MENGAPA BERTUDUNG LABUH

Labuhnya tudungku bukan untuk pujian,


Labuhnya tudungku bukan untuk menukar title kepada ustazah,


Labuhnya tudungku bukan kerana paksaan.


Adakah ini yang muslimah-muslimahku sayang selalu perkatakan..? 


Kalau benar, syukur Alhamdulillah. Saya bangga ada sahabat seperti muslimah-muslimahku sayang.


Tudung Labuh. Lagi-lagi tudung labuh. Saya akan tetap berkongsi sehingga muslimah-muslimahku sayang naik bosan. Biarlah bosan dan muak. Asalkan apa yang saya nak sampaikan dah bernanah di mata muslimah-muslimahku sayang. Ceritanya begini..



Satu pagi yang tenang,

Staff praktikal 1 : "Kakak memang ke tempat kerja pakai tudung labuh ye..?"


Cda : "Insha'Allah ye.."


Staff praktikal 1 : "Takpe ke pakai tudung labuh kat sini..?"


Cda : "Hehe.. Kenapa pula mcm tu bunyi soalannya..?"


Staff praktikal 1 : "Takdelah.. Sini kan moden. Banyak org yg pakai ikut fesyen. Takkan dorg tak pandang pelik..?"


Cda : "Dah biasa dah.. Sejak 3 tahun lepas. Hehe"


Staff praktikal 1 : "Kalau mcm tu, bolehlah saya mohon terus berkhidmat dekat sini lepas praktikal nanti. Ada kawan nak bertudung labuh"


Cda : "Siapa nama adik..?"


Staff praktikal 1 : "Minah" (bukan nama sebenar)


Cda : "Minah.. Nanti pohonlah kerja di sini. Ada dua perkara sebelum pohon untuk disemai dalam diri.."


Staff praktikal 1 : "Apa dia kak..?"


Cda : "Pertama.. Kalau nak bekerja, niatlah sesungguhnya adik bekerja kerana Allah SWT. Kerana rezeki datangnya dari Dia. Yang kedua, keluar hendaklah menutup aurat. Tutuplah aurat itu kerana Allah swt bukan ikut-ikutan. Kerana yang ikut-ikutan itu dipanggil trend.. Bila tiada lagi org ikutan, kita akan tinggalkan apa yang kita ikut. Tapi kalau kita yang ikut Al-Quran, insha'Allah Al-Quran tak akan luput sampai bila-bila"


Minah tersenyum mengangguk. Saya pun meninggalkan 'Minah' yang masih melipat telekungnya.




Di suatu petang sewaktu Asar bakal meninggalkan waktu lagi 2 jam.

Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Wehh.. Sah ke solat pakai mcm tu je..?"


Staff lama 1 : (Berbisik) "Entahla.. Dah mcm ostazah aku tengokkan.."


Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Pelik lah saya tengok kak.. Dia ni je yg selalu solat mcm ni..?"


Staff lama 1 : (Berbisik) "Tunjuk alim la teww"


Saya mendengar 'pujian' ini ketika saya sedang membetulkan sejadah dan belum lagi melafaz niat asar.. Lalu saya tersenyum dan meneruskan solat walaupun suasana surau agak hingar


Usai solat,

Cda : "Assalamualaikum.. Saya minta maaf sangat, tapi nak tegur sikit boleh..? Saya harap sangat-sangat tak tersinggung."


Staff praktikal 2 : "Apesal..?" (Sambil dahi berkerut)


Cda : "Kalau boleh.. Lepas ni nak berbual, berbual la di tempat meja sendiri ye. Kasihan kawan-kawan, susah nak khusyuk bila dgr org berbual. Silap-silap bacaan pn tunggang langgang.. Ini surau.."

Staff lama : "Yelahh.. Bukannya cakap ape pon.. Nko tu, cube bawak bertobat sikit. Solat pakailah telekung. Ikut sangat Amerika tu. Dorg tu ppuan pon boleh jadi imam lelaki. Berlambak telekung kat sangkut tu haa.. Pilih aje.. Takyah nak tunjuk sangatla nko tu alim"


Cda : "Maaf ye kak, adik.. Saya memang ada telekung sendiri. Tapi saya hanya pakai di rumah. Kat luar memang saya pakai mcm ni. Tak perlu susah-susah nak lipat, nak bawa beg. Saya pun tak perlu bawak beg make-up. Nak touch up itu ini. Cukup pakaian yang suami saya beli ni sebagai kain solat saya. Sebab syarat sah solat bukan telekung.. Tapi MENUTUP AURAT. Saya minta maaf kalau saya tegur tadi tersinggung. Tapi tak elok. Sebab kalau kita dalam masjid, buat hingar dan berbual perkara lagha dah lama Nabi SAW atau para sahabat halau kita. Sebab masjid bukan pasar.. Samalah surau. Tempat beribadat.. Maaf ye."


Saya pun meninggalkan mereka yang sedang tacap menacap itu.


Mungkin silap saya menegur, tapi kalau saya tak tegur, hati saya akan memberontak kenapa saya tak menegur. Tapi inilah senario sebenar kita dekat mana-mana.


  1. Nak pakai tudung labuh, tapi tunggu ada org pakai baru nak pakai.

  2. Telekung perkara wajib, kalau takde telekung, tak perlu solat.

  3. Rasa berdosa pula pakai tutup aurat dari buka aurat.



Muslimah-muslimahku sayang.. Jangan tunggu orang dah tak nak kat kita baru nak pakai tudung labuh. Baru nak ingat tuhan. Allah kan dah bagi tubuh cantik-cantik tak kira kurus atau gemuk. Tahukah muslimah-muslimahku sayang bahawa saidatina aisyah RA juga bertubuh gempal bersesuaian dengan kata beliau ketika baginda Rasulullah SAW menemani beliau ketika bepergian.


Sayyidatina Aisyah berkata,

"Adalah Rasulullah SAW apabila hendak safar (bepergian), baginda mengundi antara ister-isterinya. Maka siapa yang keluar undiannya, dialah yang safar beserta baginda."
(HR Imam Al-Bukhari No. 2 661 dan Imam Muslim 2 770)


Bahawa Rasulullah SAW bersenang-senang bersama isteri baginda dalam perjalanan. Sesekali baginda berjalan bersamanya, dan sesekali baginda mendahuluinya.


Sayyidatina berkata, 


"Aku keluar bersama Rasulullah (dalam sebuah perjalanan). Ketika itu badanku masih kurus, lalu kami singgah di sebuah tempat. Baginda lalu berkata kepada para sahabatnya, 


"Majulah kalian, yakni hingga tidak ada seorang pun melihat isteriku dan gerakannya saat berlumba"


Kemudian baginda pun berkata kepadaku, 


"Kemarilah hingga aku berlumba denganmu" 


Baginda lalu berlumba denganku dan aku mampu mendahului baginda. Kemudian di lain waktu aku keluar bersama baginda pada suatu perjalanan dan badanku ketika itu telah gemuk, lalu kami turun disebuah tempat dan baginda berkata pada para sahabatnya, 


"Majulah kalian" 


Kemudian baginda memanggilku, 


"Kemarilah, aku akan berlumba denganmu" 


Lalu aku katakan, 


"Bagaimana aku dapat berlumpa denganmu wahai Rasulullah, sedangkan keadaanku seperti ini..?"


Baginda menjawab, 


"Kamu pasti boleh melakukannya" 


Lalu baginda berlumba denganku dan baginda mendahuluiku. Kemudian baginda menepuk bahuku dan berkata, 


"(Kemenanganku) ini sebagai ganti dari (kemenanganmu dulu)" 


Hadis sohih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i di dalam As-Sunan Al-Kubra (5/304) dan berada dalam kurung itu darinya. Dan lihat : Mushannaf Ibni Abi Syaibah (6/531) dan hal tersebut memiliki beberapa jalan (periwayatan)


MashaAllah muslimah-muslimahku sayang, hebatnya baginda Rasulullah SAW ini. Walaupun Sayyidatina Aisyah RA itu gemukkah, kuruskah, baginda tetap menyayangi beliau tanpa belah bahagi. Malah tetap menjaga aurat isteri baginda. Lihat tu muslimah-muslimahku sayang betapa sayangnya Rasulullah SAW pada isterinya..? Jadi mengapa perlu dipertikai gemuk atau kurus..? Hitam atau putih..? Jerawat atau licin..? Yang pentingnya, siapa yang kamu pilih. apa yang kamu mahukan. Siapa kamu dalam Islam..? Semoga dapat menjadikan iktibar. Semoga kita semua istiqamah dalam menjadi muslimah yang disayangi Allah dan Rasul.


Sumber rujukan Buku Indahnya Kehidupan Rumahtangga Nabi SAW karya Sheikh Adib Al-Khamdani

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...