KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja.. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JOM UBAH



Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki. Tak percaya..?


Buktinya, kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang. Aktiviti dan diari harian di'update' buat 'rujukan rakan taulan. Kemesraan pasangan suami isteri menjadi tatapan dunia tanpa sempadan dan tiada lagi privacy untuk diri sendiri.


Pangg..!!!


Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain.. Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai, minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan dan inspirasi. Tetapi adakalanya, sesuatu yang tidak perlu pun kita 'terkongsi'


Allah sorokkan aib kita. Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain. Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri..? Kita post sambil marah-marah. Keluar perkataan yang tak sepatutnya. Nak jadikan cerita, kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa. Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi. Dia campak bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita. Bertambah-tambah marak


Selesai ke..?


Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan.. Sifat api. Wajah paling tak handsome dan paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk


Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah.


Allah pemberi ketenangan hakiki. Bukan manusia. Manusia tiada apa. Tetapi Allah ada segala-galanya.


Percayalah, berbaik sangkalah dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia. Sobs..


Sekali lagi, mintalah dengan Allah. Allah tak marah. Allah lagi suka dengar rintihan kita. Allah lagi suka dengar tangisan kita. Allah lagi suka dengar permintaan kita. Allah lagi suka dengar rengekan kita. Mintalah padaNya. Ketenangan hakiki bakal kita temui. Percayalah sahabat-sahabat saya.





Kita mohon dengan Allah, confirm dapat..! Cuma caranya berbeza. Berdoa jangan ditanya pada Allah bila nak kabulkan. Itu gelojoh namanya :D


Minta maaf andai ada kata-kata yang tak sepatutnya telah saya gunakan. Niat saya hanya satu. Sama-sama kita berubah sebelum Allah tutup pintu kesempatan buat kita. Yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, cacat dan kurang itu disandarkan atas diri saya sendiri. Moga yang sikit ini memberi manfaat yang besar buat kita semua. Insya Allah. Amiin


PS : Nampak saya buat salah, jangan lupa tegur tau..! Terima kasih daun kesum..! :D


Yang Benar,
Insan berdosa yang banyak cakap

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PENGUBAT JIWA

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita..


Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai..


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "ianya" hadir. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 



Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang..



Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. 



Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kamu bahagia.



Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.



Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja.. Meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai. 
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.


Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. Usah mendambakan teman secantik Balqis, andai dirimu tidak seindah Sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan Yusof, andai dirimu tidak setulus Zulaikha. Tak perlu mencari seistimewa Khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW.



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.




Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya.. Kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.



Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.


Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...