Namun begitu, ada di antara kita yang keliru dengan pendapat ini berikutan ilmu yang dibawa balik oleh ustaz-ustaz yang mengajar mereka menggunakan pendekatan mazhab yang berlainan. Berikut merupakan secara ringkasanya pendapat 4 mazhab utama mengenai aurat wanita terhadap lelaki anjabi :
Mazhab Malikiyah
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.
Aurat dibahagikan kepada dua :
- Mukhaffafah
- Mughallazah.
Mukhaffafah ialah dada yang bertentang dengan dada dari belakang, dua tangan dan dua kaki selain dari anggota-anggota tersebut adalah aurat mughallazah. Pembahagian ini dibuat berkaitan dengan hukum solat ketika terbuka aurat-aurat tersebut itu.
Mazhab Hambali
Aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya di mana ke dua-dua anggota itu terdapat khilaf padanya sama ada aurat atau bukan aurat.
Ada dua qawl (pendapat) :
- Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi, wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
- Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.
Di dalam zaman sekarang ini yang banyak memerlukan tenaga wanita di luar rumah maka pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan itu bukan aurat adalah difikirkan munasabah kerana "hajat". Hajat itu umpama menuntut ilmu, memberi ilmu, mencari nafkah menampung saran hidup, menunai kewajipan yang khusus dengan wanita atau kerana pertunangan atau menjadi saksi atau lain-lain yang tiada dapat tiada dibuka mukanya atau kerana mengelak dari kepayahan / kesusahan sekiranya tiada dibuka muka seperti untuk rawatan perubatan.
Mazhab Asy-Syafi'i
Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'e :
- Semua badan, tiada kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau muktamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar Al-Haytamiyy di dalam Az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.
- Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Seluruh badan kecuali di dalam solat maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan demikian juga ketika tawaf dan Imam Nawawi salah seorang ulama' Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam solat dan di luar solat.
Mazhab Hanafiyah
Aurat perempuan (merdeka) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan tapak tangan (tapak dan belakangnya) dan dua kaki di dalam solat tetapi di luar solat ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.
Berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
- Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
- Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.
No comments: