PERNAHKAH TERLINTAS DI FIKIRAN KAMU..?

Pernahkah terlintas dalam hati kita saudariku, muslimah, untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti..?


Pernahkah kita membayangkan betapa cantik dan anggunnya dia, menjadi dambaan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa..?


Pernahkah engkau mengangankannya..? 


Pernahkah engkau mengimpikannya..? 


Tidakkah hati kita tergerak untuk segera meraihnya..?



Sesungguhnya bidadari dunia adalah para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untukNya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabbNya, mentaatiNya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Yang merindukan keredhaan Allah dan rasulNya.


Selalu terbayang dalam matanya syurga yang dijanjikan Allah, yang menantinya untuk masuk melalui pintu manapun dia suka. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan RasulNya akan mudah dia singkirkan dan tinggalkan.


Betapa elok dan indah akhlaknya, bila dia belum bersuami, berbakti kepada kedua orang tuanya adalah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya.


Bila dia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar iaitu manhaj salafuna soleh.


Berani menegur suami apabila dia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati RabbNya. Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insyaallah engkau akan menjadi penghuni syurga yang cantik jelita itu.


Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu kerana melihat sukarnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolonganNya dalam setiap desah nafasmu.


"Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.."
(Huud : 88)


Semoga Allah memberkatimu dan memberkati semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan di akhirat nanti, InsyaAllah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

RUKUN SYAHADAH



Hari ni, kita fokus santai kepada rukun syahadah. Seperti yang kita tahu (mungkin ada yang tidak tahu), rukun syahadah ada 4.


1. Ikrar

Ikrar tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah utusanNya.




2. Iktikad

Mempercayai / menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu adalah utusanNya.




3. Iktiraf

Mengakui tentang keesaan / kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.




4. Amalan

Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah SWT

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TEMUILAH AYAH SAYA

Aku : Saya tidak layak untuk awak.


Kau : Kenapa..?


Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya..


Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi..?


Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat..? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.


Aku : Saya juga tidak dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.


Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : Awak ini kenapa..? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga..?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.



"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan"
(Hadis Riwayat Termidzi)



Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda,

"Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan ; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BELAJAR MENUNDUKKAN PANDANGAN

Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang-wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.


Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.


Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.


Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.


Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah di saat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.


Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan-rangan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak..? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.



Janganlah kita keraskan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.


Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.



Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT..!


"Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.." 
(al-Naa'ziaat : 40 - 41)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

DI HADAPAN ORANG YANG KITA CINTA






  1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

  2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

  3. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

  4. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

  5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

  6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

  7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

  8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita.

Tapi, jika cuba menutup mata cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

15 ANUGERAH ALLAH SWT PADA WANITA YANG TIDAK PADA LELAKI




Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, 



"Adakah kamu menyembahyangkan mayat..?"


Jawab mereka,


"Tidak"


Sabda Baginda,


"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki."


Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.


Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi"


"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat"

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat"


"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1 000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1 000 orang yang tidak berpakaian"

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya"


Sabda Nabi SAW,


"Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim"


Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis,


"Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CINTA KERANA ALLAH SWT


"Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepadaNya.."
(HR Tirmidzi dan Al-Hakim)

Al kisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, 


"Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku", begitu penjelasannya.


"Tidak..! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam..!" itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.



Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.


"Jadi dia masih takut pada Allah..?", kata hati kecil gadis itu. 



Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.


Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik.


"Apa kabar..? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku", Tanya sang gadis.


"Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana..?" Jawabnya.


"Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir." Jawab sang gadis.


"Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu..?" Tanya pemuda lagi.


"Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku." Jawab si gadis.



Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.


Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.


Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau-kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.


Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hambaNya. Sebaliknya, cinta yang bukan keranaNya hanya akan mengundang murkaNya dan murka makhlukNya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai keranaNya.


Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

LELAKI YANG SOLEH



Kita selalu membicarakan ciri- ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini..? Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.


Lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan. Namun siapakah lelaki soleh..? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri-cirinya..?


Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.


Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu. Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari. Lihatlah mereka dengan hati, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.


Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Quran adalah sebagai berikut :

"Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (Maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh"
(Ali Imran : 133 - 134)


Biasanya, tanda-tanda orang yang soleh adalah :
 
  1. Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.

  2. Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.

  3. Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika di sekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.

  4. Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.

  5. Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Quran. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.


Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri-ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki mana pun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua. 


Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. 


Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya. Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Di hadapan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik. 


Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.


Rasulullah bersabda, 

"Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri-isterinya"
(HR At-Tirmidzi)

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku"
(HR At-Tharbawi dan Al-Hakim)


Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama-sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita solehah..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ADAKAH DIA MASIH ISTERIKU DI AKHIRAT KELAK??

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak..?


Kalau kita lihat di kaca TV, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut,


"Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat" sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa, "Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak" untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas :



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda,

"Tiada si bujang di dalam syurga"
(HR Muslim)

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.




2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan dan tak berkahwin sesudahnya

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.




3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.




4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.




5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.




6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda,

"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KECANTIKAN LELAKI DAN KEKUATAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki..?


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.


  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.


  3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.


  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.


  5. Lelaki yang baik sangka.


  6. Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.. Dan di mana Kegagahan Wanita..?


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-


  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW,

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat.."


Surah Al-Ahzab : Ayat 71,

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KITA CANTIK SEKALI, TAPI

Kita cantik sekali, tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hambaNya.


Kita cantik sekali, tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah atau pun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.


Kita cantik sekali, tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan..? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.


Tidakkah kita rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari..? Tidakkah kita berasa malu ketika wajah kita dinikmati tanpa kebenaran kita sendiri yang menayang gambar. Atau rasa malu itu telah punah musnah..? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.


Kita cantik sekali, tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang..? Adakah ia akan menambah pahala dariNya..? Adakah darjat kita akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji..? Tiada yang menjamin. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikan kita tiada harga di hadapanNya, kerana kita tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuanNya.


Kita cantik sekali, kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Di mana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Di mana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik, fasiq atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah..?


Kita cantik sekali, alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hati kita. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan diri kita dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.


Maka tampillah cantik di hadapan Pencipta kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan mahram. Tampillah cantik di hadapan suami kerana itu adalah sebahagian dari jihad. Mengabdi pada manusia yang kita kasihi demi keredhaan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CINTA SEHUJUNG KUKU

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari.. Si isteri berkata kepada suaminya,


"Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya.."


Si suami bersetuju. Seharian dia tidak SMS dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser.. Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah. Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis,


"Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya.."


Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur..
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku..
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, 
Ia Akan Selalu Tumbuh..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.




2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.




5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.




6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula..? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.




9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini :


  • Bersopan santun

  • Senantiasa memaniskan wajah

  • Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

  • Menutup aurat

  • Ramah dan mesra

  • Tidak terlalu cemburu

  • Menghormati orang lain





Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.


Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JANGAN UNGKAPKAN CINTA PADA HATI LEMBUTNYA

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya"
(An-Nur : 31)


Ada sebuah kisah klasik di antara kita para anak manusia.. 
Adam dan hawa, begitulah kecenderungan manusia pada setiap lawan jenisnya.. 
Ada ikhwan akhwat, akhi ukhti, qais laila, romeo juliet, dan begitulah seterusnya.. 
Sudahlah kebiasaan, jika cinta itu diungkapkan seorang pemuda pada kekasihnya.. 
Diungkapkan seorang ikhwan kepada akhwat..


Jujur, itu bukanlah perkara biasa.. Tetapi sungguh luar biasa.. Ketika ada lelaki berkata pada wanita,

"Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu.."

Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya.. 
Mengharapmu menjadi kekasih hati.. 
Terbungkus harapan dan janji-janji manis..


Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu..?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang..
Mungkin ada dari kalian yang punya hati sekuat keluli, lali akan kata-kata itu..
Tetapi banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus..


Betapa tak kuasanya..
Lembutnya hati si hawa..
Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya..?
Dengan kerapuhan dan kelembutan..
Atau mungkin kebodohannya..


Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut..
Kenapa begitu..?


Kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas..
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan..
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian..
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya..


Jika anda seorang yang "jantan", 
Nikahilah wanita itu.
Renungkanlah..


Jauhi wanita jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa..
Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya..
Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu-pintu fitnah,
Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya..
Menghalalkan yang telah diharamkanNya..


Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari'atNya..
Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya..
Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepadaNya..
Sabarlah dan tuntutlah ilmu..


Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan..
Jika memang sudah tak boleh,
Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya..
Berkahwinlah melalui jalur syari'atNya..
Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya..


Muslim yang baik untuk muslimah yang baik..
Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula..
Dan sebaliknya..
Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya..
Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan..


Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, 
Hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya..
Itulah cinta yang sesungguhnya..
Semoga Allah menyayangimu..
Hijablah hatimu dengan hijab kalian..
Hijab yang sempurna..


Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan kosong mereka..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

SATU BICARA TENTANG WANITA

Hujan lebat sedang membasahi bumi. Membersihkan kekotoran dan debu pada dedaunan yang menghijau. Menyuburkan tanah yang kekeringan dan tandus. Kelihatan beberapa mahasiswa dalam keadaan basah, sedang berlari-lari meredah hujan tersebut.


Aku dengan Stacy sedang duduk di salah sebuah meja dalam kafeteria sambil melayari internet. Pada masa yang sama, sambil menunggu hujan redha sebelum kembali ke asrama pelajar. Aku menekan papan kekunci komputer. Melayari laman sosial Facebook.



Kelihatan beberapa komen yang berkaitan isu poligami sedang tercatat di dinding catatan salah seorang kenalanku di laman sosial Facebook. Ku amati apa yang ditulisnya, cuba mengambil manfaat daripadanya.


Stacy yang sedang duduk begitu rapat disebelahku pula memerhati, sambil menikmati minuman coklat panas dan beberapa keping biskut Chipsmore.




"Tidakkah kamu fikir bahawa Islam itu menzalimi wanita..?" Soal Stacy secara tiba-tiba. 


Aku terkejut mendengar soalan itu. Mungkin dia terlihat tulisan rakanku di Facebook itu. Aku diam seketika mendengar soalan itu. Soalan yang menguji iman. Bagi sesetengah orang yang kurang pengetahuan, soalan tersebut mungkin boleh membuatnya gelabah.


"Tidaklah. Saya tidak rasa dizalimi pun." Aku menafikan dengan tenang tanggapan di sebalik soalan Stacy. 


Sebagai seorang wanita muslimah, bagiku Islam bukanlah agama yang menindas wanita. Islam adalah agama yang membela dan memuliakan darjat kaum wanita. Aku merasa selamat memilih Islam sebagai agamaku.



"Okeylah." Kata Stacy mengiyakan pandanganku. 


Tapi aku dapat rasakan disebalik kata-kata ini, masih tersembunyi ketidak puasan hati. Akan ada soalan seterusnya yang menyusul.


"Mengapa dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berpoligami, sedangkan perempuan tidak dibenarkan untuk berbuat demikian..? Bukankah ini sesuatu tidak adil ke atas wanita..?"


Jangkaan ku tepat. Soalan tadi tidak berhenti di situ, Stacy masih menyoal soalan yang menduga keyakinanku terhadap Islam. Stacy adalah seorang gadis non-muslim yang berfikiran terbuka. Meskipun dia seorang yang beragama Kristian, tetapi sekiranya dilihat daripada segi pemikirannya, dia sebenarnya sudah semakin jauh dari ajaran Kristian itu sendiri. Aku mengenalinya ketika pensyarah mengarahkan kami untuk menyiapkan satu kertas kerja bersama-sama. Daripada perkenalan yang singkat itu, aku dapat fahami fikirannya kelihatan dipengaruhi dan cenderung kepada fahaman feminisme.


Gerakan fahaman feminisme bukanlah sesuatu yang baru pada masa kini. Ianya sudah wujud bertahun yang lama. Gerakan ini berhasrat untuk memperjuangkan hak wanita dan menuntut kesamaan status sosial, politik dan ekonomi antara lelaki dan wanita dengan cara yang tidak sepatutnya. Apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya tanpa feminisme sekali pun, kedudukan orang wanita sudah cukup terbela dengan Islam. Islam telah mengangkat martabat wanita dan menjaga wanita dengan sebaiknya.


"Jadi, maksud kamu, yang adilnya adalah apabila lelaki hanya dibenarkan berkahwin satu sahaja, atau pun perempuan juga dibenarkan melakukan poliandri, begitu..?" 


Aku cuba mengagak tujuan di sebalik soalan Stacy tadi. Poliandri adalah lawan kepada poligami, iaitu seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami.


"Ya..!" Stacy tersenyum mendengar soalan balas yang ku ajukan kepadanya.


"Kalau begitulah pandangan kamu, sebenarnya kamu telah berlaku zalim." Aku cuba menyanggah pandangan Stacy.


"Eh, mengapa pula..?" Stacy terkesima.


"Adakah kamu ingin beralasan bahawa nisbah lelaki lebih sedikit daripada perempuan..?"


"Itu salah satunya." Jawabku ringkas.


"Kalau kamu gunakan itu sebagai alasan semata-mata, maka hujah kamu adalah tidak kukuh. Ini kerana, tidak semua tempat di dunia ini jumlah lelaki lebih sedikit daripada wanita." Jelas Stacy dengan bangga.



Dia kelihatan begitu yakin dapat melemahkan peganganku. 



"Berdasarkan statistik yang dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan dalam Utusan Malaysia tahun lalu, jumlah lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan dengan nisbah 105 : 100..!"



"Ya, itu saya tahu. Saya pernah membacanya di laman web Utusan Malaysia." Jawabku bersahaja.



Kata-kata Stacy itu, sedikit pun tidak membuatkan aku berasa, kerana aku mempunyai alasan yang lain.


"Stacy, kamu kena faham satu perkara." Aku mula membantah apa yang diutarakan oleh Stacy. 


"Walaupun jumlah lelaki di Malaysia lebih ramai, itu tidak memberi makna apa-apa sebenarnya. Realiti menunjukkan, tidak semua lelaki yang berjumlah ramai itu, boleh bertanggungjawab kepada wanita dan keluarga apabila mereka berkahwin."


"Okay, teruskan kata-kata kamu. Ianya kelihatan menarik." Stacy tersenyum. 


Dahinya berkerut sedikit, dia cuba memberikan tumpuan terhadap apa yang aku sampaikan.


"Berdasarkan statistik yang bersumber daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, daripada tahun 2000 hingga 2008, jumlah penagih perempuan dan lelaki adalah pada nisbah 1 : 55." Aku menunjukkan statistik yang terpapar di skrin komputer.



"Itu belum termasuk lagi jumlah lelaki yang terlibat dengan gejala tidak sihat, dadah, lumba haram, seks bebas, arak dan sebagainya. Yang pastinya ramai wanita yang tidak ingin bersuamikan lelaki sedemikan rupa. Apabila semua itu ditolak, maka akan tinggal sedikitlah lelaki yang layak dan sesuai untuk dijadikan suami."



"Pada pandangan kamu, adakah ketika itu sistem lelaki berkahwin satu sahaja sesuai untuk diamalkan..? Adakah kamu sanggup membiarkan perempuan-perempuan tidak berkahwin terus membujang sehingga lewat usia, atau pun lebih teruk terjatuh ke dalam gejala tidak sihat seperti lesbian..?" Aku mengajukan soalan bertubi-tubi. 



"Pada pandangan saya, amalan mewajibkan monogami sebenarnya yang zalim, kerana mementingkan diri sendiri."




Melihat Stacy hanya diam tidak bersuara. Aku terus menyambung kata-kataku berkenaan amalan poliandri bagi wanita.


"Manakala tentang amalan poliandri pula, ianya adalah sesuatu yang amat tidak sesuai sekali. Sistem biologi wanita adalah berbeza dengan orang lelaki. Apabila seseorang wanita itu hamil dan dia mempunyai lebih daripada seorang suami, akan timbul persoalan yang membingungkan. Anak siapakah yang dikandungkannya? Adakah anak daripada benih suami yang pertama, kedua atau pun ketiga? Ini pastinya membingungkan keadaan. Walaupun pada masa kini, kita boleh mengetahui siapakah ayah yang sebenar kepada kandungan tersebut, tapi tidak semua orang boleh melakukan pemeriksaan DNA, tidak semua tempat di dunia ini memiliki teknologi DNA."


"Berbeza dengan lelaki, meskipun mereka mempunyai ramai isteri, apabila salah seorang daripada isterinya hamil, kita dapat memastikan bahawa ianya adalah anak daripada lelaki tersebut. Oleh itu, menyamakan wanita dan lelaki dalam hal berkahwin lebih daripada satu, adalah sesuatu yang keliru sama sekali."


Stacy menghela nafas panjang. Badannya perlahan-lahan disandarkan dikerusi yang didudukinya. Dia hanya mengangguk kecil tanda mengalah terhadap apa yang ku katakan.


"Kamu tak kisahkah kalau suatu hari nanti suami kamu berpoligami..?" Stacy cuba mendugaku.



"InsyaAllah, saya sedia menerimanya." Kataku tanpa ragu-ragu. 



Aku sememangnya sudah bersedia daripada awal sekiranya suatu hari nanti aku berkahwin, lalu suamiku bercadang untuk berpoligami. Sesungguhnya poligami itu adalah perkara yang halal dan diredhai Allah SWT. Maka apakah patut aku marah terhadap perkara yang Allah SWT redhai..?


Tidak dinafikan mungkin suatu ketika perasaan sedih dan kecewa itu akan ada, kerana aku juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan fitrah. InsyaAllah, aku akan mampu menghadapi semua itu. Aku ingin mencontohi para isteri Rasululallh SAW yang mulia dan tabah. Apa yang penting bagiku, adalah suamiku nanti mampu untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya.


"Sebenarnya di dalam Islam, poligami bukanlah semudah yang disangka." Aku cuba menjelaskan kepada Stacy.


Ini kerana, biasanya orang bukan Islam menolak ajaran Islam adalah disebabkan kefahaman mereka yang salah terhadap Islam itu sendiri.


"Maksud kamu..?" Tanya Stacy dengan nada ingin tahu.


"Meskipun orang lelaki diharuskan untuk berpoligami dalam ajaran Islam, tetapi ianya bukan sesuatu perkara boleh dilakukan secara mudah dan suka-suka. Ianya mempunyai syarat dan garis panduan tanggungjawab yang perlu dipatuhi."



"Contohnya kemampuan dalam memberikan nafkah kepada isteri dan kemampuan untuk bersikap adil kepada isteri-isterinya. Apabila seseorang lelaki itu dapat mematuhi syarat-syarat tersebut, maka dia tidak ada masalah baginya untuk berpoligami. Silakan." Ucapku dengan tenang. 



Perlahan-lahan aku menghirup minuman coklat panas yang tersedia di atas meja.


"Kalau seorang lelaki itu tidak dapat mematuhi tanggungjawab sebagai seorang yang berpoligami, contohnya tidak bersikap adil kepada isterinya bagaimana?" Stacy bertanya lagi.



"Sekiranya seorang lelaki itu menzalimi isterinya dengan tidak berlaku adil atau sebagainya, maka Allah SWT akan murka kepadanya serta menyediakan azab yang berat baginya pada hari akhirat kelak..!"




"Owh, macam tu.." Kata Stacy dengan nada yang baru tahu. 



"Saya minta maaf ya tanya soalan macam tu tadi."



"Tak apa, saya faham." Aku tersenyum lega mendengar kata-katanya. 


Stacy turut senyum sama.




"Kalau saya ada persoalan tentang Islam, boleh tak saya tanya dengan kamu lagi?" Pinta Stacy.



"InsyaAllah, tak ada masalah. Saya akan cuba jawab semampu saya. Kalau saya tidak tahu, saya akan tanya dengan orang yang lebih arif pula..!" Hatiku gembira mendengar pertanyaan Stacy. 


Ini adalah sesuatu yang amat baik, kerana ianya aku peluang untuk aku memperkenalkan Islam kepada Stacy dengan lebih dekat dan seterusnya menarik minatnya untuk memilih Islam sebagai agamanya.


Masa terus berlalu. Semenjak itu kami sering berbual tentang Islam, dan semakin lama aku dapat melihat Stacy semakin tertarik dengan Islam. Suatu hari setelah lama berpisah, aku mendapat tahu daripada seorang sahabat lama bahawa Stacy telah memeluk agama Islam. Alhamdulillah, aku amat bersyukur pada Allah s.w.t mendengar khabar tersebut.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PAKSI HATI

Fahim berteleku di sejadah. Matanya merenung jauh ke mimbar masjid. Berfikir. Merenung kembali hatinya yang terasa parah kerana dunia. Dia memandang kepada Izat yang baru bangun dari solat sunat selepas Isyak. Izat yang merangkap teman sebiliknya selama dua semester mereka belajar di universiti ini dilihat melangkah ke arahnya.


Seorang sahabat yang mulia adalah yang membawa sahabatnya ke jalan Tuhan. Subhanallah, Fahim bersyukur dianugerahkan peluang mengenali Izat, hanya dengan melihat ke wajah Izat sudah mampu membuat dia rasa sejuk hati. Bagaimana agaknya pula apabila orang pandang muka dia ya..?


Izat menghulurkan tangan bersalaman lantas disambut Fahim. Izat tersenyum, dia seakan dapat merasa gejolak hati sahabatnya ini. Resah dan gelisah terpancar dari sinar matanya yang redup. Izat menepuk perlahan bahu Fahim.



Fahim tidak mengangkat muka, tidak berani menentang pandangan sahabat yang sangat disegani itu. Pada diri Izat, dia nampak acuan al-Quran yang dipegang, dia terbayang sunnah Rasulullah SAW yang dijadikan amalan oleh Izat.



"Im, okay ke tak..?" Izat mula bersuara.


Dia tahu, Fahim ini jenis yang kalau diasak baru hendak buka cerita, jika tidak tidak payah mengharap. Fahim tersenyum tawar.


"Kenapa kau tanya macam tu..? Aku tak nampak okay ke..?" Fahim tahu, Izat seorang yang mudah membaca hati orang lain. 


Tidak perlu detail, dia dah summarize siap-siap dalam otak apa saja yang terjadi. Izat tergelak kecil. 



"Dah macam berjalan atas angin, kadang termenung, kadang nampak macam nak menangis. Kalau tu kau kata masuk dalam kategori okay, betul la tu kau okay."


Fahim tidak beriak apa-apa. Lama dia diam, Izat pula memberi ruang.


"Hati aku sakit, Zat."



"Dunia..?" Izat melihat Fahim mengangguk perlahan. 



Dilihat mata Fahim mula berkaca. Digosok perlahan belakang sahabatnya ini.


"Kalau pada sudut student macam kita ni, yang boleh jadi masalah cuma pasal kewangan, study, family, kawan dan kaum muslimat. Kalau aku tak silap, berdasarkan penelitian terhadap faktor di atas, aku teka yang buat hati kau sakit ni, hal yang menjadi fitnah terbesar bagi muslimin..?"


Fahim tersenyum, sudah aku katakan. Bionic betul si Izat ni, boleh tembus otak dan hati orang. Izat kalau dalam cakapnya, mesti tersusun dan teratur. Siap mimik muka yang menandakan dia berfikir bersungguh-sungguh tentang perkara itu. Izat.. Izat..


"Im, sebab tu Rasulullah SAW kata, fitnah terbesar bagi kaum kita adalah muslimat. Oleh kerana kita dah tau, kita kena siap untuk hadapi fitnah tu, Im. Jangan bagi kita tersungkur dalam fitnah yang kita dah tahu bahayanya." Izat menepuk bahu Fahim.


Fahim semakin tenang mendengar Izat mengalun ayat 14 Surah Ali-'Imran berserta maksudnya,

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."


"Hati kau sakit, mengikut perkiraan aku yang masih kurang ilmunya ini, sebab kau rasa perasaan yang wujud terhadap seorang muslimat itu indah dan terus tunduk kepada rasa itu. Rasa suka itu tak salah, Im. Kurniaan daripada Allah SWT, fitrah manusia. Tapi yang membuatnya salah adalah apabila kita meletakkan rasa indah terhadap ciptaan-Nya itu tersikit ke hadapan berbanding pada Pencipta itu sendiri."


Fahim menunduk. Dia malu, dia tidak sehebat Izat. Izat bukannya lepasan Maahad mahupun sekolah agama, tetapi seribu kali lebih baik daripada dia yang belajar di sekolah agama dulu. Izat seorang yang tenang, jika dia tidak senyum pun, nampak muka seperti senyum smiling face orang kata.


Izat tak macam dia yang diganggu gangguan cinta dunia. Sungguh,dia sangat-sangat segan dengan anak muda di sebelahnya ini.



"Im, aku tak sehebat macam yang kau sangka. Aku pun manusia, kadang-kadang terjatuh dalam jurang dunia. Tapi, bila kita tahu Iman kita makin merudum, kita patut cari balik paksi hati. Iaitu tak lain hanya pada Ilahi." Izat merenung kepada Fahim yang semakin hilang sinar gelisah, tidak seperti awal-awal tadi.



"Aku dah cuba tak pandang wajah dia, Zat. Aku dah cuba tak ingat, dah cuba buang. Tapi, kuliah aku banyak sama dengan dia. Nak elak, tapi terpandang jugak." 


Wajah Fahim kembali tegang. FirmanNya dalam Surah An-Nur ayat ke 30,

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."


"Jangan jadikan semua itu sebagai satu sebab yang buat kau tunduk pada godaan syaitan, Im. Dia dah cakap dalam surah an-Nur. InsyaAllah, kau kena mujahadah untuk betul-betul tundukkan pandangan. Allah tahu Im, usaha kita takat mana. Dia sedang uji, nak beritahu tanda Dia sayang."


Fahim hanya diam tidak berkutik. Ayat 36 Surah Muhammad,

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu."


"Dunia, equal to a game and a joke. Angan kosong yang kau rasa pada si dia, cuma satu permainan dan gurauan dunia, Im. Sebab angan kosong tu tak letakkan Allah sebagai raja, tapi nafsu itu sebagai raja."


Fahim menitiskan air mata. Dia tahu, dia sudah jadikan nafsu dan angan kosong tiupan syaitan itu sebagai raja. Jahatnya dia, kerana itulah rasa sakit. Sakit kerana dia tidak letakkan Allah SWT pada paksi hatinya. Bibirnya beristighfar. Dia dah melebih-lebih sangat dalam soal ini. Padahal mama dan walid hantar dia ke sini untuk mencari ilmu, bukan untuk tunduk dengan perasaan.


"Kau.. Betul suka dia..?" Izat teragak-agak bertanya. 


Ish, soalan sensitif ni. Kena pakai psikologi. Hehe. Fahim mengangkat muka, hendak tergelak dia dengar soalan yang keluar dari mulut Izat yang tidak pernah berbicara soal hati dan cinta manusia ini.


"What..? Apa pandang-pandang, gelak je le kalau nak gelak. Aku pun manusia, okay..? Soalan normal tu. Nak jawab, jawab. Tak nak, up to you." Izat mencebik bibir.


Terlepas gelak kecil daripada Fahim. Untungnya siapa dapat Izat. Izat yang penuh ilmu dan Iman, penuh santai dan sempoi. Dia selalu cakap dekat Izat, mesti bakal isteri Izat nanti perfect macam Izat jugak. Tetapi Izat selalu merendah diri dan selalu cakap, semua ini milik Yang Esa dan tidak ada manusia yang perfect seperti Rasulullah SAW. Betul, dia selalu disedarkan tentang khilafnya,.hanya dengan tingkah bicara Izat.


"Entahla Zat. Nak cakap suka, tak berani. Nak cakap tak suka, entah aku pun tak tahu."


"Kalau kau suka dia, kau tahu apa patut kau buat..?" Izat merenung ke hadapan masjid.


"Kau nak suruh aku pinang dia..? Aku...tak sedia lagi Zat." Bulat mata Fahim, terkejut dengan saranan yang bakal disuarakan Izat.


"Ish, ish. Itulah, kalau orang cakap, jangan menyampuk. Ada aku suruh jawab soalan..?" Izat menggeleng-geleng kepalanya.


"Dah kau tanya, aku jawab la." Fahim mencebik.


Izat tergelak kecil. "Macam ni, kalau suka dia, jaga la dia."


Fahim merenung Izat. Tanpa riak.


"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kata, jaga dia dengan menundukkan pandangan kau. Kalau kita sayang seseorang, kita mesti nak dia selamat sejahtera kan..? Jangan buat dia jadi fitnah dalam hati kita. Jangan buat dia terperasan yang kau ada hati pada dia, boleh..?"


Fahim kembali mengangguk perlahan. "Jodoh bagi hati adalah hati jugak, kan Zat?"


"Dan pemilik hati itu siapa, wahai sahabatku?" Izat menjeling Fahim yang sedang menunduk.


"Rabbul Izzati, Yang Tertinggi." Fahim menjawab perlahan.


"Good boy! Jadi, kalau nak, mohon pada Dia, cinta pada Dia saja. Insya-Allah sejahtera dunia Akhirat." Izat tersenyum.


Fahim mengangkat muka. "Jazakillah ya akhi, kau tak tau bersyukurnya aku ada sahabat macam kau."


"Alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi, Im. Sama-sama kita betulkan andai tersilap langkah." Izat bangun melipat sejadah yang digunakan Fahim tadi.


"Jom, aku banyaaaakkk sangaaaatttt amaaatttt background reading tak buat lagi. Nak stay tak..?" Izat meletak sejadah di dalam almari masjid.


"Jom! Lepas tu qiam sama eh..!"


Fahim melingkarkan tangan ke bahu Izat. Bersama-sama melangkah dengan semangat yang baru. Cinta pada Dia sahaja. Insya-Allah, yang lain bakal cinta pada mereka juga. Bahagia bukan, andai Allah SWT itu menjadi paksi hati. Bersahabat hanya kerana mencari redhaNya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

CARA MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

Didiklah anak-anakmu bukan ternak anak-anakmu,

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani"
(Riwayat Muslim)


5 Tips Didik Cara Sunnah
  1. Pelihara Makan Minum

  2. Bacakan Quran

  3. Bacakan Zikir

  4. Bacakan Doa

  5. Ajarkan Solat sejak usia kecilnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KAU BILANG KAU SAHABAT

Kau bilang kau sahabat,
Sehingga dirinya menaruh percaya,
Namun percaya yang diharap,
Kian pudar ditelan zaman,



Selari tuanya umur persahabatan.
Kau bilang kau sahabat,
Kisah baiknya kau kecilkan,
Hikayat buruknya kau besarkan,




Sedang dia menyebar baikmu,
Sedang dia mengubur burukmu.
Kau bilang kau sahabat,
Salah temanmu kau biarkan,




Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,
Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,
Bimbang nasibmu.
Kau bilang kau sahabat.




Aibnya kau cerita, bahan ketawa,
Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,
Sedang maruahmu dijaga olehnya,
Sedang aibmu erat digenggamnya,




Kau bilang kau sahabat,
Baikmu hanya dirimu sahaja,
Tidak peduli kepada si dia,
Katamu, dia sudah baik sempurna,




Tidak perlu diajak dipelawa,
Ah! Kau lupa, dia juga manusia.
Kau bilang kau sahabat,
Ya, kau memang sahabat baginya,




Walaupun doamu tiada,
Namun doanya untukmu tetap tersedia,
Percaya yang kian sirna,
Dikukuh kembali, dipatri rapi,




Ya, dia masih percaya,
Percaya kau sebagai sahabatnya,
Baginya kau masih sahabat,
Sahabat dunia Akhirat,



Walau bagimu dia bukan sesiapa,
Bagimu dia hanya sahabat dunia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...