"Nih laa bukti ahli sufi sesat"
"Ahli sufi ni macam agama lain cucuk sana sini"
Orang jahil gini la, tengok terus nak menghukum, tapi ngaji malas. Hehehe. Maka aku yang dhaif terangkan setakat mana yang termampu yang dipelajari daripada guruku dalam kitab Tuhfah Ar-Rangibin karangan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menyatakan sufi ada 2 :-
- Sufi sodiq
- Sufi kazib
Sufi sodiq adalah sufi yang benar, mengikut hukum-hukum Allah, Al-Quran dan hadis, serta ijma' ulama' dan qias. Manakala sufi yang kazib pula golongan yang bersufi sufi padahal jauh sekali dengan akhlak ahli sufi. Macam tu juga dengan ulama' ada ulama' su dan juga ulama' azkiya'. Ada Muslim yang fasiq, ada muslim yang 'asi.
Jangan la terus nak hukum nuh sesat, nih sesat. Kita sorang je yang tak sesat, padahal dulu masa baby, kalau mak kita tak basuhkan berak kita, kita makan NAJIS. Tu pun tak sedar diri nak sesatkan orang nuh orang nih.
Barangsiapa yang mengkafirkan seseorang yang BERIMAN maka sesungguhnya kafir itu KEMBALI padanya.
Sama je macam salafi. Ada salafi yang benar ikut Al-Quran, sunnah, ulama' dan kias. Ada salafi yang pembohong iaitu SALAFI WAHABI
4 comments:
ajaran islam mudah sahaja...
kalau yang pelik-pelik tu bukan dari ajaran islam....
Btol tu "
@Anonymous Islam tu mudah, halus, dan terperinci. Dulu, saya macam awak juga. Pelik sikit sesat. Lastnye, lepas mengaji, 'oooh banyak mende aku tak tahu'
InsyaaAllah, bila Allah bg paham, kite akan paham. cume, at the first place, jgn judge sesat tanpa tahu ape2.. Macam mane seseorg itu boleh hukum bende tu sesat tanpa ketahui mengenainya..? :)
Alhamdulillah. Tanda kamu telah diberi sedikit kefahaman akan perihal ilmu Allah yg maha luas. Teruskan.
Ilahi anta maqsudi.