HAI REMAJA

Sepanjang 20 tahun hidup, berjumpa dengan ramai orang, selalu juga dengar pengakuan mereka yang ponteng puasa bersama alasan mereka (mereka gtaw alasan mereka dengan megah beb)


  1. Laparlah.. Tak tahan..


    Apa manusia la.. Tak lapar tak la namanya puasa.. Itu satu ujian untuk setiap muslim / mukmin. Kalau tahan makan 13 jam tak mampu, nak perang camne gini (ayat seseorang bakal YB yang ku kenali) ehe.. Sememangnya perkara biasa, kalau puasa tu, kita lapar, tak lojik la kul 12 tengahari bulan ramadan,time tengah puasa kita sebut "Arrhr.. Kenyangnya.. Errk"


  2. Lupa nak niat semalam..


    Ni seperangai lagi.. Niat pun leh jadi alasan. Try baca satu tulisan Tok Guru Nik Aziz berkaitan niat. Pada akhir syaban lagi kita dah niat nak puasa di bulan puasa, macam mana leh lupa niat..? Lafaz tak wajib, niat dalam hati nak puasa "Ea, esok pose lak" masa berbuka tu.. Dah kira niat dah tu.. Cam ne lagi.. Parah la..


  3. Lupa mandi wajib, semalam mimpi..


    Ini kisah benar depan mata ni.. Kih kih kih.. Ea-ea.. Bangun tidur tu, mandi je lah. Payah apa. Apa kes bangun tido pi cari nasi dalam loker, apa kes..? Bukan sengaja mende tuh.. (Kes budak ponteng asrama ni)


  4. Kawan ajak ponteng


    Nanti kawan ajak bakar tangan join skali ekk.. Ni padah bila silap memilih rakan.. Hurmm.. Orang cakap, kawan biar seribu, musuh jangan sorang pun, tapi kalau kawan tak ikut islam, jangan duk kawan la.. Tiada faedah..Kalau yakin boleh nasihat dia, dekati, kalau rasa akan terjebak skali.. Pi main jauh jauh dari dia.



Ada lagi alasan lain..?


Tapi kebiasaannya alasan mereka adalah "Lapar, tak tahan" tu je la.. 


Apa la remaja zaman sekarang..? :(

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...