Bagaimana hendak bersyariat jika tidak mengenal Allah..? Syariat tu akan jadi ikut-ikutan.. Syariat tu berpandu kitab dan ustaz-ustaz.. Syariat tu dilakukan tanpa rasa sebenar ikhlasnya.. Dilakukan tanpa rasa wujud kasih sayang yang sebenar.. Tanpa rasa tawaduk yg sebenar dan penuh kehambaan yg sebenar.. Malah lebih terhina bila syariat yg dilakukan penuh rasa keterpaksaan.. Sungguh berat nak laksanakan..
Berbeza bila sudah makrifatullah.. Maka syariat yg dilakukan penuh dengan rasa kehambaan. Penuh rasa kecintaan.. Penuh tawaduk.. Penuh dengan kasih sayang.. Memahami kehendak Allah SWT..
Bila sudah makrifat, syariat tu akan dirasai kemanisannya.. Iaitu manis dalam ibadat sehingga melipat gandakan amal ibadat dengan penuh keikhlasan tanpa ada niat utk mengejar fadhilat, mengejar pahala.. Bahkan semua tu tak penting lg.. Tak lagi jd tujuan utama dlm ibadat.. Kerana tujuan utama ialah Allah taala yg mereka sudah kenal sifatNya.. Kenal kehendakNya.. Faham kehendak Allah.. Melakukan ibadat berkali ganda sebab seronok melakukannya.. Gembira bersama Allah.. Jiwa mereka tenang.. Bahagia dan gembira, redha dan diredhai..
Ianya bukan berpatah balik atau turun ke bawah ke syariat lama (Buat sesuatu secara ikut-ikutan)
Syariat "tanpa" makrifah.. Berbuat sesuatu "selain" Allah SWT.. Bukan sebab 'takut' pada halal dan haramnya.. Bukan beribadat sebab 'takut' pada dosa.. Bukan beribadat sebab tertakluk pada kitab-kitabnya.. Bukan juga sebab tertakluk pada neraka dan syurga..
Hakikatnya takutlah pada Allah..
Berbuat sesuatu tak bersandar kerana Allah.. Tapi, kerana ustaz tu cakap macam tu, ulama tu kata begini, mufti tu kata begitu, fatwa cakap macam ni.. Hilang dah 'kerana Allah' tu.. Tapi, bila dah makrifah, maka telah tercapai kesempurnaan syariat.. Takde lagi dusta dalam hati bila melakukan apa perkara, amal ibadat.. Tak lagi mengejar pahala dan fadilat amal.. Apatah lg mengejar syurga kerna sudah 'kenal' , 'tahu' , dan 'faham'
Syurga tu milik Allah.. Dia yg akan masukkan sesiapa hambaNya atas kehendakNya.. Siapa yang dipilih dan dimasukkan ke syurga semuanya atas RAHMAT dan kasih sayang Allah yang Maha Berkuasa..
'Ikhlas' dan 'Redha' saja (Pandang martabat nafsu tertinggi) .. Makrifatullah tu akan membuatkan jasa mengakui hamba abdi kepada Allah SWT sehingga takde lagi yang dia inginkan melainkan setiap saatnya dgn Allah taala..
Seperti hadis qudsi yang bermaksud,Berbuat sesuatu tak bersandar kerana Allah.. Tapi, kerana ustaz tu cakap macam tu, ulama tu kata begini, mufti tu kata begitu, fatwa cakap macam ni.. Hilang dah 'kerana Allah' tu.. Tapi, bila dah makrifah, maka telah tercapai kesempurnaan syariat.. Takde lagi dusta dalam hati bila melakukan apa perkara, amal ibadat.. Tak lagi mengejar pahala dan fadilat amal.. Apatah lg mengejar syurga kerna sudah 'kenal' , 'tahu' , dan 'faham'
Syurga tu milik Allah.. Dia yg akan masukkan sesiapa hambaNya atas kehendakNya.. Siapa yang dipilih dan dimasukkan ke syurga semuanya atas RAHMAT dan kasih sayang Allah yang Maha Berkuasa..
'Ikhlas' dan 'Redha' saja (Pandang martabat nafsu tertinggi) .. Makrifatullah tu akan membuatkan jasa mengakui hamba abdi kepada Allah SWT sehingga takde lagi yang dia inginkan melainkan setiap saatnya dgn Allah taala..
"Sesungguhnya telah lama org yg baik-baik itu rindu bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu bertemu dgn mereka"(Riwayat Abu Darda')
No comments: