Jangan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga
Jaga tingkah laku para niqabis jadi perhatian sekarang.
Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..
Berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..
Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu..
Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung..
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat..
Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah SWT..
Menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana Allah SWT..
Usahlah melatah bila difitnah, kerana memang kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar di luar lingkungan niqabmu..
Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah ke dalam..
Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yang berniqab itu beriman..
Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk ditaip di facebook, twitter, myspace, YM dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah SWT..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..
Jangan perlekehkan nilai niqab..
Kerana di balik tirai suara-suara itu..
Berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..
Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala
Ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA..!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan
Ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT..!
Yang berniqab akalnya disimpan
Ku berani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN..!
Yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah Allah..
Janganlah yang memberati aurat ini mencemar niqabis itu sendiri..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH, CINTA RASUL..
Yakinkah anda..? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh..
Terlalu sarat dengan kata-kata nista..
Kau berdusta..!!
Jadi gadis berniqab..
Jagalah namamu..
Jagalah namaku..
Jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru..!
Niqab bukan pelindung maksiat..!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat..!
Niqab bukan untuk dipersendakan..
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yang menderita adalah mereka yang berjuang habis-habisan..
Berniqablah kerana anda sudah bersedia..
Bukan untuk menunjuk-nunjuk anda hebat..
Kerana itu belum..
Menunjukkan anda sudah bersedia..
Bahkan sebenarnya masih timbul di hati rasa cintakan dunia..
Cintakan pujian manusia..
Astaghfirullah Al'azim..
Jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas kesedaran diri sendiri..
~ ♥ "Yang tertutup itu indah" ♥ ~
Peringatan buat diri sendiri =')
Ya..! Kita dah biasa jumpa dengan kata-kata di atas.. Tapi INGAT..!! Perlu juga jaga perilaku.. Lagi-lagi di laman sosial macam fecebook, blog, twitter and etc macam ni.. Jangan sebar aib orang, jangan buka aib sendiri..! Banyak yang kita lihat.. Sesetengah niqabis memandang ringan pada aurat yang wajib ditutup seperti, lengan dan kaki.. Juga susuk tubuh.. ALLAHUAKBAR..! Pakai niqab, aurat lengan terdedah, dada terbonjol.. Upload dalam FB.. Muslimin dok komen.. "Mesti suka kan..? Ya..! Kerana,
"Pujian adalah kegembiraan bagi orang-orang mukmin"
Tapi biarlah hanya pada yang halal.. Balik la kepada niat kita yang asal.. Berniqab kerana Allah.. Bukan tak boleh nak letak gambar.. Tapi biarlah berpada-pada.. Cukup la satu dua keping.. Biasa-biasa je.. Tak mo posing-posing maut.
Selain tu, ada yang bergurau senda dengan yang bukan mahram di wall nya.. Memberi peringatan kepada orang tetapi diri sendri..? Wallahua'lam.. Yang paling dasyat, bertukar-tukar pasangan buat status tunang.. Sebarkan.. Then, bila kecewa, post macam-macam.. Allah.. Di mana sifat malu kita..? Astaghfirullah..
Di situ dah nampak aib kita.. Bila orang tegur kita jangan pulak marah, sebab kita yang bukak aib sendiri.. Apakah bangga sangat letak status in a relationship, in an open relationship, engaged and ETC..? Banggakah dikau kerana menyebarkan hubungan yang HARAM..!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan"
DAN YANG PASTINYA SEMUA INI (tak baik) BOLEH MENDATANGKAN FITNAH..!! NAUZUBILLAHIMINDZALIK..
Jaga tingkah laku para niqabis jadi perhatian sekarang.. Stiap apa yang kita buat, silap sikit terus kena hentam.. ALLAH.. ujian untuk niqabis.. Alhamdulillah.. Moga kuat hadapinya.. Perbetulkan niat kita, segalanya akan dipermudahkan.. InsyaAllah.. "Islam itu mudah"
Apa yang baik datangnya dari ilham ALLAH SWT.. Yang kurang, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..
Saya tulis entri ni bukan bermakna saya baik.. Saya perfect.. Saya tak ada salah.. TIDAK..! Tapi ini untuk peringatan buat kita semua dan diri sendiri juga.. Dan apa yang saya tulis bukan tuju pada individu.. Asif jiddan.. Saya just hamba yang lemah, tapi cuba bangkit untuk berpesan-pesan kepada kebaikan.. Saling mengingati selagi hayat masih ada.. InsyaAllah.. Silap salah tegur saya secara peribadi..
No comments: