AURAT WANITA BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
(An-Nur : 31)



1. Bulu Kening

Menurut Bukhari, 

"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)




2. Kaki (Tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur : 31)


Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.




3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)




4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
(An-Nur : 31)




5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat At-Thabrani)


"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




6. Muka dan Tangan 

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah,

"Wahai Asma..! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." 
(Riwayat Muslim dan Bukhari)




7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" 
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)




8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya."
(An Nur : 31)


Sabda Nabi SAW,

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)




9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
( Al Ahzab : 32)


Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
(Riwayat Ibn Majah)




10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."
(An Nur : 31)


"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
(Riwayat Al Bazzar)


"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)




11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59)




12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah..! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

DOA KETIKA BERWUDHUK

BASUH MUKA
"Ya ALLAH Engkau jadikanlah mukaku berseri seri sebagaimana Engkau menyerikan muka wali-waliMU..dan janganlah Engkau jadikan mukaku hitam sebagaimana Engkau hitamkan muka musuh-musuhMU di hari akhirat"




BASUH TANGAN
"Ya Allah Ya tuhanku, Engkau jadikanlah tanganku tangan yang bijak (Tangan kanan) dan janganlah Engkau jadikan tanganku ini tangan yang celaka (Tangan kiri)




BASUH TELINGA
"Ya Allah ya tuhanku, Engkau jadikanlah telingaku ini telinga yang mendengar kata,mendengar seruan iman dan janganlah Engkau jadikan telingaku ini telinga yang tidak mendengar kata"




BASUH SEBAHAGIAN KEPALA
"Ya Allah, Engkau jadikanlah dahiku ini dahi yang sujud padaMu dan janganlah Engkau jadikan dahiku ini dahi yang sujud selain dariMU.."




BASUH KAKI
"Ya Allah, Engkau jadikanlah kaki ku ini kaki yang tetap di titian Siratul Mustaqim (Kaki kanan) dan janganlah Engkau jadikan kaki ku ini tergelincir dari titian Siratul Mustaqim seperti mana Engkau menggelincirkan kaki musuh-musuhMu di akhirat (Kaki kiri)"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WANITA DAN LELAKI YANG BAIK ITU UNTUK SIAPA SEBENARNYA

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :-

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.."


Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi, ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.


Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa 'Al-Ifki', iaitu ketika Sayyidatina Aisyah RA difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.


Allah SWT mempertahankan kesucian Sayyidatina Aisyah RA dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad SAW sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayangi Aisyah.


Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti hubungan suami isteri juga. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram.


Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai. Tetapi, seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.


Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah. Selain itu, kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.


Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatar belakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.


Namun, sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah di akhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor..!


Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita mendampingi, sama ada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.


Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangiNya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.


Sebaik atau sejahat mana pun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

LELAKI SEJATI

Aku bertanya pada ibuku, 



"Bagaimanakah lelaki sejati..?"


Ibuku menjawab,



"Nak, laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya..



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..




Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..


Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah..




Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu..



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya..


Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MAMA, AKU MULA MELUPAI WAJAHMU

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang..? Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu jaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironinya, aku gagal bertindak sebagai ayah dan mama kepada anakku.


Suatu hari, aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anakku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anakku. Berharap apabila dia bangun nanti, dia boleh menanak nasi sebab fikirku beras masih ada. Selepas memaklumkan pada anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.


Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut..!


Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anakku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam. Mengharapkan tidur nyenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.


Adakah aku gila..! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelakiku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esakan tangis anakku bersuara,


"Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya, maafkan saya ayah"


Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anakku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip menenggelamkan tanggisanku itu.. Selepas itu, aku mendapatkan anakku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.


Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.


Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku. Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.


Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidak hadirannya ke sekolah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.


Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anakku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, 


"Maafkan saya ayah"


Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan 'Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anakku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.


Beberapa hari selepas aku merotan, anakku balik dan memberitahuku bahawa dia sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga.!


Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anakku buat hal lagi. Sementara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.


Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar. Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, 


"Maafkan saya ayah"


Dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera. Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, 


"Surat-surat itu khas untuk mama" 


Dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, 


"Tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa..?"


Kemudian anakku menjawab, 


"Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus"


Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, 


"Nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi"


Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudian ia tertidur. Aku membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.


"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama..! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.


Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merinduimu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.


Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.


Mama, setiap hari saya melihat ayah merinduimu dan setiap kali ayah teringatkanmu, dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajahmu. 


Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama..? Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama..?"


Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

HANYA MAUT MEMISAHKAN KITA

Melihat wajahnya yang tenang menikmati makan malam cukup buat aku rasa bersalah untuk meneruskan apa yang ingin aku katakan padanya. 


"Kita harus berpisah" 


Ujarku perlahan tapi aku tahu cukup jelas untuk dia dengar, kerana dengan nada yang sangat tenang, dia cuma bertanya, 


"Kenapa..?"


Aku hanya diam. Dia mengulangi soalan yang sama berulang kali. 


"Kenapa, kenapa dan kenapa..?"


Ternyata, sikapku yang mendiamkan diri membangkitkan kemarahannya. Kami bergaduh. Dia asyik menangis dan bertanyakan 


"Kenapa..?"


Aku tahu, dia mahu tahu apa yang tidak kena hingga aku harus menceraikan dia tapi, terlalu sukar untuk aku akui, aku sudah tidak cintakan dia lagi kerana kini hatiku sudah dimiliki oleh wanita lain.


Keesokkan harinya, selepas pulang dari kerja, aku lihat dia menulis sesuatu. Kepulanganku tidak bersambut, dan aku tidak menyalahkan dia untuk itu. Terjaga di tengah malam, aku lihat dia masih di meja itu menulis sesuatu yang tidak aku tahu.


Pagi itu, sebelum aku pergi ke pejabat, dia menghulurkan satu nota berisi syarat penceraian dia tidak mahu apa-apa pun dari aku. Tiada tuntutan nafkah. Cuma dia minta aku bagi dia tempoh sebulan sebelum aku lafazkan talak terhadapnya. Dia mahu kami berpura-pura hidup seperti biasa selama sebulan atas alasan anak kami sedang menghadapi peperiksaan akhir ketika ini dan tidak mahu isu perceraian kami menganggunya.


Aku bersetuju dan tiba-tiba dia bertanya sama ada aku masih ingat saat pertama aku mendukungnya dari depan pintu rumah ke kamar tidur pada hari perkahwinan kami, aku hanya mengangguk lemah dan apa yg memeranjatkan aku, dia meminta aku mengangkatnya dari bilik tidur ke depan pintu rumah setiap pagi selama sebulan. Aku fikirkan dia mula gila tapi mengenangkan perkahwinan kami akan berakhir, aku bersetuju dengan permintaannya.


Aku memberitahu Zara, teman wanitaku, tentang syarat yang isteriku kemukakan, Zara hanya ketawa dan mengatakan semua permintaan itu mengarut, 


"Apa pun helah dia untuk mengelak dari bercerai, dia kena hadapi jugak satu hari nanti dia tetap akan diceraikan" Ujar Zara.


Hari pertama aku mendukungnya dari bilik tidur ke tingkat bawah, anak-anakku menepuk tangan keriangan membuatkan aku betul-betul rasa bersalah. Dengan mata yang tertutup, dia berbisik perlahan,


"Jangan sampai anak-anak tahu tentang perceraian kita ye," Aku hanya mengangguk lemah.


Hari kedua, semasa mendukungnya aku terbau harumannya yang dulu bagiku penyegar hariku. Melihat dia, aku tersedar, aku telah lama mengabaikan dia, melihat dia, aku sedar. kami bukan muda lagi, sudah ada kedut-kedut halus dimukanya, rambut yang mulai memutih di kepalanya.


Hari-hari yang berlalu seolah-olah mengembalikan seri rumahtangga kami yang makin hilang. Aku semakin selesa mendukungnya pagi-pagi diiringi gelak tawa anak-anak yang geli hati melihat kami begini. Perasaan ini aku sembunyikan dari Zara yang berulangkali mengingatkan aku tentang helah isteriku melengah-lengahkan perceraian.


Tempoh sebulan semakin hampir, aku mula ragu-ragu dengan kemahuan ku. Melihat dia yang sangat tenang menghadapi hari itu, buat aku terasa sangat lemah. Pagi itu, dia sedang memilih pakaian yang ingin dipakainya ke tempat kerja. Dia mengeluh perlahan, baju-bajunya semakin longgar. Aku tersentak dan tersedar, dia semakin kurus. Sangat kurus. Tentunya dia terlalu banyak makan hati dan memendam rasa dengan sikapku selama ini. Terdorong atas rasa kesal, aku menuju ke arahnya dan mengusap kepalanya, dia tersenyum memandangku. Sayu.


"Papa, cepatlah angkat mama turun. Adik nak pergi sekolah dah ni"


Kehadiran anak bongsuku mematikan suasana. Isteriku bangun dan memeluk anak kami dengan erat, saat itu aku memalingkan muka kerana aku takut suasana seperti itu akan mengubah keputusanku. Selama hari aku mendukungnya, hari itu buat pertama kalinya aku merasakan ada rasa sayang untuk dia. Ketika dia memeluk erat leherku, aku terbayang saat pertama aku mendukungnya begitu di hari perkahwinan kami.


Aku bergegas keluar selepas meletaknya di depan pintu rumah, aku semakin takut dengan perasaanku. Aku tidak jadi ke pejabat, dengan hati yang nekad aku memandu ke tempat Zara. 


"I tak jadi bercerai" Ujarku pada Zara. 


Dia ketawa dan memegang dahiku 


"Are you okay..? You demam ke..?"


Aku menarik tangannya perlahan, 


"Sorry, Zara.. I memang tak jadi ceraikan wife I. Selama ni, I fikir perkahwinan kami bosan sebab kami tak menghargai apa yang kami ada bersama, bukan kerana I tak cintakan dia lagi. I mulai sedar, bila I dah jadikan dia isteri I, seharusnya dia terus jadi isteri I sehingga maut memisahkan kami"


Aku terdiam bila tiba-tiba Zara menampar ku dan menghempas pintu. Dalam perjalanan balik, aku singgah membeli sejambak bunga dan menyuruh gadis penjual bunga itu menuliskan "HANYA MAUT YANG MEMISAHKAN KITA" di atas kad kecil itu. Dengan senyuman dan harapan untuk memulihkan semula apa yang hampir aku hancurkan, aku berlari ke tingkat atas untuk memberi kejutan pada dia tapi ternyata aku yang diberi kejutan melihat dia terbaring di lantai bilik TIDAK BERNYAWA. 


Di saat aku sibuk menjalin cinta dengan Zara, aku bagaikan buta hingga tidak sedar betapa isteriku sedang bergelut dengan kanser. Dia tahu, dia akan pergi meninggalkan aku dan anak-anak.. Sebab itu, dia tidak mahu anak-anak mendapat kesan negatif dan membenci aku sekiranya aku menceraikan dia sebelum dia pergi.. Sekurang-kurangnya, di mata anak-anak, aku adalah seorang AYAH dan SUAMI yang terbaik..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KISAH SUAMI SOLEH DAN ISTERI SOLEHAH

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen, ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan,


"Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya."


Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam..? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.


Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.


Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi. Abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. 
Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan..? Huh. 


"Abang dengar tak..?" 


Macam cakap dengan laptop tu je. 


"Hmm, saya solat dekat surau." 


Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. 


"Saya ikut. Jap saya siap." 


Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau..? 


"Abang, dah siap."


Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik..! 


"Abang..?"


Aiman tersedar. 


"Jom."


 Kunci kereta di atas meja di capai. 


"Saya bawa kereta awak, tak kisah..?" Tanya Aiman ragu-ragu.


Syahirah senyum. 



"Harta saya harta abang juga."


Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta hanya dengar radio hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. 


"Abang,surau belok kiri tu." 


Aiman hanya diam. Malu. Kereta dibelokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke..? Songkok ke..? 


"Err, Ira.."


Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. 


"Ya..?"


"Okay ke saya pakai macam ni..? Mana tahu kene halau ke nanti..?"


Syahirah senyum. 


"Jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita keranaNYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni."


Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.


"Jom."


Ajak Syahirah. 


"Hmm."


Enjin kereta dimatikan. Malam itu, Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. 


"Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama."


Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Terbaca. 


"Saya nak suami yang soleh..! Ya Allah makbulkan doa hamba."


Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama..! Aku dah jauh terpesong..! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya 'tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!'


Televisyen di hadapannya itu dipandang kosong. Berubah..? Teringat juga dia amaran abang iparnya. 



"Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku lagi. Jangan pernah kau buat dia menangis."


Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. 


"Ingat.. ! Aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara..! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak..?"


Aiman hanya mengangguk. Huh,garang..! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. 


"Cuba teka ini siapa..?"


Kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.


"Hmmm, Tom Cruise.." Main-main Aiman. 


"Salah..! Tom Cruise tak reti cakap melayu..!" Aiman ketawa. 


"Hmm, Hj. Amran." Syahirah pula ketawa. 


"Salah..! Hj. Amran dekat Johor."


"Ha..! Tahu.. tahu.. Syah..!" Syahirah kerut dahi. 


"Syah mana..?"


"Syahirah." 


Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je 'masuk'. 


"Abang buat apa..?"


"Tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah.."


"Tanya apa..?"


"Er, kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya..?"


"Sebab Allah." Aiman diam sebentar. 


"Tak faham."


"Saya buat solat istikharah. Minta petunjuk dariNya." 


Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak dikatakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu.


"Abang, saya tak reti masak" Kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. 


Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak. Hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. 


"Lelaki bising perempuan tak reti masak..! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu..!"


Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.


"Macam mana ni abang..?" Kata Syahirah sayu. 



Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.



"Tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak."



"Maaf ya abang.." 


Aiman senyum. "Tak apa."


Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah..! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu, Aiman masuk dengan membawa laptop. 


"Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur..?"



"Belajar masak guna internet." Aiman senyum dan mengangkat kening.


Syahirah senyum. 


"Huish masin." Komen Syahirah. 


Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. 


"Abangkan yang masak ni." Kata Syahirah lagi. 


Aiman rasa dan ketawa. 


"Okay lah ni. ha. Awak punya sayur campur ni tawar..! Tak rasa apa-apa.." Komen Aiman pula. 


"Okay apa..?"


"Is okay.."



"Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur." 



"Boleh ke macam itu..?"


"Boleh je."


"Okay.." 


"Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau." 


Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau..? Ajak isterinya..? Huh, sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah..!


"Ustaz." Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. 



Ustaz itu menoleh. "Ya..?"


"Saya nak"


"Nak apa..?" 


Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. 


"Anak nak apa..?"


"Saya nak belajar agama." Terluah juga. 


Ustaz itu senyum. 


"Mari."


Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.


"Ustaz kenalkan isteri saya." Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. 


Syahirah hanya senyum dan mengangguk. 


"Baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau." Aiman sentak. 


Walau apa pun senyum paksa diberi. 



"Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni."


Kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. 


"Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga."


"Terima kasih ustaz." Aiman bersuara. 


Ustaz itu menepuk bahu Aiman. "baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum." 


"Waalaikumussalam." Jawab Syahirah dan Aiman serentak. 


Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.


"Lamanya abang pergi.."



Aiman tersedar.


"Hmm, seminggu je."


Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! 


"Seminggu tu lama tau.." Lirih Syahirah. 


"Pejam celik- pejam celik sekejap je tu.."



"Kalau pejam tak celik- celik..?" Tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.


Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. 


"Apa awak cakap ni..?" Lembut dan ada nada risau di situ. 


Syahirah ketawa halus. 


"Gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. 


"Tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas."


Isterinya tarik muncung. "Tak mau lah, nanti kurang pahala."


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah, banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. 


"Awak sihat..?"


Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. 


"Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke..? Dah masuk hari kedua baru nak call..? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang..? Saya dah dua hari tak solat jemaah tau..?" Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. 


"Ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana..?" 


Tiba-tiba, suara Syahirah bertukar sebak. 


"Saya tahu, saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya.." 


Air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. 


"Awak nangis ke..?" Diam lagi. 


"Awak, saya.." Syahirah memintas. 


"Tak apa. Saya faham." Air matanya diseka. 


"Abang sihat tak..?"


"Alhamdulillah sihat." Diam. 


"Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" Pesan Syahirah. 


"Baik sayang."


Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. 


"Lagi..?"


"Er.. Abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.." Aiman ketawa. 


"Next..?"


"Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajud.." Aiman hanya mengangguk. 


"Lagi..?"


"Selalu beristigfar"


"Okay, lagi..?"


"Ingat Allah dalam setiap perbuatan."


"Alright, next..?"


"Sentiasa berselawat."


"Okay."


"Abang ni last."


"Apa dia tu..?" Soal Aiman lembut.


"Doakan rumahtangga kita sampai syurga."



Aiman senyap sekejap. "sure."



Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi, Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. 


"Assalammualaikum, awak." Sapa Aiman. 


"Waalaikumussalam, abang" Nada ceria. 


Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang..! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.


"Er, awak pandang apa..?" Syahirah tersentak. 



"Eh, tak.. Abang nampak lain."


"Apa yang lain..?"


Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. 


"Oh.." Jawab Aiman dan menarik kopiahnya. 


"Jom masuk." 


Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. 


"Abang nah.." Lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. 


Aiman menyambut, "Thanks."


"Abang, nak tahu tak..?" 


Dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. 


"Hmm..?"


Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. 


"Ada sinetron baru tau." Berkerut dahi Aiman. 


"Oh, apa benda tu..?"


"Apalah abang ni. Itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri."


"Oh.." Gelas diletak di atas meja. 


"Kenapa dengan cerita tu..?"


"Best."


Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel..! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. 


"Apa yang best..?"


"Lagu."


Ek.. "Oh.. Jalan cerita tak best..?"


Sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. 


"Best jugak tapi sedih."


"Kenapa..?" 



"Entah.."


"Abang nak dengar lagu tema cerita tu..?"



"Lagu apa..?" 


"Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar" 


Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. 


"Haa, nah.." Dia menghulurkan earphone pada Aiman. 



"Hmm, awak ambil satu.." Kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 



"Er.. Kita dengar sesama.." Teragap-gagap Aiman.


"Ok."



Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 


Inilah aku apa adanya, 

Yang ingin membuatmu bahagia, 

Maafkan bila ku tak sempurna 

Sesempurna cintaku padamu 



"Saya baru download tadi.." 


Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. 


Ini cintaku apa adanya 

Yang ingin selalu di sampingmu 

Ku tahu semua tiada yang sempurna 


Di bawah kolong langit ini 


"Abang, kita jadikan lagu kita nak..?" Aiman diam seketika. 


Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. 


"Hmmm." 


Jalan kita masih panjang 

Ku ingin kau selalu di sini 

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi

Dan dunia menjadi saksinya 

Untuk apa kita membuang-buang waktu 

Dengan kata-kata perpisahan 


Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah meletakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. 


Demi cinta kita aku akan menjaga 

Cinta kita yang telah kita bina 

Walau hari terus berganti hari lagi 

Cinta kita abadi selamanya


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. 


"Eeerr.. Awak.." 


Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. 


"Awak, bangun. Dah azan Asar ni.."


Syahirah bangun dengan mengosok matanya. 


"Abang saya ABC la. Abang solat lah.." 


Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. 


"Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar." Syahirah memandang Aiman. 


"Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan."



Aiman teragak-agak. "Oh.. Haa. Okay. Saya solat dulu."


 Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. 


"Abang."


Langkah Aiman mati. Dia menoleh. 


"Doakan rumah tangga kita sampai syurga."


Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. 


"Sure." 


"Abang, saya nak cari buku masak.."


Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia dan Syahirah beli tadi. 


"Nanti jumpa abang dekat kaunter lah." Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.


Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. 


"Ada boleh saya bantu encik..?" 


"Hmm, ada tafsir tak..?"


"Hmm. Tafsir Al-Quran..?" 


"Maaf encik tiada stok."


Aiman senyum paksa. 


"Okay. Thanks."


Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. 


"Abang tak beli apa-apa..?"


"Tak. Awak dah jumpa buku..?"


Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. 


"Tadaaa, nanti kita try dekat rumah ok..?"


"Okay." 


Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.


"Wah, romantiknya mereka..!"



"Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punyalah handsome dan baik..!"


"Mana kau tahu baik..?"


"Tadi dia nak beli tafsir Al-Quran."


"Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je."


"Sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan"


"Superb..! Romantic..!"


Kan Allah SWT telah berfirman, 

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(An-Nur : 26) 



"Betul-betul."


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. 


"Abang.." Sapa Syahirah manja. 


Aiman senyum. "Kenapa..?"


"Nah.." 


Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. 


"Birthday saya rasanya belum lagi.."


"Abang bukalah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan aircond. Nite abang. Assalammualaikum."



Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. 


"SubhanaAllah, tafsir Al-Quran.." 


Terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 



"Al-Quran, the love letter from Allah" – Isterimu.


Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat.


Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.


"Aiman..!! Kamu nak jadi apa ha ni..!"



Tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. 


"Kamu dengar tak ni..?! Hari tu kamu pergi mana..? Kamu buat hal lagi ya..? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni..!"


Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. 


"Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.."


Dato Rahimi memandang sinis anaknya. 


"Bukan kamu joli kan semua duit tu..?"


"Abah.."


"Dah..! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni..!"


Tercengang Aiman. Mana dia ada duit banyak tu. 


"Abah, saya tak ada duit banyak tu."


"Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut..!"



Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah. Tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. 


"Assalammualaikum." Lemah Aiman menjawab. 


"Waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang..!" 


"Er, kenapa along..?"


"Kau balik je..!"



Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. 


"Ada apa ya..?"


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.


"Along, tolonglah jangan buat kecoh dekat sini.." Rayu Syahirah. 



"Eh, kau diam lah dik.."


Aiman melangkah masuk ke rumah. 


"Assalammualaikum."


"Hah, sampai pun kau.."


Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. 


"Kenapa along..?"


"Aku nak bawak Syahirah balik.." Sentap Aiman mendengar. 


Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. 


"Ta.. tapi kenapa..?"



"Kenapa kau tanya..? Kau tahu tak..? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung..! Macam mana kau sara adik aku ha..? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan..?!" Herdik Syahir.


Sebak Aiman dengar. 


"Along tak boleh buat macam ni.."


"Apa tak bolehnya..! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak..! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je"


"Along, kenapa along cakap macam tu..?" 


Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. 


"Kau diam.."


"Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami..!"


Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. 


"Saya tak akan pergi..! Tempat seorang isteri di sisi suami..!"


"Hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur..!"


Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat..! 


"Abang.. Tolong.." Sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. 


"Saya izin.." Sebak. 


"Saya izinkan awak balik.."


Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. 


"Abang" Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaanMU. Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bilnya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. 


"Awak.." Esakkan itu masih lagi berbunyi. 


"Ira, awak.."


"Sampai, sampai hati abang.." Aiman senyap. 


"Saya buat macam ni agar awak senang.."


"Tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-sorang lalui kepayahan."


"Awak tak faham.." Sayu Aiman jawab.


Suara serak Syahirah berbicara lagi. 



"Abang, biarlah susah senang kita bersama." Aiman senyap. 


"Abang, tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah."


Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. 


"Abang, tolong jangan senyap macam ni.. Saya bersalah sangat ni.."


"Sayang tak perlu rasa bersalah."


Terdiam Syahirah. Ya Allah.


"Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.."


Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. 


"Cuba abang baca.."


Rasulullah SAW bersabda,


"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya."
(HR Muslim)


Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. 


"Sayang, abang betul-betul tak kuat.." 


Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. 


"Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang."


"Tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang."


"Abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali..."


Aiman hanya diam. 



"Istikharahlah abang, minta petunjukNYA.."


"Assalammualaikum."


Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. Ya Allah.. Nasihat Nabi SAW kepada Ali RA, 


"Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya : 

  1. Jujur dalam berkata-kata.

  2. Menjauhi segala yang haram.

  3. Merendahkan diri."


"Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya : 

  1. Merahsiakan ibadahnya

  2. Merahsiakan sedekahnya.

  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya."


"Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya : 

  1. Takut berlaku dusta dan keji.

  2. Menjauhi kejahatan.

  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman."


"Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya : 

  1. Mengawasi dirinya.

  2. Menghisab dirinya.

  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT"


"Assalammualaikum.." Aiman menoleh. 


"Waalaikumsalam, eh ustaz." Mereka bersalaman. 


Ustaz itu senyum. 


"Baca artikel apa itu..?"


"Nasihat Rasulullah pada Ali."


"Oh, Alhamdulillah.


"Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik..?" 


Aiman senyum. "Tenang duduk dekat masjid ni."


"Dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut..?" Aiman sentap. 


"Hmm, dia balik kampung."


"Oh.. Eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.



Tangannya menyelak muka surat pertama. 


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.

Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya,

Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,

Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya tarbiah Allah,

Tersiram rahmat dan hikmah,

Diuji kita sebagai tanda sayangNya


Terkedu Aiman. Ya Allah. Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Ye lah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu, sekarang lain


"Assalammualaikum, abang dah makan..?" – Syahirah. 


Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (SMS). Comel je isterinya itu merajuk. 


"Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah" – Aiman 


Lepas beberapa minit. 


"Syarikat abang dah okay..? - Syahirah. 


Doakanlah ada projek yang masuk. - Aiman 


"Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. InsyaALLAH. Kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. - Syahirah. 


Aiman senyum membaca message itu. InsyaALLAH. - Aiman.


"Assalammualaikum, abi." Aiman menelefon ayah mertuanya, 


Haji Amran. "Waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni..?" Nada risau. 


"Abi,saya, saya.." Tak terluah oleh kata-kata. 


"Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman."


"Terima kasih abi."


Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung-renungkanlah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. 



Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. 


"Abang please.. Jangan tinggalkan saya lagi.." Esak Syahirah. 


Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. 


"Shhhh, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya." Mata mereka bertentangan. 


Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. 


"Jaga dia baik-baik Aiman." Pesan Hj. Amran. 


"Terima kasih abi, umi.." Sayu sahaja Aiman bercakap. 


Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih, Ya Allah, Kau permudahkan urusan ini. 


"Kami balik dulu abi, umi."


Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. 


"Assalammualaikum."


"Waalaikumussalam."


"Saya sayang abang."


Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. 


"Saya pun sayang awak juga." Syahirah senyum senang. 


"Ira.." Panggil Aiman. 


"Ya..?" Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu.


Aiman diam sekejap. 


"Thanks."


"Thanks untuk apa..?"


"Sebab awak saya dah banyak berubah." Syahirah ketawa kecil. 


"Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang."


"Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah.." Kata Aiman. 


Syahirah senyum. 


"Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz."


Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. 


"Thanks lagi sekali." Dahi Syahirah berkerut. 


"Untuk apa pula..?"


"Settlekan bil-bil syarikat tu.."


"Kita suami isteri kene saling membantu." 


"Mana Ira dapat wang banyak macam itu..?" Syahirah senyap.


Sebenarnya itu wang yang dikumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan along. Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.


Aiman memandang Syahirah sekilas. 


"Sayang, mana awak dapat wang banyak macam itu..?" Syahirah terkelu. 


"Hmm, rezeki Allah."


"Dari mana..? Tak akan turun dari langit kot..?" Soal Aiman lembut. 


"Abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya."


Syahirah menunjuk ke arah sebuah restoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta dibelokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba, Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. 


"Awak."


Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. 


"Biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu."


"Kita pergi klinik." Syahirah dah pening. 


"Tak apa. Ni panas ni. Dah biasa."


"No. Nampak serious ni."


Ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. 


"Abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap." Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.


Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya,


"Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.."


"Abang, bangun.." Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. 


"Encik Aiman, bangun.." Kejut Syahirah lagi. 


Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. 


"Abang, abang.. Bangun.."


Aiman membuka matanya perlahan-lahan. 


"Hmm, kenapa sayang..?"


"Abang, jom buat qiamullail berjemaah. Kita tak pernah qiamullail berjemaah."


Aiman duduk menghadap Syahirah. 


"Dah pukul berapa..?"


"Hmm, 4.30 pagi."


"Jom." Ajak Aiman. 


Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. 


"Sayang ambil wudhuk dulu.."


"Okay."


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. 


"Mimpi ke reliti ni..?"


seloroh Aiman dan memegang pipinya yang dicium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullail dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. 


"Abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang."


Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. 


"Halalkan semua makan minum."


Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. 


"Abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya." 


Dahi isterinya di cium. 


"Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh." Kata Syahirah dan senyum. 


Aiman hanya senyum. 


"Hmm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak..?" Syahirah geleng. 


"Boleh ea abang. Saya nak solat dekat rumah je. Letihlah."


Aiman mengangguk. 


"Ok lah. Nanti abang belikan sarapan."


"Okay, saaaaayang abang..!" Lirih Syahirah dan senyum. 


"Sayang awak juga"


Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG..!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.


Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. 


"Sayang..!!!!"


Jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah.


Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. 


"Sayang.."


Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. 


"Ha, ini tuan yang membunuhnya..!" 


Terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. 


"Bukan saya." 


"Dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa."


Tangan Aiman bergari.


"Bukan saya..!"


Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di di situ. 


"Abah..! Bukan Aiman..!!! Abah..!!"


Anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. 


"Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni.." Sayu abahnya berbicara. 


"Bukan Aiman bah..!!" Sewaktu keluar.


Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi, umi dan alongnya. 


"Abi, bukan saya, umi..!!" Meronta-ronta Aiman. 


"Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku..!" Herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. 


Aiman cuba meronta. 


"Bukan saya..! Abi..!! Umi..!! Percaya saya.."


"Cepat bawa dia..!"


Arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan ini. Ya Allah, izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah, semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. 


"Sayang"


"Bantu hamba Ya Allah"


Haji Amran melawat menantunya di penjara. 


"Abi.. Percayalah saya.." Haji Amran senyum. 


"Sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah.."


"Abi, macam mana keadaan Syahirah..?"


Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. 


"Abi kenapa dengan isteri saya..?"


Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. 


"Bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya." 


Haji Amran bangun dari kerusi itu. 


"Abi, jawab saya abi. Syahirah macam mana..?"


Mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. 


"Abi, kene pergi dah ni. Banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum."


Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. 


"Ya Allah, hamba tak kuat.."


"Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.."


Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-kerja. 


"Cuba abang baca.."


Rasulullah SAW bersabda,

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya."
(HR Muslim) 


"Encik, saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." Kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. 


Alhamdulillah, sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu, dia membaca Al-Quran. 


"Al-Quran, the love letter from Allah" - Isterimu. 


Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah… 


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN.

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. 


"Alhamdulillah."


Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. 


"Bebas juga saya abi.." Kata Aiman. 


"Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNya dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu." Aiman senyum. 


Terima kasih Ya Allah.


"Abi, jom jumpa Syahirah." Bicara Aiman ceria. 


Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut.


"Abi, kenapa di sini..?"


"Turun dulu Aiman. Jom." Ajak Haji Amran. 


Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. 


"Maaf, dia tak dapat di selamatkan." Lemah lutut Aiman dengar. 


Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. 


"Barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah."


Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah. Air matanya cuba ditahan. Sakit..! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan dikucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah, beratnya ujian ni.. 


"TAK..!!!!!" Jerit Aiman dan terduduk. 


Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. 


"Sabar Aiman. Bawa mengucap."


"Bukan Ira abi.. Bukan dia" Tangis Aiman. 


Haji Amran mengusap bahu Aiman. 


"Dah di tentukan ajalnya.." Sebak Haji Amran. 


"Tak tak. Bukan dia.." Sayu Aiman mengungkap. 


Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah, sakitnya rasa ini. Sakit sangat..! Kenapa Ya Allah. Syahirah. Air mata lelakinya deras mengalir. Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. 


"Haa, nah.." Dia menghulurkan earphone pada Aiman. 


"Hmm, awak ambil satu.." Kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. 


"Er.. Kita dengar sesama.." Teragap-gagap Aiman. 


"Ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu.


Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 


"Abang kita jadikan lagu kita nak..?" Aiman diam seketika. 


Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. 


"Hmmm."


Kenapa harus begini..? Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu diletak di sisi katil. Pelipisnya digosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti.


Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.


Isterinya yang solehah. Inspirasi hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. 


"Aiman, nak pergi mana..?" Dia senyum.


"Ma.."


Aiman menghampiri mamanya dan dicium tangan wanita itu. 


"Nak keluar."


"Pergi mana malam-malam ni..?" Soal abahnya pula. 


Aiman bersalaman dengan abahnya pula. 


"Hmm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum."


"Waalaikumsalam."


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunat taubat dan solat sunat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. 


"Assalammualaikum." Sapa seorang lelaki separuh umur.


Aiman memberhentikan bacaannya. 


"Waalaikumsalam."


"Anak musafir ke..? Dah lewat malam ni." Aiman senyum. 


Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. 


"Saya ingat nak tidur sinilah pak cik."


"Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya."


Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah diambil untuk dijadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. 


"Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" Pesan Syahirah. 


"Baik sayang." Terdiam Syahirah. 


Aiman senyum je. 


"Lagi..?" 


"Er.. Abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.."


Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba dilelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. 


"Sayang" 


Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. 


"Sayang.."


Aiman menggenggam tangan Syahirah. 


"Jangan tinggal abang lagi." 


Tangan itu dikucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. 


"Tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba."


Sebak Dato Rahimi mendengar. 

"Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia.."


"Dia menemui Ilahi."


Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmatMU. Al-Fatihah. 

Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan Allah, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita..? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...