NIQAB WARNA-WARNI

Kadang-kadang sedih melihat sikap sesetengah niqabis yang suka kondem niqabis itu sendiri. Bukan memberi teguran malah sering merasakan niqabis lain terpesong niat apabila mengenakan niqab selain HITAM. Mangsa fesyen muslimah itulah yang sering mereka laung-laungkan. Apakah warna-warna ceria seperti hijau muda, pink dan unggu adalah warna yang menarik perhatian lelaki..? Dan merosakkan imej seorang niqabis..?

Apabila merasakan diri sudah TERLALU benar, maka di situlah sebenarnya timbul masalah. Niqabis lain semuanya salah, betulkan niat untuk berniqab ~ rata-rata berkata begitu. Sedangkan sudah berpakaian mengikut syariat, niqabis "berwarna" dikatakan tidak paham pakaian niqabis bersyariat. Allahu Rabbi.

Kadang-kadang kita ni kena banyak berfikir sebelum berkata-kata. Betulkan juga niat kita. Mengapa begitu sakitnya hati melihat warna niqabis selain hitam..?
(Lieutenantt J. O'c)


Di atas saya kongsikan pendapat dari akhi Lieutenantt J.O'c yang saya rasakan memang benar apa yang beliau katakan. Memang betul telah wujud kelompok-kelompok yang suka menghakimi niat niqabis disebabkan hanya berpakaian selain dari hitam.


Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk menjawab semua tuduhan yang tidak berasas oleh sesetengah kelompok niqabis dan masyarakat yang mengatakan niqabis yang berpakaian warna-warni atau berniqab warna-warni adalah mereka yang berniqab hanya untuk berfesyen, pakai ikut trend, pakai bukan kerana ALLAH dan bla bla bla serta pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas ditujukan oleh niqabis yang berniqab selain warna hitam sehingga tanpa mereka sedari, mereka telah melemahkan semangat niqabis lain dengan memberi tuduhan yang tak berasas itu.


Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya berpakaian warna-warna jadi kenapa kita yang nak lebih-lebih..? Memang benar kata SAHABAT FB saya,


"Orang yang tidak berilmu, memang suka menyakitkan hati orang lain"


Ok, let's begin.


Boleh pakai pakaian BERWARNA di sini ada nas dan dalil-dalilnya.. Jangan mudah menghukum dan berkata TABARRUJ kepada sesetengah wanita kalau masih jahil apa itu maksud tabarruj.


Saya ulang sekali lagi, tak salah pakai pakaian berwarna. 


Ada pun pakaian wanita / niqab yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara logik tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi SAW, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa'd,

"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)"
(Riwayat Al-Baghawi dalam Syarh Al-Sunnah)

Mu'asfar bermaksud dicelup dengan 'usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi SAW bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu'asfar 

(Riwayat Ibn Abi Syaibah)

'Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu'asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita"
(Al-Baghawi dalam Syarh Al-Sunnah)

"Anas bin Malik melihat Umm Al-Kalthum puteri Rasulullah SAW memakai selendang daripada sutera bersulam emas"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga : "Isteri 'Abd Al-Rahman bin Al-Zubair datang mengadu kepada 'Aishah. Kata Aishah RA,

"Dia memakai pakaian berwarna hijau"


Maka kata Al-Imam Ibn 'Abd Al-Barr (463),

"Ada pun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah"
(Al - Tamhid, 16 / 123, Muassasah Al-Qurtubah)


Di sini jelas warna pakaian / niqab bukanlah satu kesalahan. Terpulang pada seseorang untuk memakainya warna yang digemari si pemakai. Amat malang jika ada sesetengah niqabis kurang memahami masalah ini lalu menetapkan hukum sendiri dari apa yang dibaca tanpa mengambil sesi pendapat yang lain. Jika hitam itu menjadi kewajiban dalam berniqab belum tentu ianya melambangkan kekuatan iman, para wanita syiah juga banyak yang mengenakan niqab hitam tapi akidahnya jelas berbeza dari kebenaran Al-Quran dan sunnah.


Kesimpulannya, BUKAN satu kewajipan untuk semua niqabis berpakaian serba HITAM. Pilihan warna pakaian mengikut kehendak masing-masing asalkan tidak berlebih-lebihan. Saya harap semua jelas tentang niqab / pakaian yang berwarna.


Masih tak puas hati dan mahukan dalil-dalil yang lain..? Klik Sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

3 comments:

Rose Rose said...

Assalam. Saya baru belajar berniqab..bila membaca komen yang mengelirukan contoh seperti berniqab tapi tabarruj mulalah sy goyah..camna ni..mana satu ni...ada yang memberi nasihat...be yourself..niat perbetulkan jadi yang lahir nanti pun akan benar ke jalanNya...syukran atas entri di atas

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@rose mohamed Waalaikumussalam.. Boleh saja pakai warna selain hitam / coklat gelap.. Asalkan warnanya lembut da perhiasannya tak keterlaluan.. Niqab ni tak wajib hitam.. Hukum ih terhasil mengikut u'ruf (suasana) setempat..

Contohnya di Yaman, di sana semua muslimah memakai pakaian berwarna hitam dan memakai burqa dan itu adalah kemestian mereka.. Jadi, apabila kita pergi ke sana, meskipun pakai semua hitam tetapi memakai niqab yg menampakkan 2 biji mata, maka kita adalah tabarruj.. sebab kita ganjil dari org lain.. org di sana berburqa kita berniqab..

begitu juga di malaysia.. jika satu kelompok wanita, memakai pakai warna warni, tetapi kita seorg sahaja berserba hitam, maka kita adalah ganjil dan paling menonjol.. jd, kitalah yg tabarruj.. Tapi, di malaysia ni, dah mulai menerima pelbagai warna.. hitam semua pun ramai yg mula pakai. jd tak ada masalah jika memakai warna selain hitam atau pun serba hitam..

wallahualam..

Unknown Unknown said...

Saya suka pakai niqab 😊 tapi bila di tempat umum, kebanyakan asyik memandang pelik 😑

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...