BETAPA AGUNGNYA ALLAH SWT

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah.



Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ.



 Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.



Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.



Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.



Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi.



Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!
Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul.



Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita,



"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja..? (Asyhaduallah ilaha illallah) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"


"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun Islam ada dua..? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah.. Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja..? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam."


"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi..? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah.. Kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. " 


"Ayam tu sebenarnya soalan bonus.. Apakah asal usul kejadian ayam itu..? Jawapannya telur.. Betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. "


Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor..? Gembala kambing pun bercerita..



"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak..! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima je..? Ok lah hamba boleh bagi enam pada dia."


"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pastu dia keluarkan pedang, wah wah.. Dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak..! Amboi, mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam.. Hamba pun mampu walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi.



Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan.. Walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. 


Wallahualam..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PENAWAR TAKABBUR

Seperti penyakit hati yang lain, mengubati sifat dan sikap sombong bukan perkara mudah. Tak ada doktor, tabib, atau sensei yang sanggup mengubatinya. Dari yang tidak mudah itu, ada beberapa yang bisa disebut sebagai ubat mengatasi sombong atau takabur.


Pertama adalah tawadu' atau merendahkan hati. Hanya dengan sikap rendah hati, meyakini tak ada yang lebih dan tak ada yang patut dibanggakan dari diri dan apapun yang diperbuat diri, semua kesombongan bisa disingkirkan. Sikap tawadu' boleh mengimbangi dan meneutralkan jiwa dari sifat takabur, karena hanya dengan rendah hati manusia boleh melaksanakan perintah Allah. Seorang yang selalu rendah hati, maka padanya tidak akan ada rasa congkak dan besar diri apalagi merasa lebih dari yang lain. Ia senantiasa meyakini sesuatu yang istimewa pada dirinya atau orang lain, semata kerana anugerah Allah.


Kedua adalah tawakkal melawan sombong. Dengan tawakal ialah berserah diri sepenuhnya kepada Allah maka akal akan menyadari dan hati akan meyakini, semua yang terjadi pada manusia dan seluruh makhluk adalah atas kehendak Allah dan karena itu tak layak bagi manusia untuk menyombongkan diri selain hanya berpasrah pada Allah. Sifat takabur senantiasa mengajak manusia untuk berbuat ingkar kepada Allah, sebaliknya tawakal senantiasa menyuruh manusia berbuat menurut ketentuan Allah.

"Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Ali 'Imran : 159)


Ibarat manusia, maka akan didapati tawadu adalah sebagai roh, dan tawakal sebagai jasad. Kerana menyangkut tentang kesempurnaan dimensi batiniah dan dimensi jasmaniah. Maka sangat jelas keberadaan dua sifat ini (tawadu' dan tawakal) sangat menentukan untuk meneutralkan keberadaan nafsu (jiwa) yang bertempat antara roh dan jasad (lahiriah dan batiniah), termasuk sifat sombong. Kerana itu jika roh dan jasad tadi tak bersatu, sulit bagi manusia boleh mencapai darjjat sebagai manusia utuh atau insan kamil.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SEJARAH AZAZIL - RAJA IBLIS

Cerita tentang kesombongan, tentang takabbur, tentang selalu berbangga diri, adalah sebuah kisah yang lebih tua dibanding penciptaan manusia. Ia hadir dan berawal ketika manusia masih dalam perancangan penciptaan. Kerana hanya para malaikat makhluk yang diciptakan sebelum manusia, kesombongan sejatinya berhulu dari malaikat. ADALAH Azazil, malaikat yang dikenal penduduk syurga kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah. Kerana selalu dimakbulkan oleh Allah, bahkan para malaikat pernah memintanya untuk mendoakan agar mereka tidak ditimpa laknat Allah.


Tersebutlah suatu ketika saat mengelilingi di syurga, malaikat Israfil mendapati sebuah tulisan "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdi akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah." Tulisan yang tertera di salah satu pintu syurga itu, tak pula membuat Israfil menangis. Ia takut, itu adalah dirinya. Beberapa malaikat lain juga menangis dan punya ketakutan yang sama seperti Israfil, setelah mendengar khabar perihal tulisan di pintu syurga itu dari Israfil. Mereka lalu sepakat mendatangi Azazil dan meminta didoakan agar tidak tertimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar penjelasan dari Israfil dan para malaikat yang lain, lalu Azazil memanjatkan doa.


"Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka." 


Di luar doanya yang mustajab, Azazil dikenali juga sebagai Sayyidul Malaikat iaitu penghulu para malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan syurga). Semua lapis langit dan para penghuninya, memanggil Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan walaupun berbeza.


Pada langit lapis pertama, ia dipanggil Aabid, iaitu ahli ibadah yang mengabadi luar biasa kepada Allah pada langit lapis pertama, 


Di langit lapis kedua, dipanggil pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku' kepada Allah, 


Di langit lapis ke tiga, ia dipanggil Saajid atau ahli sujud, 


Di langit ke empat ia dipanggil Khaasyi kerana selalu merendah dan takluk kepada Allah, 


Di langit lapis kelima disebut Azazil sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah, 


Di langit keenam Gelar Mujtahid, kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.


Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, kerana sederhana dalam menggunakan sarana hidup.



Selama 120 000 tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelaran kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.


Firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi." 
(Al Baqarah : 30)


Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau."
(Al Baqarah : 30)


Allah menjawab kerisauan para malaikat dan meyakinkan bahwa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
(Al Baqarah : 30)

Allah lalu menciptakan manusia pertama yang diberi nama Adam. Kepada para malaikat, Allah memberikan kelebihan dan keistimewaan Adam, yang menyebabkan para malaikat mengakui kelebihan Adam atas mereka. Lalu Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali Azazil.


"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" 
(Al Baqarah : 34)


Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam kerana berasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya lalu memberi gelaran baru kepadanya iaitu Iblis. "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabbur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menentang dan berkata,


"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."


Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman.

"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".


Azazil iaitu Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan dirinya, yang berasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

Saat kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,


"Ya Allah..! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."


Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyedari bahwa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, boleh menimpa kepada siapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekad lalu meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya,


"Ya Allah, berilah penangguhan kepada aku sampai mereka ditangguhkan."


Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.


"Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpahKu dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."


Menular pada Manusia Korban pertama dari usaha penyesatan yang dilakukan Iblis, tentu saja adalah Adam dan Hawa. Dengan tipu daya dan rayuan memabukkan, Nabi Adam AS dan Siti Hawa lupa pada perintah dan larangan Allah. Keduanya baru sedar setelah kemarahan Allah turun. Memang terlambat, kerana itu Adam dan Hawa diusir dari syurga dan ditempatkan di bumi. Dan Iblis berjaya menjadikan Adam dan Hawa sebagai korban pertama penyesatannya, tak boleh dilihat sebagai suatu kebetulan. Adam dan Hawa, bagaimanapun adalah Bapa dan Ibu seluruh manusia, awal dari semua sperma dan indung telur. Mereka berdua, kerana itu menjadi alat ukur keberhasilan atau ketidakberhasilan Iblis menyesatkan manusia. Jika asal usul seluruh manusia saja, berhasil disesatkan apa lagi anak cucunya. Singkat kata, kesesatan yang di dalamnya juga ada sombong, takabur, selalu merasa paling hebat, lupa bahwa masih ada Allah, juga boleh merebak kepada manusia sampai kelak di hujung zaman.


Dalam banyak riwayat, banyak kisah tentang kaum atau umat terdahulu yang takabur menentang dan memperolokkan hukum-hukum Allah, sehingga ditimpakan kepada mereka azab yang mengerikan. Kaum Aad, Tsamud, umat Nuh, kaum Luth, dan Bani Israil adalah sedikit contoh dari bangsa-bangsa yang takabur dan sombong lalu mereka dinistakan oleh Allah, senista-nistanya. Kerana sifat takabur pula, sosok-sosok seperti Fir'aun si Raja Mesir kuno, Qarun, Hamaan dan Abu Jahal juga mendapatkan azab yang sangat pedih di dunia dan pasti kelak di akhirat.


Pada zaman sekarang, manusia sombong yang selalu menentang Allah bukan berkurang, sebaliknya bertambah. Ada yang sibuk mengumpulkan harta dan lalu menonjolkan diri dengan kekayaannya. Yang lain rajin mencari ilmu, namun kemudian takabbur dan berasa paling pintar. Sebahagiannya, berbangga dengan asal usul keturunan, keturunan diraja, anak kiai, dan sebagainya. Ada juga yang merasa diri paling cantik, paling putih, paling mulus berbanding manusia lain. Mereka yang beribadah, solat siang malam, puasa, zakat dan haji merasa paling soleh dan sebagainya. Ada yang meninggalkan perintah-perintah Tuhan hanya kerana mempertahankan dan bangga dengan budaya warisan nenek moyang, dan seolah-olah segala sesuatu di luar budaya itu tak bernilai. Tak sedikit juga yang mengesampingkan larangan-larangan Allah hanya kerana mengubah era laju zaman moden yang selalu dibanggakan. 


Sebagai manusia, orang-orang semacam itu tak bermanfaat sama sekali. Mata jasmani mereka memang melihat, tapi mata hatinya sudah buta melihat kebenaran dan kebesaran Allah. Allah telah dijadikan nombor dua, sementara yang nombor satu adalah diri dan makhluk lain di sekitar dirinya. Hati mereka menjadi gelap tanpa nur iman sebagai pelita. Akal mereka tidak dapat membezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah).

"Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri (takabur)"
(Al Muddatstsir : 23)


Iblis sebagai pelopor sifat takabur selalu mendoktrin kepada siapa saja sifat takabur, dan mewariskannya kepada jin dan manusia. Tujuannya jelas, untuk menyebarkan sumpah (Iblis) pada golongannya sebagaimana golongan setan dari jenis jin. Syaitan tentu dominan untuk menjerumuskan dan menyesatkan bangsa jin, begitu pula syaitan dari golongan jenis manusia, sangat dominan untuk menjerumuskan dan menyesatkan bangsa manusia.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
(Al Araaf : 179)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

9 JENIS ANAK-ANAK SYAITAN





Syaitan adalah musuh umat manusia yang nyata dan tugasnya sehingga kiamat adalah untuk menyesatkan umat manusia seterusnya menemani mereka di neraka kelak. Seperti manusia, syaitan juga beranak pinak dan mempunyai anak-anak yang mempunyai tugas yang boleh dikatakan spesifik dan pelbagai dalam menyesatkan manusia supaya kufur kepada Allah s.w.t. Umar al-Khattab r. a. pernah meriwayatkan bahawa terdapat 9 jenis anak syaitan dengan tugas-tugasnya masing-masing iaitu :

1. Zalituun

Duduk di pasar / kedai bagi menggoda supaya manusia berbelanja secara berlebih-lebihan dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Mereka akan mendatangi orang-orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3. A’awan

Mereka berperanan menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Lalai dengan kedudukan / kekayaan hinggamengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama’.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan supaya orang leka dan lalai dengan muzik sehingga lupa kepada Allah s.wt.. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan, keagungan, dan sebagainya.

6. Masuud

Duduk di bibir-bibir mulut manusia supaya berkata fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH) 

Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak supaya terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga yang lain lagi).

8. Walahaan

 Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat bagi orang Majusi yang menyembah api / matahari.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TUGAS ANAK-ANAK SYAITAN

Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam AS bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia. Anak-anak syaitan yang diberi tugas dan tempat pekerjaan mereka berlainan diantara satu sama laun. Anak syaitan lima semuanya dan nama mereka ialah Tsabr, Al-A'war, Miswath, Dasim dan Zaknabur.



TSABR
Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat, kesusahan dan kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu. Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul pipi atau mengetuk kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan, merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan malam hingga lupa makan, lupa kewajipan, lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.




AL-A'WAR
Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau lebih tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya. Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan, susah hendak keluar balik. Sama ada perempuan, lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan,keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.




MISWATH
Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta, khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu sesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong.




DASIM
Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri,sama ada anak-anak mahupun si isteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya, si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu, ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut. Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan, tumbuk menumbuk, tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.




ZAKNABUR
Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan,timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan si peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampurkan ke dalam yang elok supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli..? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu,ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil.


Tugas-tugas yang dijalankan oleh kelima-lima anak Syaitan itu adalah tugas utama mereka dan mereka tidak menjalankan sendirian untuk menyesatkan umat manusia. Mereka menggunakan pembantu-pembantu mereka yang menjalankan tugas masing-masing melalui arahan mereka berlima. Diterangkan mengenai anak-anak syaitan ini bukanlah bertujuan untuk mengingati namanya saja tetapi memberi peringatan tentang Syaitan dan tugas-tugas mereka yang telah diberikan oleh Iblis kepada mereka. 


Semoga kita sentiasa berwaspada selalu dan tidak menjadikan Syaitan itu berkuasa membisikkan kehati kita lalu mengikut ataupun mentaatinya tanpa sedar. Firman Allah SWT ertinya,

"Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."
(An-Nass : 4 - 6)

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, 


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya, "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."




3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."




4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (Tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."




5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

"Jika seorang imam membaca (Ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."




6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."




7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, 

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu..?"


Mereka menjawab,

"Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."




8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,


"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."




9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata, "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak."




10. Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, 

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."




11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70 000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

39 FAKTA MENARIK TENTANG AGAMA ISLAM


  1. Nama "Muhammad" adalah nama yang paling popular di seluruh dunia (walaupun salah Mohamed, Mohammed DLL) dan menduduki tempat nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki (urutan pertama ditempati oleh nama 'Jack')

  2. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

  3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol' juga berasal dari Bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti bubuk.

  4. Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24.

  5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka'bah

  6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030.

  7. Umat ​​Hindu percaya bahawa di dalam Ka'bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama 'Shiva Lingam'

  8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya 2 kali dalam hidupnya.

  9. Jikalau sekarang Al-Qur'an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur'an akan segera di recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur'an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

  10. Nama original dari kota suci Madinah adalah "Yasthrib"

  11. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% pada tahun.

  12. Berdasarkan data dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.Dari 1.4 juta prajurit di militer Amerika, diperkirakan ada sekitar 3,700 yang beragama Islam (Muslim)

  13. Islam tersebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup.

  14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20 000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9 / 11

  15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, tetapi kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

  16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru dijumpai oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3 000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

  17. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal berjuta-juta manusia (Hafiz / penghafal Al-Quran) sehingga keaslian / kesuciannya selalu terjaga.

  18. Jika agama lain bisa punya lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan yang lain, maka Al-Quran hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.

  19. Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), radiasi tersebut menembusi planet Mars dan masih berterusan. Penyelidik mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

  20. Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air.

  21. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

  22. IBRAHIM adalah "Bapa" dari tiga agama besar, yakni "Judaisme" , "Nasrani" , dan "Islam".

  23. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.

  24. Islam, bermaksud "submisi" atau "menyerah" kepada satu Tuhan, Allah. "Islam" juga berasal dari kata "salam", "keselamatan" dan yang kedua dalam erti "berserah diri". Demikian, erti dari "Islam" adalah "kedamaian yang sempurna yang datang bila kita hidup berserah diri kepada Allah".

  25. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. diabadikan Allah dalam Al-Quran surah Al-Qamar ayat 1, "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah"

  26. Sebelum Nabi Ibrahim menginjakkan kakinya ke tanah Makkah sudah ada bangunan Kaabah yang telah dibina oleh malaikat dan generasisebelum Nabi Ibrahim AS. Hal itu dapat difahami dari kata "Yarfa'u" meninggikan bererti meninggikan bangunan yang sudah ada.

  27. Aliran sesat di Indonesia dalam tempoh masa selama 6 tahun saja (2001 - 2006) telah mencapai angka 250 aliran.

  28. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam Islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah iaitu "Al Jama'ah".

  29. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.

  30. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum Muslimin, yakni, Perang Uhud.

  31. Musa AS adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Quran, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

  32. Al-Quran adalah buku terlaris di benua Eropah.

  33. Semua kanak-kanak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal lebih kurang pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi Rasul yang baru.

  34. Imam Ali bin Abi Talib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka'bah.

  35. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

  36. Al Khawarizmi (Matematik), Jabir Ibn Hayyan (Kimia), Ibnu Khaldun (Sosiologi dan Sejarah), Ibnu Sina (Perubatan), Ar-Razi (Perubatan), Al-Biruni (Fizik), Ibnu Batutah (Antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

  37. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, di situlah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

  38. Maqam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Maqam Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membina Kaabah.

  39. Pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam masa kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib yang lain. Thomas Arnold, dalam Al Da'wah Ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

NASIHAT UNTUK WANITA

  1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)

  2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun)

  3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina

  4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW, "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia"

  5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal dinikahi kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli)

  6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah RA. dan Maimunah RA), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah.." Rasulullah SAW menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

  7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

  8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

  9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

  10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

  11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

  12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

  13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

  14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

  15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

  16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah SAW ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah..?" Jawab Rasulullah SAW "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup"

  17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir..?" Jawab Nabi SAW, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya"

  18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

  19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah SAW..?" Jawab Rasulullah SAW,


    i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.


    ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)


    iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun)


    iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya : Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat)


    v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

  20. Dari Ali bin Abi Talib RA : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-


    a. Orang yang gemuk tapi kurus


    b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang


    c. Orang yang alim tapi jahil


    "Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ada pun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat."


  21. Asma' binti Kharizah Fazari RA diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu."


  22. Pesanan Luqman kepada anaknya,


    "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-


    a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiranmu.


    b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.


    c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.


    d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.


    e. Ingat kepada Allah SWT


    f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.


    g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.


    h. Ingat kepada mati


  23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam Kitab Muhimmah :-


    a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.


    b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.


    c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.


    d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.


    e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.


    f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.


    g. Minta talak.


    h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.


    i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.


    j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.


    k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


  24. Wajib bagi wanita :-


    a. Mengekalkan malu pada suaminya.


    b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.


    c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.


    d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.


    e. Berdiri menyambut kedatangannya.


    f. Berdiri menghantar pemergiannya.


    g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.


    h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.


    i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.


    j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.


    k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.


    l. Memuliakan keluarga suaminya.


    m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.


    n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.


Amalan itu ialah :-

  1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

  2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir - Hak Al-Quran hendaklah khatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu, hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"

  3. 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - Doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas DLL.

  4. Istiqamah menghidupkan Taklim dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama) -Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat, ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :


    Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.


    Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

  5. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

  6. Hidup sederhana.

  7. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama) - Secara Baironi : Di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.


Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir, berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Cinta. Apa itu cinta..? 


Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.


Apakah maksud atau makna cinta..? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.



Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.


Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.


Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.


Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.


Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti :




1. Cinta kepada Allah


Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.


Firman Allah SWT : "... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah ; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.."
(Al-Baqarah : 165)



2. Cinta kepada Rasulullah SAW dan Para Anbia

"Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.



Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut :


"Diriwayatkan daripada Anas RA, katanya : Nabi SAW bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka."
(Bukhari No. 15, Muslim No. 60, Tirmizi : No. 2548, Nasaie : No. 4901)



3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW.



Maksud firman Allah SWT : "... Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah ; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).."
(Al-Fath : 29)


Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.


Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya. Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.


Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.


Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Dari Ibnu Abbas RA, katanya, 

"Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda, "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku."
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Tarmidzi)



SYARAH AL HADIS

"Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu"

Maksudnya : Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah, hak Allah, perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah ibadah solat. Dan juga termasuk ke dalam makna pemeliharaan ini ialah kita mesti memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram.


Dan di antara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini, ialah,

"Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat di antara dua janggutnya (iaitu mulutnya) dan apa yang terdapat diantara dua kakinya (iaitu kemaluannya) maka dia masuk syurga. 
(Hadis dari Abu Hurairah)


Ringkasnya, ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu :


Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan-amalan hati seperti keimanan (akidah), keikhlasan, rasa takut, cinta, harap dan sebagainya. Begitu juga seperti memelihara hati dari daripada segala jenis penyakitnya. Maka memelihara amalan hati ini adalah lebih penting dari memelihara amalan yang tidak bersangkutan dengan hati. Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yanq zahir. Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat, menutup aurat dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat atau aktibiti yang mendatangkan faedah.


"Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Dia di hadapanmu"


Maksudnya : Jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud di atas, maka dia bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah, malah Allah akan berada di hadapannya iaitu bersamanya ke mana saja dia pergi. Allah akan menolongnya, mengawalnya, memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa tenang, gembira, kuat, dan tidak ada yang perlu ditakuti. Bukankah Allah telah menguatkan semangat Musa dan Harun AS ketika mereka merasa takut berhadapan dengan Firaun..?


Allah berfirman,

"Janganlah kamu berdua takut, sesunqguhnya Aku bersama kamu berdoa Aku Mendengan dan Melihat"
(Thaha : 46)

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah menguatkan semangat Abu Bakar As Siddiq ketika beliau berdua berada dalam Gua Thur..?


Firman Allah,

"Ketika orang orang kafir (mushrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya : "Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita"
(At Taubah : 40)



"Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah"


Maksudnya : Setelah kita meyakini bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa berada bersama kita dengan ilmunya, hidayahnya dan pertolongannya. Maka sudah sewajarnyalah jika kita memohon sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang Maha Dekat (Qarib) lagi Maha Pemberi (Wahhab), bukan kepada yang lain.


Permohonan manusia kepada Allah ada dua cara :


  1. Melalui lisan. Mengungkapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk dan merendah diri (tawadhu') dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.

  2. Melalui amalan. Apa saja amalan yang dilakukan, apakah sebagai pedagang, doktor, pekerja kilang, menuntut ilmu, hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam Allah ketika melaksanakan tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan tersebut dapat membawa kebaikan baginya pada masa hadapan.


Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah. 


Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran :

  1. Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.

  2. Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuanNya. Jadi, atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya.


Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepadaNya mestilah secara langsung secara terus menerus kepadaNya, tidak melalui sebarang perantaraan atau wasitah dari manusia atau lainnya.


Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah :


Rasul SAW menerangkan kepada Ibnu Abbas RA bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.


Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.



Allah berfirman,

"Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu."
(Yunus : 107)


KESIMPULAN :

  1. Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja, namun prinsip pengajaran yang dikandung hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk orang yang telah dewasa atau tua.

  2. Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

  3. Para remaja hari ini terdedah dengan bermacaam pengaruh negatif. Sungguh banyak dikalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah..?

  4. Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KUBUR BERKATA - KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah RA meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

  1. Ali bin Abi Talib (Suami Fatimah RA)

  2. Hasan (Anak Fatima RA)

  3. Husin (Anak Faimah RA)

  4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary RA


Sewaktu jenazah Fatimah RA diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary RA berkata kepada kubur, 


"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu..? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah SAW"


Maka berkata kubur, 


"Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, ada pun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)"


Abu Laits As-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

  1. Hendaklah ia menjaga solatnya

  2. Hendaklah dia bersedekah

  3. Hendaklah dia membaca Al-Quran

  4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Ada pun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 

  1. Jangan berdusta

  2. Jangan mengkhianat

  3. Jangan mengadu-domba (Jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

  4. Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, 

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya, kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.


Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah SWT dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, 


"Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."


Itu adalah kata-kata orang yang tidak berakal. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran, maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

NABI SULAIMAN DAN RATU BALQIS

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitul Maqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di Sana' – Ibu kota Yeman, ia memanggil burung hud-hud sejenis burung belatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada di antara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.


Berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan,


"Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepadaNya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar."



Berkata Sulaiman kepada Hud-hud,


"Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu karena berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawaban ratu Saba atas suratku ini."



Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi,


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."


Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman, Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.


Berkatalah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya,


"Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi partimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."



Ratu Balqis menjawab,


"Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahawa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut partimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka niscaya akan berakibat kerosakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandungi ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya."


Ratu Balqis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawapan atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata utusan Balqis bila mereka tiba.


Tatkala utusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman,


"Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhlukNya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasulNya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang.



Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini..? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."


Utusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah di antara mereka yang sanggup mendatangkan takhta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.


Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik,


"Aku sanggup membawa takhta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai."


 Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata,


"Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu."


Ketika Nabi Sulaiman melihat takhta Balqis sudah berada di depannya, berkatalah ia, 


"Ini adalah salah satu kurniaan Tuhan kepadaku untuk mencuba. Apakah aku bersyukur atas kurniaanNya itu atau mengingkariNya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan karunia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."


Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya,


"Serupa inikah tahtamu..?" 


Balqis menjawab,


"Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," 


Seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.


Selagi Balqis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.


Berkata Nabi Sulaiman kepadanya, 


"Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini."


"Oh, Tuhanku" 


Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, 


"Aku telah lama tersesat berpaling daripadaMu, melalaikan nikmat dan kurniaanMu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmatMu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman NabiMu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."


Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis, Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkawinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.


Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali rayap yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh rayap. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai siksaan yang menghinakan.


Pelbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya Nabi Sulaiman, namun kerana cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allah lah yang lebih Mengetahui dan kepadaNya kami berserah diri.

Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, Surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...