Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna..
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga..
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama..
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian..
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin..
Malu terasa tatkala lepas azan berkumandang, mereka di kalangan warga tua, berebut-rebut mencari tempat untuk menunaikan solat sunat.. Mereka berusaha bangun dengan terbongkok-bongkok.. Masih gagah semangatnya mereka bergerak terhincut-hincut sambil mengurut lutut.. Masih kuat semangatnya mereka rukuk perlahan-lahan menahan kesakitan..
Aku yang masih muda..? Bergerak tak perlu urut-urut lutut seperti mereka.. Rukuk dengan penuh keseimbangan.. Sujud dengan penuh kegagahan.. Berdiri dengan penuh keyakinan..
Syaitan tidak akan pernah melepaskan peluang dia suburkan baja kemalasan di dalam diri
Di dalam Quran ada disebut :
"(Iblis menjawab), Demi kemulian-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.." (Sad, 38 : 82 - 83)
Contohi ibadah warga tua.. Umur semakin tua tetapi ibadah seperti orang muda.. Kita pula yang muda, tetapi, ibadah seperti orang tua dan memang sah tanpa keraguan..!
Mereka di Palestine, Syria, Somalia, Myanmar, Iraq diuji dengan ujian yang sangat hebat sehingga tertumpahnya darah di atas muka bumi.. Kita di Malaysia diuji dengan kemewahan, kemakmuran, nikmat dan nafsu yang membelenggu diri..
Siapa yang tidak berkira dengan Allah, maka Allah sekali-kali tidak akan berkira dengannya..
No comments: