BERSANGKA BAIKLAH TERHADAPNYA

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin.




Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu..


"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam ; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang" 
(Taha : 130)


Usianya sudah pun menjangkau 20an. Dia dilahirkan cacat. Dia tiada kaki. Tiada tangan. Malah, dia juga cacat penglihatan. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.


Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir. Salah satu soalannya,


"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan..? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan.. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini"


"Ini bukan kekurangan atau kecacatan.. Ini satu kelebihan.. Kenapa..?"


"Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki dan sepasang mata saya.. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka"


"Tapi, apa yang Tuan ada..?"


"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Dengan mulut ini saya mampu berzikir dan dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca Al-Quran meskipun saya buta.. Hamdan Lillah"



 Pandanglah dengan mata hati.. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain.. Bersangka Baiklah Dengan Allah..






"Kenapa aku miskin, dia kaya..?"


Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri dan riya'.. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud.. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya..? Malah lebih miskin dari kita.. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah..




"Kenapa pula aku kaya, dia miskin..? Allah tak sayang aku ke..?" 


Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalanNya.. Tidak semua orang berpeluang.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya.. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya"
(Al-Kahf : 7)




"Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam..?"


Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat time UPSR, PMR, SPM, STPM.. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya time PSRA, SMA, STAM. Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA, GPA kita.. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita.. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita.. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah dan setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya.. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi dan lagi.




"Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan..? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak..?"


Itu adalah bonus.. Bersyukurlah.. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak..? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh.. Sama ada kau bersyukur atau tidak.. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka.. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu.. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat.. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan dan disampaikan.. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi..




Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya.. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CONTOHI ORANG TUA

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna..
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga..
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama..
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian..

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin..





Malu terasa tatkala lepas azan berkumandang, mereka di kalangan warga tua, berebut-rebut mencari tempat untuk menunaikan solat sunat.. Mereka berusaha bangun dengan terbongkok-bongkok.. Masih gagah semangatnya mereka bergerak terhincut-hincut sambil mengurut lutut.. Masih kuat semangatnya mereka rukuk perlahan-lahan menahan kesakitan.. 


Aku yang masih muda..? Bergerak tak perlu urut-urut lutut seperti mereka.. Rukuk dengan penuh keseimbangan.. Sujud dengan penuh kegagahan.. Berdiri dengan penuh keyakinan..


Syaitan tidak akan pernah melepaskan peluang dia suburkan baja kemalasan di dalam diri 
Di dalam Quran ada disebut :


"(Iblis menjawab), Demi kemulian-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka.." (Sad, 38 : 82 - 83)


Contohi ibadah warga tua.. Umur semakin tua tetapi ibadah seperti orang muda.. Kita pula yang muda, tetapi, ibadah seperti orang tua dan memang sah tanpa keraguan..!


Mereka di Palestine, Syria, Somalia, Myanmar, Iraq diuji dengan ujian yang sangat hebat sehingga tertumpahnya darah di atas muka bumi.. Kita di Malaysia diuji dengan kemewahan, kemakmuran, nikmat dan nafsu yang membelenggu diri..




Siapa yang tidak berkira dengan Allah, maka Allah sekali-kali tidak akan berkira dengannya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SALAH FAHAM MELAYU TERHADAP ISLAM

Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, saya nak cerita sikit pengalaman semasa berada di sebuah kem. Mungkin tiada kena mengena sangat dengan topik yang dibincangkan tetapi menjadi punca kepada mengapa saya menulis artikel ini. Kem ini macam biasa sahaja, ada leadership skill, team-building, semangat kerjasama dan lain-lain. Tetapi pada hari kedua, ada satu sesi temuramah secara inidividu. Apabila tiba giliran saya, penemuramah menanyakan satu soalan yang agak pelik sikit :


"Apa pandangan anda tentang Islam pada zaman sekarang ini..?"


Masa tu, saya agak kurang bersedia jadi saya jawab sahaja apa yang terlintas. Tetapi penemuramah itu berjaya membuat saya berfikir dengan lebih mendalam tentang hal ini sehingga saya berjaya menulis artikel ini. Setelah itu, ada satu sesi perbincangan dalam kumpulan masing-masing mengenai topik yang dipilih oleh fasilitator bagi setiap kumpulan. Saya pun dah lupa apa isu yang dibincangkan dan tiba-tiba, masuk pula isu tentang Islam, lebih kurang macam tu lah. Mudah sahaja Islam dalam pandangannya.


Hujah beliau bahawa ketika dalam satu kursus, apabila peserta-peserta lain mula bergegas untuk tidur beliau ternampak ada seorang manusia sedang mengaji, solat, bertafakur dan sebagainya. Dengan mudah beliau melabel bahawa manusia inilah antara manusia hebat dan perlu disokong dan sebagainya. Padahal manusia tadi sudah dikenali akhlaknya, anak isterinya bagaimana kelakuannya dan lain-lain. Saya teringat tentang sebuah hadis riwayat Al-Tabarani daripada Anas RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, mafhumnya,

"Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah."


Setelah itu ada bincang juga mengenai hukum dalam Islam. Memang nampaklah Islamophobia dalam dirinya. Apabila hak Allah dicabar (keamanan, kesejahteraan makhluknya) kita diam sahaja tetapi apabila hak kita dicabar (menjadi mangsa rompakan, kecurian, isteri jadi mangsa rogol dan sebagainya) memang sangat marah hinggakan hendak dikerat empat kalau mengetahui siapa dalangnya. (Baca majalah Solusi isu no. 6, ruangan 'Beduk diketuk' untuk bacaan tambahan)


Saya bukan nak cakap tentang kelemahan orang lain tetapi lebih kepada meneliti soalan penemuramah tadi yang memerlukan kemahiran, pemerhatian, analisis dan sebagainya. Artikel ini tidak bermaksud saya ingin menyentuh mana-mana pihak, lebih kepada menjawab soalan penemuramah tadi dengan lebih profesional.



Antara fenomena masyarakat zaman sekarang :

Kalau kita perhatikan masyarakat kita sekarang ini, apa yang kita dapat lihat ialah suatu penyakit dalaman yang semakin kritikal. Jika kita mengkaji senario ini, apa yang kita dapat buat kesimpulan ialah keadaan masyarakat kita semakin menghampiri kepada zaman jahiliyah dahulu kala. Perkara yang membezakan masyarakat kita dengan mereka mungkin hanyalah kemajuan fizikal kita sahaja.


Sebagai contoh, masyarakat kita buang anak, masyarakat mereka tanam anak. Tidak banyak bezanya. Merompak, mencuri dan pelbagai lagi bentuk kezaliman merupakan perkara biasa pada zaman mereka dan begitu juga pada masyarakat kita sekarang ini. Tidak lupa juga kepada keruntuhan akhlak, dan nilai-nilai murni.


Sekarang apa yang kita dapat lihat adalah dua situasi yang mempunyai banyak persamaan. Jadi sudah tentunya formula untuk menyelesaikan masalah ini agak sama. Oleh itu, apakah formula tersebut..?


Jika kita belajar sirah, ternyata formula yang dibawa oleh Muhammad SAW berjaya menyelesaikan masalah ini lantas membentuk satu generasi Al-Quran yang unik. Bangsa Arab yang dulu dipandang hina oleh masyarakat Rom kerana kejahilan mereka lantas bangun dan maju dalam pelbagai aspek. Mereka sendiri mengatakan,

"Kami bangsa Arab kuat kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan hina"
(Amirul Mukminin Umar Al-Khattab)


Bagaimana pula dengan kita..? 


Dengan bertopengkan kolot, outdated, kejam, menjatuhkan ekonomi dan pelbagai lagi label termasuk daripada orang Islam sendiri, kita terus dengan cara kita sendiri. Sampai sekarang, masih lagi buntu dan teraba-raba untuk menemui jalan penyelesaian. Jika kejam dan tidak berperikemanusiaan sebagai hujah kita, adil dan berperikemanusiaankah kita kalau membela seorang peragut yang telah banyak menyusahkan kehidupan orang lain dan berkemungkinan besar telah 'meragut' juga nyawa orang lain..?




Contoh perubahan yang dilakukan oleh Islam :

Memecahkan satu perbuatan yang sudah menjadi budaya dalam masyarakat merupakan sesuatu perkara yang amat susah. Sebagai contoh, rasuah, sering kali kita dengar percakapan sebegini :


"Kalau tak rasuah, susah la nak dapat projek"


"Relevankah usaha menghapuskan rasuah ini..?"


"Eh, tu bukan rasuah, kita sama-sama untung"


"Nak untung kena ada modal sikit"


Perkara ini menunjukkan bahawa rasuah sudah menjadi satu macam budaya kepada masyarakat kita. Nama pun diubahnya menjadi 'duit kopi', bunyi macam perkara biasa sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW apabila bapa saudaranya, Abi Talib supaya berhenti membetulkan kaum mereka yang jahil.


"Wahai bapa saudaraku..! Demi Allah, sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku menghentikan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, aku tidak akan meninggalkan tugas ini"


Memang hebat seorang manusia bergelar Muhammad SAW. Siapa yang berani untuk berhadapan dengan kaum sendiri bagi memecahkan budaya yang tidak sihat seperti zina, minum arak, menanam anak perempuan hidup-hidup dan sebagainya melainkan baginda..? Lagi-lagi di zaman yang seperti tiada undang-undang. Walaupun dicaci, dihina, diugut bunuh dan sebagainya, baginda tetap meneruskan usaha murni bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.


Para ulama pun begitu juga. Kita ambil contoh mudah di negara kita sendiri. Saya ada terbaca Majalah Solusi isu 25 mengenai syirik. Sesuatu ketika dahulu, perlakuan syirik amat teruk dalam masyarakat Melayu. Frank Swettenham, seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai Residen di Tanah Melayu dalam bukunya 'Malay Sketches' ada menyatakan pendapat beliau tentang syirik dalam masyarakat Melayu. Antaranya :

  1. Orang Melayu suka mengaji Al-Quran walaupun tidak memahaminya, percaya teguh kepada Allah tapi dalam masa yang sama suka berjudi, melarikan isteri orang yang cantik, membunuh dan sebagainya.

  2. Ketika sakit nazak, orang Melayu meminta tolong daripada syaitan (bomoh, dukun dan sebagainya) tetapi apabila hendak mati, barulah mereka mengajar syahadah dan menyerahkan roh kepada Tuhan. Suatu yang sangat berlawanan.

Pada ketika itu, walaupun ulama' membenci dan mencegahnya, namun para pembesar negeri tetap berpegang kepada amalan ini. Komentar Swettenham ini menyatakan bahawa syirik dan khurafat ini berkembang kerana adanya 'kuasa politik' yang melindunginya. Jelaslah kepada kita tentang firman Allah mengenai pemimpin,

"Hai orang-orang beriman janganlah kamu menjadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin-pemimpinmu, sekiranya mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang yang zalim (merosakkan kesejahteraan negara / dunia)"
(At-Taubah : 23)

Berkat usaha ulama'-ulama' kita yang faham Islam yang sebenarnya ini, beberapa kurun kemudian, amalan syirik dan khurafat ini berkurangan sehinggalah ke hari ini. Walaupun masih ada, tetapi amalan syirik yang membuang masa ini sudah makin berkurangan hasil daripada usaha para da'ie yang tidak pernah lupa erti jemu.




Islam sebagai jalan penyelesaian

Segala hukum-hakam dan ketetapan yang Allah tetapkan dalam Islam mempunyai sebab-sebab tersendiri. Kadang kala kita mampu memikirkannya dan kadang kala hanya Allah sahaja yang tahu. Sebelum memikirkan mengikut nafsu semata-mata, adalah lebih baik kalau kita kaji dengan lebih terperinci daripada semua aspek.

"Bukankah Allah, Tuhan Yang Mencipta Sekalian Alam..?"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...