HANYA MAUT MEMISAHKAN KITA

Melihat wajahnya yang tenang menikmati makan malam cukup buat aku rasa bersalah untuk meneruskan apa yang ingin aku katakan padanya. 


"Kita harus berpisah" 


Ujarku perlahan tapi aku tahu cukup jelas untuk dia dengar, kerana dengan nada yang sangat tenang, dia cuma bertanya, 


"Kenapa..?"


Aku hanya diam. Dia mengulangi soalan yang sama berulang kali. 


"Kenapa, kenapa dan kenapa..?"


Ternyata, sikapku yang mendiamkan diri membangkitkan kemarahannya. Kami bergaduh. Dia asyik menangis dan bertanyakan 


"Kenapa..?"


Aku tahu, dia mahu tahu apa yang tidak kena hingga aku harus menceraikan dia tapi, terlalu sukar untuk aku akui, aku sudah tidak cintakan dia lagi kerana kini hatiku sudah dimiliki oleh wanita lain.


Keesokkan harinya, selepas pulang dari kerja, aku lihat dia menulis sesuatu. Kepulanganku tidak bersambut, dan aku tidak menyalahkan dia untuk itu. Terjaga di tengah malam, aku lihat dia masih di meja itu menulis sesuatu yang tidak aku tahu.


Pagi itu, sebelum aku pergi ke pejabat, dia menghulurkan satu nota berisi syarat penceraian dia tidak mahu apa-apa pun dari aku. Tiada tuntutan nafkah. Cuma dia minta aku bagi dia tempoh sebulan sebelum aku lafazkan talak terhadapnya. Dia mahu kami berpura-pura hidup seperti biasa selama sebulan atas alasan anak kami sedang menghadapi peperiksaan akhir ketika ini dan tidak mahu isu perceraian kami menganggunya.


Aku bersetuju dan tiba-tiba dia bertanya sama ada aku masih ingat saat pertama aku mendukungnya dari depan pintu rumah ke kamar tidur pada hari perkahwinan kami, aku hanya mengangguk lemah dan apa yg memeranjatkan aku, dia meminta aku mengangkatnya dari bilik tidur ke depan pintu rumah setiap pagi selama sebulan. Aku fikirkan dia mula gila tapi mengenangkan perkahwinan kami akan berakhir, aku bersetuju dengan permintaannya.


Aku memberitahu Zara, teman wanitaku, tentang syarat yang isteriku kemukakan, Zara hanya ketawa dan mengatakan semua permintaan itu mengarut, 


"Apa pun helah dia untuk mengelak dari bercerai, dia kena hadapi jugak satu hari nanti dia tetap akan diceraikan" Ujar Zara.


Hari pertama aku mendukungnya dari bilik tidur ke tingkat bawah, anak-anakku menepuk tangan keriangan membuatkan aku betul-betul rasa bersalah. Dengan mata yang tertutup, dia berbisik perlahan,


"Jangan sampai anak-anak tahu tentang perceraian kita ye," Aku hanya mengangguk lemah.


Hari kedua, semasa mendukungnya aku terbau harumannya yang dulu bagiku penyegar hariku. Melihat dia, aku tersedar, aku telah lama mengabaikan dia, melihat dia, aku sedar. kami bukan muda lagi, sudah ada kedut-kedut halus dimukanya, rambut yang mulai memutih di kepalanya.


Hari-hari yang berlalu seolah-olah mengembalikan seri rumahtangga kami yang makin hilang. Aku semakin selesa mendukungnya pagi-pagi diiringi gelak tawa anak-anak yang geli hati melihat kami begini. Perasaan ini aku sembunyikan dari Zara yang berulangkali mengingatkan aku tentang helah isteriku melengah-lengahkan perceraian.


Tempoh sebulan semakin hampir, aku mula ragu-ragu dengan kemahuan ku. Melihat dia yang sangat tenang menghadapi hari itu, buat aku terasa sangat lemah. Pagi itu, dia sedang memilih pakaian yang ingin dipakainya ke tempat kerja. Dia mengeluh perlahan, baju-bajunya semakin longgar. Aku tersentak dan tersedar, dia semakin kurus. Sangat kurus. Tentunya dia terlalu banyak makan hati dan memendam rasa dengan sikapku selama ini. Terdorong atas rasa kesal, aku menuju ke arahnya dan mengusap kepalanya, dia tersenyum memandangku. Sayu.


"Papa, cepatlah angkat mama turun. Adik nak pergi sekolah dah ni"


Kehadiran anak bongsuku mematikan suasana. Isteriku bangun dan memeluk anak kami dengan erat, saat itu aku memalingkan muka kerana aku takut suasana seperti itu akan mengubah keputusanku. Selama hari aku mendukungnya, hari itu buat pertama kalinya aku merasakan ada rasa sayang untuk dia. Ketika dia memeluk erat leherku, aku terbayang saat pertama aku mendukungnya begitu di hari perkahwinan kami.


Aku bergegas keluar selepas meletaknya di depan pintu rumah, aku semakin takut dengan perasaanku. Aku tidak jadi ke pejabat, dengan hati yang nekad aku memandu ke tempat Zara. 


"I tak jadi bercerai" Ujarku pada Zara. 


Dia ketawa dan memegang dahiku 


"Are you okay..? You demam ke..?"


Aku menarik tangannya perlahan, 


"Sorry, Zara.. I memang tak jadi ceraikan wife I. Selama ni, I fikir perkahwinan kami bosan sebab kami tak menghargai apa yang kami ada bersama, bukan kerana I tak cintakan dia lagi. I mulai sedar, bila I dah jadikan dia isteri I, seharusnya dia terus jadi isteri I sehingga maut memisahkan kami"


Aku terdiam bila tiba-tiba Zara menampar ku dan menghempas pintu. Dalam perjalanan balik, aku singgah membeli sejambak bunga dan menyuruh gadis penjual bunga itu menuliskan "HANYA MAUT YANG MEMISAHKAN KITA" di atas kad kecil itu. Dengan senyuman dan harapan untuk memulihkan semula apa yang hampir aku hancurkan, aku berlari ke tingkat atas untuk memberi kejutan pada dia tapi ternyata aku yang diberi kejutan melihat dia terbaring di lantai bilik TIDAK BERNYAWA. 


Di saat aku sibuk menjalin cinta dengan Zara, aku bagaikan buta hingga tidak sedar betapa isteriku sedang bergelut dengan kanser. Dia tahu, dia akan pergi meninggalkan aku dan anak-anak.. Sebab itu, dia tidak mahu anak-anak mendapat kesan negatif dan membenci aku sekiranya aku menceraikan dia sebelum dia pergi.. Sekurang-kurangnya, di mata anak-anak, aku adalah seorang AYAH dan SUAMI yang terbaik..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...