BERANSUR-ANSUR BERUBAH

Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak berlaku kejutan. Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan-kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu membuang masa.


Tentu perasaan mereka akan terguris bukan..? Ada juga yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila-bila sahaja. Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat. 


Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step. Sebagai contoh, jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.


Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan itu perlu dididik, sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri. Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus.


Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya sekali. Yang paling penting sama ada perubahan kita tu step by step or sekaligus adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah semoga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik. Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.

"Rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana wahablana min ladunka rohmah innaka antal wahhab"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...