BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM

"Di Somalia nun, bersahur tak ada makanan, berbuka pun tak ada makanan. Mereka majoritinya adalah saudara-saudara seakidah kita yang bergama Islam. Tapi nasib mereka macam tu. Mana pergi negara-negara Islam yang lain..? Membutakan mata sajakah..? Tengok di Syria sana, berapa ramai yang mati syahid..? Sana tak aman sebab umat-umat Islam tak bersatu padu. Masih berpecah belah. Mementingkan dunia je. Macam di Syria sana tu, negaranya diperintah oleh puak-puak Syiah. Negaranya pulak ada dua jenis.. Sunni (Ahlu Sunnah Wal Jamaah - ASWJ) dan juga Syiah.."


Jangan nak tengok Somalia yang jauh tu. Tengok aja la jiran negara kita. Burma nun. Atau pun, nama sekarangnya adalah Myanmar. Myanmar terletak di sebelah negara Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein. Dekat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Dekat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine.


Dekat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh finatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjarakan, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat-mayat dibogelkan tidak berpakaian. Semoga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah Allah.


Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi negara Somalia, Myanmar, Syria, Palestin dan lain-lain. Cuba bandingkan diri kita dengan mereka. Ketara sangat perbezaannya. Di negara-negara mereka, majoritinya mati syahid, kita, mati gugurkan janin. Negara mereka tak ada kemudahan-kemudahan macam yang kita guna sekarang ni. TAK ADA..!!


Ya, kalau kita nak bandingkan negara kita dengan Somalia, Myanmar, Palestin, Syria, memang bagai enggang dengan pipit atau pun jauh bara dari api. Terlalu ketara perbezaannya. Sebab apa..? Sebab pemikiran penduduk Malaysia (Tak semua) ni hanya cakap,


"Tak pe, negara aku aman, damai. Hiburan ada. Rileks" 


Heh, ya benar ke aman..? SALAH..!! Saya menegaskan di sini, negara kita tak pernah aman. Dengan adanya, penjenayah dalam selimut, mereka juga adalah penjajah. Ingatlah, kita ni ditugaskan berada di atas muka bumi ini, adalah untuk menyebarkan dakwah Islam. Sebarkan Islam sebaik-baiknya. Teruskan perjuangan Rasulullah SAW. Bagaimana, orang bukan Islam mahu mencontohi, kita umat-umat Islam, selagi kita masih ada musuh dalam agama kita sendiri. Islam yang mempunyai kaum yang pelbagai. Puak-puak wahabi, sunni, syiah dan mungkin ada lagi puak-puak yang lain yang masing-masing saling mengkafirkan umat-umat Islam yang lain.


Semuanya tiada persepakatan langsung dalam menyatukan Islam. Jika Islam dengan Islam pun masih bertelagah, mementingkan diri masing-masing, gila kuasa, mementingkan dunia, bagaimana kita nak ubah kefahaman orang-orang yang bukan Islam terhadap agama kita..? Ingat, dakwah kita ini, bukan sekadar tertumpu pada umat-umat Islam sahaja. Malah menyeluruh. Dakwah Islam bertumpu pada semua golongan dan hamba-hambaNya. Hamba-hambaNya itu bukan setakat bermaksud umat-umat Islam je. Tapi, kaum-kaum lain juga. Tak kisah la, mereka menganut agama apa sekali pun. Mereka tetap hamba Allah. Islam tak akan bangkit jika masing-masing masih tidak bersatu. Bak kata ulama',

"Selagi para jemaah solat subuh tidak seramai jemaah solat jumaat, selagi itu lah, umat Islam tak akan bangkit"


Point di sini adalah BERSATU. BERSATU kita teguh, BERCERAI kita roboh. Kalian masih ingat kan peribahasa tu. Contoh lah saya bagi, ketika main bola, atau pun, apa jua permainan yang perlukan kerjasama sekalipun, jika mahu menang dan capai kejayaan dan target, mesti kene bersatu. Jika tidak kesefahaman walaupun, seorang ahli saja tak bekerjasama, peluang untuk menang tu amat tipis. Kerjasama ni penting. Dan dalam Islam sekalipun, tidak langsung diajar untuk pupuk semangat assobiyah A.K.A perkauman kan..?


Lihat sajalah negara kita ni, bumi Malaysia, pelbagai parti politik ada. Saya tak nak mention parti mana. Maksud politik menurut Islam adalah siyasah. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur / sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. 


Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (Sekarang) adalah kotor dan keji. 


"Kenapa..?"


Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur iaitu politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan barat, politik yang membelakangkan Al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.


Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (Siyasah syar'iyyah) yang bersih dan benar. 


Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap 'rela dan redha' dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. 


Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah 'membersihkan' segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (Siyasah syar'iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (Dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.


Secara lughah (Bahasa), siyasah (Politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti 'mengurus kepentingan seseorang'. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah 'pemeliharaan / pengurusan'. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan,


"Sustu ar-ra'iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra'itu syu'naha bi al-awamir wa an-nawahi"

"Aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Ada pun maksud siyasah menurut istilah / syara' adalah ri'ayah asy-syu'un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (Mengatur / Memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri"
(Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimah Ad-Dustur)


Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah SAW menggunakan lafaz 'siyasah' untuk menunjukkan maksud pengurusan / pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

"Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (Tasusuhum al-anbiya). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada khulafa' dan jumlahnya banyak. 


Para sahabat bertanya, 

"Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami..?"


Nabi bersabda,

"Penuhilah ba'iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus / pelihara."


Berdasarkan maksud politik (Siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus / memelihara (Ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa,

"Imam (Pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara rakyatnya" 
(HR Muslim)


Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. 


Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka 'diatur' (Oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah SWT telah mewajibkan adanya segolongan (Jemaah / Gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.


Firman Allah,

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (Berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma'ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang"
(Ali Imran : 104)


Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (Muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (Penghulu para syahid).


Sabda Nabi SAW,

"Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat / zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (Oleh penguasa tersebut)"
(HR Hakim)



Rasulullah adalah ahli politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah SAW hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (Kelompok / gerakan) Islam (Semasa di Makkah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (Semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam..? 


Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik..? 


Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik..? 


Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (Agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Makkah mahupun di Madinah..?



Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (Semasa Rasulullah masih di Makkah),

"Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (Dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan"
(HR At-Thabari)


Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan 'menghentam' segala bentuk 'sistem kufur' yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah SAW inginkan ialah sebuah kekuasaan / negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, 


Apakah dakwah Rasulullah yang 'menghentam' akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik..? 


Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan / negara (Untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik..? 


Hadis ini (Dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (Apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah / politik baginda.


Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa. Namun, hal ini sama sekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat / manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.


Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah / politik (Mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (Yang merupakan sebahagian dari hukum syara') Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah / politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (Di Makkah). 


Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (Semasa di Makkah) yang membincangkan (Dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (Contohnya Surah Ar-Rum). Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut.


Firman Allah,

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (Dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (Sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi"
(Al - Muthaffifin : 1 - 3)

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama..? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin"
(Al - Ma'un : 1 - 3)


Ayat yang pertama di atas adalah 'menghentam' sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula 'menghentam' (Celaan Allah ke atas) pembesar / pemerintah Makkah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka. Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (Dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam.




Kesimpulan

Wahai kaum Muslimin..! Dalam pada kita yakin bahawa Allah itu Esa, dalam masa yang sama kita wajib menyeru (Tidak memaksa) orang kafir menyembah Allah Yang Esa ; dalam pada kita yakin al-Quran adalah Kalamullah, kita dalam masa yang sama wajib solat dan menegur saudara kita yang tidak bersolat, wajib meninggalkan riba dan menegur saudara kita yang mengambil riba ; dalam pada kita yakin Rasulullah adalah penutup para Rasul, kita dalam masa yang sama wajib memuhasabah pemerintah yang tidak mengikut perintah Rasulullah ; dalam pada kita beriman dengan qadha' dan qadar, kita juga wajib melakukan amar ma'ruf nahi mungkar ; dalam pada kita yakin adanya syaithan dan taghut, dalam masa yang sama kita diharamkan berdiam diri dengan sistem taghut yang ada; dalam pada kita yakin Daulah Khilafah akan tegak semula dengan izin Allah, kita dalam masa yang sama wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah. 


Saudaraku sekalian..! Inilah kaitan antara akidah dan siyasah. Kesempurnaan iman itu adalah apabila kita mengambil dan mengamalkan Islam itu di dalam semua aspek dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Apabila seseorang itu telah masuk Islam melalui pintu tauhid, maka wajiblah baginya untuk menyempurnakan ajaran Islam dengan memasuki pintu ibadah, pintu politik, pintu ekonomi, pintu pendidikan, pintu uqubat, pintu jihad dan semua pintu-pintu lain yang ada.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

6 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN DOSA DI FACEBOOK

Siapa yang tidak mengenali laman sosial Facebook yang kini semakin popular.. Namun tahukah kita bahawa terdapat perkara yang boleh mendatangkan dosa menerusi Facebook..


Siapa tidak kenal Facebook..? Facebook merupakan laman sosial yang merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan.. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej dalam bidang yang sama ; begitulah menurut pengasasnya..






Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.. Dan lebih teruk lagi, menurut Ustaz Zaharuddin, ia sebenarnya membiakkan dosa yang tanpa kita sedar kita sedang melakukannya.. Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin, tentang Dosa Bersarang di Facebook :-


Mendedahkan keaiban suami atau isteri

Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam.. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka..




Terlebih gambar

Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian.. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen.. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran "nafsu.." Wanita menjadi pameran lelaki umum..? Dosa jawabnya..




Penyamaran 

Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi "friend", lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja.. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepada orang yang tidak sepatutnya.. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga..




Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya.. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu.. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita.. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti..




"Tagging" tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat

Terdapat "trend" memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat.. Justeru penyebarannya adalah haram.. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain..




Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri

Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and "extra caution" dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani.. Apabila tersiar gambar-gambar "extra caution" itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata "zaman solehah", "zaman innocent", "zaman suci" dan sebagainya.. Adakah sekarang anda sudah tidak suci..? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah..? Anda yang mengutuk diri anda sendiri..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

I'M HOT, SO PLEASE DON'T TOUCH ME



"I'm Hot"

Ramai yang pelik bila seorang muslimah yang lengkap menutup aurat sempurna dan berpurdah dilabelkan sebagai 'hot'.. Sebab istilah hot sering dikaitkan dengan hot chick yang seksi-meksi tu.. Hot yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah 'kepanasan api neraka'.. Maksudnya, jangan sentuh dia kalau tak nak merasa panas api neraka..


Anonymous : Lelaki yang pakai topeng Anonymous tu pula bagi menggambarkan seseorang yang tidak dikenali. Bila dah tak dikenali, secara automatik ia akan dilabel sebagai bukan mahram.. Maka haramlah bersentuhan antara bukan mahram.. Tengoklah gayanya seperti ingin menyentuh muslimah tersebut. 


"I'm hot.. So, please don't touch me because you are anonymous.. Not my husband.." 


Kadang-kadang, kita tengok perempuan yang lengkap menutup aurat itu masih tidak menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram.. Sebab itu wujudnya persepsi negatif masyarakat yang tak bertudung terhadap wanita bertudung.. Sebab itu juga wujudnya alasan tipikal wanita yang degil tidak mahu menutup aurat yang mengatakan,


"Bertudung tak semestinya baik" 


"Harap tudung je labuh, tapi perangai..?"


Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang buat perangai..? Tegurlah si pemakai tudung, bukannya tegur tudung.. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.. Sekurang-kurangnya mereka dah terlepas dari azab siksa tidak menutup aurat.. Memang benar yang bertudung itu tak semestinya baik.. Tapi, orang yang baik pasti akan menutup aurat.. Sebab, tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan PenciptaNya..

"Memakai pakaian sexy itu HOT, memakai purdah itu BEAUTIFUL, neraka itu HOT, syurga itu BEAUTIFUL"


Stranger man, still dare to touch..?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TIADA KAMI ATAU ANDA, CUMA KITA



"Kami tewas. Orang ketiga yang patut dipersalahkan, bukan kami..! Kami cuma manusia, kami punya nafsu, dan nafsu itu fitrah. Jadi mengapa salahkan kami..?"


"Allah telah jadikan manusia penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Kami juga punya hati..! Kami ingin rasa dicintai. Kami ingin rasa mencintai orang lain, jadi mengapa salahkan kami..?" 


"Kami tahu ini salah. Apa anda semua ingat kami tak terpelajar..? Kami tak punya ilmu agama..? Bila anda tahu dua, tiga hadis dan hafal beberapa potong ayat Quran, anda lebih baik dari kami..?" 


"Memang kami menurut nafsu. Memang kami pelaku maksiat. Memang kami jatuh dan hanyut dalam arus dunia. Ya, kamilah yang Allah telah janjikan neraka jahannam kelak, tapi anda yang bersalah.." 


"Anda yang dikatakan penyebar dakwah dan tarbiyah Islam, yang patut dipersalahkan. Anda tahukah perasaan mereka yang sedang dilamun cinta..?"


"Sayang dan kasih kami kepada buah hati kami jauh lebih daripada cinta anda kepada Allah. Jadi anda ingin kami berubah..?"


"Kami menangis bila merindui pasangan kami. Anda pula, pernahkah menangis kerana rindukan Rasulullah..? Pernahkah menangis kerana takutkan Allah..?"


"Kami meluangkan masa tanpa sebarang had bersama-sama. Kami mampu bercakap di telefon bimbit berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan. Anda..? Berapa lama masa anda luangkan untuk beribadat..? Berapa lama anda luangkan untuk baca Al-Quran..?"


"Dan anda masih mahu salahkan kami."


"Kami hanyut dibuai cinta dunia. Kami terlontar jauh di birai dunia tarbiyah dan dakwah anda. Anda biarkan kami..! Kami inginkan contoh..! Bukannya nasihat yang berbondong-bondong..! Bagaimana anda ingin tunjukkan betapa agungnya cinta Khaliq berbanding cinta kami kepada kekasih hati kami..?"


"Bila kami terlupa, anda biarkan kami. Anda marahi kami. Anda kasari kami dengan kehebatan anda berkata-kata. Anda lupa, kami juga manusia. Adakah anda tak pernah berdosa..? Di mana nasihat-nasihat berhikmah yang Rasulullah telah sarankan..?"


"Anda membenci kami kerana kami berdosa yang terang-terangan. Kenapa tidak anda tarik tangan kami dan tunjukkan kami kesilapan kami..? Kenapa benci kepada pelaku dosa, dan bukan dosa itu sendiri..?"



"Anda kata anda terpelihara. Anda kata anda dilindungi Allah. Tapi kami, saudara seagama anda, anda biarkan..! Anda tak mencegah, apa lagi menghalang..! Memang ada di antara anda yang cuba mengingatkan, tapi dengan kata-kata kasar..? Inikah dai'e yang memartabatkan Islam..?"


"Kami sedar kami berdosa. Dan kami ingin berubah. Kami ingin kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tetapi kami takut dengan apa yang orang akan bicarakan tentang kami. Kami kotor. Kami penuh dengan dosa. Bila kami kembali kepada Islam anda ragui kami. Anda bercakap tentang kami. Bukankah sokongan anda yang kami perlukan..? Tapi anda terus pesimis."


"Kami cekalkan hati. Kami ingin mencari cinta hakiki. Kami ingin berubah. Kami ingin menjadi sebaik anda. Tapi kerana sikap anda kami gagal. Kami terus sesat, terus hanyut." 


"Siapa yang harus dipersalah..? Kamikah yang bersalah..? Atau.." 


"Aduhai dai'e agama Allah, laksanakanlah tugas tarbiyah dan dakwah penuh ikhlas dan berhikmah. Pasakkan rasa rendah diri dalam hati, tunjukkan contoh yang hebat. Bertuturlah penuh kasih sayang, kuatkan iman dengan menahan marah. Penzina, pembunuh atau perompak juga adalah manusia.."


"Pimpinlah kami sehikmah mungkin. Jelajahlah setiap latar belakang kami sebelum kata-kata pahit menyentuh sensitiviti kami. Telah Allah jadikan manusia dengan fitrah sukakan benda-benda yang cantik. Cantikkanlah akhlakmu. Indahkanlah bicaramu. Agar kami mudah tertarik dengan apa yang disampaikan kepada kami. Moga kami teruja mengikut jejakmu, menjadi seindah akhlakmu semanis bicaramu.."

Semoga Islam kembali megah dengan keindahannya yang hakiki. Semoga istilah "kami" dan "anda" tiada lagi dan digantikan dengan "kita", umat Islam yang bersatu erat, bergantung kuat pada tali Allah SWT.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

FACEBOOK RELATIONSHIP STATUS

In Islam, You are either single, married, widow, or divorced. Even when you are engaged with any sister, she or he still remains Non Mahram to you.


When you set your relationship status on your facebook page as “In a Relationship” , “In An Open Relationship” or “Its complicated”, You do nothing but tells other that look I bear a tag of Muslim name though, yet I don’t care what Allah says , because I am proud to tell others that I am in a Haraam relationship with any Non Mahram Sister or Brother (In a relationship) , or I am looking to build a haraam relation with any non mahram sister (In an open relationship), or my relationship with any non mahram sister or brother is so much complicated that even I don’t know whether I am single, engaged, in a relationship, or in an open relation (It’s complicated) !!



Allah says in the Qur'an,

"Do not come near to adultery. Verily, it is a faahisha (a great and shameful sin) and an evil way that leads someone to Hell unless Allah forgives him." 
(Al-Israa' : 32)


Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying,


The adultery of the eye is the lustful look and the adultery of the ears is listening to voluptuous (song or talk) and the adultery of the tongue is licentious (shameless) speech and the adultery of the hand is the lustful-grip (embrace) and the adultery of the feet is to walk (to the place) where he intends to commit adultery and the heart yearns and desires which he may or may not put into effect. 
(Muslim Book 33 Hadith 6422)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN..?

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulilah..


Astaghfirullahaladzim.. Ampunkan aku Ya Allah atas segala dosa yang pernah aku lakukan.. 



Dalam Surah Ar-Rahman :


"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"



SubhanAllah..


Saat ini, cuba kita refleksi diri kita sedalam-dalamnya, selami semangat-semangat kita.. Melihat dengan mata hati, dan senaraikan apa yang telah Allah kurniakan pada kita selama ni.. Terlalu banyak rasanya nikmat-nikmat yang telah Allah kasi dari kita kecik lagi hinggalah ke saat ini, tidak terhitung rasanya.. Terlalu banyak dan terlalu sempurna buat hamba-hambaNya.. Jika ingin senaraikan, mungkin penat kot jari ni menaip.. Terlalu banyak..


SubhanAllah, maha suci Allah yang masih lagi mengizinkan hamba-hambaNya bernafas saat ini.. Yang sentiasa membentangkan pintu taubat seluas-luasnya buat hamba-hambaNya.. Yang sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat setiap masa..


Sahabat yang disayangi atas dasar iman semata-mata.. Tidak ada sebab untuk kita mencari alasan untuk tak nak berubah ke arah kebaikan dan memang tidak ada soalan untuk mempersoalkan mengapa Allah itu tidak adil dengan kita.. Kita sering mencari keadilan dan pembelaan dari Allah andai kita dizalimi.. Tapi kita tak pernah sedar, apa yang kita dapat hari ini, itulah sebaik pengadilan dari Allah, bukankah Allah itu Maha Adil..? Sifat Allah itu Maha Adil..




"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"


Allah menyebutnya sebanyak 33 kali.. Menunjukkan betapa manusia ini jarang sangat-sangat bersyukur padaNya.. Setiap kali baca ayat ni, rasa takut sangat.. Memang dah tak ada sebab bagi kita tak nak berubah, untuk kufur pada Allah lagi, untuk berpaling dari Allah.. Sebab segalanya Allah dah bagi.. Apa yang kita perlukan dalam hidup, Allah dah bagi, dan Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Cuba kita comparekan kehidupan kita dengan sahabat-sahabat kita yang hidupnya lebih susah.. Berhenti sejenak, dan memikirkan nasib saudara-saudara kita di Palestine sana.. Sungguh, manusia itu cepat lupa.. Sifat manusia memang pelupa (Ins)


Kadang-kadang kita sibuk memikirkan nasib kita, kehidupan kita tanpa memikirkan nasib orang lain.. Kita di sini sibuk memikirkan masa depan kita tanpa memikirkan nasib Islam sekarang.. Apa yang akan terjadi andai umat Islam cintakan dunia dan takutkan mati.. Mana jiwa-jiwa yang Rasulullah rindukan lebih dari sahabat-sahabat sezaman Rasulullah..? Sampaikan sahabiah-sahabiah Rasulullah SAW sangat cemburu dengan jiwa-jiwa tersebut..


Sejak awal pagi, kita bangun.. Itu satu nikmat Allah yang mana still lagi bagi kita peluang untuk beribadah sepanjang hari, Allah bagi kita oxygen untuk menghirup udara, Allah menggerakkan anggota tubuh badan kita dengan izinnya.. Allah memberi masa yang sama pada kita semua 24 jam, tidak lebih dan tidak pula kurang.. Setiap orang sama.. Allah, menganugerahkan kita perasaan untuk merasa.. Allah memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.. Allah menganugerahkan kita keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yang soleh lagi musleh..


Allah bagi kita pancaindera agar kita gunakan secara baik.. Allah menggerakkan sel-sel dalam badan kita untuk bekerja secara sistematik mengikut aturannya.. Allah bagi nikmat beriman padanya yang mana tak semua orang dapat.. Jika kita melihat di luar sana, masih ramai manusia dalam kesesatan, tapi kita, Allah pilih untuk merasai nikmat iman dan Islam.. SubhanAllah, terlalu banyak nikmat Allah..


Cuba kita merenung sekejap, andai semua itu Allah tarik dari kita..? Allah tak bagi sama rata, yang mana setiap orang punya waktu sehari yang berbeza.. Allah ambil keluarga kita, Allah tak anugerahkan kita sahabat-sahabat yang soleh, Allah tarik semua pancaindera kita, kita tak dapat melihat, tak dapat mendengar, tangan kaki kita tidak ada untuk bekerja, menulis.. Hidup kita gelisah, penuh dengan maksiat, sedangkan kita melihat sahabat-sahabat kita yang lain hidupnya senang dan tenang.. Kita cemburu tanpa kita sedar bahawa kita selalu kufur pada nikmat tuhan.. Kita tak hargai apa yang Allah dah bagi..


Percayalah, setiap apa yang kita perlukan Allah dah pun tunaikan.. Kita nak kan result yang cemerlang, keluarga yang bahagia, harta yang banyak, Allah dah pun tunaikan.. Jadi untuk apa kalau kita mencari alasan untuk tidak berubah..? Segalanya Allah dah beri..


MashaAllah, segala yang berlaku atas kehendakNya.. Kita manusia tidak punya kuasa untuk menentukan sesuatu atas kehendak kita sendiri.. Dengan izinnya, bangun di waktu pagi tadi, dengan semangat yang membara.. Memang hidup kene sentiasa bersemangat.. Setiap masa kene siram dengan semangat iman.. Rase terlalu banyak nikmat Allah yang saya sendiri tak nampak, mungkin disebabkan dosa-dosa yang menghijab hati ni, setiap masa saya niatkan dalam hati agar setiap apa yang saya buat, moga-moga Allah bersihkan semua karat-karat jahiliah dalam hati, Allah cuci titik-titik hitam dulu, sampai kadang-kadang menangis bila karat-karat jahiliah tu masih lagi melekat di hati, masih lagi kita buat.. Sebab kita dah azam sungguh-sungguh, tapi still lagi ada.. Mungkin Allah nak diri ni usaha lebih lagi.. Nak kita jadi makin sabar.. Makin sabar sampai kesabaran kita diangkat..


Sabda Rasulullah,

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi"


Sahabat bertanya,

"Apakah pengilapnya ya Rasulullah..? Membaca Al-quran dan mengingati mati"


Cuba kita fikirkan tentang besi (hati), andai besi tu berkarat sangat-sangat, macam mana kita nak kembalikan besi tu jadi cantik semula..? Jadi bersinar.. Yup, baca Al-quran dan ingat mati.. Tapi macam mana andai besi tu tidak digilap..? Lama-lama besi tu akan reput dengan sendiri dan mati hilang.. Macam tu la hati kita, andai kita tak gilap dengan amal-amal soleh..


Selain tu, untuk berkilat, kita perlukan tekanan yang sangat tinggi.. Dan begitu jugalah kehidupan kita, kalau kita nak berubah, memang satu persatu ujian akan menimpa yang mungkin buat kita makin down, mungkin jugak stress sebab Allah nak gilap hati agar niat kita betul berubah kerana Allah, Allah juga nak hati kita bersih, hati kita sejahtera.. Memang ujian tu teman hidup.. Jatuh bangun satu fitrah..




Ketenangan datang dari iman..


Ibrah hari ni :-


Pagi ni saya jalan-jalan sambil tengok langit, awan-awan, tengok pokok-pokok, tengok segala kejadian alam yang Allah ciptakan, terdetik di hati ni,

"Andai seumur hidup saya, kalau berzikir, rukuk dan bersujud sekali pun even setiap masa belum mampu untuk balas segala yang Allah dah bagi" 


Terlalu cukup dan terlalu sempurna.. Kalau sebab dosa-dosa saya dulu, kadang-kadang rasa biarlah Allah balas sekarang dekat dunia bukan di akhirat nanti, biarlah mati dalam keadaan bersih, sempurna tanpa bawa dosa apa-apa, biarlah di alam barzakh juga, hidup bahagia sebelum hari perhitungan tu datang..


Tapi saya yakin sangat-sangat, Allah ampunkan saya sebab orang mukmin itu hidupnya penuh keyakinan, sentiasa semangat, dari keimanan la menggerakkan kekuatan, dari kekuatan memberanikan keazaman, dari keazaman meningkatnya usaha, dari usaha hasilnya kejayaan.. Sungguh beruntung orang-orang beriman, sebab Allah sayang.. Sampai satu masa terfikir rasa nak beruzlah, tapi dalam keadaan sekarang, uzlah kita dengan perasaan..


Kalau para sahabat dulu mungkin masuk gua, menyembunyikan diri untuk mencari ketenangan.. Tapi keadaan sekarang kita kene beruzlah dengan perasaan.. Sentiasa meletakkan Allah segala-galanya dalam hidup.. Sentiasa ingat Allah walaupun kita bergaul dengan orang yang bukan sefikrah dengan kita agar setiap masa kita dalam jagaan Allah..


SubhanAllah, hidup ni warna warni.. Sekejap warna hitam, sekejap warna putih.. Pastu warna merah pulak.. Macam-macam warna dan macam-macam ragam dan macam-macam manusia yang kita akan jumpa.. Semua tu membuatkan kita makin matang dalam mengemudi kehidupan..


SubhanAllah.. 
Alhamdulillah.. 
Aku yang Engkau pilih dalam ramai-ramai hambaMu.. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KE ARAH PERUBAHAN DIRI



Malam sudah melabuhkan tirai dan pelbagai perkara yang kita lalui pada hari ini. Pahit ataupun manis, negatif mahu pun positif semuanya adalah fitrah kehidupan. Tanpa kita sedar yang masa berlalu dengan pantas sehingga sehari terlalu cepat berlalu.


Apabila kita merasakan semakin banyak angka bertambah pada umur maka dengan itu, kita harus lebih matang dengan keadaan sekeliling serta penghayatan dalam agama memerlukan kita lebih menghargai setiap nikmat yang Allah SWT kurniakan.


Allah SWT memberikan kita akal untuk berfikir dan cara kita menginterpretasikan dalam diri. Di dunia, sudah pasti sesiapa saja mempunyai perancangan dalam menentukan hala tuju masing-masing. Tetapi bagaimana dengan akhirat, sudahkah kita memperbaikinya.


Saya selalu memikirkan hal itu, juga hubungan saya dengan Allah SWT serta amalan-amalan yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar lebih kondusif mengikut keupayaan diri dalam mengatur cara, serta bagaimana kita menyeimbangi dunia serta akhirat.


Saya melihat banyak perkara yang kita ralat sehingga lama kelamaan diri menjadi 'tak keruan' dalam mengharungi liku-liku hidup. Pengalaman banyak memberi kita manfaat tetapi sudahkah kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan ujian di samping dugaan agar sentiasa bermuhasabah diri bahawa kita adalah hamba yang kerdil yang pastinya akan kembali kepadaNya.


Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh penciptaNya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah SWT.


Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah SWT.


Oleh itu, kita harus mengamalkan ajaran al-Quran dan Sunnah serta memperbanyakkan bacaan serta menyelak buku-buku yang memberi kebaikan pada diri dari segi psikologi dan juga spiritual. Dengan harapan yang kita ada, galilah ilmu Allah SWT yang maha luas ini kerana semakin kita menerokai sesuatu ilmu itu maka semakin banyaklah pengetahuan yang kita peroleh di samping mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tidak pasti menjadi kenyataan. Kerahkan usaha agar kuat menghadapi cabaran-cabaran dunia yang bakal menguji keimanan serta ketaqwaan kita kepadaNya. Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tak pasti menjadi kenyataan.


Oleh itu, sentiasa menadah tangan dan berdoa agar dijauhi perkara-perkara yang mazmumah dan sesungguhnya Allah SWT Maha melindungi setiap hamba-hambanya yang sujud dan tawakkal dengan apa yang dikurniakan.


Keikhlasan dalam beribadat akan terbit dari hati yang cintakan Allah SWT dan meletakkan seluruh jiwa raga semata-mata untuk mendapat hidayah dari Allah SWT. Apabila kita sudah mencapai tahap itu maka kita akan merasai bahawa jarak kita dengan Allah SWT terasa dekat sehingga kita merindui untuk bertemu denganNya.


Subhanallah, Maha suci Allah sekiranya hamba-hambanya diberi peluang merasai nikmat itu dan pasti kita membayangkan betapa indahnya syurga dan beruntunglah mereka-mereka yang mempunyai amalan-amalan yang soleh untuk bekalan di sana.


Kita sebagai hamba, perasaan takut dan gementar pasti menyelubungi diri apabila mengingatkan kematian yang tiada tanda tanya. Tiada siapa yang mampu memberikan jawapan bilakah hari kematian kita. Hanya menunggu waktu dan ketika untuk bertemu dengan Allah SWT apabila sudah tiba masanya.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ISLAM PERLUKAN PEJUANG AGAMA, BUKAN PEJUANG PERASAAN




Remaja, zaman remaja, gelora remaja memang zaman darah panas, darah muda, jiwa muda, zaman perasaan melonjak-lonjak inginkan pasangan hati.. Fitrah itu, jangan sampai hanyut tidak bertali..



''Siapakah dia bakal imamku..?'' 

''Siapakah dia bidadariku di dunia..?'' 



Persoalan demi persoalan acap kali disebut..



Masih banyak amanah belum terlaksana, masih banyak nasib-nasib saudara Islam yang tidak terbela.. Islam perlukan pejuang agama, BUKAN PEJUANG PERASAAN dan penjiwa-penjiwa perasaan hati.. Bukan dengan fitrah itu tertegaknya agamamu di muka bumi..



Sayang seribu kali sayang, jiwa itu dibazir-bazir.. Cari dulu cinta sejati, (yakni Dia), Dia akan temukanmu dengan pemilik sejati.



*Urut dada sendiri.. Hela nafas, senyum, mata berkaca*


''Kalau dah jodoh, takkan ke mana.. Sabar, zaman remaja ini sebaiknya kita berjuang..''




Jom remaja Islam, 'Sibukkan diri' :')




P/S : Kepada semua daie, jangan memfokuskan status kepada cinta sahaja.. Ada isu besar yang lebih penting.. :)



PS : Nasihat ni untuk diri saya sendiri terutamanya.. Kadang-kadang, saya ada juga post bab-bab hati.. Hehe..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KEGAGALAN ADALAH SATU PROSES KEHIDUPAN

Allah itu Maha Kaya. Ia menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah terfikir seperti itu..?


Saya sering melalui detik-detik dan hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup. Saya yakin kita semua juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Namun, selagi mana kita mampu untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak, saya percaya, rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.


Hari ni saya mahu berikan 3 petua berguna untuk kita menjana lebih kekuatan dalaman agar kita menjadi manusia yang lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran kehidupan.





1. Kaji semula matlamat utama kehidupan kita

Pernahkah kita mengkaji, membuat penelitian semula akan apa matlamat sebenarnya kita hidup di muka bumi ini..? Ya, setiap daripada kita pasti mempunyai matlamat tersendiri di dalam hidup. Mungkin ada di antara kita yang pernah memasang impian untuk bergelar manusia berjaya ketika zaman belajar di persekolahan.


Ada juga yang sering mamahat angan untuk menjadi seorang juruterbang, peguam atau doctor hebat tatkata kecil-kecil dahulu. Tidak kurang, ada juga yang mungkin sering bermimpi-mimpi untuk menjadi seorang isteri dan suri rumah yang terbaik buat suaminya kelak. Betul..?



Justeru, bila kita kian lemah dan merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba ingat semula matlamat ada sewaktu kecil-kecil dahulu. Saya percaya setiap daripada kita pasti pernah memasang apa-apa angan-angan suatu masa dahulu kan..? Realisasikanlah ianya sekarang. Kita berhak untuk mencapai kesemua matlamat itu.


Hidup hanya sekali saja, dik. Gunakanlah ia sebaiknya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya. Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.





2. Kegagalan adalah suatu proses kehidupan

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang kita pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan..? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada kita, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya..!


Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.



Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.




3. Kita adalah makhluk terbaik ciptaan Allah

Kita tidak boleh merasakan yang kita telah gagal atau adalah manusia yang tidak berguna di atas muka bumi ini setelah kita mengalami apa-apa juga bentuk kegagalan di dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita jugalah yang mesti dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada Allah.


Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab kita sememangnya makhluk terpilih. Dia menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Kita perlu tahu bahawa kita adalah makhluk yang Dia pilih kerana kitalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.


Allah tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya. Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa kita merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ANTARA TELEFON ROSAK DAN HATI ROSAK

Kalau telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita pergi baiki. Maklumlah penting sangat untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam tak sempat siang cuba hendak baiki juga.


Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati yang dimaksudkan ialah hati rohani iaitu 'al-qalb'. Hati qalbu iaitu hati nurani di mana letaknya iman dan Islam. 



"Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup ini"


Itu antara lagu berkaitan hati. Salah satu penyakit yang merosakkan kehidupan dan iman kita ialah sifat takbur. Wajib kita jaga hati supaya jangan sampai takbur merosakkan diri kita. Sifat takbur (sombong) adalah sifat mazmumah yang wajib kita kikis segera. Kalau tidak, ia akan menutup semua jalan kebaikan yang dilakukan. Hampir semua manusia ada sifat ego atau sombong. Untuk membuangnya, memang sukar. Imam Ghazali berkata,



"Sifat ego itu hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia"


 Bagaimanapun, kita perlu berusaha mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah.



Bukankah ada pepatah mengatakan,


"Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi"


Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, kita akan mudah meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf dosa kita sesama manusia boleh terhapus. Oleh itu, kita perlu melatih diri melawan sifat sombong atau takbur ini. Latihan yang lebih berkesan lagi ialah biasakan diri tinggal bersama dengan orang yang sering dipandang rendah oleh masyarakat seperti orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap, minum, makan dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita.


Biarkan. Bisikkan di hati, 



"Memang diri ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang"


Kalaulah amalan itu dibiasakan, InsyaAllah sifat ego sedikit demi sedikit dapat kita buang. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman Allah,


"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri"
(Al Luqman : 18)


Allah berfirman lagi,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina"
(Al Hujurat : 11)


Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata, 

"Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri"


Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut Allah. Ia adalah lawan kepada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. 


Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Latihan itu sangat susah hendak dilakukan kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah bersabda, 

"Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu"


Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. 


Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan itu sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak. Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang disebutkan tadi..? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun, ia bukannya perkara mudah.


Amat susah sekali, terseksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun, melalui latihan yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah ia akan dipermudahkan Allah. 



Allah berfirman yang bermaksud,

"Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik"
(Al Ankabut : 69)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ANDAI AIR MATA ITU

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, 
Nama tidak menjamin redha rabbuna.. 
Penulisan ini bukan kerana harta, 
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.. 
Bukan juga kerana terpaksa, 
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.. 
Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama.. 
Penulisan ini hanyalah kerana Allah, 
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, 
Berfikir sebelum bertindak, 
Santun dalam berbicara, 
Tenang ketika gundah, 
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian..


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq, 
Sebijaksana Umar bin Khattab, 
Sedermawan Uthman bin Affan, 
Sepintar Ali bin Abi Thalib, 
Sesederhana Bilal dan 
Setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum.. 
Aamiin ya Rabbal'alamin..





"The more a Muslim thinks of death, the better he acts in life.."


Air mata seorang lelaki.. 
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita, maka hilanglah sifat pemimpinnya..


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia, maka hilanglah sifat redhanya.. 


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya, maka terbitlah sifat belas ehsannya..


Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalir kerana terluka, maka hilanglah sifat kekuatannya..


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah SWT, maka bergembiralah kerana air mata yang sedikit itu mampu memadamkan api neraka kelak..






Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah SWT sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.."


Dalam sebuah Kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam api neraka..


Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, 


"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah SWT mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah SWT mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT.. Malaikat Jibril AS mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut..


Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya..



Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).. Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.."
(Al - Jasiyah : 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,


"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku.."


Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata,



"Wahai api..!! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.."


Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,


"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W.."


Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah SAW meraihnya.. Berkata Jibril AS,



"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.."


Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril AS,



"Wahai Jibril, apakah air itu..?"


Maka Jibril berkata,



"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.." Maka padamlah api itu dengan izin Allah SWT.."



Telah bersabda Rasulullah SAW,



" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.."



I want to die with my forehead on the ground.. The sunnah in my heart.. Allah is on my mind.. Quran is on my tongue and tears in my eyes.. Aamiin Ya Rabb..





Jom sama-sama mengislahkan diri =)
The Beauty of Islam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...