakwah.
Tak sempat nak zikir, selawat, istighfar.
Tak sempat nak pergi masjid.
Semua tak sempat.


Apa yang sempat..?
Sempat bukak 'Facebook' , 'Twitter' , 'WeChat'
"Aduh, amalan tak banyak, puasa tak qada' lagi."
"Aduh, sapa nak tolong aku ni..?"
"Aduh, sempat tak aku nak solat, puasa, zikir semua tu..?"
Jawapannya TIDAK..!!


Ya, sekarang kita masuk ke padang mahsyar di mana orang
yang terdahulu, orang kafir, orang alim, para syuhada', akan
dihisab.


Semua menjerit.
Matahari sejengkal atas kepala kita.
Malaikat bagi buku amalan kita. 
Beruntung sapa dapat terima tangan kanan. 
Rugilah sapa dapat terima tangan kiri. 
Allah.

.
Waktu dihisab tu, 
Allah tunjukkan semua apa yang kita buat dekat dunia. 
SEMUA..!


Selesai dihisab, kita pergi titian As Sirat.
Ada yang berlari sepantas kilat, naik kenderaan,
tunggangan, berjalan, merangkak, menyerot.


Semua bergantung pada amalan.
Selesai As Sirat, kita berjumpa dengan Timbangan Al Mizan.
Di mana, kita berat yang mana satu. Pahala..? Dosa..? 
Kita sendiri tahu.


Lepas tu, baru jumpa 'syurga' dan 'neraka'.
Rasulullah ada di setiap perhentian kita. 
Rasulullah yang mula mula dihisab.


Beruntunglah, kalau sapa dapat syurga.
Malanglah, kalau sapa dapat neraka.


Dari sekarang tutup apa yang patut, tingkatkan amalan. Tunaikan apa yang patut. Sedar -edarlah. Cukup-cukup dah berseronok dengan dunia. Sekarang fokus akhirat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MENDEKATI ALLAH TAPI TAK RASA TENANG, KENAPA..?

Mendekati Allah, tapi kenapa tak bahagia..? 


Mari kaji balik diri kita..



Kenapa tak rasa tenang..?


Kenapa kita tak bahagia..?


Walaupun kita dah mendekati Allah, kenapa semua tu kita tak rasa kemanisannya..?



Antara sebab utamanya adalah, 


"Kita mendekati Allah dan meminta padaNya, tapi, pada masa yang sama, kita mendekati apa yang dimurkai Allah dan mencintai pula kemungkaran itu."


Dosa ibarat bintik hitam yang melekat dalam hati.. Semakin banyak dosa, semakin banyak bintik hitam.. Akhirnya, hati kita menjadi gelap dan keras.. Kita kene kaji balik.. Mustahil untuk kita menggabungkan dua cinta ni dalam satu masa.

"Cinta pada Allah dan cinta kepada kemurkaanNya"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BERKONGSI ILMU ATAU MENUNJUK-NUNJUK..?

Dalam diri sebahagian manusia terdapat satu penyakit, iaitu :

"Orang yang memberi nasihat agama, ceramah, tulisan, ta'lim atau tabligh kepada orang lain, maka yang terfikir olehnya adalah orang lain, sedangkan dirinya sendiri dilupakan"
(Maulana Zakariya Kandahlawi)


INGAT..! Kalau nak menasihati orang, tanya hati kita dahulu.. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memalukannya pada orang..? Apabila kita hendak menyampaikan ilmu pada orang, apakah tujuan kita..?


Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu..? Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita.. Sama ada nak tunjuk bahawa kita pandai atau rasa berkewajiban untuk menyampaikan ilmu..


Ingatlah.. Pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan jadi macam debu.. Bukan pahala yang kita dapat, tapi bala..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SYARIAT SELEPAS MAKRIFATULLAH

Makrifatullah tu mengenal Allah SWT.. Bila dah mengenal Allah, maka tahu lah apa kehendak sebenar Allah SWT.. Maka syariat tu lengkap la.. Baru ada rohNya, ada hakikatNya, ada ehsanNya..


Bagaimana hendak bersyariat jika tidak mengenal Allah..? Syariat tu akan jadi ikut-ikutan.. Syariat tu berpandu kitab dan ustaz-ustaz.. Syariat tu dilakukan tanpa rasa sebenar ikhlasnya.. Dilakukan tanpa rasa wujud kasih sayang yang sebenar.. Tanpa rasa tawaduk yg sebenar dan penuh kehambaan yg sebenar.. Malah lebih terhina bila syariat yg dilakukan penuh rasa keterpaksaan.. Sungguh berat nak laksanakan..


Berbeza bila sudah makrifatullah.. Maka syariat yg dilakukan penuh dengan rasa kehambaan. Penuh rasa kecintaan.. Penuh tawaduk.. Penuh dengan kasih sayang.. Memahami kehendak Allah SWT..


Bila sudah makrifat, syariat tu akan dirasai kemanisannya.. Iaitu manis dalam ibadat sehingga melipat gandakan amal ibadat dengan penuh keikhlasan tanpa ada niat utk mengejar fadhilat, mengejar pahala.. Bahkan semua tu tak penting lg.. Tak lagi jd tujuan utama dlm ibadat.. Kerana tujuan utama ialah Allah taala yg mereka sudah kenal sifatNya.. Kenal kehendakNya.. Faham kehendak Allah.. Melakukan ibadat berkali ganda sebab seronok melakukannya.. Gembira bersama Allah.. Jiwa mereka tenang.. Bahagia dan gembira, redha dan diredhai..


Ianya bukan berpatah balik atau turun ke bawah ke syariat lama (Buat sesuatu secara ikut-ikutan)


Syariat "tanpa" makrifah.. Berbuat sesuatu "selain" Allah SWT.. Bukan sebab 'takut' pada halal dan haramnya.. Bukan beribadat sebab 'takut' pada dosa.. Bukan beribadat sebab tertakluk pada kitab-kitabnya.. Bukan juga sebab tertakluk pada neraka dan syurga..


Hakikatnya takutlah pada Allah..


Berbuat sesuatu tak bersandar kerana Allah.. Tapi, kerana ustaz tu cakap macam tu, ulama tu kata begini, mufti tu kata begitu, fatwa cakap macam ni.. Hilang dah 'kerana Allah' tu.. Tapi, bila dah makrifah, maka telah tercapai kesempurnaan syariat.. Takde lagi dusta dalam hati bila melakukan apa perkara, amal ibadat.. Tak lagi mengejar pahala dan fadilat amal.. Apatah lg mengejar syurga kerna sudah 'kenal' , 'tahu' , dan 'faham'


Syurga tu milik Allah.. Dia yg akan masukkan sesiapa hambaNya atas kehendakNya.. Siapa yang dipilih dan dimasukkan ke syurga semuanya atas RAHMAT dan kasih sayang Allah yang Maha Berkuasa..


'Ikhlas' dan 'Redha' saja (Pandang martabat nafsu tertinggi) .. Makrifatullah tu akan membuatkan jasa mengakui hamba abdi kepada Allah SWT sehingga takde lagi yang dia inginkan melainkan setiap saatnya dgn Allah taala..


Seperti hadis qudsi yang bermaksud,

"Sesungguhnya telah lama org yg baik-baik itu rindu bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu bertemu dgn mereka"
(Riwayat Abu Darda')

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CARI TAHU DULU, BARULAH BOLEH HUKUM

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
(Al Hujarat : 6)


Firman Allah di atas ni menyuruh kita meneliti terlebih dahulu tentang setiap hal yang kita dengar dan nampak.. Sebagai precaution agar kita berhati-hati, tak menghukum orang lain mengikut hawa nafsu, dan paling penting supaya tak terjebak dalam fitnah dan ghibah.. Kita biasa dengan term dakwah, tarbiyah dan siasah.. Tapi, we rarely use tabayyun dalam kehidupan kita..


Manusia, memang mudah menghukum.. Apa yang dilihat dan didengar memang kita straightly akan percaya.. Jarang nak siasat untuk cari kebenaran dan cari tahu hujung pangkal bg setiap isu.. Yang kita tahu, salah je terus hukum salah.. Mandatori tanpa bicara.. Dan silap kita juga, kita tak pernah nak ambil tahu kenapa seseorang yang buat salah tu bertindak sedemikian.. Dipaksa ke, terpaksa ke, saje-saje ke.. Contohlah orang mencuri.. Secara kasarnya memanglah nampak dia mencuri.. Tapi, kenapa dia mencuri..? Sebab keluarga miskin.. Curi ubat sebab anak sakit, isteri tenat.. Memang mencuri tu dosa dan salah.. Tapi, perlu juga faham circumstances..


Manusia, memang sifatnya macam tu.. Macam yang pernah aku cakap dulu, manusia ni se’alim mana pun, dia tetap ada keburukan dan kelemahannya tersendiri.. Tapi, tu lah manusia.. Imperfect.. Bila diri sendiri buat salah, kita tekankan pada diri kita,


"Takpe, Allah Maha Pengampun"


Tapi, bila orang lain buat silap,


"Dia salah.. Dosa ni dosa.. Ahli neraka"


Ditekankan lagi salah orang lain dengan azab-azab neraka, kubur dan sebagainya.. Uishhh.. Dasyat fitnah dunia.. Gerun.. Sepatutnya azab-azab tu ditekankan pada diri sendiri..


Ni lah silap kita.. Kita suka SYAK WASANGKA (Suudzhon) tentang hal yang tak tentu benar.. Syak wasangka ni punca asalnya dari sifat UJUB dan sememangnya lah tergolong dalam dosa-dosa besar.. Sebab tu lah kita kene jaga elok-elok tempat utama di mana ujub ni muncul.. Iaitu di hati..


Allah berfirman, 


"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak punyai pengetahuan mengenainya.. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota tu tetap akan disoal tentang apa yang dilakukannya"

Dan Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia tu, ada seketul daging.. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya.. Tetapi, seandainya daging tu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badan.. Daging yang dimaksudkan adalah hati"
(HR Bukhari Muslim)


Sejujurnya, kita sendiri ada penyakit tu.. Tapi, disebabkan terlalu gelapnya hati kita tu lah, kita lebih nampak dosa orang lain berbanding dosa diri sendiri.. Kita nak orang buat baik pada kita, kita mahu orang husnudzhon pada kita, tapi pada masa yang sama, kita sendiri sering suudzhon pada orang lain.. Sebab tu lah, bila kita nak cermin diri, bukan guna cermin yang menampakkan kesempurnaan diri sendiri.. Tapi, baikilah diri dengan cara melihat orang lain yang jauh lebih baik dari kita dan anggaplah orang lain lebih mulia.. Apabila kita dengar cerita yang tak elok, cukuplah berita tu berhenti sampai had kita je.. Tak perlu kita canangkan pula pada orang lain.. Takut terjebak dalam ghibah pula..


Jadi, moh la kita baiki diri masing-masing.. Pimpinlah tangan mereka yang dirasakan sering membuat salah.. Jangan herdik, hilangkan syak dan suudzhon.. Kerana suudzhon terhadap makhlukNya itu, menampakkan keaiban diri dan kehitaman hati kita sendiri.. Peringatan buat diri sendiri terutamanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ANGAN - ANGAN MUSLIMAH KINI

Perempuan zaman sekarang bajet nak jadi macam Princess Anna Frozen.
Tidur terkangkang, 
Mulut ternganga berbuih,
Bangun pun lewat,
Dengan rambut serabainya,


Kononnya everyday is the happy day,
Joget-joget, nyanyi-nyanyi,
Dapat Prince Charming.


Tapi itu dalam cerita lah,
Yang realitinya,
Tidur terkangkang, 
Mulut ternganga berbuih,
Bangun pun lewat ,
Dengan rambut serabainya.


Bangun-bangun terus,
Cari phone,
Update status bersama selfie sekeping.

"Morning guys, muka baru bangun tidur, tanpa mekap >.< komen yang murni-murni je okay"

Yang jenis "Muslimah" pulak,

"Alhamdulillah bersyukur masih hidup dan dapat menghirup udara segara Allah"


Walhal gigi pun tak gosok lagi,
Subuh..? 
Aaaaahh.. 
Period.. 
Macam biasa lah.. 


Saya nak tanya,
Dengan cara korang macam ni,
Agak-agak boleh dapat ke "Prince Charming" tu..?


Dalam hati bukan main hebat,
Nak lelaki yang tak tinggal solat,
Nak lelaki kaki tahajjud,
Nak lelaki yang bertanggungjawab,
Nak lelaki yang gentleman tolong isterinya,
Nak lelaki yang serba boleh la katakan.


Macam mana saya tahu apa dalam hati korang..?


Dari post facebook..
Hari-hari korang dok update pasal bakal zauj bagai,
Kahwinnya tidak.


Ini angan-angan tinggi melampau,
Pastu bagi satu dunia tahu pulak tu,
Malu la sikit.


So point saya di sini, 
Be a good person to get the good person.


Kalau anda menjadi seorang yang baik,
Allah akan datangkan yang baik-baik lah nanti untuk anda.
Tak payah cari.


Nanti, 
Pergi depan cermin,
Tengok dri sendiri lama-lama,
Tanya diri sendiri,


"Apa yang aku nak sebenarnya..?"
"Apa tujuan aku dihidupkan oleh Allah..?"
"Macam mana cara aku akan dimatikan nanti..?"
"Dalam dalam keadaan baik, atau aib..?"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MUSLIMAH PALSU

Sudah banyak dalam kalangan kita ini sebenarnya muslimah palsu. Siapa..? Di mana..? Bukan kerja kita untuk ambil tahu dan menghukum. Tetapi secara umum untuk mengingati sesama sendiri kerana kadang-kadang kita sendiri tak sedar diri kita ini muslimah palsu. Dengar muslimah palsu pun sakitnya tuh disini.


Wujud ke muslimah palsu ni..? Pasti wujud. Inikan dunia. Dunia penuh maya. Berpura-pura di atas pentas dunia. Gunakan agama sebagai umpan pancing Mr Akhi. Berkata-kata manis tak sendiri amalkan. Ouch. Itu sangat ditakuti malah pada diri saya sendiri. Kerana itu untuk saya berkongsi apa-apa perlu saya pastikan sendiri agar saya juga ada amalkan atau sedang berusaha amalkan. Jika tidak nahas saya di akhirat kelak.


Tak mudah untuk menjadi pendakwah. Tak mudah untuk berjuang. Tak mudah untuk tegakkan dan kembalikan sinar Islam. Tapi satu perkara yang saya pasti, jangan tinggalkan senjata utama kita iaitu du'a. Jangan sombong dengan Yang Esa. Sombong yang bagaimana..? Yang lepas solat, tidak meringankan tangan untuk menadah dan berdoa. Sombongnya seseorang hamba itu jika tidak berdoa. Walhal Allah itu sungguh mengalukan dan menggalakkan serta sangat, sangat, sangat menyukai hamba yang berdoa, memohon dan meminta daripada Dia.


Pertama sekali ukhti sekalian, pemakaian. Jaga pemakaian kita seperti dituntut dalam Islam. Fahamilah. Berkali sudah saya tekankan. Tudung itu menutupi dada, belakang tidak pendek dan melepasi bahu. Bukan cukup-cukup atas bahu tetapi MELEPASI bahu. Bukan suruh melabuhkan seperti para ustazah diluar sana. Bukan. Tidak memaksa sehingga selabuh itu.


Tetapi memadai dengan menutup apa yang disuruh. Kaki itu juga aurat kita, ukhti. Berstokinlah. Jangan kata diri tidak alim maka tidak mahu memakainya. Ini bukan soal alim, kurang alim, dan tidak alim. Tetapi ini satu ARAHAN, SURUHAN dan WAJIB dilakukan oleh kita ya ukhti sebagai para wanita ciptaan Allah yang indah-indah belaka :') . Jangan takut dengan kata-kata orang,


"Diri tak alim, tapi kemain tutup auratnya. Hipokrit. Tunjuk alim!" 


Ya Allah ukhti, itu hanyalah pemikiran orang yang berpendidikan rendah. Bagaimana kita, itu nombor dua. Nombor satu, ikut apa yang Allah suruh, apa yang Rasulullah SAW sampaikan kepada para wanita dari zaman dahulu kala. Menutup aurat sepenuhnya. Baju dilabuhkan hingga ke punggung. Bukan baju dimasukkan ke dalam skirt. No no no. Jangan pakai seluar ketat-ketat. Jangan pakai baju tunjuk bentuk badan.


Secara peribadi, saya sangat suka pakai jubah. Apabila kita pakai jubah, saya tampil lebih yakin kerana saya yakin saya sudah menutup aurat dengan sempurna dan dijaga oleh Allah SWT. InsyaaAllah. Itu yang saya doakan. MasyaAllah, subhanallah perasaan itu sukar digambarkan. Ukhti cuba dulu, baru faham perasaan saya :') Kalau saya pakai kain, skirt.. Saya pakai blouse yang labuh menutupi punggung. Bukan saya masukkan ke dalam kain kononnya ia fashion dan lebih menarik.


Secara pengalaman, kita tidak perlu bertudung singkat, menunjukkan bentuk badan kita untuk nampak cantik dan tenang dipandang orang. Jika dipuji, segala pujian hanya untuk Allah. Nak kata untuk dapat pujian..? Kita tidak perlu melanggar perintah Allah untuk mendapatkan pujian. Dalam pujian mungkin ada dua pandangan. Yang kita sendiri tidak tahu. Bayangkan ukhti bertudung singkat atas dada. Menampakkan 'dua buah' di dada ukhti. Berpakaian ketat memperlihatkan bentuk tubuh ukhti. Kebarangkalian pujian yang ukhti dapat penuh syahwat. Jika sebaliknya, dengan menutup elok seperti suruhanNya, pujian itu penuh ketenangan bagi yang memandang. MasyaaAllah. Subhanallah. Dengan izinNya. InsyaaAllah.


Nombor dua. Jika solat jaga dan pemakaian juga jaga. InsyaaAllah, automatik punya rasa malu untuk bertingkah buruk atau berkata keji kerana kita dilindungi. Fungsi menutup aurat sepenuhnya itu untuk berlindung. Bukan dari segi pandangan lelaki dan anasir-anasir jahat,tetapi juga secara akhlak peribadi kita. Akhlak kita akan terjaga. Automatik. Yakinlah. Percayalah. Begitulah didikan diri yang paling berkesan sebenarnya. Back to the basic.


Mulut tidak mengeji dengan kata carutan. Mencarut itu sungguh hina ya ukhti. Tidak kira jantina sebenarnya. Tetapi secara jujur ia lagi nampak jijik dan busuk jika ia keluar dari bibir seorang wanita. Kerana wanita itu sebenarnya, lumrahnya seorang yang lemah lembut dan 'empuk' hatinya. Mana sampai hatinya untuk mengeji saudaranya sendiri..? Hakikatnya jika sampai mencaci itu, tidak kena pada hati kita. Apakah itu dinamakan muslimah..? Apakah itu dinamakan orang yang beriman..? Yang beriman kepada Allah..? Apakah itu ciri orang yang solat dan berpuasa..? Aneh bukan..? Alang-alang kita hendak berpuasa, selalunya kita boleh bertahan satu bulan untuk menjaga tingkah laku dan percakapan kita pada bulan yang mulia, Ramadhan. Selepas itu laju kita tinggalkan. Kenapa ya..?


Hati-hati dengan hati. Hati yang terusik punya saluran yang selari dengan iman kita. Hati-hati dengan penyakit hati kerana penyakit hati itulah musuh diri kita sendiri. Yang membawa kita hasad dengki yang tinggi. Yang mempermainkan rencana yang bukan-bukan pada minda kita. Yang mengajar lidah kita untuk kata butir-butir yang keji dengan cacian carutan. Penyakit hati yang lama-lama mengeraskan hati hingga tak berada dijalan yang lurus. Darah dikotori dengan daging yang busuk sebusuknya. Kerana dunia ini maya, kita tak nampak. Kita tak nampak betapa hodohnya kita. Betapa busuknya badan kita. Astaghfirullah.


Jika kita dapat lihat kehidupan kita selepas mati, apabila dibangkitkan.. Mungkin kerana penyakit hati ini, muka kita hodoh sehodohnya. Bernanah. Berdarah-darah. Hodoh sampai tidak sanggup dilihat. Bau badan kita busuk sebusuknya. Busuk sangat sehingga tidak siapa mahu mendekati. Pewangi juga tidak dapat menghilangkan bau yang amat busuk lebih daripada busukan bangkai. Kotor, lebih kotor daripada seekor babi. Hanya kerana penyakit hati, ya ukhti.


Bayangkan. Allah tidak mengaku hambanya, Nabi tidak mengaku umatnya. Kita sendiri. Sedih sangat, ya ukhti. Kita sendiri. Saudara meninggalkan kita. Masing-masing kita yang jijik ini tidak ingin mendekati antara satu sama lain. Bayangkan. Hanya kerana penyakit hati. Bagaimana penyakit hati ini..? Banyak jenis ya ukhti. Tapi antaranya, hasad dengki, cemburu. Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Dan apa-apa yang buruk,negatif pada hati kita. Bagaimana untuk merawatnya..? Istighfar, sayang :') . Istighfarlah. Jangan pernah tinggal sekalipun setiap hari kita. Kita tak tahu tahap mana, dan keanjalan hati kita. Maka beristighfarlah. Dan sedang itu, kita juga meningkatkan iman kita. InsyaaAllah.


Ya ukhti, saya sendiri tidak mampu untuk mengingati setiap satu di pelosok dunia ini. Saya harap ukhti-ukhti sampaikan juga kepada kawan-kawan, saudara-saudara yang lain. Jika ukhti benar sayang. Jika ukhti benar ingin kita semua mencium haruman syurga. Ada beberapa tips untuk kita sama-sama mendidik. Berdakwah secara depan-depan atau senyap-senyap tidak kelihatan. Antaranya, jangan pernah 'like' gambar para wanita yang tidak lengkap auratnya.


Ingat, fahamlah maksud menutup aurat itu dahulu. Bertudung, berlengan panjang, berseluar panjang tidak semestinya menutup aurat. Tidak guna jika tudung singkat, lengan panjang tetapi ketat menunjukkan bentuk badan / lengan dan begitu juga memperlihatkan bentuk kaki sekali tidak berstokin. Kedua, jangan memuji para wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Ketiga jangan upload gambar jika ada kawan-kawan ukhti atau ukhti sendiri yang tidak menutup aurat dengan sempurna.


Jika mereka bertanya, ketika itu barulah terangkan dengan cara baik kenapa berbuat demikian. Ini cara yang halus dan baik. Jangan kondem sesama sendiri dan mencetuskan permusuhan. Jangan. Lebih baik kita diam dan menggunakan 'kuasa' atau 'hak' kita untuk 'like', 'comment' dan 'upload'. Senang saja ukhti. Senang sangat. Kalaulah ramai yang buat begini, pasti senang untuk mendidik. Kerana mereka pasti tertanya-tanya,

"Aku selalu like, puji comment gambar dia. Tapi kenapa dia tak like ye..? Tak pernah nak puji aku" 


Ketika itu insyaaAllah, terbuka hati mereka untuk menerima pandangan kita. Prinsip dan pendirian itu penting. Itulah prinsip dan pendirian saya. Yang saya belajar daripada seseorang. Saya sendiri tak ingat daripada siapa. hehe. Asiif. ^^'. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Dan semoga kita istiqamah dalam setiap amalan kita sekecil-kecil mana pun. Jangan tangguhkan lama-lama ya, kerana maut itu tidak menunggu kita. Kun faya kun.


Semoga kita semua dapat menjadi muslimah sejati, bukanlah palsu..! InsyaaAllah. Ayuh sama-sama kita usahakan. Betulkan niat kita. Untuk meraih syurga Allah. Redha Allah. Syafaat Nabi. Aamiin Allahumma Aamiin.. Fi hifzillah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SETELAH AKU DIPALING

Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin




Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku


Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu


Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu


Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu 




Sekelipnya mata hilang semua 
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai


Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran


Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling


Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah, asalkan tidak diketawakan Syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka.




JOM ISLAHKAN DIRI BERSAMA
THE BEAUTY OF ISLAM

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CINTA, NAFSU DAN TAUBAT

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah SAW sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah SAW berkata,

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal"


Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya, tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah SAW. siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.


Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah SAW. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, 
dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah SAW tadi.

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal."


Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya. Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah SAW. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.



Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah SAW. kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir, kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah SAW agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. 

"Kenapa kau hidup sendirian..?" 

Tanya Rasulullah SAW padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah SAW mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah SAW bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri..?


Setelah Rasulullah SAW mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah SAW yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah SAW peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.


Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Di sana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.


Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikit pun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya.. Berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.


Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati,


"Benarlah sabda Rasulullah SAW, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal"



Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.


Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana..? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya..? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan..?


The Beauty of Islam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

USLUB DAKWAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. InsyaAllah setelah sekian lama saya tidak bersyarah di blog usang ni, sayang akan mulakan lembaran tahun ini dengan topik USLUB DAKWAH.. Uslub dakwah..


Apa itu uslub..? 


Uslub ialah pendekatan.. Jadi, maksud uslub dakwah adalah, pendekatan dalam dakwah..


Kita ni khalifah yang bersyahadahkan 2 kalimah syahadah.. Jadi, bagi insan yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, maka wajib ke atasnya berdakwah di jalan Allah.. Wajib ke atasnya untuk mencegah kemungkaran..

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(An-Nahl : 125)


Ayat quran di atas ni jelas mengatakan, bantahlah mereka dengan cara yang baik.. Jadi, jika ada kawan-kawan kita yg berbuat kemungkaran dan sebagainya, kita perlu cegah dengan cara yang baik.. Sebab apa..? Sebab akhlak.. Akhlak sangat penting dalam penyampaian ilmu (berdakwah).. Bila adab tiada, rosak semua.. Sebab itulah, Imam Nawawi, waktu menuntut ilmu dulu selama 10 tahun.. Tapi, 7 tahun hanya belajar adab.. Dan baki 3 tahun itu, barulah menuntut ilmu..


Okay, berbalik pada uslub dakwah.. Langkah pertama dalam berdakwah :-


1. KENALI MAD'U

Mad'u ialah golongan yang ingin didakwahkan.. Jika saya nak tegur awak, jadi awaklah mad'u saya.. Okay, sebaiknya kenal lah dulu latar belakang mad'u tu.. Latar belakang seperti fahaman agama, keluarga yang macam mana, adakah memang mengikut hukum atau pun tidak.. Sebab apa saya cakap, kenali mad'u..? Sebab, kita semua ni, tuahnya berbeza.. Ada orang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang jahil agama, ada orang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang tahu basic agama, ade setengah orang, memang dari golongan keluarga yang alim.. Jadi, jika kita berkefahaman agama, lepas tu nak tegur golongan yang kurang arif agama, agak-agak, penyampaian tu sampai tak..? Mad'u kita faham tak apa yang kita cuba beritahu..? Mestilah tak kan.. Jadi, kenali dia dahulu..




2. RAPATI MAD'U

Next, rapat dengan dia.. Jadikan dia kawan kita.. Tanya masalah dia.. Kenapa dia buat sekian-sekian.. Setiap manusia yang buat salah, mesti ada puncanya.. Ada sebab dia buat begitu dan bukan saja-saje dia buat.. Kadang-kandang, faktor pengaruh sekeliling, keluarga yang tak ambil berat pun perlu diambil kira.. So, rapatilah mad'u kita, jadikan dia kawan kita.. Pastu baru tarik..




3. BERADAB KETIKA MENEGUR

Bila dah lepas 2 steps atas tu, boleh dah tegur.. Tegur tu beradab dan sopan.. Tak kasar.. Tak mengaibkan.. Tegurlah secara personal.. Bukan secara public yang mana orang lain boleh nampak, dan saksikan drama dakwah kita.. Ni sedikit sebanyak menjatuhkan air muka dia dan air muka kita.. Sebab apa..? Sebab kita tunjukkan kelemahan kita yang kurang ilmu dalam basic berdakwah kepada umum.. Pastu, gunakanlah ayat yang sopan.. Tak kasar, nasihat elok-elok.. Kita berdakwah sebab dan tegur, sebab nak sentuh hati dia agar dia berubah.. Bukan untuk menyakiti.. Jadi, tahu kan nak buat macam mana..? :)




4. KALAU DIA TAK IKUT..?

Kadang-kadang, ni lah cabaran besar kita.. Kita dah tegur, pastu, mad'u tak ikut.. Ok, ingat ya.. Kita hanya mampu menegur dan memesan serta menasihati.. Terkesan di hati dia atau terkesan untuk dia berubah atau pun tak, tu dah berada di luar konteks kita.. Taufiq dan hidayah, bukan pendakwah yang bagi.. Tapi, Allah.. Namun, bila dia marah kita tegur dia ke apa ke, jangan la kite terus give up.. Silap kita banyak di sini.. Dah tegur sekali, dah stop.. Sebaiknya berterusan.. Tapi, jangan push sangat.. Nanti, dia akan marah dan benci.. Bila dah benci, hati pon keras.. Kesannya, nak dengar nasihat dari orang lain pun tak.. Kita keep update la hal mad'u kite.. 2 minggu sekali ke.. Jangan tiap-tiap hari.. Jarang-jarang.. Supaya dia tak rasa dakwah dan uslub kita ni harsh dan terlalu menekan..

"Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gemgira dan pemberi peringatan"

(Al-Ahzab : 45)




5. DOAKAN DIA

Jangan lupa doakan dia.. Doakan semua orang.. Selalulah minta taufiq dan hidayahNya.. Walaupun kita dah pernah dapat.. Rebutlah.. Habib Ali kata, kalau nak minta sesuatu dari Allah, mintalah yang besar-besar.. Tak salah.. Dan, niatkanlah dalam hati, supaya Allah pimpin hati kita.. Agar tak futur, tak hangat-hangat tahi ayam, berdakwah sekerat jalan, tak keluar dari landasan adab dan akhlak..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...