JOM UBAH



Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki. Tak percaya..?


Buktinya, kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang. Aktiviti dan diari harian di'update' buat 'rujukan rakan taulan. Kemesraan pasangan suami isteri menjadi tatapan dunia tanpa sempadan dan tiada lagi privacy untuk diri sendiri.


Pangg..!!!


Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain.. Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai, minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan dan inspirasi. Tetapi adakalanya, sesuatu yang tidak perlu pun kita 'terkongsi'


Allah sorokkan aib kita. Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain. Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri..? Kita post sambil marah-marah. Keluar perkataan yang tak sepatutnya. Nak jadikan cerita, kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa. Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi. Dia campak bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita. Bertambah-tambah marak


Selesai ke..?


Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan.. Sifat api. Wajah paling tak handsome dan paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk


Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah.


Allah pemberi ketenangan hakiki. Bukan manusia. Manusia tiada apa. Tetapi Allah ada segala-galanya.


Percayalah, berbaik sangkalah dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia. Sobs..


Sekali lagi, mintalah dengan Allah. Allah tak marah. Allah lagi suka dengar rintihan kita. Allah lagi suka dengar tangisan kita. Allah lagi suka dengar permintaan kita. Allah lagi suka dengar rengekan kita. Mintalah padaNya. Ketenangan hakiki bakal kita temui. Percayalah sahabat-sahabat saya.





Kita mohon dengan Allah, confirm dapat..! Cuma caranya berbeza. Berdoa jangan ditanya pada Allah bila nak kabulkan. Itu gelojoh namanya :D


Minta maaf andai ada kata-kata yang tak sepatutnya telah saya gunakan. Niat saya hanya satu. Sama-sama kita berubah sebelum Allah tutup pintu kesempatan buat kita. Yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, cacat dan kurang itu disandarkan atas diri saya sendiri. Moga yang sikit ini memberi manfaat yang besar buat kita semua. Insya Allah. Amiin


PS : Nampak saya buat salah, jangan lupa tegur tau..! Terima kasih daun kesum..! :D


Yang Benar,
Insan berdosa yang banyak cakap

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...