"If we learn one new thing about our deen everyday actually we tend to open our minds to a better day"
Allah bagi kita kebijaksanaan tetapi kita salah guna. Kita gunakan kebijaksaan itu untuk menjatuhkan orang lain.
Allah bagi kita kecerdasan dalam IT dan Teknologi tetapi kita salah guna. Dengan FB, gosip dan fitnah yang tidak ada disebarkan diada-adakan. Dengan Twitter, marah, keluh dan kesah kita ceritakan. Dengan blog, kisah hidup yang sepatutnya dirahsiakan ditonjolkan. Dengan Instagram, aurat yang tidak tertutup rapi dipaparkan.
Inikah simbol kecerdasan manusia..?
Aku terdiam tersipu malu dengan haiwan ternakan. Allah bagi kita kepandaian tetapi kita salah guna. Duduk sekejap try timbang tara. Dalam banyak-banyak tweet atau status kita di laman sesawang, agak-agak ada tak post kita yang berunsur,
Fitnah..?
Gosip..?
Kutukan..?
Kemarahan..?
Rungutan..?
Tak bersyukur eh..?
Saya senyum segan tak bertepi kerana haiwan ternakan tidak pandai menganiaya diri sendiri. Saya ada satu tips yang tak berapa nak gojes. Tips ni sangat berguna lagi-lagi bila kita kita dah berpindah ke alam kubur nanti. Disebabkan kita bakal koma dan paralyzed dalam kubur nanti buat selama lamanya. Try dari sekarang usahakan mana-mana amalan yang pahalanya akan mengalir tak berhenti biarpun kita terbaring 'koma' di dalam kubur nanti.
Contohnya :
Sampaikan apa sahaja kebaikan melalui apa medium pun. Biarlah orang kata,
"Cliche"
"Ececeh"
"Lapuk"
"Alah, dah pernah dengar dah pun"
"Oh, dah tahu dah"
Sebab apa..? Sebab malaikat Raqib dan 'Atid takkan pernah cakap macam ni,
"Eh, amalan ni si Siti dah buat tadi. Tiada pahala buatmu sebab tiru orang. Tak creative"
"Eh, amalan ni kau dah buat seminggu lepas. Mana boleh sama. Buat yang lain. Bosan la asyik yang sama je"
"Ececeh, buat baik konon. Baru tadi kau buat salah tidur dalam kelas time lecturer mengajar"
Takkan pernah. Malaikat bukan macam manusia. Tidak pernah dengki mendengki. Tidak pernah terasa nak merendahkan orang lain dengan kelebihan yang ada. Sebarkan kebaikan seperti mana air hujan yang turun ke bumi untuk membasahi setiap inci tanah yang kering. Tidak memilih tempat. Bak kata manusia yang gemar mengeluarkan analogi,
"Memilih bulu"
Nak buat baik jangan pilih bulu, jangan pilih masa, jangan pilih tempat, jangan pilih orang. Allah bukan minta kita pilih bulu pun bila nak buat baik.
Tak ke leceh namanya tu.
Jangan assume apa yang kita tahu semua orang dah tahu walau sekecil-kecil amalan, sehalus-halus ilmu. Kita hidup dijadikan Allah dengan berbagai bagai keadaan dan perbezaan. Latar belakang hidup kita berlainan. Share ilmu yang ada tu.
Siapa tahu ilmu dan amalan kita yang hanya sebesar kangkang laydbird dan bukan kangkang kera itu mampu membiaskan kebaikan kepada seseorang..? Siapa tahu..? Hanya Allah yang tahu.
"When you find yourself in a position to help someone, be happy because Allah is answering that person's dua through you..!"(Nouman Ali Khan)
"Never paint the others with the same color"
Faham kan maksud yang tersirat..?
Kita mati nanti, niatkan untuk tinggalkan dan wariskan sesuatu buat Islam. Tak kaya takpe. Bukan Allah marah pun. Kebanyakkan kita ada account facebook kan..? Twitter..? Tumblr..? Apa jua account pun termasuk account bank. Paling mudah dan senang tanpa sebarang caj tambahan. Sebarkan dan biaskan kebaikan kepada manusia yang lain. Jadilah seseorang yang mampu mempengaruhi orang lain dengan kebaikan.
Tak pandai berfesyen pun takpe. Asalkan anda ada banyak style dan fesyen dalam membiaskan kebaikan.
Paling mudah, biaskan akhlak yang baik kepada mereka yang lain. Siapa tahu ditakdirkan Allah kita penyebab seseorang itu bertemu jalan menuju redhaNya dan membantu kita dalam urusan meniti titian Sirat dan timbangan Mizan.
Siapa tahu..?
Hanya Allah yang tahu
Start dari sekarang fikir nak buat amalan apa. Jangan start nanti-nanti sebab Malaikat Izrail tidak pernah kenal apa itu 'nanti'.
Paling mudah, biaskan akhlak yang baik kepada mereka yang lain. Siapa tahu ditakdirkan Allah kita penyebab seseorang itu bertemu jalan menuju redhaNya dan membantu kita dalam urusan meniti titian Sirat dan timbangan Mizan.
Siapa tahu..?
Hanya Allah yang tahu
Start dari sekarang fikir nak buat amalan apa. Jangan start nanti-nanti sebab Malaikat Izrail tidak pernah kenal apa itu 'nanti'.
Sabda Rasulullah SAW dari Ibnu Umar RA,
"Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka"(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Baginda Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Demi Allah, jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang kerana (sebab) kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada unta merah (sesuatu yang paling berharga pada sesuatu zaman)"
(Hadis Riwayat Muttaqfun 'Alaihi)
Kalau betul kita orang pandai,
Kita tahu apa yang kita nak buat sebelum mati.
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
[Ramli Sarip : Bukan Kerana Nama]
"Never compare ourself and the others with other people"