- Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta-merta. Walau bagaimana keadaan sekali pun.
- Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
- Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
- Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
- Jauhlah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan setiap mukmin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya
No comments: