TIGA CARA BERDAKWAH

''Dan tiadalah Kami mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.'' 
(Al-Anbiyaa : 107)


Rasulullah SAW adalah sebaik-baiknya teladan bagi umat manusia. Dalam berdakwah, Rasul SAW senantiasa mengajak umatnya dengan cara yang lembut, sopan, bijaksana, kasih sayang, dan penuh keteladan. Sebab, dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia untuk menjadi lebih baik. Bukan menakut-nakuti mereka dengan berbagai ancaman. Dalam Al-Quran, Allah SWT memberikan tuntunan berdakwah dengan tiga cara, yakni :


  1. Bil hikmah

  2. Mau'izhah hasanah wa ;

  3. Jaadilhum billati hiya ahsan.

''Ajaklah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (bijaksana), pelajaran (nasihat) yang baik, dan cegahlah mereka dengan cara yang baik.''
(An-Nahl : 125)

Kerana itu, Allah dan RasulNya mengharamkan segala bentuk praktik kotor yang menggunakan nama dakwah. Misalnya, memanipulasi atau menjual ayat-ayat Allah demi keuntungan sesaat, mengeksploitasi potensi umat demi kepentingan pribadi atau melakukan pemaksaan dan tindakan anarkis atas nama agama.


Dalam berdakwah, Rasulullah SAW mendahulukan prinsip rahman (kasih sayang), kerana baginda diutus ke muka bumi ini sebagai rahmat bagi semesta alam. (QS Al-Anbiyaa : 107). Sebab, dengan cara ini, method dakwah lebih berjalan dengan efektif untuk memberikan kesadaran umat.


Seorang pemuda pernah bertemu dan bertanya pada Rasul SAW, 


''Ya Rasulullah, izinkan saya berzina.'' 



Rasul memandangi pemuda tersebut dengan penuh kasih sayang dan mengajaknya berdialog, 


''Sukakah kamu bila itu terjadi pada ibumu?'' Tanya Rasulullah.. 


''Tidak, demi Allah,'' Jawab anak muda itu. 


''Sukakah kamu bila itu terjadi pada saudara perempuanmu..?'' Tanya Rasul. 


''Tidak, demi Allah.'' 


''Sukakah kamu bila itu terjadi pada anak perempuanmu..?''


''Tidak, demi Allah.'' 


"Sukakah kamu bila itu terjadi pada isterimu..?'' 



Anak muda itu menjawab, 


''Tidak, Demi Allah.''


Rasulullah lalu berkata, 

''Demikianlah halnya dengan semua perempuan, mereka itu berkedudukan sebagai ibu, saudara perempuan, isteri, atau anak perempuan.'' 


Kemudian beliau meletakkan telapak tangannya di dada pemuda itu, lalu mendoakannya.


Alangkah indahnya teladan Rasulullah SAW. Begitu lembut dan penuh dengan kasih sayang. Nasihatnya tak menyakitkan si pendengarnya, bahkan menyedari kekeliruan yang dibuatnya. Dan si pendengar tidak menganggap nasihat itu sebagai sebuah larangan, melainkan contoh yang akan terjadi terhadap dirinya dan keluarganya.


Inilah yang menjadi tentangan dan tugas para daie untuk mengajak umat menuju kebaikan, serta menghindarkan mereka dari perbuatan dosa. Rasulullah SAW telah mengajarkan dan mencontohkan cara berdakwah yang baik dan penuh hikmah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

AURAT MENGIKUT MAZHAB

Ada sahabat saya yang bertanya. Antara bahagian-bahagian aurat pada wanita, yang mana satu perlu ditutup (dijaga) dan mana satu bukan dikategorikan sebagai aurat. Sebagai contoh, dari hukum yang biasa didengar dan menjadi pegangan, seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali pada bahagian muka dan tapak tangan (Yang biasa diguna pakai di Malaysia - Mazhab Syafi'e)


Namun begitu, ada di antara kita yang keliru dengan pendapat ini berikutan ilmu yang dibawa balik oleh ustaz-ustaz yang mengajar mereka menggunakan pendekatan mazhab yang berlainan. Berikut merupakan secara ringkasanya pendapat 4 mazhab utama mengenai aurat wanita terhadap lelaki anjabi :




Mazhab Malikiyah

Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.


Aurat dibahagikan kepada dua :

  1. Mukhaffafah

  2. Mughallazah. 

Mukhaffafah ialah dada yang bertentang dengan dada dari belakang, dua tangan dan dua kaki selain dari anggota-anggota tersebut adalah aurat mughallazah. Pembahagian ini dibuat berkaitan dengan hukum solat ketika terbuka aurat-aurat tersebut itu.




Mazhab Hambali

Aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya di mana ke dua-dua anggota itu terdapat khilaf padanya sama ada aurat atau bukan aurat.


Ada dua qawl (pendapat) : 

  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi, wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

  2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

Di dalam zaman sekarang ini yang banyak memerlukan tenaga wanita di luar rumah maka pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan itu bukan aurat adalah difikirkan munasabah kerana "hajat". Hajat itu umpama menuntut ilmu, memberi ilmu, mencari nafkah menampung saran hidup, menunai kewajipan yang khusus dengan wanita atau kerana pertunangan atau menjadi saksi atau lain-lain yang tiada dapat tiada dibuka mukanya atau kerana mengelak dari kepayahan / kesusahan sekiranya tiada dibuka muka seperti untuk rawatan perubatan.




Mazhab Asy-Syafi'i

Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'e :

  1. Semua badan, tiada kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau muktamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar Al-Haytamiyy di dalam Az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Seluruh badan kecuali di dalam solat maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan demikian juga ketika tawaf dan Imam Nawawi salah seorang ulama' Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam solat dan di luar solat.




Mazhab Hanafiyah

Aurat perempuan (merdeka) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan tapak tangan (tapak dan belakangnya) dan dua kaki di dalam solat tetapi di luar solat ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.


Berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :

  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TUDUNG ZAMAN SEKARANG

Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.




Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.




Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.




Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)




Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.




Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.


Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda,

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk"
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.


"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini umat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah", kata laman ibnyusof.blogspot.com


Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG ; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah,


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ 

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka"
(An-Nur : 31)


Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya,


"Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu"
(HR Imam At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab RA)


Mengenai penyerupaan / peniruan kepada orang kafir, Nabi SAW bersabda,

"Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut"
(HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)


Menurut Imam Ibnu Kathir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam) (Lihat : Tafsir Al-Quran Al-Adziem, Surah Al-Baqarah, Ayat 104)


Namun para ulama menjelaskan, maksud peniruan / penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka seperti, salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. 


Ada pun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, tuxedo dan sebagainya atau berlaku kesamaan / keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulama-ulama dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan / kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.


Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. 


Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama Al-Burnus. [1] Ia menjawab, 


"Harus"


Dikatakan kepadanya,


"Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)"


Imam Malik menjawab,


"Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai"


Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama Al-Mayasir Al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata,

"Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang"
(Lihat : Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, Kitab Al-Libas, Bab Labs Al-Harir Wa Ad-Dibaaj)


Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulama-ulama kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkan larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.


Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulama' :


Berkata Imam Al-Qurthubi,

"Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" 
(Faidhul Qadier, 6 / 104)

"Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama"
(Syeikh Abdul Wahhab Tawilah)

"Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka"
(Majlis Fatwa Arab Saudi, 3 / 307)

"Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah ; orang yang meniru / menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupai orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Ada pun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain"
(Syeikh Muhammad Soleh Al-Uthaimin)


Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian..? Persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi. Dan bagi mengelakkan fitnah, adalah baik jika tidak memakainya.


Wallahu a'lam.


Rujukan

Rujukan 1 : Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, M/S 182.


Rujukan 2 : Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, Kitab Al-libas, bab Labs Al-Harir Wa Ad-Dibaaj.


Rujukan 3 : Fatwa Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid (Islamqa.com), No. 69 789




Nota hujung

[1] Burnus : Tutup / tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (Lihat ; Kamus Al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.


[2] Cepiau ; Syeikh Idris Al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus Al-Marbawi) menyebutkan, ia haram dipakai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JENIS-JENIS PEMAKAIAN TUDUNG ZAMAN SEKARANG

Tetapi yang pakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang pakai tudung kerana pelbagai tujuan. 

Ada yang pakai sebab ikut-ikut 

  
Ada yang pakai sebab malu kalau tak pakai 

  
Ada yang pakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung 

  
Ada yang pakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja 

  
Ada yang pakai sebab ada perturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Khadijah 

  
Ada yang pakai sebab takut pada mak ayah 

  
Ada yang pakai kerana iman dan taqwa 



Tetapi tutut rambut sahaja tidak cukup kalau tidak tutup aurat dengan cara yang betul. 


Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul ; rambut masih terurai di depan dan di belakang 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis. 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis 

  
Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher 

  
Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent 



Salahkah bermewah..? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu..? Salahkah berfesyen bila memakai tudung..? Tidak salah, asalkan tutup rambut selengkapnya, melabuh tudung hingga menutup dada bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar, memakai tudung dengan iman dan taqwa.


Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah. Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.


Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MASYITAH PELAYAN FIRAUN

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akandiganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu.


Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam. Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu.Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi, tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. 



Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih.



Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut. Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun atau pun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya, Masyitah.


"Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".


Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersamaa naknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. 



Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya, Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah SAW Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril AS,


"Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." 


Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.


Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya..?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

10 CIRI WANITA PILIHAN

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."



Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH..?





MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.



MENJAGA AKHLAK 
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insyaAllah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.





CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.




TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.



SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.



JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.




JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.




HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI 
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.



WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.



PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.


Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insyaAllah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CINTA, KASIH, SAYANG DAN HATI

CINTA : 
(Sebelum kahwin)


C = Cubit kiri, kanan rasa.

I = Impian indah ibarat syurga.

N = Nikah impian utama.

T = Taat setia membawa bahagia.

A = Awal dan akhir bersama-sama




(Selepas kahwin)

C = Cuka yang dituang pada luka.

I = Iblis yang merosak minda.

N = Nafsu semata-mata.

T =  Tuba yang dibalas semula.

A = Api dalam neraka.




KASIH :
(Sebelum kahwin)


K = Kongsi semua suka duka.

A = Abang adik, ayang anja.

S = Sumpah janji di bibir sentiasa.

I = Istana bahagia dah dicipta.

H = Hatiku hatimu jua.




(Selepas kahwin)


K = Kaki tangan naik kat kepala.

A = Abuk pun tara, nak makan apa..?

S = Simpati langsung tak ada.

I = Ironi membakar jiwa.

H = Hidup mati sama je.




SAYANG :
(Sebelum kahwin)


S = Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada..!

A = Asal free mesti nak jumpa.

Y = You lap me, I lap you..!

A = Apa saja sanggup diduga.

N = Nak itu, nak ini.. Mesti dapat.

G = Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.



(Selepas kahwin)


S = Salah sikit kiamat dunia.

A = Air tak sedap, basahlah mata.

Y = Yang betul dia je.

A = Ada takde, bagi anak reti la

N = Nak dilawan, digelar derhaka.

G = Gaduh sampai lebam.




HATI :
(Sebelum kahwin)


H = Hanya dikau yang daku cinta.

A = Air paip pun manis macam gula.

T = Tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = Igauan indah tak terkira.



(Selepas kahwin)


H = Hantu jembalang lagi sempurna.

A = Air mata jadi teman setia.

T = Tempat mengadu dah tak ada.

I = Ikut hati mati, ikut rasa binasa..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

HARGAILAH ISTERI ANDA


Mulianya seorang isteri di sisi Allah..
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Ini pada keluarga, suami dan anak-anak.


Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri.
Mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
Sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan.. 
Jadi 'kilang' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang


Tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.. 


Jangan takut 'kendur' atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.


Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu, Layanlah suami.. 
"Offer" lah pada suami,
Nabi bersabda, 


"Berjimak dengan isteri itu pahala.." 


Jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak.. 
Ingat tu si isteri yee..!


Kata nak pahala lebih.
Orang lelaki tak ada cuti dari solat.
Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, 
Sepanjang dia mengandung,
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak..?


Marilah kita berpegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, 

Itu dianggap mati syahid, 

Allah izinkan terus masuk Syurga.


Untuk orang bukan Islam, 
Dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. 
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami,
Seluruh kebaikan suaminya, 
Semuanya isteri dapat pahala.
Tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
Terperanjat dengan pahala extra yang banyak,
Dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya, bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, 
Bersedekah.. 
Ganjaran Alah ke atasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat,
Dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
Jadi, dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.



Di dunia lagi, 
Kalau suami dalam kesusahan,
Isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami,
Dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, 
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik,
Dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah,
Agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
Juga bukan dari tapak kaki.


Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), 
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
Dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,


She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
Kamilah hamba yang mengharap belas darimu.."


"Ya Allah,
Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa.
Ampunkan dosa-dosa kami, 
Kedua ibu bapa kami,
Dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia"


Kubur itu gelap, 
Cahayanya ialah Laa Ilaaha Illallah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, 
Dan kalimah ini,
Di sebelah yang satu lagi,
Pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.


Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya),

"Wahai manusia..! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' , kamu pasti berjaya..!"


Wallahu'alam

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya,


"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini..?"


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Ali Imran : 185)


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. 


"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini..?"


Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu, Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi, yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. 


"Apa yang paling besar di dunia ini..?" 


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"


Justeru nafsu yang menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam api neraka Jahanam.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Al A'araaf : 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, 


"Apa yang paling berat di dunia ini..?" 


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." 
(Al Ahzaab : 72)


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah, 


"Apa yang paling ringan di dunia ini..?"


Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Lantas pertanyaan keenam adalah, 


"Apakah yang paling tajam di dunia ini..?"


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

FIKIR-FIKIRLAH

Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar, secara kaedahnya hendaklah dielakkan.




Meletakkan gambar seorang wanita (sekali pun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan, sekali pun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.





Ini kerana, melalui raut wajah wanita itu, sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

DARI MAJALAH MANAR ISLAM ISKANDARIAH MESIR

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya,



"Wahai pemudi..! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.." Nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 


"Siapalah kamu hai orang tua..? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga..? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka..?"


Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat,


"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," 


Katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.


Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, mayat gadis itu dibawa turun lalu diletakkan di pinggir jalan. Orang ramai berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah..? Nauzubillahimindzalik. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya SAW dengan mempersendakan atau ejekan. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu..? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.


Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.


Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah SWT. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KISAH PADERI DENGAN SEORANG MUSLIM

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 


"Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." 


Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 


"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "


Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,


"Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim..?"


Paderi itu menjawab, 


"Dari tanda yang terdapat di wajahmu." 


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, 


"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."


Si pemuda tersenyum dan berkata, 


"Silakan..!"


Sang paderi pun mulai bertanya, 


"Sebutkan 1 yang tiada 2nya, 2 yang tiada 3nya, 3 yang tiada 4nya, 4 yang tiada 5nya, 5 yang tiada 6nya, 6 yang tiada 7nya, 7 yang tiada 8nya, 8 yang tiada 9nya, 9 yang tiada 10 nya, sesuatu yang tidak lebih dari 10, 11 yang tiada 12nya, dua 12 yang tiada 13nya, 13 yang 14 belasnya."


"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh..! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya..? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga..? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya..? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu..!"


"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api..? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu..?"


"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar..! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari..?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata, 


  1. Yang tiada 2nya ialah Allah SWT

  2. Yang tiada 3nya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)" (Al-Isra' : 12)

  3. Yang tiada 4nya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

  4. Yang tiada 5nya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

  5. Yang tiada 6nya ialah Solat 5 waktu.

  6. Yang tiada 7nya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

  7. Yang tiada 8nya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk : 3)

  8. Yang tiada 9nya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah : 17)

  9. Yang tiada 10nya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu, tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah Kebaikan Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya 10 kali lipat." (Al-An'am : 160)

  10. Yang tiada 12nya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf.

  11. Yang tiada 13nya ialah mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air." (Al-Baqarah : 60)

  12. Yang tiada 14nya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. Ada pun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir : 1)

  13. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." (Yusuf : 9)

  14. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman : 19)

  15. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

  16. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya' : 69)

  17. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

  18. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf : 2 )

  19. Ada pun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya : Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, 


"Apakah kunci syurga itu..?"


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, 


"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya..?"


Paderi tersebut berkata, 


"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." 


Mereka menjawab, 


"Kami akan jamin keselamatan anda."


Paderi pun berkata, 


"Jawapannya ialah : 'Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah". 


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

  • Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta-merta. Walau bagaimana keadaan sekali pun.

  • Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

  • Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

  • Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

  • Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

  • Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

  • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

  • Jauhlah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

  • Berkenal-kenalanlah dengan setiap mukmin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

  • Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

WANITA, AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mancari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga..?


Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, 
Kerana nantinya mereka akan semakin derita.


Kenalkan mereka kepada Allah, 
Dzat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, 
Tebalkanlah ia dengan ilmu.


Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, 
Hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya.
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diksriminasi Allah.
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya.
Pasti tidak akan terhibur, 
Dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak.
Mereka tidak akan lurus.
Bahkan akan semakin membengkok.
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

RENUNGKAN

  • Apabila sesuatu tidak betul berlaku dalam hidup, kita mesti meninjau sebab-sebab kesilapan berlaku dan belajarlah daripadanya. Jangan mengenepikan begitu sahaja dengan menyalahkan nasib dan sebagainya.

  • Apabila sesuatu yang tidak baik berlaku, kita patut menginsafi bahawa ia adalah hasil usaha kita sendiri, bukan kerana nasib.

  • Tiada manusia yang dilahirkan beruntung tetapi sebaliknya, setiap orang mesti berusaha untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan.

  • Katakan pada diri, bahawa aku yakin, dan berpeluang seperti orang lain juga bagi mencapai apa yang dihajati.

  • Setiap pagi selepas bangun tidur , fikir dan rancang apa yang mesti dan harus dilakukan dan bukan memikir apa masalah yang akan dihadapi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...